BH Online - Terkini |
- Perak tumbang, KL City ceria
- Baharui cukai jalan di pejabat pos Isnin ini
- Penang FC terus hambat Terengganu FC, JDT
- TFC benam Sri Pahang
- Sentiasa waspada dengan varian Delta - Noor Hisham
- JDT II mudah benam Projek FAM-MSN
- OLIMPIK: Brazil kekal emas bola sepak di Tokyo 2020
- JDT sedia benam Sabah FC
- JVIP percepat vaksinasi pekerja industri - Hasni
- OLIMPIK: "Doakan saya menang emas"
- OLIMPIK: Carlin tutup ruangan komen Instagram selepas dikecam
- Beregu Goh V Shem-Tan Wee Kiong berpisah
- Warga emas didakwa tumbuk, ugut isteri guna parang
- 'Atan Kerteh' masuk perangkap
- OLIMPIK: 'Pengalaman tak boleh dibeli wang ringgit'
- OLIMPIK: Kuartet AS rangkul emas, Felix cipta sejarah
- OLIMPIK: Gagal raih pingat, skuad terjun perlu perhatian segera
- Masih koma, Siti Sarah ditiarapkan
- OLIMPIK: 'Alhamdulillah, saya akan sertai perlumbaan esok'
- Bomba bantu mangsa obes sesak nafas
- Rahman Dahlan letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS
- Israel lancar serangan udara ke atas Semenanjung Gaza
- PDRM kesan rancangan perhimpunan jalanan 21 Ogos
- 20 Ahli Parlimen selesai beri keterangan
- Polis tembak gas pemedih mata, peluru getah di Bangkok
- OLIMPIK: Kelly kongsi tempat ke-34 golf
- UMNO perjelas ROS setuju pemilihan ditangguhkan
- OLIMPIK: Sifan terus pungut emas
- OLIMPIK: Shah Firdaus stabil, tak patah tulang rusuk
- Indikator PPN: Guna kes kemasukan hospital baharu bergejala
| Posted: 07 Aug 2021 08:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Risiko untuk Perak FC tersingkir ke Liga Perdana musim depan semakin meningkat susulan kekalahan 0-2 di tangan UiTM FC, sebentar tadi. |
| Baharui cukai jalan di pejabat pos Isnin ini Posted: 07 Aug 2021 08:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Urusan pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu kini boleh dilaksanakan di pejabat pos mulai Isnin depan (9 Ogos) secara janji temu bagi mengelakkan kesesakan. |
| Penang FC terus hambat Terengganu FC, JDT Posted: 07 Aug 2021 08:19 AM PDT KUALA LUMPUR: Penang FC terus mengejar Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) di kelompok dua teratas Liga Super selepas menewaskan Melaka United 2-1 di Stadium Bandaraya, sebentar tadi. |
| Posted: 07 Aug 2021 08:11 AM PDT KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) layak dilabel gergasi Pantai Timur selepas menumpaskan pasukan jiran, Sri Pahang FC 2-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, sebentar tadi. |
| Sentiasa waspada dengan varian Delta - Noor Hisham Posted: 07 Aug 2021 08:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Orang ramai digesa sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga berikutan 'keupayaan' virus COVID-19 varian Delta yang dianggap dominan dan cepat menular. |
| JDT II mudah benam Projek FAM-MSN Posted: 07 Aug 2021 07:59 AM PDT JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim II (JDT II) melakar kemenangan hatrik selepas membenam skuad Projek FAM - MSN 5-1 pada aksi Liga Perdana di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi. |
| OLIMPIK: Brazil kekal emas bola sepak di Tokyo 2020 Posted: 07 Aug 2021 07:39 AM PDT YOKOHAMA, Jepun: Brazil memenangi acara bola sepak Olimpik buat kali kedua berturut-turut sebentar tadi ketika pemain simpanan, Malcom meledak gol kemenangan 2-1 pada tambahan masa mengatasi Sepanyol. |
| Posted: 07 Aug 2021 07:40 AM PDT JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) mahu mengekalkan momentum kemenangan apabila melayani kunjungan Sabah FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, di sini, malam esok. |
| JVIP percepat vaksinasi pekerja industri - Hasni Posted: 07 Aug 2021 07:37 AM PDT JOHOR BAHRU: Pelaksanaan Johor Vaksin-Immunisation Programme (JVIP) hanya ditawarkan kepada barisan hadapan ekonomi bertujuan mempercepatkan proses imuniti kelompok dengan meningkatkan pengambilan vaksin COVID-19 terutama pekerja industri. |
| OLIMPIK: "Doakan saya menang emas" Posted: 07 Aug 2021 07:33 AM PDT KUALA LUMPUR: "Doakan saya kerana esok ada tiga perlumbaan. Doakan semuanya berjalan lancar dan doakan saya untuk memenangi pingat emas," kata Datuk Azizulhasni Awang atau juga dikenali dengan julukan 'The Pocket Rocketman'. |
| OLIMPIK: Carlin tutup ruangan komen Instagram selepas dikecam Posted: 07 Aug 2021 07:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelumba berbasikal trek Great Britain, Jack Carlin menutup ruangan komen pada akaun Instagram miliknya selepas 'diserang' netizen Malaysia. |
| Beregu Goh V Shem-Tan Wee Kiong berpisah Posted: 07 Aug 2021 06:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Goh V Shem dan Tan Wee Kiong berpisah secara rasmi berpisah selepas tujuh tahun bergandingan bersama dengan pencapaian paling manis pernah dikecapi, meraih pingat perak di Sukan Olimpik Rio 2016. |
