BH Online - Terkini |
- Grocer Mat lokasi tumpuan beli barangan basah
- Insiatif NACP wajar dimasukkan dalam RMK-12
- Mangsa banjir di Sik, Baling meningkat
- 'Kelewatan lebih 300 hari tak boleh diterima'
- Lima hari siasat kes Ziyad
- Ahmad Faizal mahu bertemu empat mata dengan Megat
- 10 rumah rosak dilanda puting beliung di Port Dickson
- Tiga beranak edar dadah di sebalik perniagaan sejuk beku
- RM2.92 bilion dalam Rolling Plan pertama RMK-12 untuk lestari alam sekitar
- Penggiliran ke sekolah tak tambah beban guru
- Permohonan Lokman Adam jadi ahli diterima
- 228 mangsa banjir dipindahkan di Kedah
- Penyokong dibenar kembali ke stadium
- Sri Pahang 'dibedal' Sarawak, Morales selamatkan KL City
- TFC buat Selangor gigit jari lagi
- Kuching City nyaris buat Perak terduduk
- Kerajaan, persatuan takaful dan insurans lancar program PTV esok
- Pejabat Peguam Negara terima kertas siasatan kes hilang wang AS$6.94 juta
- Merkel ucap tahniah atas kemenangan Scholz
- Lebih 100,000 veteran ATM belum daftar dengan JHEV
- Kelantan harap manfaat Agenda Transformasi Sektor Air 2040
- Cubaan warga India seludup 1 kg emas dalam dubur gagal
- Gol Messi menakjubkan - Guardiola
- Dakwaan 2 pelajar mati selepas divaksin, polis terima dua laporan
- Azalina bangkit isu mahkamah khas kanak-kanak
- Angka harian kes COVID-19 terus meningkat semula
- 670 syarikat Eropah dikaitkan dengan penempatan haram Israel
- Maloney gugur lapan pemain
- 'Belum lengkap vaksinasi AstraZeneca dibenar masuk premis perniagaan'
- Kerajaan sedia RM19.96 juta menerusi SPUMI
| Grocer Mat lokasi tumpuan beli barangan basah Posted: 29 Sep 2021 11:52 AM PDT KUALA LUMPUR: Patuh syariah, selesa dan murah, tiga elemen penting mengapa orang ramai perlu beralih tumpuan, sekali gus memilih Grocer Mat, Prima Sri Gombak sebagai lokasi membeli barangan basah. |
| Insiatif NACP wajar dimasukkan dalam RMK-12 Posted: 29 Sep 2021 12:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Inisiatif terkandung dalam Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) harus diterjemahkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi memperkasakan tadbir urus negara. |
| Mangsa banjir di Sik, Baling meningkat Posted: 29 Sep 2021 02:39 AM PDT SIK: Seramai 244 mangsa membabitkan 85 keluarga masih ditempatkan di sembilan Pusat Pemindahan Banjir (PPS) yang dibuka di daerah ini dan Baling, susulan bencana yang melanda sejak semalam. |
| 'Kelewatan lebih 300 hari tak boleh diterima' Posted: 29 Sep 2021 03:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa segera menyelesaikan penyerahan baki kira-kira 37,000 daripada 150,000 komputer riba kepada pelajar daripada keluarga B40, yang didakwa terlewat lebih 300 hari sejak ia diumumkan dalam Belanjawan 2021 pada 6 November tahun lalu. |
| Posted: 29 Sep 2021 01:52 AM PDT KUALA LUMPUR: Keputusan siasatan dalaman bagi menyiasat insiden dan kontroversi babitkan jaguh lontar peluru para negara, Mohamad Ziyad Zolkefli di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 hanya diketahui selepas 8 Oktober ini. |
| Ahmad Faizal mahu bertemu empat mata dengan Megat Posted: 29 Sep 2021 02:39 AM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin bagi membincangkan penyertaan kontinjen negara ke Sukan Para Remaja Asia (AYPG) 2021 di Bahrain. |
| 10 rumah rosak dilanda puting beliung di Port Dickson Posted: 29 Sep 2021 01:54 AM PDT PORT DICKSON: Sebanyak 10 rumah di Taman Bagan Kurnia, Chuah, di sini, rosak akibat kejadian puting beliung yang melanda kawasan perumahan itu, pagi tadi. |
| Tiga beranak edar dadah di sebalik perniagaan sejuk beku Posted: 29 Sep 2021 03:18 AM PDT SUNGAI PETANI: Polis membongkar kegiatan tiga beranak yang dikesan mengedar dadah untuk pasaran di utara tanah air, di sebalik perniagaan makanan sejuk beku. |
| RM2.92 bilion dalam Rolling Plan pertama RMK-12 untuk lestari alam sekitar Posted: 29 Sep 2021 09:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Sebanyak RM2.92 bilion diperuntukkan dalam Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk kelestarian alam sekitar dan air, kata Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. |
| Penggiliran ke sekolah tak tambah beban guru Posted: 29 Sep 2021 09:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelaksanaan kaedah penggiliran ke sekolah dengan membahagikan kelas kepada dua kumpulan pada pembukaan sekolah mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Ahad ini, tidak akan menambah beban tugas pengajaran guru. |
| Permohonan Lokman Adam jadi ahli diterima Posted: 29 Sep 2021 09:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Permohonan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam untuk menjadi ahli parti itu diterima balik, tetapi dengan beberapa syarat. |
| 228 mangsa banjir dipindahkan di Kedah Posted: 29 Sep 2021 07:56 AM PDT ALOR SETAR: Seramai 228 mangsa banjir daripada 80 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah di negeri ini iaitu Sik, Baling dan Padang Terap. |
| Penyokong dibenar kembali ke stadium Posted: 29 Sep 2021 04:43 AM PDT KUALA LUMPUR: 'Pemain ke-12' kembali akan mewarnai kancah bola sepak tempatan selepas penyokong dibenarkan untuk menyaksikan perlawanan di stadium mulai Jumaat ini. |
| Sri Pahang 'dibedal' Sarawak, Morales selamatkan KL City Posted: 29 Sep 2021 08:26 AM PDT SHAH ALAM: Naib juara Liga Perdana, Sarawak United terus mencipta kejutan dalam saingan Piala Malaysia apabila menumbangkan satu lagi pasukan Liga Super, Sri Pahang FC (SPFC) 1-0 di Stadium UiTM Shah Alam, sebentar tadi. |
| TFC buat Selangor gigit jari lagi Posted: 29 Sep 2021 08:14 AM PDT KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) menjadikan Selangor FC mangsa keduanya dalam aksi Piala Malaysia Kumpulan B apabila berjaya menumpaskan pasukan itu 2-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak malam ini. |
| Kuching City nyaris buat Perak terduduk Posted: 29 Sep 2021 08:04 AM PDT PASIR GUDANG: Perak FC bangkit dua kali daripada ketinggalan untuk mengikat Kuching City FC 2-2 pada pertembungan Kumpulan B saingan Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), di sini, sebentar tadi. |
| Kerajaan, persatuan takaful dan insurans lancar program PTV esok Posted: 29 Sep 2021 07:19 AM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Takaful Malaysia (MTA), Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), secara rasmi akan melancarkan Program Perlindungan Tenang Voucher (PTV), satu inisiatif nasional yang dibuat dengan kerjasama kerajaan, esok. |
| Pejabat Peguam Negara terima kertas siasatan kes hilang wang AS$6.94 juta Posted: 29 Sep 2021 02:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara sudah menerima kertas siasatan berhubung kes kehilangan barang kes berupa wang AS$6.94 juta (RM29 juta). |
| Merkel ucap tahniah atas kemenangan Scholz Posted: 29 Sep 2021 07:13 AM PDT BERLIN: Canselor Jerman, Angela Merkel, yang akan meninggalkan jawatan itu mengucapkan tahniah kepada Menteri Kewangan, Olaf Scholz, daripada parti lawan, Social Democrats (SPD) atas kemenangannya dalam pilihan raya. |
| Lebih 100,000 veteran ATM belum daftar dengan JHEV Posted: 29 Sep 2021 07:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan menerusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang mengesan lebih 100,000 bekas pegawai dan anggota yang tidak berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) di seluruh negara. |
| Kelantan harap manfaat Agenda Transformasi Sektor Air 2040 Posted: 29 Sep 2021 07:03 AM PDT KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berharap rakyat negeri itu akan turut mendapat manfaat dan kepentingan daripada peruntukan RM25.8 bilion menerusi Agenda Transformasi Sektor Air 2040, seperti diumum dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). |
| Cubaan warga India seludup 1 kg emas dalam dubur gagal Posted: 29 Sep 2021 06:59 AM PDT NEW DELHI: Seorang penyeludup warga India yang menyumbat hampir satu kilogram (kg) emas berbentuk pes ke dalam duburnya berjaya dikesan pihak Kastam India. |
| Gol Messi menakjubkan - Guardiola Posted: 29 Sep 2021 06:54 AM PDT PARIS: Lionel Messi membuka akaun golnya bersama Paris Saint Germain (PSG) dengan bergaya apabila jaringan sulungnya bersama pasukan itu cukup untuk membenam Manchester City pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi tadi. |
| Dakwaan 2 pelajar mati selepas divaksin, polis terima dua laporan Posted: 29 Sep 2021 06:51 AM PDT IPOH: Polis Perak hari ini mengesahkan menerima dua laporan polis masing-masing dibuat Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai dan Pegawai Pendidikan Kesihatan Daerah, berhubung berita palsu kononnya dua pelajar sekolah itu meninggal dunia selepas menerima suntikan COVID-19. |
| Azalina bangkit isu mahkamah khas kanak-kanak Posted: 29 Sep 2021 06:51 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa supaya segera mewujudkan mahkamah khas jenayah seksual membabitkan kanak-kanak di setiap negeri bagi melindungi hak golongan itu yang menjadi mangsa jenayah. |
| Angka harian kes COVID-19 terus meningkat semula Posted: 29 Sep 2021 12:32 AM PDT PUTRAJAYA: Angka harian jangkitan COVID-19 terus menunjukkan peningkatan semula apabila sebanyak 12,434 kes baharu dilaporkan, hari ini. |
| 670 syarikat Eropah dikaitkan dengan penempatan haram Israel Posted: 29 Sep 2021 06:41 AM PDT BAITULMAQDIS: Lebih 670 institusi kewangan Eropah dikaitkan dengan syarikat terbabit membangunkan penempatan Israel di Tebing Barat yang diceroboh. |
| Posted: 29 Sep 2021 06:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Lima muka baharu dipanggil jurulatih skuad remaja negara, Brad Maloney untuk menyertai kem latihan pusat Fasa 2 sebagai persiapan ke Kelayakan Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23) di Ulaanbaatar, Mongolia, hujung bulan depan. |
| 'Belum lengkap vaksinasi AstraZeneca dibenar masuk premis perniagaan' Posted: 29 Sep 2021 06:31 AM PDT KOTA KINABALU: Kerajaan negeri membenarkan penerima vaksin AstraZeneca yang belum lengkap vaksinasi memasuki premis perniagaan untuk tujuan bekerja dan sebagainya. |
| Kerajaan sedia RM19.96 juta menerusi SPUMI Posted: 29 Sep 2021 06:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan menyalurkan bantuan bernilai RM19.96 juta kepada 818 perusahaan kecil dan sederhana serta mikro menerusi Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) setakat 20 Ogos lalu, bertujuan pemerkasaan perniagaan. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment