BH Online - Terkini |
- DAESH mengaku serang Taliban di Jalalabad
- Misteri ratusan burung mati rempuh WTC
- 3 Ahli Parlimen UMNO tolak pencalonan ganti Azalina - Tajuddin
- United bangkit atasi West Ham
- Wanita maut dalam kemalangan
- Jururawat jumpa kamera mini dalam bilik mandi
- Lelaki meninggal dunia ketika mendaki bukit
- Pasukan wanita negara tumpas di Palestin
- Bagnaia tawan MotoGP San Marino
- Jalan Penampang-Tambunan terputus
- Thailand 'sambut' ulang tahun ke-15 rampasan kuasa
- Speedy Tigers perkenal 'DNA Malaysia' pada siri jelajah UK
- 'Insomniacks masih laku'
- Barang kemas RM20,000 ditemui dalam sisa kebakaran rumah
- PGA rampas petrol cuba diseludup
- Manny Pacquiao calon Presiden Filipina
- Kos stabil cerun, naik taraf Sungai Kemensah dianggarkan RM10 juta
- 63,826 remaja Sabah sudah divaksin
- Bukan jaminan terus konsisten cemerlang jika sertai JDT
- Pendakian Gunung Kinabalu dibuka semula
- Htet Aung paling banyak catat bantuan gol Selangor
- Putin dijangka kekal berkuasa
- KKM kesan individu positif COVID-19 daftar masuk premis, pasar raya
- Nama Akid kembali jadi sebutan
- Banjir di Bestari Jaya
- Kiara Skatepark kembali beroperasi
- Sarawak United akan kemuka rayuan
- OKU buat lima kerja demi rezeki halal
- COVID-19: Ada 14,954 kes baharu
- Dua kampung Orang Asli di Pahang kena PKPD
| DAESH mengaku serang Taliban di Jalalabad Posted: 19 Sep 2021 03:25 PM PDT BEIRUT: DAESH-Khorasan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan terhadap kumpulan pejuang Taliban di bandar Jalalabad, Afghanistan. |
| Misteri ratusan burung mati rempuh WTC Posted: 19 Sep 2021 06:48 AM PDT NEW YORK: Ratusan burung di bandar raya ini menemui ajal ketika terbang selepas merempuh bangunan One World Trade Center (WTC) sejak beberapa hari lalu. |
| 3 Ahli Parlimen UMNO tolak pencalonan ganti Azalina - Tajuddin Posted: 18 Sep 2021 02:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan beberapa ahli Parlimen parti itu disenaraikan sebagai calon mengisi jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat sebelum nama Datuk Seri Ahmad Maslan dikemukakan kepada Parlimen. |
| Posted: 19 Sep 2021 08:10 AM PDT LONDON: David de Gea menjadi wira Manchester United apabila menepis sepakan penalti minit akhir Mark Noble sekali gus membolehkan United menang 2-1 ke atas West Ham dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di sini, sebentar tadi. |
| Posted: 19 Sep 2021 02:50 AM PDT KUALA BERANG: Hasrat seorang wanita mahu melawat ibunya tidak kesampaian selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 380.5 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), di sini hari ini. |
| Jururawat jumpa kamera mini dalam bilik mandi Posted: 17 Sep 2021 07:32 PM PDT KULIM: Polis menahan seorang pembantu perawatan kesihatan sebuah hospital di sini untuk siasatan susulan penemuan kamera mini dipasang dalam bilik mandi sebuah wad hospital berkenaan. |
| Lelaki meninggal dunia ketika mendaki bukit Posted: 19 Sep 2021 01:59 AM PDT SHAH ALAM: Seorang lelaki disahkan meninggal dunia ketika melakukan aktiviti mendaki bukit di Setia Alam Community Trail, dekat sini, hari ini. |
| Pasukan wanita negara tumpas di Palestin Posted: 19 Sep 2021 07:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak wanita negara membuka kempen kelayakan Piala Asia Wanita 2022 dengan langkah kiri apabila tewas 4-0 kepada Thailand dalam saingan di Palestin, sebentar tadi. |
| Bagnaia tawan MotoGP San Marino Posted: 19 Sep 2021 07:22 AM PDT MISANO ADRIATICO, Itali: Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia memenangi saingan MotoGP Grand Prix (GP) San Marino, di tempat kelahirannya, di sini, sebentar tadi, selepas bermula dari petak hadapan. |
| Jalan Penampang-Tambunan terputus Posted: 19 Sep 2021 07:21 AM PDT KOTA KINABALU: Hujan lebat yang berterusan mengakibatkan jalan utama menghubungkan daerah Penampang-Tambunan terputus akibat runtuhan di Kilometer 52.35, di sini, hari ini. |
| Thailand 'sambut' ulang tahun ke-15 rampasan kuasa Posted: 19 Sep 2021 07:07 AM PDT BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan yang memandu di jalan utama di Bangkok hari ini memperingati sambutan ke-15 rampasan kuasa tentera dengan menuntut pengunduran Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha. |
| Speedy Tigers perkenal 'DNA Malaysia' pada siri jelajah UK Posted: 19 Sep 2021 07:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Skuad The Speedy Tigers' bakal memperkenalkan 'DNA Malaysia' dengan memperagakan corak permainan baharu ala Malaysia pada siri Jelajah United Kingdom 2021. |
| Posted: 19 Sep 2021 07:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Memiliki cita-cita tinggi dalam industri muzik, kumpulan Insomniacks bukan sahaja ingin mempertaruhkan genre muzik dibawa, malah berhasrat mengetengahkan bakat sebagai komposer dan penulis lirik. |
| Barang kemas RM20,000 ditemui dalam sisa kebakaran rumah Posted: 19 Sep 2021 06:39 AM PDT KOTA BHARU: Anggota bomba menemui barang kemas dianggarkan bernilai RM20,000 dalam timbunan sisa kebakaran selepas selesai memadam kebakaran sebuah rumah di Kampung Tembesu, Limbat, di sini, petang tadi. |
| PGA rampas petrol cuba diseludup Posted: 19 Sep 2021 06:37 AM PDT TUMPAT: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) menumpaskan cubaan menyeludup masuk 970 liter petrol ke negara Thailand. |
| Manny Pacquiao calon Presiden Filipina Posted: 19 Sep 2021 06:31 AM PDT MANILA: Peninju profesional Filipina yang kini bergelar ahli politik, Manny Pacquiao, mengumumkan beliau akan bertanding merebut jawatan Presiden negara itu tahun depan. |
| Kos stabil cerun, naik taraf Sungai Kemensah dianggarkan RM10 juta Posted: 19 Sep 2021 05:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) akan memuktamadkan pelan kerja berkaitan penstabilan cerun serta menaik taraf Sungai Kemensah, dengan kos dianggarkan RM10 juta. |
| 63,826 remaja Sabah sudah divaksin Posted: 19 Sep 2021 05:52 AM PDT KOTA KINABALU: Seramai 63,826 remaja berusia antara 12 sehingga 17 tahun di Sabah sudah menerima vaksin setakat hari ini. |
| Bukan jaminan terus konsisten cemerlang jika sertai JDT Posted: 19 Sep 2021 05:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Sekalipun beraksi dengan hebat bersama bekas pasukan, ia bukan jaminan mereka akan terus konsisten cemerlang apabila menyertai Johor Darul Ta'zim (JDT). |
| Pendakian Gunung Kinabalu dibuka semula Posted: 19 Sep 2021 05:19 AM PDT KOTA KINABALU: Semua pejabat dan stesen Taman-Taman Sabah, termasuk pendakian Gunung Kinabalu dibuka semula kepada orang awam, bermula Khamis lalu. |
| Htet Aung paling banyak catat bantuan gol Selangor Posted: 19 Sep 2021 05:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Reputasi pemain Myanmar, Hein Htet Aung jelas tidak dapat diragui selepas pemain berusia 19 tahun itu muncul pemain terbanyak melakukan bantuan gol buat Selangor FC (SFC) dalam kancah Liga Super. |
| Posted: 19 Sep 2021 05:11 AM PDT MOSCOW: Parti pimpinan Presiden Russia, Vladimir Putin, dijangka mengekalkan kedudukan majoriti di Parlimen selepas proses mengundi tiga hari sempena pilihan raya umum melabuhkan tirai hari ini. |
| KKM kesan individu positif COVID-19 daftar masuk premis, pasar raya Posted: 19 Sep 2021 04:59 AM PDT ALOR SETAR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 523 kali daftar masuk ke premis, termasuk pasar raya, membabitkan individu positif COVID-19 yang diarah menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) di Kedah, sepanjang tempoh minggu ini. |
| Nama Akid kembali jadi sebutan Posted: 19 Sep 2021 05:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Nama Mohd Akid Aziz sememangnya tidak asing dalam arena Kejohanan Cub Prix Malaysia PETRONAS selepas sering kali menjadi bualan untuk memenangi kelas perdana CP150 sejak 2017. |
| Posted: 19 Sep 2021 04:53 AM PDT KUALA SELANGOR: Seramai 48 penduduk Kampung Rantau Panjang, Bestari Jaya, dekat sini, terjejas selepas hujan lebat menyebabkan kediaman mereka dinaiki air, hari ini. |
| Kiara Skatepark kembali beroperasi Posted: 19 Sep 2021 04:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Selepas hampir dua tahun tidak beroperasi, pembukaan semula Kompleks Sukan Ekstrem Kiara atau dikenali Kiara Skatepark tidak lama lagi disifatkan memberi nafas baru buat peminat sukan ekstrem di Malaysia. |
| Sarawak United akan kemuka rayuan Posted: 19 Sep 2021 04:39 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Operasi Sarawak United, Shauqi Ajwadi Roshidi mengesahkan pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) khususnya terhadap hukuman yang dikenakan kepada pegawainya, Rudy Bujang. |
| OKU buat lima kerja demi rezeki halal Posted: 19 Sep 2021 03:53 AM PDT SUNGAI PETANI: Kecacatan dialami sejak lahir bukan alasan untuk Mohd Bukhori Ali, berpeluk tubuh dan menagih simpati mencari rezeki. |
| COVID-19: Ada 14,954 kes baharu Posted: 19 Sep 2021 01:40 AM PDT PUTRAJAYA: Angka penularan COVID-19 di negara ini terus mencatatkan penurunan lima hari berturut-turut iaitu sejumlah 14,954 kes baharu dilaporkan hari ini. |
| Dua kampung Orang Asli di Pahang kena PKPD Posted: 19 Sep 2021 04:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di dua kampung Orang Asli di Pahang, masing-masing di Jerantut dan Bentong, mulai esok hingga 3 Oktober ini. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment