Friday, September 10, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Pemain Sarawak United serang pengadil

Posted: 10 Sep 2021 09:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Aksi Liga Perdana antara Sarawak United berdepan Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Bolasepak Cheras malam ini 'panas' susulan insiden pengadil perlawanan diserang pemain Sarawak United.

Transformasi Parlimen mampu ubah konsep politik semasa

Posted: 10 Sep 2021 08:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan yang ditawarkan hari ini mampu mengubah landskap politik negara daripada bersifat konfrontasi kepada yang tidak terlalu partisan.

Tujuh tawaran transformasi mampu beri impak positif

Posted: 10 Sep 2021 08:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tujuh transformasi Parlimen dan pentadbiran kerajaan yang ditawarkan Kerajaan Persekutuan hari ini mampu memberikan impak positif terhadap sistem Parlimen dan senario politik dalam negara.

Aishah anggap diberi peluang kedua

Posted: 10 Sep 2021 08:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hampir dua minggu dirawat di Hospital Ampang akibat jangkitan COVID-19, penyanyi Aishah semakin pulih dan dibenarkan pulang ke rumah.

Penggemar aktiviti sukan sambut baik kelonggaran SOP

Posted: 10 Sep 2021 08:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan kerajaan bagi aktiviti sukan, riadah dan rekreasi sememangnya dianggap 'bagaikan pucuk dicita ulam mendatang'.

Keputusan aksi Liga Perdana

Posted: 10 Sep 2021 08:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Berikut rangkuman keputusan perlawanan bola sepak Liga Perdana yang berlangsung hari ini.

Individu lengkap vaksin masuk tanpa kuarantin

Posted: 10 Sep 2021 07:42 AM PDT

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri membenarkan individu lengkap vaksinasi COVID-19 memasuki Sabah untuk urusan rasmi tanpa perlu menjalani ujian saringan dan kuarantin.

TV9 lebih santai dengan #JanjiHappy

Posted: 09 Sep 2021 04:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas hampir empat tahun tidak menyajikan program baharu, TV9 tampil dengan konsep lebih segar, mulai semalam.

Klopp belum pasti kedudukan Alisson, Fabinho

Posted: 10 Sep 2021 07:22 AM PDT

LONDON: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp masih tidak mengetahui sama ada boleh menurunkan Alisson Becker atau Fabinho pada aksi minggu ini selepas Konfederasi Bolasepak Brazil meminta Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menyekat pemain dari negara itu.

Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara meninggal dunia

Posted: 10 Sep 2021 07:18 AM PDT

KLUANG: Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara, Datuk Gapar Gurrohu meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini pada jam 1.30 pagi ini.

WHO sangsi vaksin mampu tamatkan pandemik COVID-19

Posted: 10 Sep 2021 07:15 AM PDT

COPENHAGEN: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah, Hans Kluge, hari ini pesimis terhadap kemampuan vaksin untuk menamatkan pandemik COVID-19.

Dua remaja cipta kejutan layak final Terbuka AS

Posted: 10 Sep 2021 07:15 AM PDT

NEW YORK: Pemain kelayakan berusia 18 tahun dari Britain, Emma Raducanu dan pemain Kanada berusia 19 tahun, Leylah Fernandez melengkapkan laluan menakjubkan untuk menempah final Grand Slam pertama pada Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Amaran angin kencang di utara Semenanjung

Posted: 10 Sep 2021 07:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penduduk tiga negeri di utara Semenanjung diminta berwaspada dengan angin kencang dijangka Ahad hingga Isnin ini.

BERSATU ucap tahniah kepada pemimpin dilantik Jemaah Menteri

Posted: 10 Sep 2021 07:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada pemimpin parti itu yang dilantik menganggotai Jemaah Menteri di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

#KITABERSAMA tema ABPBH 34

Posted: 10 Sep 2021 03:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sekali lagi menerapkan norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) ketat, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) kembali untuk edisi ke-34 dengan mengangkat tema #KITABERSAMA.

Perbetul niat - Muhyiddin

Posted: 10 Sep 2021 06:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dinasihat supaya memperingati keberadaan dalam wadah parti itu kerana perjuangan yang perlu kepada tanggungjawab, amanah dan tugas.

Muhyiddin beri bayangan bertanding PRU-15

Posted: 10 Sep 2021 06:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Junta tentera bertempur dengan 'pasukan pertahanan'

Posted: 10 Sep 2021 06:44 AM PDT

YANGON: Tentera Myanmar membunuh beberapa anggota 'pasukan pertahanan' tempatan dalam satu pertempuran, kata junta hari ini.

Buka sekolah di kawasan rendah jangkitan sahaja

Posted: 10 Sep 2021 06:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) wajar mempertimbangkan pembukaan sekolah secara bersemuka berdasarkan kawasan yang sangat rendah kadar jangkitan COVID-19.

Kim Swee tinggalkan FAM, kini bimbing Sabah FC

Posted: 10 Sep 2021 06:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan peletakan jawatan Datuk Ong Kim Swee selepas pengarah teknikalnya itu menerima jawatan sebagai ketua jurulatih Sabah FC yang baharu.

Perisik Britain beri amaran potensi keganasan baharu

Posted: 10 Sep 2021 06:30 AM PDT

LONDON: Rampasan kuasa oleh Taliban di Afghanistan menguatkan keyakinan ekstremis, sekali gus mewujudkan kemungkinan berlaku siri keganasan baharu.

Keputusan MFL babit isu Kelantan FC, NSFC adil

Posted: 10 Sep 2021 06:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas pengadil kebangsaan, Ahmad Khalidi Supian berpendapat Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sudah menggunakan peraturan yang sedia ada tanpa melihat kepentingan mana-mana kelab khususnya Kelantan FC dan Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam isu membabitkan kedua-dua pasukan itu.

Kenaikan gaji pemain negara 10 terbaik dunia tepat

Posted: 10 Sep 2021 06:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek menyifatkan perancangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menaikkan gaji pemain yang berada dalam kelompok 10 terbaik dunia sekali ganda sebagai langkah tepat.

Ziyad tekad rampas semula status pemegang rekod dunia

Posted: 10 Sep 2021 06:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli tekad untuk kembali merampas status sebagai pemegang rekod dunia acara itu selepas penyertaannya dan rekod dunia yang dilakukannya di Sukan Paralimpik 2020, bulan lalu tidak diiktiraf.

Kes COVID-19 menghampiri 2 juta

Posted: 10 Sep 2021 01:00 AM PDT

PUTRAJAYA: Seramai 341 pesakit COVID-19 meninggal dunia hari ini.

Aksi Kuching City, Kelantan United ditunda

Posted: 10 Sep 2021 06:02 AM PDT

JOHOR BAHRU: Aksi Liga Perdana antara Kuching City FC dan Kelantan United FC di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang di sini petang esok terpaksa ditunda ke tarikh lain, susulan dua pemain Kelantan United didapati positif COVID-19.

Hextar Global dapat pembiayaan Islam RM45 juta

Posted: 10 Sep 2021 05:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hextar Global Bhd memperoleh RM45 juta tambahan dalam kemudahan pembiayaan Islam daripada Al-Rajhi Banking and Investment Corporation (Malaysia) Bhd.

Malaysia ketandusan pekerja mahir isi bidang teknologi

Posted: 10 Sep 2021 05:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia menghadapi kebimbangan yang ketara berikutan kekurangan pekerja berkemahiran tinggi untuk memenuhi permintaan industri, terutama teknologi baharu dan baru muncul.

MEDAC tubuh pasukan bertindak selaras skim pinjaman, bantuan

Posted: 10 Sep 2021 05:42 AM PDT

Tanjong Karang: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan mewujudkan pasukan bertindak untuk menyelaras skim pinjaman dan bantuan agensi di bawahnya kepada golongan terjejas susulan pandemik COVID-19.

Terima kasih ATM

Posted: 10 Sep 2021 05:24 AM PDT

TANJONG KARANG: "Saya tidak menyangka terpilih sebagai seorang penerima program jiwa murni. Terima kasih kerana sudi membaik pulih rumah saya," kata bekas tentera, Nasrudin Mohamed.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template