BH Online - Terkini |
- Memperkasa MyDIGITAL untuk rakyat
- Genggam semangat Keluarga Malaysia
- Potensi besar perdagangan India, ASEAN
- Ibu 4 anak maut kemalangan
- 14 hari persiapan buka sekolah di negeri beralih fasa
- Mayat lelaki bersama motosikal ditemui di tebing jalan
- 'Fail rayuan tidak cerminkan konsep Keluarga Malaysia'
- Salah perlu 20 gol lagi untuk pintas Gerrard
- MMA gesa penyumberan luar tugas pantau COVID-19 di Sarawak
- Judi EURO 2020: Interpol tahan 1,400, sita AS$8 juta
- Farah 'sembunyi' kecederaan ketika beraksi di Tokyo 2020
- Lebih 600 pelancong tempah feri ke Langkawi Khamis ini
- Mahkamah Majistret tolak permohonan Siti Bainun
- Ahmad Fuzi dilantik Canselor baharu UNITEN
- Warga asing berkumpul di pejabat pos ambil pasport
- 'Suara wanita warganegara Malaysia perlu didengari'
- Dewan kosong ketika Anwar berucap timbulkan persoalan
- MN Selangor pertahan kerajaan 'Keluarga Malaysia'
- TMJ kecewa penyokong JDT lupa asal usul
- Boustead serah kapal misi litoral ketiga kepada TLDM
- JCorp kembali jadi pemegang saham terbesar Damansara Holdings
- Kena akui ekonomi negara jauh ketinggalan
- Penyampaian ganti serah saman AS$3.783 bilion kepada Jho Low, 5 individu
- Anwar persoal kerajaan rayu keputusan Mahkamah Tinggi
- Lapangan Terbang Sabiha Gokcen terajui pemulihan MAHB
- Bursa Malaysia tingkat perhubungan pelabur
- Ringgit susut pada akhir dagangan
- MARTA harap garis panduan STRA diumum segera
- Pearly-Thinaah duta baharu 100PLUS
- Lebih 7,000 murid B40 Terengganu tidak diikuti PdPR
| Memperkasa MyDIGITAL untuk rakyat Posted: 05 Sep 2021 10:40 PM PDT SALAH satu aspirasi MyDIGITAL adalah mewujudkan sebuah kerajaan yang dipacu dengan kemudahan digital bagi menyediakan perkhidmatan awam secara digital dan menyeluruh dengan lebih cekap, berkesan serta telus. |
| Genggam semangat Keluarga Malaysia Posted: 14 Sep 2021 08:54 AM PDT PUTRAJAYA: Perkhidmatan awam harus menggenggam semangat 'Keluarga Malaysia' sebagai konsep penting dalam mengatur strategi memulihkan semula ekonomi dan menyusun semula negara dalam era pasca pandemik COVID-19 dan fasa endemik menjelang akhir Oktober ini. |
| Potensi besar perdagangan India, ASEAN Posted: 14 Sep 2021 08:44 AM PDT NEW DELHI: Aspek semakan semula perjanjian perdagangan bebas (FTA) dan kerjasama berkaitan COVID-19 adalah antara perkara dibincangkan dalam mesyuarat menteri-menteri ekonomi India dan ASEAN secara maya pada hari ini. |
| Posted: 14 Sep 2021 08:04 AM PDT SIK: Seorang ibu kepada empat anak maut selepas kereta dinaiki bersama suami, anak bongsu dan ibunya terbabas di Jalan Jeniang-Sik-Pedu di Kampung Surau, petang tadi. |
| 14 hari persiapan buka sekolah di negeri beralih fasa Posted: 14 Sep 2021 07:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberikan tempoh sekurang-kurangnya dua minggu kepada sekolah di negeri yang beralih fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk membuat persediaan sebelum dibuka. |
| Mayat lelaki bersama motosikal ditemui di tebing jalan Posted: 14 Sep 2021 07:30 AM PDT JEMPOL: Mayat seorang lelaki bersama motosikalnya yang dipercayai terbunuh dalam tempoh seminggu akibat kemalangan, ditemui orang ramai di tepi Jalan Serting Hilir pada jam 2.30 petang tadi. |
| 'Fail rayuan tidak cerminkan konsep Keluarga Malaysia' Posted: 14 Sep 2021 04:54 AM PDT Oleh Mahani Ishak |
| Salah perlu 20 gol lagi untuk pintas Gerrard Posted: 14 Sep 2021 07:22 AM PDT LONDON: Selepas memenangi Liga Juara-Juara dan Liga Perdana Inggeris (EPL), Mohamed Salah melakar satu lagi sejarah dalam kariernya bersama Liverpool apabila kini menjadi ahli kelab 100 gol EPL. |
| MMA gesa penyumberan luar tugas pantau COVID-19 di Sarawak Posted: 14 Sep 2021 07:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Jabatan Kesihatan Sarawak dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (SDMC) digesa melakukan penyumberan luar operasi Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) serta tugas memantau pesakit kategori satu dan dua yang dikuarantin di rumah. |
| Judi EURO 2020: Interpol tahan 1,400, sita AS$8 juta Posted: 14 Sep 2021 07:03 AM PDT LYON: Operasi Polis Antarabangsa (INTERPOL) yang menyasarkan perjudian haram ketika EURO 2020 berjaya menahan 1,400 suspek dan menyita 6.7 juta euro (RM33 juta). |
| Farah 'sembunyi' kecederaan ketika beraksi di Tokyo 2020 Posted: 14 Sep 2021 06:58 AM PDT KUALA LUMPUR: Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi mengakui kekuatan mengawal minda menjadi antara faktor penting dalam menghadapi situasi getir seperti kecederaan. |
| Lebih 600 pelancong tempah feri ke Langkawi Khamis ini Posted: 14 Sep 2021 06:45 AM PDT ALOR SETAR: Perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi melalui Terminal Feri Kuala Perlis ditambah satu lagi menjadikan tiga feri beroperasi pada hari permulaan gelembung pelancongan Khamis ini. |
| Mahkamah Majistret tolak permohonan Siti Bainun Posted: 14 Sep 2021 05:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini menolak permohonan pemilik Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali untuk membatalkan perintah jagaan sementara seorang daripada lima anak angkatnya yang diberikan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). |
| Ahmad Fuzi dilantik Canselor baharu UNITEN Posted: 14 Sep 2021 06:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dilantik sebagai Canselor Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) berkuat kuasa 1 Julai lalu sehingga 31 Disember 2023. |
| Warga asing berkumpul di pejabat pos ambil pasport Posted: 14 Sep 2021 06:08 AM PDT KLANG: Kehadiran ramai warga asing di Pejabat Pos Jalan Stesen dekat sini yang tular di media sosial adalah untuk mengambil pasport mereka yang sudah siap. |
| 'Suara wanita warganegara Malaysia perlu didengari' Posted: 14 Sep 2021 06:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Suara golongan ibu warganegara Malaysia dalam soal kewarganegaraan automatik bagi anak dilahirkan di luar negara hasil perkahwinan dengan warga asing perlu didengari. |
| Dewan kosong ketika Anwar berucap timbulkan persoalan Posted: 14 Sep 2021 05:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman mempersoalkan kehadiran menteri dan timbalan menteri pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini. |
| MN Selangor pertahan kerajaan 'Keluarga Malaysia' Posted: 14 Sep 2021 06:05 AM PDT SHAH ALAM: Muafakat Nasional (MN) Selangor akan kekal mempertahankan kerajaan 'Keluarga Malaysia' di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob |
| TMJ kecewa penyokong JDT lupa asal usul Posted: 14 Sep 2021 05:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Keputusan pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sedang berkira-kira untuk meninggalkan pasukan itu bukanlah dibuat atas dasar untuk mencari populariti. |
| Boustead serah kapal misi litoral ketiga kepada TLDM Posted: 14 Sep 2021 05:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), syarikat sekutu Boustead Heavy Industries Corp Bhd (BHIC) menyerahkan Kapal Misi Litoral (LMS3) ketiga kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). |
| JCorp kembali jadi pemegang saham terbesar Damansara Holdings Posted: 14 Sep 2021 05:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Johor Corp Bhd (JCorp), sayap pelaburan kerajaan negeri Johor muncul semula sebagai pemegang saham terbesar Damansara Holdings Bhd selepas membeli 49.57 peratus kepentingan dalam syarikat itu pada harga RM78.91 juta. |
| Kena akui ekonomi negara jauh ketinggalan Posted: 14 Sep 2021 04:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengakui bahawa kedudukan ekonomi dan daya saing negara ini jauh ketinggalan berbanding dengan negara lain di rantau ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. |
| Penyampaian ganti serah saman AS$3.783 bilion kepada Jho Low, 5 individu Posted: 14 Sep 2021 05:33 AM PDT KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah penyampaian ganti bagi menyerahkan writ saman AS$3.783 bilion kepada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, ahli keluarga dan rakan sekutunya. |
| Anwar persoal kerajaan rayu keputusan Mahkamah Tinggi Posted: 14 Sep 2021 04:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan kerajaan merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang membenarkan kewarganegaraan automatik kepada kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan warga asing. |
| Lapangan Terbang Sabiha Gokcen terajui pemulihan MAHB Posted: 14 Sep 2021 05:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISGA) Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) di Turki, terus menerajui pemulihan pengendali lapangan terbang itu, dengan mencatatkan pergerakan 3.2 juta penumpang bulan lalu. |
| Bursa Malaysia tingkat perhubungan pelabur Posted: 14 Sep 2021 05:24 AM PDT KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd melaksanakan program insentif perhubungan pelabur dan awam untuk mempertingkatkan keterlihatan dan kebolehcapaian syarikat senaraian awam (PLC) kepada komuniti pelaburan menerusi kerjasama perhubungan pelabur yang lebih aktif. |
| Ringgit susut pada akhir dagangan Posted: 14 Sep 2021 05:19 AM PDT KUALA LUMPUR: Pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Selasa ternyata tidak bertahan lama apabila susut pada akhir urus niaga berikutan jangkaan bahawa pihak Rizab Persekutuan (Fed) AS akan mengurangkan pembelian aset yang menyebabkan minat pelabur beralih terhadap dolar, kata peniaga. |
| MARTA harap garis panduan STRA diumum segera Posted: 14 Sep 2021 05:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Pertubuhan Penginapan Kediaman Pelancongan Malaysia (MARTA) berharap Garis Panduan penginapan kediaman jangka pendek (STRA) diumumkan segera. |
| Pearly-Thinaah duta baharu 100PLUS Posted: 14 Sep 2021 05:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Potensi besar dan persembahan menakjubkan termasuk ketika menjuarai Terbuka Switzerland menarik minat 100PLUS untuk memilih beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah sebagai duta baharu minuman isotonik itu. |
| Lebih 7,000 murid B40 Terengganu tidak diikuti PdPR Posted: 14 Sep 2021 05:15 AM PDT KUALA TERENGGANU: Seramai 7,629 orang atau empat peratus daripada 174,510 murid daripada golongan B40 di Terengganu dikategorikan sebagai tercicir atau tidak mengikuti mana-mana sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sehingga Julai lalu. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment