BH Online - Terkini |
- OLIMPIK: 'Pencapaian Malaysia baik'
- OLIMPIK: Azizulhasni dapat berita gembira dari isteri
- 'Shuib yakin Siti Sarah akan pulang'
- 750 petugas kesihatan Kedah positif
- Kelonggaran penerima vaksin lengkap, waspada varian Delta
- Lengkap divaksin boleh beriadah
- Boleh solat di masjid bagi individu lengkap dua dos
- Kelonggaran rentas negeri manfaatkan keluarga
- OLIMPIK: PM harap Malaysia dapat emas di Paris 2024
- Warga India ditahan kes bunuh warga emas
- Long Tiger didakwa rogol
- Majlis penutup Olimpik Tokyo 2020
- Elly masuk hospital masalah tulang belakang
- Kluster di Telupid, Kinabatangan punca peningkatan kes
- PDRM, KPN ucap takziah anggota maut dalam operasi
- JDT hampiri gelaran juara Liga Super
- Martin juara MotoGP Styria
- Kebakaran bertambah marak, merebak di Athens
- Kerajaan umum kemudahan bagi individu terima vaksin lengkap
- Merancakkan semula sektor ekonomi
- Diiktiraf lengkap divaksin selepas penuhi kriteria
- Keadaan Siti Sarah agak tenat
- OLIMPIK: TPM ucap tahniah kepada Azizulhasni
- OLIMPIK: Kejayaan Azizulhasni, Aaron-Wooi Yik jadi inspirasi
- Berang dituduh curang, lelaki cederakan isteri
- OLIMPIK: Tokyo 2020 ditutup secara rasmi
- OLIMPIK: UPSI tawar biasiswa, jawatan pensyarah kepada Azizulhasni
- Warga Thailand didakwa bunuh wanita Switzerland
- Sorok rokok seludup dalam tong ikan
- Ebi Kornelis, bapa positif COVID-19
| OLIMPIK: 'Pencapaian Malaysia baik' Posted: 08 Aug 2021 07:12 AM PDT TOKYO: Walaupun tidak berjaya mencapai sasaran tiga pingat, dengan salah satunya emas di Sukan Olimpik 2020, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria masih menganggap pencapaian kontinjen Malaysia adalah baik. |
| OLIMPIK: Azizulhasni dapat berita gembira dari isteri Posted: 07 Aug 2021 10:57 PM PDT KUALA LUMPUR: Walaupun kecewa tidak dapat membantu kontinjen negara meraih pingat emas Sukan Olimpik 2020 namun ada berita gembira buat Datuk Azizulhasni Awang yang sudah mengorbankan seluruh jiwanya pada penampilan keempat temasya sukan terbesar dunia itu. |
| 'Shuib yakin Siti Sarah akan pulang' Posted: 08 Aug 2021 08:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Emosi pelawak popular, Shuib Sepahtu terganggu apabila dimaklumkan doktor paras bacaan oksigen isterinya, Siti Sarah Raisuddin turun 40 peratus, malam ini. |
| 750 petugas kesihatan Kedah positif Posted: 08 Aug 2021 08:09 AM PDT ALOR SETAR: Seramai 750 petugas kesihatan awam dan swasta di negeri ini disahkan dijangkiti COVID-19 hingga 31 Julai lalu. |
| Kelonggaran penerima vaksin lengkap, waspada varian Delta Posted: 08 Aug 2021 07:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Pakar kesihatan menyarankan penerima lengkap vaksin COVID-19 kekal berhati-hati dan hanya melaksanakan kelonggaran yang diberikan sekiranya perlu, bagi mengurangkan risiko dijangkiti atau menularkan jangkitan kepada orang lain. |
| Lengkap divaksin boleh beriadah Posted: 08 Aug 2021 02:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Individu yang lengkap divaksin di negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenar menjalani aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan. |
| Boleh solat di masjid bagi individu lengkap dua dos Posted: 08 Aug 2021 02:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan membenarkan individu lengkap dua vaksin untuk menunaikan solat di masjid dan surau, bermula Selasa ini. |
| Kelonggaran rentas negeri manfaatkan keluarga Posted: 08 Aug 2021 07:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Kelonggaran merentas daerah dan negeri bagi pasangan jarak jauh dan ibu bapa yang telah melengkapkan vaksinasi untuk berjumpa anak-anak di bawah umur 18 tahun bermula Selasa depan memberi banyak manfaat kepada institusi kekeluargaan di negara ini. |
| OLIMPIK: PM harap Malaysia dapat emas di Paris 2024 Posted: 08 Aug 2021 05:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap kontinjen negara akan dapat meraih pingat emas pertama di Sukan Olimpik dalam temasya seterusnya di Paris pada 2024. |
| Warga India ditahan kes bunuh warga emas Posted: 08 Aug 2021 06:05 AM PDT SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga India yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan seorang wanita warga emas pada bulan lalu di Taman Seri Muda, Seksyen 25 di sini. |
| Posted: 08 Aug 2021 03:06 AM PDT MUAR: Seorang lelaki etnik Rohingya yang dikenali sebagai 'Long Tiger' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan merogol seorang wanita dua tahun lalu. |
| Majlis penutup Olimpik Tokyo 2020 Posted: 08 Aug 2021 11:15 AM PDT TOKYO: Olimpik Tokyo 2020 diisytiharkan tamat oleh Ketua Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach yang mengatakan temasya yang tergendala akibat pandemik itu pengembaraan Olimpik paling mencabar. "Kini saya akan menandakan penamat pengembaraan Olimpik paling mencabar ke Tokyo: Saya mengisytiharkan temasya ke-32 Olimpik ditutup," katanya. |