| Warga emas didakwa tumbuk, ugut isteri guna parang Posted: 07 Aug 2021 03:12 AM PDT BEAUFORT: Polis sedang memburu seorang warga emas didakwa menumbuk serta mengugut isterinya dengan menggunakan parang akibat cemburu, di kediaman mereka di Kampung Siaun, Menumbok, di sini, kelmarin. |
| Posted: 07 Aug 2021 06:33 AM PDT DUNGUN: Seekor harimau belang yang digelar 'Atan Kerteh' berjaya ditangkap selepas masuk ke perangkap yang dipasang di Ladang Sawit FELDA Kerteh 4, dekat sini, pagi semalam. |
| OLIMPIK: 'Pengalaman tak boleh dibeli wang ringgit' Posted: 07 Aug 2021 06:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia menyifatkan pengalamannya di Sukan Olimpik 2020 baru-baru ini tidak boleh dibeli dengan wang ringgit selain menyatakan tekad untuk terus berusaha gigih bagi mencapai lebih kejayaan di masa akan datang. |
| OLIMPIK: Kuartet AS rangkul emas, Felix cipta sejarah Posted: 07 Aug 2021 06:31 AM PDT TOKYO: Allyson Felix menutup tirai gemilang dalam karier Olimpik dengan emas ketujuh ketika Amerika Syarikat (AS) mencipta kemenangan dalam acara 4x400 meter wanita sebentar tadi. |
| OLIMPIK: Gagal raih pingat, skuad terjun perlu perhatian segera Posted: 07 Aug 2021 06:27 AM PDT TOKYO: Selepas dua edisi temasya Sukan Olimpik membawa khabar gembira kepada Malaysia, kegagalan skuad terjun negara membawa pulang pingat pada Sukan Olimpik 2020 adalah sesuatu yang perlu diberikan perhatian. |
| Masih koma, Siti Sarah ditiarapkan Posted: 07 Aug 2021 06:24 AM PDT KUALA LUMPUR: Hampir 30 jam ditidurkan, penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), ditiarapkan bagi memudahkan proses pernafasan. |
| OLIMPIK: 'Alhamdulillah, saya akan sertai perlumbaan esok' Posted: 07 Aug 2021 06:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Perkhabaran gembira buat seluruh rakyat Malaysia selepas pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom mengesahkan dia akan menyertai saingan suku akhir acara keirin di Sukan Olimpik 2020, esok. |
| Bomba bantu mangsa obes sesak nafas Posted: 07 Aug 2021 06:10 AM PDT KUALA TERENGGANU: Anggota Bomba dan Penyelamat mengambil masa setengah jam membawa turun seorang pesakit obes yang mengalami sesak nafas dari tingkat 14 kediamannya di Flat Hiliran di sini, hari ini. |
| Rahman Dahlan letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Posted: 07 Aug 2021 02:39 AM PDT KOTA KINABALU: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan hari ini, meletak jawatan sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), berkuat kuasa serta-merta. |
| Israel lancar serangan udara ke atas Semenanjung Gaza Posted: 07 Aug 2021 06:03 AM PDT BEIRUT: Pesawat pesawat Israel melancarkan serangan udara ke atas dua sasaran di Semenanjung Gaza hari ini yang didakwa sebagai tapak pelancaran roket dan kompleks tentera milik Hamas. |
| PDRM kesan rancangan perhimpunan jalanan 21 Ogos Posted: 07 Aug 2021 05:55 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia maklum rancangan untuk mengadakan satu perhimpunan jalanan pada 21 Ogos ini. |
| 20 Ahli Parlimen selesai beri keterangan Posted: 07 Aug 2021 05:41 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis sudah mengambil keterangan 20 Ahli Parlimen setakat ini berhubung isu perarakan Ahli Parlimen pembangkang ke bangunan Parlimen, Isnin lalu. |
| Polis tembak gas pemedih mata, peluru getah di Bangkok Posted: 07 Aug 2021 05:39 AM PDT BANGKOK: Polis Thailand menembak gas pemedih mata serta peluru getah ke arah penunjuk perasan yang menuntut transformasi politik serta perubahan dalam program vaksinasi COVID-19. |
| OLIMPIK: Kelly kongsi tempat ke-34 golf Posted: 07 Aug 2021 05:33 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain golf wanita negara, Kelly Tan mempamerkan persembahan terbaiknya pada pusingan akhir acara golf wanita Sukan Olimpik 2020 di Kasumigaseki Country Club, Saitama, semalam untuk berkongsi kedudukan di tempat ke-34. |
| UMNO perjelas ROS setuju pemilihan ditangguhkan Posted: 07 Aug 2021 05:30 AM PDT KUALA LUMPUR: UMNO berpandangan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti masih boleh meneruskan fungsinya untuk menjalankan tugas parti walaupun tempoh sah jawatannya berakhir pada 30 Jun lalu. |
| OLIMPIK: Sifan terus pungut emas Posted: 07 Aug 2021 05:24 AM PDT TOKYO: Juara dunia, Sifan Hassan meneruskan usahanya meraih tiga pingat Olimpik dengan kemenangan hebat dalam acara 10,000 meter wanita hari ini buat emas keduanya selain pingat ketiga di temasya Tokyo. |
| OLIMPIK: Shah Firdaus stabil, tak patah tulang rusuk Posted: 07 Aug 2021 05:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom tidak mengalami patah tulang rusuk seperti dilaporkan sebelum ini. |
| Indikator PPN: Guna kes kemasukan hospital baharu bergejala Posted: 07 Aug 2021 04:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Bilangan kes kemasukan hospital baharu yang bergejala digunakan sebagai satu daripada indikator peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN). |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment