Thursday, September 23, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Polis buka siasatan penularan video lucah

Posted: 23 Sep 2021 05:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bukit Aman membuka satu kertas siasatan susulan penularan video dan mesej lucah di laman sosial Telegram yang didakwa membabitkan seorang pendakwah terkenal.

Lima cedera ditembak dalam kem tentera

Posted: 23 Sep 2021 08:30 AM PDT

WASHINGTON: Laporan mengatakan tembakan di dalam pangkalan tentera yang dikawal ketat, Ft Meade utara Washington hanya latihan biasa.

Laporan Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 dijangka Januari ini

Posted: 13 Sep 2021 10:17 PM PDT

KUALA LUMPUR: Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 dijangka selesai pada hujung bulan depan dan laporan awal mengenainya akan diterbitkan pada Januari tahun depan.

VACC2Campus pastikan warga IPT terima dos lengkap

Posted: 13 Sep 2021 10:37 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melaksanakan Program VACC2Campus untuk meningkatkan vaksinasi lengkap dalam kalangan warga institusi pengajian tinggi (IPT) sebelum kampus dibuka.

PdP di universiti secara hidrid

Posted: 13 Sep 2021 10:37 PM PDT

KUALA LUMPUR: Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) institusi pengajian tinggi akan dilaksanakan secara hibrid dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang diluluskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pelajar antarabangsa perlu berdaftar dengan EMGS

Posted: 13 Sep 2021 10:50 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pelajar antarabangsa perlu berdaftar dengan Education Malaysia Global Services (EMGS) dan lengkap vaksinasi sebelum dibenarkan masuk ke negara ini.

iPhone 13 dilancarkan, harga bermula RM3,399

Posted: 14 Sep 2021 07:34 PM PDT

KUALA LUMPUR: Apple Inc melancarkan barisan iPhone baru dengan sasaran menarik perhatian pengguna dengan peningkatan keupayaan kamera dan pemproses sebagai pengganti perubahan reka bentuk utama.

Jumlah graduan perubatan naik mendadak, sukarkan lantikan tetap

Posted: 14 Sep 2021 09:48 PM PDT

KUALA LUMPUR: Peningkatan mendadak graduan perubatan sejak 2016 menyebabkan wujud masalah melantik mereka dengan jawatan tetap dalam perkhidmatan awam.

Ziarah kubur dibenarkan bagi semua fasa PPN

Posted: 15 Sep 2021 04:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Aktiviti ziarah kubur Islam dibenarkan bagi setiap fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN), mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri, kata Datuk Seri Ismail Sabri.

Mesyuarat Kuartet esok disertai menteri MOTAC, KBS

Posted: 19 Sep 2021 10:59 PM PDT

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kedua Menteri Kuartet COVID-19 akan diadakan esok dengan agenda utama memfokuskan terhadap usaha mempermudahkan 181 prosedur operasi standard (SOP) kepada 10 SOP saja.

Anak Nazrief berusia dua bulan positif COVID-19

Posted: 23 Sep 2021 05:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Anak kepada pelakon, Nazrief Nazri yang baru berusia dua bulan disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian calitan, semalam.

Pegawai SPRM disyaki curi AS$6 juta disiasat miliki dadah, senjata api

Posted: 23 Sep 2021 06:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan siasatan dilakukan terhadap seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini hanya bagi dua kes iaitu memiliki dadah dan senjata api serta peluru dan bukannya kes kecurian barang kes bernilai AS$6 juta.

Polis rampas rokok, arak tanpa cukai

Posted: 23 Sep 2021 07:49 AM PDT

BIDOR: Pasukan Gerak Am (PGA) Briged Utara merampas rokok dan minuman keras tanpa cukai bernilai kira-kira RM2 juta dalam serbuan di sebuah premis dekat Jalan Stesen, kira-kira jam 2 pagi tadi.

Padah gurauan makan di kedai tanpa divaksin

Posted: 23 Sep 2021 06:17 AM PDT

KOTA BHARU: Tindakan seorang peniaga memuat naik hantaran di laman sosial makan di kedai tanpa menerima suntikan vaksin beserta gambar mengundang padah apabila dipanggil pihak berkuasa.

Pengusaha bas semakin 'tenat'

Posted: 23 Sep 2021 02:14 AM PDT

KOTA BHARU: Pengusaha bas di negara ini semakin tenat sehingga hampir muflis berikutan pandemik COVID-19 yang berpanjangan sejak lebih setahun lalu menjejaskan perniagaan mereka.

6 maut dalam nahas pesawat di Russia

Posted: 23 Sep 2021 07:28 AM PDT

MOSCOW: Enam anak kapal terbunuh selepas pesawat pengangkut Russia yang mereka naiki terhempas berhampiran bandar Khabarovsk di Far Eastern.

Pengusaha industri perkahwinan, katering lega

Posted: 23 Sep 2021 07:07 AM PDT

SEREMBAN: Peralihan Negeri Sembilan ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) esok, bagaikan 'sinar di hujung terowong' bagi pengusaha industri perkahwinan dan katering di negeri ini, setelah hampir dua tahun terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Sifar juara IMFP di Kanada

Posted: 23 Sep 2021 07:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lagu Sifar yang menjadi runut bunyi filem Warkah terbitan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pada 2019, muncul juara di International Media Festival For Prevention (IMFP) di Toronto, Kanada.

SRAM yakin anjur kejohanan berpasukan lelaki dunia

Posted: 23 Sep 2021 06:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRM) optimis dapat menganjurkan Kejohanan Berpasukan Lelaki Dunia 2021 dengan jayanya di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil di sini dari 7 hingga 11 Disember ini.

Pekerja cetus kluster baharu

Posted: 23 Sep 2021 06:49 AM PDT

KOTA KINABALU: Seorang pekerja syarikat pemulihan hutan yang dijangkiti COVID-19 mencetuskan satu lagi kluster baharu di Sabah, Kluster Batu 46 Tulid.

MAIS ambil tindakan individu tolak vaksin

Posted: 23 Sep 2021 06:36 AM PDT

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan mengenalpasti dan mengambil tindakan tegas terhadap guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), ahli jawatankuasa masjid dan surau serta Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam yang menolak untuk mengambil vaksin COVID-19.

Piala Sudirman ujian pertama skuad negara di Eropah

Posted: 23 Sep 2021 06:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kekuatan mental dan fizikal barisan pemain badminton negara akan diuji apabila bakal mengharungi jadual padat bermula dengan saingan Piala Sudirman di Vantaa, Finland yang membuka tirainya, Ahad ini.

EU wajibkan pengecas universal untuk semua telefon bimbit

Posted: 23 Sep 2021 06:35 AM PDT

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) akan melaksanakan peraturan penggunaan pengecas universal untuk telefon pintar, yang menjejaskan Apple terutama kabel iPhone yang digunakan dengan meluas.

Siri Xiaomi 11T tawar ciri pembuatan filem 'Cinemagic'

Posted: 23 Sep 2021 06:34 AM PDT

PENERAJU teknologi global, Xiaomi memperkenalkan telefon pintar mercu terbaharunya iaitu siri Xiaomi 11T.

PARLIMEN: Usul antilompat parti dibentang sesi ini

Posted: 23 Sep 2021 06:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membentangkan usul antilompat parti yang dibawa Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seti Azalina Othman Said di Dewan Rakyat pada sidang kali ini.

Kerajaan Melaka nafi Kem Terendak dikenakan PKPD

Posted: 23 Sep 2021 05:15 AM PDT

MELAKA: Kerajaan negeri menafikan Kem Terendak, di sini, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sebagaimana dakwaan tular dalam media sosial sejak beberapa hari lalu.

Pemain saran wujud liga bola sepak wanita di Malaysia

Posted: 23 Sep 2021 06:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain bola sepak wanita kebangsaan berharap liga bola sepak untuk kaum hawa diperkenalkan dalam usaha merancakkan lagi perkembangan sukan berkenaan dalam kalangan mereka.

Para MEL21 tawar hadiah RM10,000

Posted: 23 Sep 2021 06:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Liga E-sukan Para Malaysia 2021 (Para MEL21) yang pertama di negara ini kini dibuka untuk pendaftaran menerusi platform e-sukan kebangsaan iaitu esukan.gg dengan menawarkan hadiah terkumpul berjumlah RM10,000.

PARLIMEN: Pelancongan 'hidup' seiring izin rentas negeri

Posted: 23 Sep 2021 05:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lebih banyak lokasi dan destinasi percutian termasuk taman tema keluarga akan dibuka sebaik aktiviti rentas negeri dibenarkan yang dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

De Paula kekal, Sumareh, Liridon gugur

Posted: 23 Sep 2021 04:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain naturalisasi, Guilherme De Paula tersenarai dalam 24 pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula 1 Oktober ini bagi menghadapi saingan Piala Suzuki AFF 2020.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template