Monday, September 13, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


5 sekeluarga sesak nafas terhidu karbon monoksida

Posted: 13 Sep 2021 08:36 AM PDT

SEREMBAN: Lima sekeluarga, termasuk tiga kanak-kanak mengalami sesak nafas selepas dipercayai terhidu gas karbon monoksida dalam sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Seremban-Tampin berhampiran Kawasan Perindustrian Ringan, Senawang di sini, petang tadi.

Hajat Baddrol jadi penjaring terbanyak tempatan tercapai

Posted: 13 Sep 2021 08:00 AM PDT

ALOR SETAR: Jersi nombor tujuh yang disarung perancang tengah Kedah Darul Aman (KDA), Baddrol Bakhtiar tampak terus memberi tuah selepas pemain itu berjaya meledak tujuh gol musim ini.

Pemain JDT didenda RM40,000 jika salah guna media sosial

Posted: 13 Sep 2021 07:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tahap disiplin di Johor Darul Ta'zim (JDT) sememangnya begitu tinggi, jadi tidak hairanlah faktor itu menjadi teras skuad Harimau Selatan terus mencipta kejayaan demi kejayaan.

COVID-19: 21 kes varian Delta, Beta di Terengganu

Posted: 13 Sep 2021 07:34 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 21 kes jangkitan COVID-19 membabitkan varian Delta dan Beta dikesan di negeri ini sejak akhir Julai lalu sehingga hari ini.

JAKS, T&T Group bangun projek tenaga di Vietnam

Posted: 13 Sep 2021 07:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: JAKS Resources Bhd memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan T&T Group Joint Stock Company untuk meninjau kemungkinan kerjasama bagi membangunkan projek gas asli cecair (LNG) kepada tenaga Quang Ninh 2 berkapasiti 1,500 megawatt (MW) di Quang Ninh, Vietnam.

Agrobank lancar Sukuk Wakalah RM1 bilion

Posted: 13 Sep 2021 07:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bank Pertanian Malaysia Bhd (Agrobank) melancarkan Program Sukuk Wakalah bernilai RM1 bilion yang berasaskan Prinsip Islam Wakalah Bi AlIstithmar.

ATM harap Op Benteng diteruskan

Posted: 13 Sep 2021 06:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berharap Op Benteng yang ditubuhkan untuk menangani penularan COVID-19 akan diteruskan walaupun jangkitan itu dapat dikawal sepenuhnya pada masa akan datang.

Pembinaan hospital medan di Tawau dipercepat

Posted: 13 Sep 2021 06:49 AM PDT

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju mempercepat pembinaan hospital medan di Tawau untuk membantu Sabah memerangi COVID-19.

Mangsa COVID-19 puji tema #KITABERSAMA

Posted: 13 Sep 2021 06:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyanyi baharu, Aliff Iskandar memuji tema #KITABERSAMA Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 yang disifatkan bersesuaian untuk beri kesedaran berterusan kepada rakyat Malaysia dalam memerangi pandemik COVID-19.

MoU bukan jajaran politik baharu - Annuar

Posted: 13 Sep 2021 06:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) hari ini bukan satu bentuk jajaran baharu politik atau kerajaan perpaduan.

39 kematian di Sabah

Posted: 13 Sep 2021 06:26 AM PDT

KOTA KINABALU: Jumlah kematian harian akibat COVID-19 di Sabah bukan bermaksud pesakit maut dalam tempoh 24 jam.

Skuad Piala Thomas mampu lakar kejutan di Denmark

Posted: 13 Sep 2021 03:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain beregu lelaki negara, Soh Wooi Yik percaya skuad lelaki negara mampu melakar kejutan dalam saingan Piala Thomas 2020 di Aarhus, Denmark, bulan depan.

Trucha puas jadikan Penang 'kuda hitam'

Posted: 13 Sep 2021 06:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penang FC (PFC) jelas membuktikan status mereka sebagai 'kuda hitam' apabila tampil sebagai pakej penuh kejutan dengan menamatkan saingan Liga Super musim ini di tangga ketiga.

Bukan semua sekolah dibuka pada 3 Oktober

Posted: 13 Sep 2021 05:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menegaskan pembelajaran bersemuka mulai 3 Oktober ini, dibuat secara berperingkat mengikut fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

'Calon CEO FINAS sesuai PTD, peka masalah industri'

Posted: 13 Sep 2021 05:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kejayaan menggerakkan kembali industri kreatif ketika era pandemik COVID-19 menjadi pencapaian terbaik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri sepanjang menerajui agensi kerajaan itu.

17 pemancing cemas bot bocor

Posted: 13 Sep 2021 05:45 AM PDT

LANGKAWI: Seramai 17 pemancing berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki mengalami kebocoran ketika berada di kedudukan 18.1 batu nautika Barat Daya Pulau Cupa di sini, hari ini.

Pengasas bersama Taliban siar audio masih hidup

Posted: 13 Sep 2021 05:45 AM PDT

KABUL: Pengasas bersama Taliban dan kini dilantik Timbalan Perdana Menteri Afghanistan mengeluarkan kenyataan audio bahawa beliau masih hidup selepas berita mengenai kematiannya tular di media sosial.

2,500 pegawai, anggota jayakan sambutan Hari ATM

Posted: 13 Sep 2021 05:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai 2,500 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menjayakan acara sambutan Hari ATM Ke-88 yang diadakan secara fizikal di Kem Segenting, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 22 September ini.

Naik trak sejuk untuk larikan diri dari COVID-19

Posted: 13 Sep 2021 05:33 AM PDT

HANOI: 15 orang termasuk seorang budak lelaki berusia tujuh tahun dijumpai di dalam sebuah trak sejuk di Vietnam selepas mereka cuba melarikan diri dari kawasan selatan yang teruk dilanda COVID-19.

Gagasan Nadi Cergas bida tender projek lebih RM1.7 bilion

Posted: 13 Sep 2021 05:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Gagasan Nadi Cergas Bhd menyasarkan untuk memperoleh lebih banyak kerja pembinaan dengan tender projek melebihi RM1.7 bilion pada tahun akan datang ketika negara dalam peralihan daripada pandemik ke endemik, kata Pengarah Urusan Kumpulan, Wan Azman Wan Kamal.

KPM, KPT bentang laporan pada MPN minggu depan

Posted: 13 Sep 2021 05:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan membentangkan laporan berhubung pengoperasian institusi pendidikan masing-masing pada mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang akan berlangsung minggu depan.

Mah Sing harap Belanjawan 2022 bantu pembeli rumah

Posted: 13 Sep 2021 05:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mah Sing Group Bhd berharap kerajaan dapat memperkenalkan inisiatif tambahan untuk meringankan pemilikan kediaman bagi pembeli rumah pertama dan mempercepatkan pemulihan industri hartanah sebagai sebahagian daripada senarai permintaannya untuk Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan di Parlimen menjelang 29 Oktober depan.

Lelaki halusinasi mengamuk, ketuk MPV polis

Posted: 13 Sep 2021 05:21 AM PDT

AMPANG: Seorang lelaki yang berhalusinasi akibat kesan pengambilan dadah mengamuk di sebuah kedai makan dan mengetuk bonet kereta peronda polis dengan kayu di Taman Medan Bukit Permai, Ampang Jaya, semalam.

Korea Utara uji peluru berpandu jarak jauh

Posted: 12 Sep 2021 09:49 PM PDT

SEOUL: Korea Utara melancarkan ujian 'peluru berpandu jarak jauh' hujung minggu lalu, ketika negara itu berdepan Amerika Syarikat (AS) berhubung isu pengurangan senjata nuklear.

Nazim tekad gegar Monza

Posted: 13 Sep 2021 05:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas lagu Negaraku berkumandang di Litar Red Bull Ring, Austria semalam, pemandu muda negara, Nazim Azman kini mengalih tumpuan ke pusingan seterusnya di Litar Monza, Itali pada 26 September ini.

Bursa Malaysia ditutup rendah

Posted: 13 Sep 2021 05:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Indeks komposit utama Bursa Malaysia ditutup 0.37 mata lebih rendah hari ini, dipengaruhi jualan di kaunter wajaran tinggi terpilih, didahului oleh Top Glove.

Beberapa terperangkap akibat bangunan runtuh

Posted: 13 Sep 2021 05:14 AM PDT

NEW DELHI: Beberapa orang dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan bangunan tiga tingkat yang runtuh di Delhi hari ini, seorang pegawai tinggi bomba di bandar itu mengesahkan.

Tiada tentera keletihan melampau

Posted: 13 Sep 2021 05:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak menerima laporan anggotanya yang terbabit mengawal keselamatan negara bagi memutuskan rantaian COVID-19, mengalami tekanan melampau.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Posted: 13 Sep 2021 05:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit merosot hari ini daripada peningkatan pada minggu lalu untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan terdapat pelabur yang kembali kepada dolar AS berdasarkan jangkaan Rizab Persekutuan AS yang akan memulakan pengurangan pembelian aset.

Pasukan keselamatan pantau ancaman pengganas

Posted: 13 Sep 2021 05:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Agensi keselamatan sentiasa memantau perkembangan semasa situasi keselamatan negara termasuk terhadap maklumat kemungkinan wujud ancaman pengganas.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template