Monday, August 9, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


'Dunia seni hilang teman'

Posted: 09 Aug 2021 01:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, 36, atas pemergian penyanyi kesayangan ramai itu akibat COVID-19.

PM ucap takziah kepada keluarga Siti Sarah

Posted: 09 Aug 2021 04:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan ucapan takziah atas pemergian penyanyi popular, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, 36, melalui ciapan yang dilayangkan, kira-kira sejam lalu.

Kerajaan pertimbang longgar aktiviti risiko rendah negeri Fasa 1

Posted: 09 Aug 2021 08:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbang untuk memberi kelonggaran aktiviti berisiko rendah kepada penduduk di negeri dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Shuib 'koyak' pandang wajah anak-anak

Posted: 09 Aug 2021 09:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelawak popular, Shuib Sepahtu, 37, tidak menyangka momen manis bersama arwah isteri tersayang, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, 36, sepanjang tempoh Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) memahat kenangan tidak mampu dilupakan.

AS gagal tangani COVID-19 - Pegawai tinggi kesihatan

Posted: 08 Aug 2021 07:35 PM PDT

WASHINGTON: Ketika Amerika Syarikat (AS) mencatat jangkitan kes harian COVID-19 tertinggi dalam tempoh enam bulan, seorang pegawai kesihatan awam semalam memberi amaran bahawa negara itu gagal mengekang wabak berkenaan.

Bekas Imam Besar Masjid Negara diumum Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan

Posted: 09 Aug 2021 05:37 AM PDT

PUTRAJAYA: Bekas Imam Besar Masjid Negara yang juga Hakim Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad diumumkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2021/1443 Hijrah.

Umat Islam mesti jiwai hijrah

Posted: 09 Aug 2021 04:43 AM PDT

PUTRAJAYA: Umat Islam diharap dapat bersama-sama menjiwai peristiwa hijrah Rasullulah SAW yang bukan sekadar mengenang perpindahan baginda secara fizikal, dengan meninggalkan harta dan kediaman semata-mata.

Lakukan hijrah dalam berdepan pandemik COVID-19

Posted: 09 Aug 2021 05:10 AM PDT

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mengajak umat Islam dan rakyat di negara ini melakukan hijrah dalam menghadapi pandemik COVID-19.

Bekas mufti Tokoh Maal Hijrah 2021 Terengganu

Posted: 09 Aug 2021 08:45 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Bekas mufti negeri, Datuk Al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir, diumumkan sebagai tokoh Maal Hijrah Terengganu tahun ini.

Polis tahan ahli perniagaan, juruteknik

Posted: 09 Aug 2021 08:19 AM PDT

SUNGAI PETANI: Polis menahan ahli perniagaan dan juruteknik yang dipercayai membuat komen menghina Menteri Besar Kedah di laman sosial Facebook, milik seorang pemimpin politik, baru-baru ini.

Allahyarham Konstabel Mohd Muradzi selamat dikebumikan malam ini

Posted: 09 Aug 2021 07:02 AM PDT

CHUKAI: Jenazah Konstabel Mohd Muradzi Mohd Nawi, 26, yang maut selepas terbabit kemalangan ketika mengejar suspek lumba haram dalam Operasi Samseng Jalanan selamat dikebumikan.

Kemudahan bakal dinikmati 3.97 juta penduduk Fasa 2, Fasa 3 PPN

Posted: 09 Aug 2021 07:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai 3.97 juta penduduk sudah lengkap divaksinasi di negeri dalam Fasa 2 dan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN), setakat semalam, bakal menikmati manfaat kemudahan yang berkuat kuasa esok.

Pembangkang utus surat kepada Yang di-Pertuan Agong

Posted: 09 Aug 2021 07:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang hari ini mengutus surat akuan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bagi menolak kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

OLIMPIK: Program khas buru emas Olimpik bakal dilancar

Posted: 09 Aug 2021 07:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Misi memburu pingat emas pertama buat kontinjen negara pada temasya Sukan Olimpik diteruskan menerusi Program Khas Olimpik yang akan dilancarkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Negeri Sembilan benar 50 jemaah di masjid

Posted: 09 Aug 2021 07:03 AM PDT

SEREMBAN: Masjid dan surau Jumaat di Negeri Sembilan dibenarkan beroperasi untuk masyarakat bermula esok, mengikut prosedur operasi standard (SOP), sebagai langkah menyekat penularan wabak COVID-19.

Pasukan PETRONAS unggul raih mata di GP Styria

Posted: 09 Aug 2021 06:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT) dan pasukan naungannya, PETRONAS Sprinta Racing merekodkan permulaan positif dalam perlumbaan pertama selepas rehat pertengahan musim apabila lima daripada enam pelumbanya berjaya mengutip mata pada Grand Prix (GP) Styria, semalam.

Jogohealth tawar rawatan percuma kepada ayah Azizulhasni

Posted: 09 Aug 2021 06:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kejayaan jaguh berbasikal negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang merangkul pingat perak acara keirin di Olimpik Tokyo 2020 semalam, meraih perhatian pelbagai pihak termasuk dari Pusat Rawatan Strok dan Fisioterapi Jogohealth yang menawarkan rawatan percuma kepada bapanya, Awang Embong.

Paderi Katolik dibunuh di Perancis

Posted: 09 Aug 2021 06:22 AM PDT

PARIS: Seorang pelarian Rwanda disyaki menyebabkan kebakaran besar yang memusnahkan katedral di bandar Nantes, Perancis tahun lalu, membunuh seorang paderi Katolik di barat negara itu hari ini, kata Menteri Dalam Negeri dan sumber.

Anak lengkap vaksinasi tidak boleh rentas negeri jumpa ibu bapa

Posted: 09 Aug 2021 03:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tiada kelonggaran diberikan kepada golongan berusia 18 tahun ke atas yang sudah menerima vaksinasi lengkap, untuk merentas negeri berjumpa ibu bapa, buat masa ini.

Kedah, Kuching City sudah kembali beraksi

Posted: 09 Aug 2021 06:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kedah Darul Aman FC (KDA) dan Kuching City FC (KCFC) bersedia untuk kembali beraksi selepas menjalani tempoh kuarantin selama dua minggu meskipun mengakui terpaksa mengharungi jadual padat.

OLIMPIK: Reezal mohon maaf

Posted: 09 Aug 2021 06:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan pencapaian kontinjen negara di Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebagai seimbang dan memuaskan selepas membawa pulang satu pingat perak dan satu gangsa.

'Ibu takkan balik rumah lagi...'

Posted: 09 Aug 2021 06:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tiga permata hati Allahyarham Siti Sarah Raissuddin menangis teresak-esak sebaik diberitahu ibu tersayang tidak akan pulang ke rumah lagi.

Jawatankuasa pantau kegiatan palsu sijil vaksinasi digital

Posted: 09 Aug 2021 06:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan dan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 akan memantau sebarang kegiatan pemalsuan sijil vaksinasi digital, susulan pemberian kemudahan tertentu kepada golongan sudah lengkap imunisasi, berkuat kuasa esok.

PKPD 14 hari di beberapa lokaliti di Sabah, Kelantan dan Perak

Posted: 09 Aug 2021 06:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di beberapa lokaliti di Sabah, Kelantan dan Perak, selama 14 hari bermula Rabu ini.

Lelaki ditangkap hentak kepala isteri dengan batu, gilis mangsa

Posted: 09 Aug 2021 06:05 AM PDT

TAIF: Jabatan Siasatan Jenayah Polis di wilayah Taif menangkap seorang pemuda Arab Saudi yang dituduh membunuh dengan kejam isterinya yang baru dinikahi, dengan menghentak kepala wanita itu dengan batu dan menggilis mangsa dengan keretanya, lapor Saudi Gazette, semalam.

'KJ cuba jadikan Zahid kambing hitam' - Mohd Puad

Posted: 09 Aug 2021 05:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berdolak-dalik berhubung ketaatannya kepada parti sebagai cubaan menjadikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai 'kambing hitam'.

Lebih 17,000 pesakit COVID-19 hari ini

Posted: 09 Aug 2021 01:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai 212 pesakit COVID-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu, walaupun jangkitan haruan menunjukkan penurunan dengan 17,236 kes dilaporkan.

Hajat skuad Harimau Malaya tak kesampaian

Posted: 09 Aug 2021 05:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hasrat skuad kebangsaan untuk 'mengasah taring' dalam aksi persahabatan antarabangsa bulan depan tidak kesampaian kerana masih belum mendapat sebarang kebenaran atau kelonggaran yang diperlukan daripada pihak berkuasa.

Seluruh Sabah kini zon merah

Posted: 09 Aug 2021 05:45 AM PDT

KOTA KINABALU: Seluruh Sabah bertukar kepada zon merah pada hari ini selepas Nabawan yang menjadi daerah terakhir berada dalam zon jingga semalam, mencatat pertambahan lapan kes baharu.

'Kekalahan kepada JDT memang perit'

Posted: 09 Aug 2021 05:43 AM PDT

JOHOR BAHRU: Pengendali Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto pasrah dengan kekalahan 0-2 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template