| Elly masuk hospital masalah tulang belakang Posted: 08 Aug 2021 09:24 AM PDT KUALA LUMPUR: Artis serba boleh, Elly Mazlein kini menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta akibat masalah tulang belakang. |
| Kluster di Telupid, Kinabatangan punca peningkatan kes Posted: 08 Aug 2021 08:51 AM PDT KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 1,379 kes positif COVID-19 hari ini dengan 128 daripadanya dikesan menerusi dua kluster sedia ada di Telupid dan Kinabatangan, menjadikan kumulatif 93,835 kes. |
| PDRM, KPN ucap takziah anggota maut dalam operasi Posted: 08 Aug 2021 03:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota polis yang maut dalam kemalangan ketika mengejar suspek lumba haram di Kilometer (KM) 24.4 Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang (SILK), awal pagi tadi. |
| JDT hampiri gelaran juara Liga Super Posted: 08 Aug 2021 08:04 AM PDT ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) semakin hampir meraih kejuaraan liga buat kali kelapan berturut-turut selepas menewaskan Sabah FC 2-0 dan ia kemenangan kelima berturut-turut pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi. |
| Posted: 08 Aug 2021 07:39 AM PDT SPIELBERG BEI KNITTELFELD, Austria: Pelumba muka baharu, Jorge Martin dari Ducati-Pramac memenangi MotoGP pertamanya di Grand Prix Styria sebentar tadi. |
| Kebakaran bertambah marak, merebak di Athens Posted: 08 Aug 2021 07:27 AM PDT GOUVES: Ratusan anggota bomba berhempas pulas memadamkan kebakaran belukar di Pulau Evia, Greece apabila api kian marak dan merebak. |
| Kerajaan umum kemudahan bagi individu terima vaksin lengkap Posted: 08 Aug 2021 02:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan kuarantin dan perjalanan untuk individu yang telah menerima vaksinasi lengkap di seluruh negara dan ia terpakai ke atas semua fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa pada Selasa ini, 10 Ogos. |
| Merancakkan semula sektor ekonomi Posted: 08 Aug 2021 07:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Beberapa kemudahan dan kelonggaran kepada individu lengkap vaksinasi untuk negeri di Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dapat mengaktifkan kembali ekonomi negara. |
| Diiktiraf lengkap divaksin selepas penuhi kriteria Posted: 08 Aug 2021 02:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan seseorang individu hanya akan diiktiraf menerima vaksinasi lengkap apabila memenuhi kriteria yang ditetapkan berdasarkan jenis vaksin yang diterima. |
| Posted: 08 Aug 2021 07:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelawak popular, Shuib Sepahtu memaklumkan isterinya, Siti Sarah Raisuddin berada dalam keadaan tidak baik, ketika ini. |
| OLIMPIK: TPM ucap tahniah kepada Azizulhasni Posted: 08 Aug 2021 07:06 AM PDT KLANG: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada jaguh trek berbasikal negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang atas kejayaan meraih pingat perak dalam acara keirin di Olimpik Tokyo. |
| OLIMPIK: Kejayaan Azizulhasni, Aaron-Wooi Yik jadi inspirasi Posted: 08 Aug 2021 06:52 AM PDT KUALA LUMPUR: Kejayaan pelumba berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang dan beregu badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih pingat pada temasya Sukan Olimpik 2020 menjadi inspirasi buat rakyat Malaysia. |
| Berang dituduh curang, lelaki cederakan isteri Posted: 08 Aug 2021 06:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Kencana, Ampang, semalam kerana disyaki mencederakan isterinya akibat dituduh curang. |
| OLIMPIK: Tokyo 2020 ditutup secara rasmi Posted: 08 Aug 2021 06:24 AM PDT TOKYO: Olimpik Tokyo 2020 diisytiharkan tamat sebentar tadi oleh Ketua Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach yang mengatakan temasya yang tergendala akibat pandemik itu "pengembaraan Olimpik paling mencabar." |
| OLIMPIK: UPSI tawar biasiswa, jawatan pensyarah kepada Azizulhasni Posted: 08 Aug 2021 06:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menawarkan biasiswa dan jawatan pensyarah di Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan kepada atlet basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang yang memenangi pingat perak di Sukan Olimpik 2020 di Tokyo hari ini. |
| Warga Thailand didakwa bunuh wanita Switzerland Posted: 08 Aug 2021 06:07 AM PDT BANGKOK: Seorang lelaki Thailand didakwa membunuh seorang wanita Switzerland yang mayatnya dijumpai berdekatan kawasan air terjun dekat Phuket, kata polis hari ini. |
| Sorok rokok seludup dalam tong ikan Posted: 08 Aug 2021 05:56 AM PDT TAWAU: Taktik sorok rokok seludup dalam tong ikan di belakang pikap terbongkar apabila 307,200 batang rokok disyaki tanpa cukai bernilai RM251,904 dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA), di Jalan Merotai-Kalabakan, hari ini. |
| Ebi Kornelis, bapa positif COVID-19 Posted: 08 Aug 2021 05:55 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi Ebi Kornelis, 38, dan bapanya, Yaimal Muhammad, 74, disahkan positif COVID-19. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment