BH Online - Terkini |
- Malaysia akan raih manfaat di Ekspo 2020 Dubai
- Semakan Akta MPTN 1996 dijangka siap Oktober ini
- Mayat pemuda hilang ketika mandi sungai ditemui
- MATA gesa kerajaan mansuh skim My Travel Pass
- 'Ambil kira penurunan kes untuk benarkan rentas negeri'
- BUMITRA anggap kebenaran rentas negeri jadi sinar baharu
- Skuad wanita negara atasi Palestin
- Annuar bertemu artis bincang isu industri kreatif negara
- Kelantan FC fokus Piala Malaysia
- Kejayaan paling bermakna Hobin Jang Hobin
- RUU Anti-Gangguan Seksual dibentang secepat mungkin
- Enggan divaksin sukarkan masjid di Selangor dibuka penuh
- Bicara kes merusuh di luar kuil tamat esok - Hamzah
- 21 Orang Asli di Pahang maut akibat COVID-19
- Koeman makin terasa bahang tekanan
- Jurulatih Vietnam sifatkan undian tidak beri kelebihan skuadnya
- Warga emas meninggal dunia di ruang kaunter JPJ
- Sultan Selangor dukacita, teliti nama enggan divaksin
- RUU Perhutanan Negara, pindaan Akta 716 ke Parlimen tak lama lagi
- Nabil kongsi pengalaman jaga Baby Wuv
- Vespa Sprint S dengan TFT Dashboard kini di Malaysia
- Satu lokaliti di Sabah, Perak kena PKPD
- Lahar gunung berapi musnahkan 320 bangunan di Sepanyol
- Stesen minyak, restoran dibenar buka hingga tengah malam
- Lebih 70,000 remaja terima vaksin di Melaka
- Kelawar dengan virus seperti COVID-19 ditemui di Laos
- Poad bakal tinggalkan SSTMI
- Badrul puas TFC II berjaya capai KPI
- MKN longgar SOP pelawat ke Labuan mulai Jumaat ini
- Bacaan kedua IPCC dijadual pada sidang Parlimen ini
| Malaysia akan raih manfaat di Ekspo 2020 Dubai Posted: 22 Sep 2021 08:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia yakin Ekspo 2020 Dubai adalah katalis untuk merangsang semula ekonomi dunia yang terjejas akibat wabak dan menjangka negara meraih manfaat daripada ekspo itu. |
| Semakan Akta MPTN 1996 dijangka siap Oktober ini Posted: 22 Sep 2021 08:44 AM PDT KUALA LUMPUR: Semakan ke atas Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara (MPTN) 1996 (Akta 546) oleh Jabatan Peguam Negara mengenai lantikan ahli MPTN dan Lembaga Pengarah Universiti dijangka siap Oktober ini. |
| Mayat pemuda hilang ketika mandi sungai ditemui Posted: 22 Sep 2021 08:36 AM PDT KUALA LUMPUR: Mayat seorang pemuda yang lemas ketika mandi sungai bersama lima rakan di Hutan Lipur Sungai Balak, Batang Kali, dekat sini, petang tadi, sudah ditemui. |
| MATA gesa kerajaan mansuh skim My Travel Pass Posted: 22 Sep 2021 08:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menggesa kerajaan memansuhkan skim My Travel Pass bagi warganegara Malaysia yang ingin ke luar negara memandangkan negara kini sudah mencapai 80 peratus kadar vaksinasi dewasa. |
| 'Ambil kira penurunan kes untuk benarkan rentas negeri' Posted: 22 Sep 2021 08:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Peniaga kecil berharap, kerajaan akan turut mengambil kira jumlah kes COVID-19 yang semakin menurun di seluruh negara dan tidak hanya bergantung kepada kadar vaksinasi mencapai 90 peratus saja, bagi membolehkan aktiviti rentas negeri dipercepat. |
| BUMITRA anggap kebenaran rentas negeri jadi sinar baharu Posted: 22 Sep 2021 07:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Kebenaran rentas negeri dan pembukaan semula aktiviti pelancongan apabila kadar vaksinasi dewasa mencecah 90 peratus kelak diharap dipersiapkan dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat supaya perkara itu bukan bersifat sementara. |
| Skuad wanita negara atasi Palestin Posted: 22 Sep 2021 07:47 AM PDT KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak wanita negara menewaskan tuan rumah, Palestin 2-0 pada aksi kelayakan Piala Asia Wanita 2022 di Stadium Faisal Al-Husseini, Tebing Barat, sebentar tadi. |
| Annuar bertemu artis bincang isu industri kreatif negara Posted: 22 Sep 2021 07:39 AM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, hari ini mengadakan pertemuan dengan tujuh artis tempatan bagi mendengar sendiri masalah dan keluhan sering dihadapi berkaitan industri kreatif negara. |
| Kelantan FC fokus Piala Malaysia Posted: 22 Sep 2021 07:26 AM PDT KOTA BHARU: Kelantan FC akan memulakan segera persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia musim ini yang dijadual bermula pada Ahad ini, kata penolong ketua jurulatih pasukan, Rezal Zambery Yahya. |
| Kejayaan paling bermakna Hobin Jang Hobin Posted: 22 Sep 2021 07:27 AM PDT SEREMBAN: Kejayaan Negeri Sembilan FC (NSFC) menjulang kejuaraan Liga Perdana musim ini dilihat lebih manis kerana pasukan itu diperkuatkan hampir keseluruhannya pemain dalam kalangan kelahiran anak negeri itu. |
| RUU Anti-Gangguan Seksual dibentang secepat mungkin Posted: 22 Sep 2021 07:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat komited memastikan Rang Undang-Undang Anti-Gangguan Seksual dibentang secepat mungkin bagi menangani isu berkaitan gangguan seksual. |
| Enggan divaksin sukarkan masjid di Selangor dibuka penuh Posted: 22 Sep 2021 07:25 AM PDT SHAH ALAM: Keengganan segelintir masyarakat Islam menerima vaksin COVID-19 menyukarkan pihak berkuasa membenarkan pembukaan sepenuhnya masjid di Selangor, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Dr Siti Mariah Mahmud. |
| Bicara kes merusuh di luar kuil tamat esok - Hamzah Posted: 22 Sep 2021 07:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes 18 individu yang didakwa merusuh di luar sebuah kuil di Subang Jaya pada 2018, dijadual berakhir esok. |
| 21 Orang Asli di Pahang maut akibat COVID-19 Posted: 21 Sep 2021 07:24 PM PDT KUANTAN: Seramai 21 Orang Asli di Pahang meninggal dunia kerana COVID-19 sejak wabak berkenaan melanda negara tahun lalu. |
| Koeman makin terasa bahang tekanan Posted: 22 Sep 2021 06:56 AM PDT MADRID: Jurulatih Barcelona, Ronald Koeman yang kini berdepan tekanan, mengadakan sidang media agak janggal hari ini apabila hanya membaca kenyataan sudah disediakan sebelum meninggalkannya tanpa menjawab soalan. |
| Jurulatih Vietnam sifatkan undian tidak beri kelebihan skuadnya Posted: 22 Sep 2021 06:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo menganggap keputusan undian Piala Suzuki AFF 2020, semalam sebagai biasa dan tiada kelebihan buat pasukannya. |
| Warga emas meninggal dunia di ruang kaunter JPJ Posted: 14 Sep 2021 08:20 PM PDT KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan kejadian seorang lelaki warga emas meninggal dunia di kerusi ruang kaunter menunggu JPJ Cawangan Bangi, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, di sini, semalam. |
| Sultan Selangor dukacita, teliti nama enggan divaksin Posted: 22 Sep 2021 06:51 AM PDT SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan dukacita dan kecewa apabila dimaklumkan hanya 203 daripada 873 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan jurunikah di negeri itu yang hadir program vaksinasi khas COVID-19 Frontliner Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini. |
| RUU Perhutanan Negara, pindaan Akta 716 ke Parlimen tak lama lagi Posted: 22 Sep 2021 06:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perhutanan Negara (Pindaan) 2020 dan pindaan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) akan dibentangkan di Parlimen dalam masa terdekat. |
| Nabil kongsi pengalaman jaga Baby Wuv Posted: 22 Sep 2021 06:34 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi Ayda Jebat, 29, selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada jam 7.07 malam, semalam. |
| Vespa Sprint S dengan TFT Dashboard kini di Malaysia Posted: 22 Sep 2021 06:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Didi, pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia melancarkan model baharu Vespa Sprint S dengan TFT Dashboard yang ditawarkan pada harga bermula RM19,900. |
| Satu lokaliti di Sabah, Perak kena PKPD Posted: 22 Sep 2021 06:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Sebuah kampung di Sabah dan perkampungan Orang Asli di Perak menjadi lokaliti terbaru dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok. |
| Lahar gunung berapi musnahkan 320 bangunan di Sepanyol Posted: 22 Sep 2021 06:17 AM PDT LOS LLANOS DE ARIDANE: Lahar gunung berapi yang mengalir menuruni cerun di pulau La Palma, Sepanyol, memusnahkan 320 bangunan dan lebih 154 hektar tanah. |
| Stesen minyak, restoran dibenar buka hingga tengah malam Posted: 22 Sep 2021 04:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Waktu operasi kedai runcit, pasar mini, restoran, stesen minyak dan kedai serbaneka dibenarkan dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam berkuat kuasa esok. |
| Lebih 70,000 remaja terima vaksin di Melaka Posted: 22 Sep 2021 06:14 AM PDT MELAKA: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di Melaka bermula secara rasmi semalam membabitkan 24,364 remaja berusia 16 hingga 17 tahun dan 51,182 remaja berusia 12 hingga 15 tahun. |
| Kelawar dengan virus seperti COVID-19 ditemui di Laos Posted: 22 Sep 2021 05:22 AM PDT PARIS: Saintis menemui satu lagi pembayang mengenai asal usul virus yang menyebabkan COVID-19, di mana kelawar yang tinggal di gua di Laos dipercayai membawa patogen sama. |
| Posted: 22 Sep 2021 06:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Jurulatih pecut, Mohd Poad Md Kassim bakal mengambil 'angin baharu' apabila dijadual berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat, Perak dari Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Johor dalam masa terdekat ini. |
| Badrul puas TFC II berjaya capai KPI Posted: 22 Sep 2021 06:01 AM PDT KUALA TERENGGANU: Status pasukan 'feeder club' tidak menghalang skuad Terengganu FC II (TFC II) mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) selepas berjaya menamatkan saingan Liga Perdana musim ini di tempat ketiga. |
| MKN longgar SOP pelawat ke Labuan mulai Jumaat ini Posted: 22 Sep 2021 01:51 AM PDT LABUAN: Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang lebih longgar bagi memasuki Labuan mulai Jumaat ini. |
| Bacaan kedua IPCC dijadual pada sidang Parlimen ini Posted: 22 Sep 2021 05:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dijangka dibentang untuk bacaan kali kedua pada persidangan Dewan Rakyat ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment