Thursday, September 30, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Ibu arwah Abam meninggal dunia

Posted: 30 Sep 2021 01:08 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ibu kepada pelawak popular, Allahyarham Abam Bocey dan Ali Puteh iaitu Sabariah Arshad, 64, menghembuskan nafas terakhir akibat serangan asma dan komplikasi pelbagai penyakit di Hospital Selayang, di sini, jam 11.54 malam tadi.

Resort World Genting beroperasi semula hari ini

Posted: 30 Sep 2021 06:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Genting Malaysia Bhd menyambung semula operasi perniagaan di Resort World Genting bermula hari ini dengan tawaran yang terhad di bawah Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk penduduk Pahang.

Nissan LEAF hadiah kahwin

Posted: 30 Sep 2021 03:51 AM PDT

SHAH ALAM: Penantian Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33, Haqiem Rusli mendapatkan hadiah kemenangan iaitu kereta Nissan LEAF, berakhir, apabila penyanyi itu diserahkan kunci kenderaan menggunakan kuasa elektrik 100 peratus itu, hari ini.

Saya tidak urus pengosongan barangan peribadi PM keenam - Muhyiddin

Posted: 30 Sep 2021 08:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, beliau tidak menguruskan soal pengosongan barangan peribadi milik Perdana Menteri keenam di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya.

Melaka benam Kedah di Darul Aman

Posted: 30 Sep 2021 08:13 AM PDT

Alor Setar: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) gagal meneruskan momentum kemenangan apabila tewas kepada Melaka United 1-3 pada aksi kedua Kumpulan C saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Gol Cabrera selamatkan JDT

Posted: 30 Sep 2021 08:01 AM PDT

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) hanya mampu menang tipis 1-0 ke atas Petaling Jaya City FC (PJ City FC) pada aksi Kumpulan D saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, malam ini.

Rakyat perlu terus berwaspada tempuhi endemik - Muhyiddin

Posted: 30 Sep 2021 07:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Rakyat diminta untuk terus berwaspada walaupun Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan mencapai 90 peratus bulan depan dan 100 peratus menjelang akhir tahun serta peralihan fasa situasi pandemik kepada endemik.

'Hanya makan sesudu nasi, tidur jam 2 pagi sebelum vaksin'

Posted: 30 Sep 2021 07:41 AM PDT

MELAKA: Murid sekolah rendah yang didakwa secara tiba-tiba lemah selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 disahkan tidur lewat iaitu pada jam 2 pagi dan hanya makan sesudu nasi lemak sebelum divaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Encore, Klebang, di sini, pagi tadi.

Bank Muamalat tawar modal kerja, latihan percuma

Posted: 28 Sep 2021 05:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bank Muamalat Malaysia Bhd menyediakan modal kerja sehingga RM10,000 dan latihan secara percuma menerusi program iTEKAD Mawaddah.

Lelaki rempuh SJR dipenjara, denda RM37,000

Posted: 30 Sep 2021 06:42 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang memandu kereta secara cuai dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) sehingga menyebabkan kecederaan kepada pengguna jalan raya Julai lalu, dijatuhi hukuman penjara 14 bulan dan denda RM37,000 di dua Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Keletihan punca Sarawak kurang menyengat

Posted: 30 Sep 2021 06:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Faktor keletihan disifatkan menjadi punca Sarawak United kurang menyengat pada aksi kedua menentang Sri Pahang FC, semalam selepas memperagakan corak permainan lebih 'garang' ketika menang 3-1 ke atas Penang FC, Ahad lalu.

Ibu bapa, pelajar, guru kena dapatkan surat pengesahan

Posted: 30 Sep 2021 04:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelajar, ibu bapa, guru serta tenaga pengajar yang ingin melakukan pergerakan merentas negeri susulan pembukaan semula sekolah dan institusi pendidikan supaya menyediakan surat pengesahan sebelum bergerak.

CF Moto masuk Moto3 tahun depan?

Posted: 30 Sep 2021 06:11 AM PDT

CF Moto, pengeluar motosikal berpangkalan di China bakal mencipta sejarah apabila dikatakan akan menjadi 'muka' baharu dalam Siri Kejuaraan Moto3 tahun depan.

Perhimpunan Agung UMNO 2021 pada Januari ini

Posted: 30 Sep 2021 06:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: UMNO menetapkan Perhimpunan Agung UMNO 2021 akan diadakan pada tahun hadapan selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Januari 2022.

Khalijah Ketua Pegawai Kewangan baharu Maybank

Posted: 30 Sep 2021 06:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Maybank melantik Khalijah Ismail sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (GCFO) berkuat kuasa 1 Oktober 2021.

Selisih faham di Facebook punca bakar kereta

Posted: 30 Sep 2021 04:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis menahan lima individu termasuk seorang wanita semalam, berhubung kes khianat memecahkan cermin dan membakar kereta di Jalan BK 5 Bandar Kinrara, dekat Serdang.

Pakar saran rutin amalan sihat jaga jantung

Posted: 30 Sep 2021 05:56 AM PDT

PEMAKANAN dan gaya hidup tidak sihat, hipertensi serta obesiti antara penyumbang kepada faktor risiko penyakit jantung.

Penjelasan operasi sekolah di negeri beralih ke fasa 3 PPN

Posted: 30 Sep 2021 05:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pembukaan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan bagi negeri yang beralih fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan hanya dilakukan selepas dua minggu daripada tarikh peralihan fasa itu berkuat kuasa.

Tarikh buka sekolah Lembah Klang, Melaka kekal 4 Oktober

Posted: 30 Sep 2021 05:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pembukaan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan di Lembah Klang dan Melaka kekal pada 4 Oktober ini walaupun beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN), esok.

'Malapetaka' apakah landa Sri Pahang?

Posted: 30 Sep 2021 05:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sri Pahang FC jelas berada dalam situasi 'bencana' apabila gagal meraih sebarang kemenangan dalam lapan perlawanan terakhir yang diharungi pasukan itu di kancah Liga Super dan Piala Malaysia.

SCIB catat kerugian RM19.57 juta

Posted: 30 Sep 2021 05:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB), firma kejuruteraan awam meraih pendapatan RM161.5 juta pada suku tahun berakhir 30 Jun 2021.

'Pembunuh Zulfarhan ketahui nasib 2 November ini'

Posted: 30 Sep 2021 05:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Nasib 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lepas, akan diketahui pada 2 November ini.

SMART WTE dijangka sumbang pendapatan RM80 juta setahun - Cypark

Posted: 30 Sep 2021 05:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Cypark Resources Bhd (Cypark) menjangkakan kilang Pemulihan dan Rawatan Lanjutan Modular Sisa Pepejal (SMART) bagi sisa pepejal-kepada-tenaga (WTE) di Ladang Tanah Merah, Negeri Sembilan akan memberi sumbangan pendapatan sehingga RM80 juta setahun selepas kemudahan itu beroperasi.

Hasan Arifin dilantik sebagai Pengerusi TNB

Posted: 30 Sep 2021 05:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengumumkan pelantikan Datuk Seri Hasan Arifin sebagai Pengerusi baharu berkuat kuasa esok.

SC anjur InvestSmart Fest 2021 pada 8 Oktober

Posted: 30 Sep 2021 05:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan menganjurkan InvestSmart Fest 2021 (ISF 2021) secara maya bermula 8 hingga 10 Oktober 2021, sempena dengan Bulan Literasi Kewangan 2021 dan Minggu Pelaburan Dunia 2021.

PN sepakat selesaikan pembahagian kerusi antara parti komponen

Posted: 30 Sep 2021 05:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN) mencapai kata sepakat dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) untuk menyelesaikan pembahagian kerusi yang akan ditandingi di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

'14 individu dikaitkan Geng Nicky dilepaskan mahkamah'

Posted: 30 Sep 2021 05:19 AM PDT

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas tanpa membebaskan 14 individu termasuk empat warga negara China serta dua adik kepada ahli perniagaan yang masih diburu, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee daripada tuduhan terbabit dalam kumpulan jenayah terancang yang dikenali sebagai 'Geng Nicky'.

Permintaan tinggi dolar AS, ringgit ditutup rendah

Posted: 30 Sep 2021 05:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan pengukuhan dolar yang dipacu peningkatan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) akan mengurangkan pembelian aset akhir tahun ini, kata seorang peniaga.

COVID-19: Premis Hup Seng beroperasi semula esok

Posted: 30 Sep 2021 05:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hup Seng Perusahaan Makanan (M) Sdn Bhd (HSPM), anak syarikat milik penuh Hup Seng Industries Bhd akan menyambung semula operasinya bermula 1 Oktober 2021.

Tiga lokaliti di Pahang dikenakan PKPD

Posted: 30 Sep 2021 05:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tiga lokaliti di Pahang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu, bermula esok.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template