BH Online - Terkini |
- Ricciardo tawan F1 GP Itali
- Nazim menang perlumbaan pertama EuroFormula di Austria
- Damok sumbang mata berharga Moto3 GP Aragon
- Keputusan aksi Liga Super
- JDT tutup tirai liga dengan atasi KL City
- Ahli Parlimen, Senator antara 28 individu positif COVID-19
- Penang FC di tempat ketiga selepas diikat TFC
- Kedah naib juara Liga Super
- Ifedayo menang Kasut Emas, UiTM jinak Sri Pahang
- 4 wanita antara 19 dikompaun berhibur
- Bagnaia rangkul kejuaraan MotoGP Aragon
- PM ajak rakyat terus sokong, perkukuh PPN
- Sabah lanjutkan tarikh kuat kuasa SOP vaksin
- Kerajaan, PH muktamad MoU landskap politik baharu
- Pesara polis terkenang 17 rakan maut diserang komunis
- PH umum pelantikan baharu jawatan penting parti
- Datuk Bandar Paris tanding pilihan raya Presiden Perancis
- Kegagalan juruterbang punca pesawat terhempas
- Penggantungan, denda dijangka menanti Sarawak United
- Hadiah TMJ kepada Azizulhasni cetus spekulasi
- 5 lelaki ditahan, senjata buatan sendiri dirampas
- MOSTI perhebat program outreach vaksinasi - Dr Adham
- Kebakaran pondok bit polis, dua ditahan
- Taliban benar wanita di universiti, kelas campur dilarang
- Pecah kelas mungkin bebankan guru
- COVID-19: Data kematian semalam termasuk kes tertunggak
- Latif dijangka pulih dua bulan lagi
- Selangor MAC, Pahang Rangers bersaing Piala Futsal AFF
- Sesi persekolahan 2021 dilanjut hingga Mac 2022
- Padah buat panggilan palsu kes tembak, bunuh
| Posted: 12 Sep 2021 08:46 AM PDT MONZA, Itali: Daniel Ricciardo memenangi kejuaraan Formula Satu (F1) Grand Prix Itali di sini, sebentar tadi, selepas pemandu Australia itu mengambil peluang daripada kemalangan dramatik membabitkan Lewis Hamilton dan Max Verstappen yang menyaksikan mereka tersingkir dari perlumbaan. |
| Nazim menang perlumbaan pertama EuroFormula di Austria Posted: 12 Sep 2021 09:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Nazim Azman memenangi perlumbaan pertamanya dalam EuroFormula Open yang berlangsung di Litar Red Bull Ring, Austria hari ini. |
| Damok sumbang mata berharga Moto3 GP Aragon Posted: 12 Sep 2021 09:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelumba berbakat negara, Syarifuddin Azman menyumbang mata berharga buat pasukan PETRONAS Sprinta Racing selepas menamatkan perlumbaan Kejuaraan Dunia kelas Moto3 di Grand Prix (GP) Aragon di tempat ke-13, di Alcaniz, Sepanyol hari ini. |
| Posted: 12 Sep 2021 08:55 AM PDT KUALA LUMPUR: Berikut rangkuman keputusan perlawanan Liga Super yang berakhir sebentar tadi. |
| JDT tutup tirai liga dengan atasi KL City Posted: 12 Sep 2021 08:40 AM PDT ISKANDAR PUTERI: Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar rekod tersendiri selepas mencatat kemenangan ke-11 berturut-turut apabila menewaskan KL City FC 2-1 pada aksi terakhir liga di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi. |
| Ahli Parlimen, Senator antara 28 individu positif COVID-19 Posted: 12 Sep 2021 08:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Seramai 28 individu termasuk dua Ahli Parlimen dan seorang Senator disahkan positif COVID-19 sebelum persidangan Parlimen bermula esok, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. |
| Penang FC di tempat ketiga selepas diikat TFC Posted: 12 Sep 2021 08:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Penang FC mengesahkan kedudukan ketiga Liga Super musim ini menjadi milik mereka selepas terikat 2-2 dengan Terengganu FC (TFC) di Stadium Bandaraya, sebentar tadi. |
| Posted: 12 Sep 2021 08:26 AM PDT ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengekalkan kedudukan naib juara Liga Super untuk dua tahun berturut-turut selepas membenam Melaka United 4-1 di Stadium Darul Aman di sini, sebentar tadi. |
| Ifedayo menang Kasut Emas, UiTM jinak Sri Pahang Posted: 12 Sep 2021 08:11 AM PDT PETALING JAYA: Kasut Emas Liga Super sah menjadi milik Ifedayo Olusegun selepas penyerang berbisa Selangor FC (SFC) itu berjaya meledak 26 gol dalam saingan Liga Super musim ini. |
| 4 wanita antara 19 dikompaun berhibur Posted: 12 Sep 2021 08:06 AM PDT JOHOR BAHRU: Sekumpulan 19 individu ditahan dan dikompaun kerana berhibur dalam sebuah premis kedai makan di Taman Pelangi di sini, semalam. |
| Bagnaia rangkul kejuaraan MotoGP Aragon Posted: 12 Sep 2021 07:57 AM PDT ARAGON, Sepanyol: Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia yang bermula dari petak utama mengenepikan cabaran juara dunia enam kali, Marc Marquez untuk memenangi kejuaraan MotoGP Aragon di sini, sebentar tadi. |
| PM ajak rakyat terus sokong, perkukuh PPN Posted: 12 Sep 2021 07:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak semua supaya pihak terus mengukuhkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi membolehkan momentum pemulihan negara berterusan sehingga tahun hadapan. |
| Sabah lanjutkan tarikh kuat kuasa SOP vaksin Posted: 12 Sep 2021 07:34 AM PDT KOTA KINABALU: Sabah melanjutkan tempoh untuk mula menguatkuasakan sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) lengkap vaksin COVID-19 dalam sektor perdagangan dan pengedaran selama seminggu lagi kepada 21 September ini. |
| Kerajaan, PH muktamad MoU landskap politik baharu Posted: 12 Sep 2021 06:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) hari ini setuju memuktamadkan sebuah memorandum persefahaman untuk mengembalikan kestabilan politik negara bagi menangani COVID-19 dan pemulihan ekonomi negara menerusi pendekatan kerjasama secara 'dwipartisan'. |
| Pesara polis terkenang 17 rakan maut diserang komunis Posted: 12 Sep 2021 05:19 AM PDT KOTA BHARU: Kenangan bertugas pada tahun 1960-an sukar dilupakan pesara polis, Sarjan Mejar (B) Sabtu Bedul apabila ramai rakannya terkorban ketika bertempur dengan komunis. |
| PH umum pelantikan baharu jawatan penting parti Posted: 12 Sep 2021 06:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) hari ini mengumumkan pelantikan baharu beberapa jawatan penting parti itu sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). |
| Datuk Bandar Paris tanding pilihan raya Presiden Perancis Posted: 12 Sep 2021 06:32 AM PDT ROUEN: Datuk Bandar Paris dari parti Sosialis, Anne Hidalgo, hari ini mengumumkan rancangannya untuk bertanding sebagai presiden pada pilihan raya tahun depan. |
| Kegagalan juruterbang punca pesawat terhempas Posted: 12 Sep 2021 06:21 AM PDT NEW DELHI: Siasatan pengawal selia penerbangan awam mendapati kegagalan juruterbang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menjadi punca pesawat terhempas, mengakibatkan penumpang maut di selatan India tahun lalu. |
| Penggantungan, denda dijangka menanti Sarawak United Posted: 12 Sep 2021 06:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Penggantungan perlawanan dan denda dijangka menanti pemain dan pegawai Sarawak United selepas mereka didapati menyerang pengadil ketika perlawanan bertemu Negeri Sembilan FC (NSFC) di Cheras, Jumaat lalu. |
| Hadiah TMJ kepada Azizulhasni cetus spekulasi Posted: 12 Sep 2021 06:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Bentuk ganjaran yang dikurniakan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menjadi tanda tanya khususnya dalam kalangan peminat sukan tanah air. |
| 5 lelaki ditahan, senjata buatan sendiri dirampas Posted: 12 Sep 2021 05:52 AM PDT KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah menahan lima lelaki dan merampas dua senjata api buatan sendiri serta 35 peluru hidup dalam Op Bersepadu Khazanah di Jalan Kalabakan-Sapulut, semalam. |
| MOSTI perhebat program outreach vaksinasi - Dr Adham Posted: 12 Sep 2021 05:38 AM PDT KUALA TERENGGANU: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memperbanyakkan Program Outreach Vaksinasi COVID-19 dan 'mobile' bagi memastikan sasaran 80 peratus populasi dewasa lengkap menerima vaksinasi menjelang hujung bulan ini seterusnya mencapai tahap imuniti kelompok. |
| Kebakaran pondok bit polis, dua ditahan Posted: 12 Sep 2021 05:37 AM PDT KOTA BHARU: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kebakaran di sebuah pondok bit polis berhampiran Pasar Jelawat, Bachok, dekat sini, awal pagi semalam. |
| Taliban benar wanita di universiti, kelas campur dilarang Posted: 12 Sep 2021 05:31 AM PDT KABUL: Wanita Afghanistan akan dibenarkan menghadiri universiti selagi mereka belajar secara berasingan daripada lelaki, kata menteri pendidikan tinggi Taliban hari ini. |
| Pecah kelas mungkin bebankan guru Posted: 12 Sep 2021 04:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Langkah memecahkan kelas kepada dua kumpulan pelajar dilihat mungkin menambahkan beban dan menimbulkan kekangan kepada guru merancang pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan silibus mata pelajaran dapat diselesaikan. |
| COVID-19: Data kematian semalam termasuk kes tertunggak Posted: 11 Sep 2021 07:15 PM PDT PUTRAJAYA: Sejumlah 592 kematian akibat COVID-19 yang dilaporkan semalam adalah termasuk kes tertunggak atau 'backlog' yang tidak dilaporkan sebelum ini. |
| Latif dijangka pulih dua bulan lagi Posted: 12 Sep 2021 05:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Jaguh lompat jauh T20 (kecacatan intelektual) kebangsaan, Abdul Latif Romly dijangka pulih daripada kecederaan dialaminya pada Sukan Paralimpik 2020, baru-baru ini, dalam masa dua bulan lagi. |
| Selangor MAC, Pahang Rangers bersaing Piala Futsal AFF Posted: 12 Sep 2021 05:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Dua wakil negara, Selangor MAC dan Pahang Rangers akan berentap pada saingan Piala Futsal AFF 2021 di Korat, Thailand bermula 13 hingga 17 September ini. |
| Sesi persekolahan 2021 dilanjut hingga Mac 2022 Posted: 12 Sep 2021 12:45 AM PDT KUALA LUMPUR: Sesi persekolahan bagi tahun ini akan dilanjutkan hingga Februari tahun depan bagi membolehkan Kementerian Pendidikan (KPM) memastikan semua pelajar, khususnya yang ketinggalan bersedia untuk masuk ke kelas berikutnya. |
| Padah buat panggilan palsu kes tembak, bunuh Posted: 12 Sep 2021 05:00 AM PDT KOTA BHARU: Polis menahan seorang lelaki yang membuat panggilan palsu kejadian tembak dan bunuh di Kampung Kolam Abu, Machang, malam tadi. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment