Monday, September 27, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Isu kerakyatan: Rayuan kerajaan didengar 15 November

Posted: 27 Sep 2021 09:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 15 November ini bagi mendengar permohonan kerajaan untuk menggantung perintah mahkamah bahawa bayi yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing secara automatik berhak mendapat kerakyatan negara ini.

Nafi bampar bas sekolah tukar cat biru - Ka Siong

Posted: 27 Sep 2021 09:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menafikan dakwaan kementerian itu mengenakan peraturan cat biru pada bahagian bampar bas sekolah semasa pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

Melaka kecewakan Jang

Posted: 27 Sep 2021 08:37 AM PDT

MELAKA: Melaka United (MU) menepati sasaran meraih tiga mata selepas mengatasi Negeri Sembilan 2-0 pada aksi pertama Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi.

KDA FC pastikan tiga mata penuh

Posted: 27 Sep 2021 08:25 AM PDT

ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) memulakan langkah kanan apabila menewaskan Kelantan United FC (KUFC) 3-0 pada aksi Kumpulan C saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Sabah FC, PJ City kongsi mata

Posted: 27 Sep 2021 08:14 AM PDT

PETALING JAYA: Sepakan percuma 'roket' dari pemain import Sabah FC, Park Tae Su menjadi tumpuan pada aksi Kumpulan D Piala Malaysia bertemu PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

JDT baham Kelantan FC

Posted: 27 Sep 2021 08:04 AM PDT

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak berdepan masalah membenam Kelantan FC 2-0 sekali gus mendahului Kumpulan D pada saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.

Maria Arshad positif COVID-19

Posted: 27 Sep 2021 05:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mengalami demam berpanjangan selama hampir dua minggu, pelakon veteran, Datin Maria Arshad, 63, disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian calitan pada Sabtu lalu.

Pegawai polis wanita dalang pembunuhan bersiri Afrika Selatan

Posted: 27 Sep 2021 08:06 AM PDT

JOHANNESBURG: Perbicaraan seorang pegawai polis wanita dituduh membunuh lima saudara dan teman lelakinya bagi menuntut insurans mencuri tumpuan seluruh Afrika Selatan.

Elizabeth seronok lakukan babak aksi

Posted: 27 Sep 2021 03:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon sensasi, Elizabeth Tan, 28, terpaksa menangguhkan hasrat tampil dengan single terbaharu selagi urusan bersama syarikat rakaman, Warner Music belum selesai.

Mayat ditemukan mereput, berbau dalam bilik

Posted: 27 Sep 2021 07:51 AM PDT

SUNGAI PETANI: Mayat seorang lelaki ditemukan sudah mereput dan berbau dalam keadaan terlentang atas katil bilik utama rumahnya di Taman Ria, di sini hari ini.

PM Belanda dikhuatiri diculik samseng dadah

Posted: 27 Sep 2021 07:49 AM PDT

THE HAGUE: Polis Belanda mempertingkatkan kawalan keselamatan ke atas Perdana Menterinya, Mark Rutte, susulan bimbang beliau diculik atau menjadi mangsa serangan kumpulan samseng dadah.

Santhara Kumar saman Ahli Parlimen Batu

Posted: 27 Sep 2021 07:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Santhara Kumar memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Batu, P Prabkaran yang didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah berhubung lawatan ke New Zealand ketika pandemik COVID-19.

Syor program anti-kemiskinan sokong inisiatif RMK-12

Posted: 27 Sep 2021 07:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadangkan untuk mewujudkan program anti-kemiskinan bagi pelaksanaan yang lebih baik inisiatif berkaitan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kata Pengerusi Pusat bagi Kajian Dasar Awam Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) Tan Sri Ramon Navaratnam.

Lonjakan untuk Sabah, Sarawak

Posted: 27 Sep 2021 07:02 AM PDT

KUCHING: Lonjakan pembangunan Sabah dan Sarawak satu kemajuan bagi dua wilayah mendapatkan semula hak yang terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sasaran defisit fiskal RMK-12 munasabah

Posted: 27 Sep 2021 07:00 AM PDT

UALA LUMPUR: Defisit fiskal Malaysia yang disasarkan pada 3.0 hingga 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2025, disifatkan sebagai munasabah dengan andaian tidak berlaku sebarang kejutan luar negatif lain.

Solskjaer bakal dipecat jika tiada trofi

Posted: 27 Sep 2021 06:58 AM PDT

LONDON: Teddy Sheringham percaya Ole Gunnar Solskjaer akan dipecat sekiranya Manchester United gagal menang trofi musim ini.

Polis rampas 50 motosikal

Posted: 27 Sep 2021 06:53 AM PDT

JOHOR BAHRU: Polis menahan 82 motosikal di Jalan Stulang Laut dan Jalan Ibrahim Sultan dalam operasi bersepadu samseng jalanan di sini, semalam.

Benarkan kemasukan pelancong asing

Posted: 27 Sep 2021 06:41 AM PDT

LANGKAWI: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) meminta Majlis Keselamatan Negara membenarkan kemasukan pelancong antarabangsa, mulai November depan.

Pendakwa raya ICC sasar Taliban, penyokong Daesh

Posted: 27 Sep 2021 06:23 AM PDT

THE HAGUE: Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menegaskan mahu beri tumpuan terhadap Taliban dan Daesh-Khorasan (IS-K) dalam siasatan jenayah perang di Afghanistan.

Bomba Terengganu kumpul 50 beg darah

Posted: 27 Sep 2021 06:10 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengumpul sebanyak 50 beg darah menerusi program Kempen Derma Darah Sempena Bulan Kebangsaan 2021, hari ini.

Bayi meninggal dunia dalam mangkuk tandas

Posted: 27 Sep 2021 06:00 AM PDT

SEKINCHAN: Memilukan apabila seorang bayi lelaki meninggal dunia dalam mangkuk tandas di sebuah rumah di belakang sebuah restoran di Parit 7, dekat sini, hari ini.

AirAsia X rugi RM24.63 bilion

Posted: 27 Sep 2021 05:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: AirAsia X Bhd, mencatatkan kerugian bersih RM24.63 bilion bagi suku tahun 1 April hingga 30 Jun 2021 berikutan peruntukan jumlah yang perlu dibayar kepada pemiutang.

Dollah berang pemain Pahang lemau

Posted: 27 Sep 2021 05:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Pemain Sri Pahang FC (SPFC) masih lagi main tiada 'ummphhh'," kata pengendali pasukan itu, Dollah Salleh.

Projek infrastruktur percepat pemulihan ekonomi

Posted: 27 Sep 2021 05:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Fokus negara untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi dan memperkukuh pemangkin pertumbuhan melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) menunjukkan perancangan kerajaan berada di landasan yang tepat.

Rashford mahu segera berlatih

Posted: 27 Sep 2021 05:32 AM PDT

LONDON: Marcus Rashford berkata hari ini dia berharap akan dapat segera menyertai latihan bersama Manchester United ketika dia meneruskan pemulihan akibat pembedahan bahu.

Industri pelancongan perlu perkasa perniagaan digital - MATA

Posted: 27 Sep 2021 05:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain industri pelancongan negara perlu fokus ke arah memperkasa perniagaan digital untuk membina semula industri berkenaan yang lama terhenti susulan pandemik COVID-19.

Piala Sudirman: Skuad negara atasi England

Posted: 27 Sep 2021 05:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Skuad badminton negara melepasi rintangan pertama apabila menewaskan England 3-2 pada saingan Kumpulan D Piala Sudirman di Vantaa, Finland hari ini.

Sarjan dibuang kerja fail semakan kehakiman

Posted: 27 Sep 2021 05:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang bekas sarjan tentera memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan Tentera Darat Malaysia (TDM) memberhenti perkhidmatannya, selepas ingkar arahan untuk mengambil vaksin.

Tujuh lokaliti di Perak, Pahang kena PKPD

Posted: 27 Sep 2021 05:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tujuh lokaliti di Pahang dan Perak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Rabu ini hingga 12 Oktober ini.

United tak boleh menang Liga Perdana

Posted: 27 Sep 2021 04:46 AM PDT

LONDON: Gary Neville menyifatkan Manchester United sebagai 'sekumpulan pemain ganjil' yang 'tidak bermain baik sebagai sebuah pasukan' untuk menang gelaran Liga Perdana.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template