BH Online - Terkini |
- MFL impi Piala Malaysia diserikan kehadiran penonton
- Pengunjung, penjaga pusat rekreasi kena kompaun
- Polis perlukan bantuan saksi kemalangan maut
- MAIK benarkan 40 jemaah lengkap vaksin tunai solat Jumaat
- Atlet Paralimpik terima ganjaran RM100,500 dari Yayasan OSK
- Pekerja ladang maut dihempap pokok sawit
- Cabaran tumbesaran rumput Stadium Nasional
- Kerajaan sedia peruntukan besar buat Sabah, Sarawak
- PM ajak keluarga Malaysia pertahan kedaulatan, perpaduan
- 4 pasukan jadi pilihan saingan Piala Malaysia
- Situasi menang-menang dalam rundingan MA63 - Abang Johari
- Kurangkan graduan perubatan atasi lambakan
- Sarawak mahu rundingan MA63 hasilkan situasi menang-menang
- Konsep Keluarga Malaysia relevan, sesuai di Sabah - Hajiji
- Pelan Pemulihan Negara perlu dilaksanakan cepat
- Kerajaan jamin perhalusi isu Sabah, Sarawak dalam MA63
- Amaran letusan gunung berapi La Cumbre dikeluarkan
- Gimnasium hanya akan dibuka selepas SOP tambahan diwartakan
- Remaja lemas di Tasik Cermin
- Liverpool rancang dapatkan khidmat Lewandowski
- Kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia kembali menggegar
- Australia dapatkan kapal selam nuklear
- Kejayaan Langkawi penanda aras pembukaan destinasi lain
- Menteri ekonomi ASEAN, rakan dialog tingkat usaha pemulihan
- TMJ nafi salah tafsir isu padang SNBJ
- KKMM pastikan pedalaman Sabah ada internet - Annuar
- Safiq pernah dihukum JDT
- Sarawak rancang pusat kecemerlangan setaraf Bukit Jalil
- China lengkapkan inokulasi 1 bilion penduduk
- Nestlé sokong sistem makanan lindungi alam sekitar
| MFL impi Piala Malaysia diserikan kehadiran penonton Posted: 16 Sep 2021 06:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menaruh harapan saingan Piala Malaysia yang akan bermula 25 September ini akan diserikan dengan kehadiran penonton di stadium. |
| Pengunjung, penjaga pusat rekreasi kena kompaun Posted: 16 Sep 2021 09:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis mengeluarkan tujuh kompaun terhadap pengunjung dan penjaga pusat rekreasi di Sungai Pisang, Gombak, semalam kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN). |
| Polis perlukan bantuan saksi kemalangan maut Posted: 16 Sep 2021 08:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis memerlukan bantuan orang awam untuk membantu siasatan kes kemalangan hingga mengakibatkan dua penunggang motosikal maut, manakala seorang lagi parah di sekitar Petaling Jaya, semalam dan Ahad lalu. |
| MAIK benarkan 40 jemaah lengkap vaksin tunai solat Jumaat Posted: 16 Sep 2021 08:41 AM PDT KOTA BHARU: Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan 40 jemaah menunaikan solat Jumaat dan fardu di masjid negeri, bandar, jajahan, mukim, dan surau di seluruh negeri berkuat kuasa esok. |
| Atlet Paralimpik terima ganjaran RM100,500 dari Yayasan OSK Posted: 16 Sep 2021 08:36 AM PDT KUALA LUMPUR: Pencapaian luar biasa atlet negara di Sukan Paralimpik 2020 terus mendapat perhatian pelbagai pihak dan hari ini mereka menerima insentif kewangan daripada Yayasan OSK, cabang amal Kumpulan OSK. |
| Pekerja ladang maut dihempap pokok sawit Posted: 16 Sep 2021 08:31 AM PDT KLUANG: Seorang pekerja ladang maut dihempap pokok kelapa sawit ketika melakukan kerja pembersihan ladang di Taman Saujana, di sini, pada 6 petang tadi. |
| Cabaran tumbesaran rumput Stadium Nasional Posted: 16 Sep 2021 08:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Struktur Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjadi antara cabaran utama bagi tumbesaran rumput di fasiliti terkenal negara itu namun ada jalan penyelesaian yang mampu mengatasi masalah pencahayaan dihadapi. |
| Kerajaan sedia peruntukan besar buat Sabah, Sarawak Posted: 16 Sep 2021 05:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4.66 bilion untuk Sabah dan RM4.47 bilion bagi Sarawak untuk tujuan pembangunan kedua-dua negeri berkenaan, antara yang tertinggi berbanding negeri lain. |
| PM ajak keluarga Malaysia pertahan kedaulatan, perpaduan Posted: 16 Sep 2021 07:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Keluarga Malaysia diajak untuk bulatkan tekad bersatu hati memelihara serta mempertahankan kedaulatan negara. |
| 4 pasukan jadi pilihan saingan Piala Malaysia Posted: 16 Sep 2021 08:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Empat pasukan teratas Liga Super - Johor Darul Ta'zim (JDT), Kedah Darul Aman FC (KDA), Penang FC dan Terengganu FC (TFC) - dijangka menjadi antara pasukan yang akan mengungguli empat kumpulan dalam saingan Piala Malaysia musim ini. |
| Situasi menang-menang dalam rundingan MA63 - Abang Johari Posted: 16 Sep 2021 07:16 AM PDT KUCHING: Rundingan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) seperti terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU) Transformasi Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dan pembangkang Isnin lalu, diharap membawa situasi menang-menang kepada negeri itu dan Persekutuan. |
| Kurangkan graduan perubatan atasi lambakan Posted: 16 Sep 2021 08:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Pengurangan jumlah graduan perubatan setiap tahun antara pendekatan yang boleh dipertimbangkan bagi mengatasi lambakan individu dalam bidang berkenaan. |
| Sarawak mahu rundingan MA63 hasilkan situasi menang-menang Posted: 16 Sep 2021 07:47 AM PDT KUCHING : Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg mengharapkan inisiatif untuk meneruskan rundingan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) seperti yang terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU) Transformasi Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dan pembangkang pada 13 September lalu akan membawa kepada hasil menang-menang kepada negeri ini dan Persekutuan. |
| Konsep Keluarga Malaysia relevan, sesuai di Sabah - Hajiji Posted: 16 Sep 2021 07:38 AM PDT KOTA KINABALU: Pendekatan konsep 'Keluarga Malaysia' disifatkan relevan dan bersesuaian di Sabah berikutan rakyat negeri itu yang sejak sekian lama hidup harmoni bersama walaupun terdapat banyak perbezaan kaum. |
| Pelan Pemulihan Negara perlu dilaksanakan cepat Posted: 16 Sep 2021 07:25 AM PDT LANGKAWI: Pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) perlu dipercepat berikutan kerajaan terpaksa menanggung pelbagai kos yang terlalu tinggi sejak pandemik COVID-19 melanda negara bermula tahun lalu. |
| Kerajaan jamin perhalusi isu Sabah, Sarawak dalam MA63 Posted: 16 Sep 2021 05:42 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan akan memberi perhatian terhadap isu yang berkaitan dengan kepentingan Sabah dan Sarawak khususnya melalui aspek rakan kongsi setaraf dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). |
| Amaran letusan gunung berapi La Cumbre dikeluarkan Posted: 16 Sep 2021 07:08 AM PDT MADRID: Pakar sedang memantau sebuah gunung berapi di Kepulauan Canary, Sepanyol, yang kali terakhir meletus 50 tahun lalu, susulan peningkatan gegaran dan pergerakan lahar. |
| Gimnasium hanya akan dibuka selepas SOP tambahan diwartakan Posted: 16 Sep 2021 01:48 AM PDT IPOH: Semua kemudahan sukan di negeri dalam Fasa 2 dan ke atas Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan dibuka mulai esok, kecuali gimnasium hanya boleh beroperasi semula selepas Prosedur Operasi Standard (SOP) tambahan diwartakan. |
| Posted: 16 Sep 2021 06:33 AM PDT SHAH ALAM: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditemui lemas dalam Tasik Cermin di Puncak Perdana, dekat sini, hari ini. |
| Liverpool rancang dapatkan khidmat Lewandowski Posted: 16 Sep 2021 06:45 AM PDT LONDON: Liverpool merancang melakukan satu tawaran mengejutkan buat bintang Bayern Munich, Robert Lewandowski, menurut laporan. |
| Kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia kembali menggegar Posted: 16 Sep 2021 06:42 AM PDT KUALA LUMPUR: Selepas tertangguh lebih lima bulan, saingan Kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia dijadual kembali menggegarkan arena sukan permotoran dua roda di Litar Sepang Utara minggu ini. |
| Australia dapatkan kapal selam nuklear Posted: 16 Sep 2021 06:22 AM PDT SYDNEY: Amerika Syarikat (AS) mengumumkan pakatan baharu dengan Australia dan Britain hari ini untuk memperkuatkan aset tentera bagi menghadapi kebangkitan China. |
| Kejayaan Langkawi penanda aras pembukaan destinasi lain Posted: 16 Sep 2021 06:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Kejayaan pembukaan sektor pelancongan di Pulau Langkawi diharap menjadi titik permulaan kepada lebih banyak pembukaan destinasi gelembung pelancongan dengan selamat dan teratur. |
| Menteri ekonomi ASEAN, rakan dialog tingkat usaha pemulihan Posted: 16 Sep 2021 06:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Menteri-menteri ekonomi ASEAN (AEM) dan rakan dialog mereka memperbaharui diplomasi ekonomi serantau, komited untuk mempertingkatkan usaha global supaya memastikan pertumbuhan dan pemulihan yang kukuh menghadapi pandemik COVID-19. |
| TMJ nafi salah tafsir isu padang SNBJ Posted: 16 Sep 2021 05:58 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan dakwaan beliau salah tafsir mengenai kos RM10 juta bagi baik pulih padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). |
| KKMM pastikan pedalaman Sabah ada internet - Annuar Posted: 16 Sep 2021 05:14 AM PDT KOTA KINABALU: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan memastikan setiap rakyat, khususnya di Sabah, mempunyai akses kemudahan internet meskipun tinggal jauh di kawasan pedalaman. |
| Posted: 16 Sep 2021 05:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Pendedahan pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa pemain skuad Harimau Selatan yang melanggar polisi dan etika kerja kelab itu berdepan hukuman denda, bukan sekadar cakap kosong. |
| Sarawak rancang pusat kecemerlangan setaraf Bukit Jalil Posted: 16 Sep 2021 05:31 AM PDT KUCHING: Sarawak merancang membangunkan sebuah pusat kecemerlangan sukan (centre of high performance) berhampiran Kompleks Sukan Negeri di Petra Jaya di sini, kata Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah hari ini. |
| China lengkapkan inokulasi 1 bilion penduduk Posted: 16 Sep 2021 05:23 AM PDT BEIJING: China selesai melengkapkan inokulasi lebih satu bilion penduduknya atau 71 peratus daripada penduduk negara itu bagi menentang wabak COVID-19. |
| Nestlé sokong sistem makanan lindungi alam sekitar Posted: 16 Sep 2021 05:21 AM PDT KUALA LUMPUR: NestlĂ© sedang merangka pelan untuk menyokong dan mempercepatkan proses peralihan kepada sistem makanan regeneratif yang bertujuan bagi melindungi dan memulihkan alam sekitar, mempertingkatkan kehidupan dan kesejahteraan golongan petani. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment