Monday, September 20, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


85 peratus BID babit individu tak divaksin

Posted: 20 Sep 2021 08:42 AM PDT

SANDAKAN: Kira-Kira 85 peratus kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) di daerah ini akibat COVID-19 didapati terdiri daripada individu tanpa vaksinasi, kata Pegawai Kesihatan Daerah Dr Johari Awang Besar hari ini.

Kedah, Johor belum boleh beralih fasa

Posted: 20 Sep 2021 08:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kadar penggunaan katil hospital termasuk di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) yang masih tinggi, adalah antara faktor Kedah dan Johor masih belum beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) walaupun kadar vaksinasi di kedua negeri itu berada pada tahap yang baik.

Penduduk Sarawak tunjuk kesedaran awam tinggi

Posted: 20 Sep 2021 08:33 AM PDT

KUCHING: Kebanyakan kes COVID-19 yang direkodkan di Sarawak dikesan menerusi inisiatif ramai yang membuat ujian calitan (swab test) secara sukarela dan bukannya atas arahan mana-mana pihak berkuasa tertentu, kata Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Abdullah Saidol.

Siasat terperinci kes pegawai SPRM rasuah

Posted: 20 Sep 2021 07:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) mendesak siasatan terperinci dijalankan berhubung dakwaan pembabitan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam aktiviti salah guna kuasa dan penyelewengan membabitkan wang tunai berjumlah lebih RM25 juta.

Gelembung pelancongan Langkawi mula tunjuk kejayaan

Posted: 20 Sep 2021 07:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pulau Langkawi di Kedah, yang menjadi projek rintis Gelembung Pelancongan di negara ini, mula menunjukkan kejayaan sejak ia dibuka pada Khamis lalu apabila merekodkan kedatangan 9,500 pelancong.

Ken Worden meninggal dunia

Posted: 20 Sep 2021 07:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas jurulatih skuad kebangsaan, Ken Worden meninggal dunia hari ini pada usia 78 tahun.

NS tekad gegar Paroi, akhiri 10 tahun penantian

Posted: 20 Sep 2021 07:24 AM PDT

SEREMBAN: Hampir sepuluh tahun tidak menjulang piala, Negeri Sembilan FC (NSFC) berpeluang mengecapi nikmat berkenaan pada perlawanan terakhir saingan Liga Perdana menentang PDRM FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, esok.

Cheng Hoe tak bimbang jumpa Vietnam, Thailand

Posted: 20 Sep 2021 07:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Undian Piala AFF 2021 yang akan berlangsung secara maya esok menyaksikan Malaysia diletakkan dalam Balang 2 bersama Myanmar sekali gus menyaksikan skuad negara akan berdepan salah satu pasukan pilihan dari Balang 1.

Mintah intai Kasut Emas Liga Perdana

Posted: 20 Sep 2021 07:02 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Gelaran penjaring terbanyak atau pemenang Kasut Emas saingan Liga Perdana bagi musim ini, kini menjadi buruan bintang import Terengganu FC II (TFC II) kelahiran Ghana, Jordan Mintah.

'Pemain senior kenalah tunjuk contoh baik'

Posted: 20 Sep 2021 07:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tenaga pengajar bahagian teknikal pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Subkhiddin Mohd Salleh menasihatkan pemain, terutamanya pemain senior tidak melakukan tindakan yang boleh mengundang hukuman tatatertib.

RM15 juta baik pulih infrastruktur awam KL - Shahidan

Posted: 20 Sep 2021 06:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan memperuntukkan RM15 juta bagi melaksanakan projek membaik pulih dan menaik taraf infrastruktur awam di ibu negara di bawah program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi 2.0 (PEMERKASA 2.0).

Suu Kyi enggan komen pengisytiharan perang ke atas junta

Posted: 20 Sep 2021 06:46 AM PDT

YANGON: Pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pengisytiharan perang terhadap junta.

Pejabat kerajaan Sabah dengan 80 peratus kehadiran

Posted: 20 Sep 2021 06:42 AM PDT

KOTA KINABALU: Semua pejabat kerajaan negeri akan beroperasi dengan kehadiran 80 peratus kakitangan bermula esok.

Keuntungan Hong Leong Industries meningkat

Posted: 20 Sep 2021 06:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hong Leong Industries Bhd mencatat keuntungan bersih lebih tinggi kepada RM291.88 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021 berbanding RM169.32 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Vaksin Pfizer selamat untuk kanak-kanak lima hingga 11 tahun

Posted: 20 Sep 2021 06:39 AM PDT

FRANKFURT: Pfizer dan BioNTech memaklumkan hasil ujian vaksin COVID-19 syarikat itu berupaya menghasilkan tindak balas imunisasi yang pantas serta selamat digunakan ke atas kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun.

JDT muncul pasukan terbaik di laman sendiri

Posted: 20 Sep 2021 06:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sekalipun tewas sekali pada aksi di laman sendiri dalam saingan Liga Super musim ini, juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) muncul pasukan terbaik di laman sendiri dari segi pungutan mata.

TFC diperkuat 9 import berdepan Piala Malaysia

Posted: 20 Sep 2021 06:36 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) dijangka berwajah baharu dalam saingan Piala Malaysia yang bakal membuka tirainya pada Ahad ini, selepas bakal diperkuat sembilan tenaga import sekali gus.

Dua anggota polis antara ditahan berparti liar

Posted: 20 Sep 2021 06:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dua anggota polis antara 14 individu yang ditahan ketika sedang asyik berhibur dalam 'parti ketamin' di sebuah kondominium mewah di Changkat Raja Chulan di sini, malam kelmarin.

Olah kurikulum pastikan relevan ilmu

Posted: 20 Sep 2021 05:04 AM PDT

CYBERJAYA: Insitusi pengajian tinggi (IPT) tempatan perlu memanfaatkan fleksibiliti yang diberikan kerajaan dalam usaha mencapai kesejahteraan yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Liek Hou akui kini jadi tumpuan utama pesaingnya

Posted: 20 Sep 2021 06:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan para badminton lelaki, Cheah Liek Hou mengakui dirinya bakal menjadi 'tumpuan utama' pesaingnya terutama selepas meraih pingat emas di Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo.

YB Ventures kembali beroperasi pada kapasiti 80 peratus

Posted: 20 Sep 2021 06:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengeluar jubin, YB Ventures Bhd menyambung semula operasi pengeluarannya di Kulai, Johor, selepas 600 pekerja operasi tempatan dan asing telah divaksin sepenuhnya.

PARLIMEN: 'Takkan SPRM siasat SPRM'

Posted: 20 Sep 2021 03:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pembangkang mempersoalkan kewajaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan dalaman terhadap pegawainya yang ditahan atas dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan.

NEUTROVIS sumbang 250,000 pelitup separuh muka kepada MPM

Posted: 20 Sep 2021 06:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas memberikan sokongan pada temasya Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo, NEUTROVIS menyokong atlet para negara menerusi sumbangan 250,000 unit pelitup separuh muka perubatan premium bernilai RM 175,000 kepada Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).

Guna tong ikan redah banjir

Posted: 20 Sep 2021 05:49 AM PDT

KUALA SELANGOR: Tong ikan menjadi pilihan dua beradik untuk mengharung banjir selepas perkarangan rumah nenek mereka digenangi air di Kampung Rantau Panjang, Bestari Jaya, dekat sini.

Skuad 7's ragbi lelaki, wanita sudah kembali berlatih

Posted: 20 Sep 2021 05:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Skuad tujuh sebelah (7's) ragbi lelaki dan wanita kebangsaan sudah kembali menjalani latihan seperti biasa dan dalam persiapan menghadapi Kejohanan Ragbi 7's Asia yang dijadual berlangsung di Dubai dari 19 hingga 20 November ini.

500 penghantar makanan dapat insurans percuma

Posted: 20 Sep 2021 05:48 AM PDT

SEREMBAN: Seramai 500 penghantar makanan menjadi perintis menerima manfaat skim insurans takaful secara percuma hasil inisiatif kerajaan negeri menerusi Tabung Pembangunan Belia Negeri Sembilan (TABAH).

Tiada unsur dera amah Indonesia

Posted: 20 Sep 2021 05:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis menafikan penularan satu rakaman video di media sosial menunjukkan seorang wanita warga Indonesia dalam keadaan menangis adalah akibat didera majikan seperti didakwa netizen.

Piala AFF: Dua aksi 'pemanas badan' untuk Harimau Malaya

Posted: 20 Sep 2021 05:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan berusaha untuk mendapatkan sekurang- kurangnya dua aksi persahabatan buat skuad kebangsaan sebagai persiapan ke Piala AFF 2021 yang dijangka berlangsung, Disember ini.

TMJ perjelas kuasa veto pemilihan pemain tetap jurulatih

Posted: 20 Sep 2021 05:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sekalipun bergelar bos Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak pernah ketinggalan daripada berkongsi 'sentuhannya' dalam pemilihan barisan kesebelasan utama bagi mengharungi setiap perlawanan.

67 kes kematian kanak-kanak akibat COVID-19

Posted: 20 Sep 2021 05:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 67 kematian dalam kalangan kanak-kanak akibat COVID-19 sejak Januari lalu hingga semalam, berbanding enam kematian pada 2020.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template