Monday, September 6, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Lelaki kurang siuman ditahan ancam letup rumah

Posted: 06 Sep 2021 09:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki dipercayai kurang siuman selepas mengugut mahu membunuh diri dan isterinya dengan memotong saluran tong gas petroleum cecair (LPG) di sebuah rumah kedai di Jalan Semenyih Sentral 1, di sini, petang tadi.

Perodua Myvi remuk teruk dirempuh lori

Posted: 06 Sep 2021 05:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebuah lori merempuh beberapa kenderaan dalam kejadian kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, Sentul, di sini, sehingga menyebabkan sebuah kereta Perodua Myvi remuk teruk, petang tadi.

Pemandu lori positif dadah rempuh 5 kenderaan

Posted: 06 Sep 2021 05:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemandu lori yang merempuh lima kenderaan sehingga menyebabkan sebuah kereta Perodua Myvi remuk teruk dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, di sini, petang tadi, disahkan positif dadah.

Jabatan Perikanan tahan 27 nelayan langgar syarat lesen

Posted: 05 Sep 2021 07:40 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Jabatan Perikanan Negeri Terengganu menahan 27 nelayan kerana melanggar syarat lesen dengan melakukan aktiviti menangkap ikan pada jarak kurang 12 batu nautika dari Kuala Merchang dekat Marang awal pagi semalam.

4 Menteri bincang longgar SOP menjelang fasa endemik

Posted: 05 Sep 2021 10:12 PM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan berbincang dengan tiga menteri Kabinet bagi membincangkan langkah penyesuaian dan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) membendung penularan COVID-19 ketika negara menuju ke fasa endemik.

Tottenham denda pemain Argentina

Posted: 06 Sep 2021 07:40 AM PDT

LONDON: Tottenham akan mengenakan denda kepada tiga pemain Amerika Selatan mereka selepas melanggar peraturan apabila kembali ke tanah air pada rehat antarabangsa.

Shahelmey dilantik pengarah operasi program imunisasi Sabah

Posted: 06 Sep 2021 06:52 AM PDT

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah yang juga EXCO Kesihatan negeri, Ir Shahelmey Yahya dilantik sebagai Pengarah Operasi Program Imunisasi Negeri Sabah.

Adams meninggal dunia selepas koma 39 tahun

Posted: 06 Sep 2021 06:38 AM PDT

PARIS: Bekas pemain Perancis, Jean-Pierre Adams meninggal dunia pada usia 73 tahun selepas koma selama 39 tahun.

Lelaki Arab Saudi dihukum bunuh atas tuduhan pengganas

Posted: 06 Sep 2021 06:57 AM PDT

RIYADH: Seorang lelaki Arab Saudi dihukum bunuh di Dammam hari ini atas tuduhan keganasan dan penyeludupan senjata, kata kementerian dalam negeri.

Pembentukan kerajaan baharu Afghanistan diumum beberapa hari lagi

Posted: 06 Sep 2021 06:42 AM PDT

KABUL: Pembentukan kerajaan baharu Afghanistan bakal diumumkan dalam beberapa hari lagi, menurut Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid selepas mengesahkan kumpulan itu berjaya menawan Panjshir hari ini.

Filipina tamatkan perintah berkurung ketika kes meningkat

Posted: 06 Sep 2021 06:31 AM PDT

MANILA: Filipina akan menamatkan perintah berkurung di Manila minggu ini bagi melaksanakan ujian 'perintah berkurung bersasar' dalam usaha menurunkan kes COVID-19 dan memulihkan ekonomi.

Bantu peniaga kecil antara isu bakal dibincangkan MPN - Muhyiddin

Posted: 06 Sep 2021 06:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Langkah-langkah bagi membantu kelompok peniaga kecil adalah antara perkara yang akan dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Mayat mangsa insiden Myvi hanyut ditemui

Posted: 06 Sep 2021 02:31 AM PDT

KOTA KINABALU: Mayat mangsa yang hilang dalam kejadian Perodua Myvi hanyut di Sungai Kionsom, Simon Sange Tupe, 68, ditemui dalam timbunan pasir di tebing sungai di Kampung Dambai, Jalan Kionsom, Inanam, di sini, tengah hari tadi.

Semua kakitangan di cawangan MR DIY sudah divaksin

Posted: 06 Sep 2021 05:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Peruncit perkakas rumah Malaysia, MR D.I.Y. Group (M) Bhd (MR DIY) menggiatkan usahanya untuk menyokong Program Imunisasi Kebangsaan (PICK) dengan memastikan kakitangannya menerima vaksin.

Bangkok, Chiang Mai antara destinasi pelancongan dibuka semula pada Oktober

Posted: 06 Sep 2021 06:21 AM PDT

BANGKOK: Susulan kejayaan 'Phuket Sandbox' dan 'Samui Plus', Thailand merancang membuka kembali lebih banyak destinasi pelancongan popularnya mulai bulan depan bagi menghidupkan kembali industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Bukan salah Kelantan FC - Norizam

Posted: 06 Sep 2021 06:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kelantan FC menegaskan pertukaran pemain yang dilakukan pada minit ke-90+2 pada aksi bertemu Negeri Sembilan FC (NSFC) pada 27 Ogos lalu sudah mendapat 'kelulusan' daripada pegawai perlawanan yang bertugas.

62.3 peratus responden belum sedia makan di kedai

Posted: 06 Sep 2021 05:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kaji selidik dijalankan sebuah institusi pengajian tinggi mendapati ramai dalam kalangan masyarakat masih belum bersedia untuk makan di kedai walaupun kerajaan sudah memberikan kelonggaran mulai 20 Ogos lalu.

'Zahid patut terima imuniti 46 pertuduhan'

Posted: 06 Sep 2021 05:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya diberi imuniti daripada didakwa kerana semua maklumat mengenai transaksi berkaitan Yayasan Akalbudi (YAB) yang dikendalikan keluarganya didedahkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

KKM mohon peruntukan baik pulih Kompleks C HQE - Khairy

Posted: 06 Sep 2021 05:56 AM PDT

KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memohon peruntukan bagi membaik pulih bangunan Kompleks C Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini, susulan kejadian cerun bukit runtuh akibat hujan lebat dua hari lalu.

Kejayaan kontinjen Paralimpik mampu martabatkan OKU

Posted: 06 Sep 2021 05:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yakin masih ada ruang yang boleh diperbaiki dan dilakukan dalam melaksanakan tanggungjawab kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di sebalik kejayaan kontinjen negara di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

'Kerajaan Selangor akan bertindak selaras dasar PKR' - Anwar

Posted: 06 Sep 2021 05:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kepemimpinan PKR yakin, kerajaan Selangor akan mengambil tindakan wajar selaras dasar parti itu dalam isu berkaitan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU), kata Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Latif terpaksa tangguh balik kampung

Posted: 06 Sep 2021 05:21 AM PDT

SEPANG: Hasrat untuk bertemu ibu bapa di Perlis harus ditangguhkan terlebih dulu oleh pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Abdul Latif Romly.

SPRM tidak cabar status Abdul Azeez sebagai pekerja Menuju Asas

Posted: 06 Sep 2021 05:19 AM PDT

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini dimaklumkan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram terhadap bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim tidak boleh bertahan kerana ahli politik itu pekerja Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd (Menuju Asas).

Tentera Myanmar setuju gencatan senjata ASEAN

Posted: 06 Sep 2021 05:17 AM PDT

HANOI: Kerajaan tentera Myanmar dilaporkan sudah bersetuju dengan gesaan ASEAN untuk mengisytiharkan gencatan senjata sehingga hujung tahun ini.

SME Bank, SDB sedia pembiayaan untuk usahawan PKS Sabah

Posted: 06 Sep 2021 05:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank) hari ini memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Sabah Development Bank Berhad (SDB) yang merangkumi pelbagai pakej pembiayaan serta program pembangunan usahawan bernilai RM150 juta.

Latif, Liek Hou disambut meriah

Posted: 06 Sep 2021 04:49 AM PDT

SEPANG: Pemenang pingat emas kedua dan ketiga negara di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Cheah Liek Hou dan Abdul Latif Romly selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, sebentar tadi.

Penurunan harga minyak jejas prestasi ringgit

Posted: 06 Sep 2021 04:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, seiring dengan penyusutan prestasi harga minyak mentah Brent selepas negara pengeksport utama Arab Saudi bertindak menurunkan harga kontrak bahan itu di Asia, semalam.

Hubline dapat kontrak sedia helikopter untuk PRN Sarawak

Posted: 06 Sep 2021 04:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Layang Layang Aerospace Sdn Bhd (LLA), anak syarikat Hubline Bhd dengan kepentingan sebanyak 51 peratus, memperoleh kontrak bernilai RM25.67 juta daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menyediakan perkhidmatan helikopter dan pesawat bersayap kekal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Saman fitnah Ismail Sabri terhadap Anina Saadudin selesai

Posted: 06 Sep 2021 04:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Anina Saadudin hari ini, merekodkan persetujuan penyelesaian berhubung saman fitnah yang dikemukakan terhadap bekas Ketua Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu.

Syor kerajaan perkenal skim jaminan pekerjaan

Posted: 06 Sep 2021 01:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menyelesaikan isu pengangguran dengan dasar tuntas termasuk memperkenalkan skim jaminan pekerjaan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template