BH Online - Terkini |
- Lori bawa tar rempuh 7 kenderaan
- Nu-Prep perkenal kempen penjagaan kesihatan warga emas
- Doktor rakam pembantu wanita dalam tandas ditahan
- FAM batal liga futsal perdana musim ini
- Pesawat pasukan Jerman mendarat luar jangka di Scotland
- Perkhidmatan feri Kuala Perlis ke Langkawi ditambah
- Perkukuh komunikasi kesihatan menerusi kerjasama antara institusi
- Pesakit kategori 2 dan 3 berisiko dimasukkan ke PKRC
- Anwar diarah failkan penyataan pembelaan serangan seksual
- Pengusaha sukan belum jelas jenis fasiliti, SOP digunapakai
- Lelaki didakwa tipu ahli perniagaan RM460,000
- 200 bukan warga Afghanistan berlepas dari Kabul
- HDC umum pelbagai kerjasama strategik
- Almy risau ibu, tujuh ahli keluarga positif COVID-19
- Singapura kurangkan sekatan kepada pekerja asing
- KKM sedang kemas kini sijil digital vaksin
- COVID-19: 19,307 kes hari ini
- Purata kadar boleh jangkit bawah 1.0
- Gangguan emosi: Ada petugas kesihatan ambil dadah, pil tidur - MMHA
- Mungkin kena beri dos penggalak - KJ
- Fasa endemik bukan mengaku kalah
- Aaron-Wooi Yik di landasan hadapi Piala Sudirman, Thomas/Uber
- BAM pertaruh barisan muda Piala Sudirman, Thomas/Uber
- Pelan komprehensif operasi sekolah akan diumumkan
- Vaksin remaja bawah 17 tahun dibuat serentak pembukaan sekolah
- Heroin RM34.1 juta disorok bawah seluar jeans dirampas
- Cuti tambahan kepada petugas kesihatan - KJ
- KKM perkenal laman sesawang COVIDNOW kongsi data pandemik
- BAM rancang naikkan gaji pemainnya sekali ganda
- FAM gantung empat pegawai perlawanan
| Lori bawa tar rempuh 7 kenderaan Posted: 09 Sep 2021 07:42 AM PDT KUALA LUMPUR: Sebuah lori membawa muatan tar yang dipercayai mengalami masalah brek merempuh tujuh kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat Persiaran Bukit Rahman Putra 2, Sungai Buloh dekat sini, petang tadi. |
| Nu-Prep perkenal kempen penjagaan kesihatan warga emas Posted: 09 Sep 2021 10:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Nu-Prep, pengeluar dan pengedar suplemen kesihatan, mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen #TerusAktif dengan hasrat untuk menggalakkan warga emas di negara untuk terus aktif dan cergas di usia tua. |
| Doktor rakam pembantu wanita dalam tandas ditahan Posted: 09 Sep 2021 09:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang doktor lelaki kerana disyaki merakam seorang pembantunya ketika wanita itu berada di dalam tandas sebuah klinik swasta di Petaling Jaya, kelmarin. |
| FAM batal liga futsal perdana musim ini Posted: 09 Sep 2021 08:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Selepas saingan Piala Presiden dan Piala Belia, kini giliran Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) pula terpaksa dibatalkan penganjurannya musim ini susulan pandemik COVID-19. |
| Pesawat pasukan Jerman mendarat luar jangka di Scotland Posted: 09 Sep 2021 07:18 AM PDT BERLIN: Pasukan bola sepak Jerman terkandas beberapa jam di Edinburgh, Scotland hari ini selepas pesawat yang membawa mereka pulang dari aksi kelayakan Piala Dunia di Iceland terpaksa melakukan pendaratan di luar jangka. |
| Perkhidmatan feri Kuala Perlis ke Langkawi ditambah Posted: 09 Sep 2021 07:10 AM PDT ALOR SETAR: Jumlah perkhidmatan feri dari Kuala Perlis ke Langkawi akan ditambah kepada dua trip sehari bermula 16 September ini berikutan Gelembung Pelancongan (Travel Bubble) Projek Rintis ke Langkawi. |
| Perkukuh komunikasi kesihatan menerusi kerjasama antara institusi Posted: 09 Sep 2021 06:52 AM PDT KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerusi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), semalam memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan College of Physicians Malaysia dalam usaha mempertingkatkan kerjasama dalam bidang komunikasi kesihatan. |
| Pesakit kategori 2 dan 3 berisiko dimasukkan ke PKRC Posted: 09 Sep 2021 04:09 AM PDT PUTRAJAYA: Semua pesakit COVID-19 kategori 2 dan kategori 3 yang berisiko tinggi akan dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) selepas ini. |
| Anwar diarah failkan penyataan pembelaan serangan seksual Posted: 09 Sep 2021 06:33 AM PDT KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini mengarahkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan penyataan pembelaan dalam saman yang dikemukakan oleh bekas pembantu penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther berhubung dakwaan berlaku serangan seksual terhadapnya di kediaman ahli politik itu tiga tahun lalu. |
| Pengusaha sukan belum jelas jenis fasiliti, SOP digunapakai Posted: 09 Sep 2021 06:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Beberapa pengusaha fasiliti sukan dan rekreasi mengakui masih belum jelas mengenai jenis fasiliti yang dibenarkan beroperasi dan prosedur operasi standard (SOP) yang akan diguna pakai. |
| Lelaki didakwa tipu ahli perniagaan RM460,000 Posted: 09 Sep 2021 06:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang dalang sindiket penipuan tukaran mata wang asing dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana menipu seorang ahli perniagaan membabitkan kerugian USD100,000 (RM460,000) pada 2019. |
| 200 bukan warga Afghanistan berlepas dari Kabul Posted: 09 Sep 2021 06:15 AM PDT DOHA: Kira-kira 200 individu bukan warga Afghanistan termasuk dari Amerika Syarikat (AS) berlepas dari Kabul menerusi penerbangan pertama sejak penarikan semula tentera AS serta pengambilalihan Taliban, kata satu sumber di Doha. |
| HDC umum pelbagai kerjasama strategik Posted: 09 Sep 2021 06:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Halal Industry Development Corporation (HDC) mengumumkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak termasuk Institut Kewangan Islam Afrika (AIIF) melalui Persidangan Perniagaan Halal Dunia (WHBC) 2021 yang diadakan hari ini. |
| Almy risau ibu, tujuh ahli keluarga positif COVID-19 Posted: 09 Sep 2021 06:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Lapan ahli keluarga termasuk ibu pelakon, Datin Almy Nadia di Balik Pulau, Pulau Pinang, disahkan positif COVID-19. |
| Singapura kurangkan sekatan kepada pekerja asing Posted: 09 Sep 2021 06:00 AM PDT SINGAPURA: Singapura bakal mengurangkan sekatan pergerakan membabitkan pekerja migran yang tinggal di asrama, bermula minggu depan, kata pihak berkuasa hari ini, selepas negara itu mengetatkan langkah itu lebih setahun dalam usaha mengekang penularan COVID-19. |
| KKM sedang kemas kini sijil digital vaksin Posted: 09 Sep 2021 04:48 AM PDT PUTRAJAYA: Individu yang sudah melengkapkan vaksinasi namun belum menerima sijil digital boleh menggunakan kad vaksin yang diterima di Pusat Pemberian Vaksin (PPV). |
| Posted: 09 Sep 2021 01:00 AM PDT PUTRAJAYA: Sebanyak 19,307 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti kini mencecah hampir dua juta. |
| Purata kadar boleh jangkit bawah 1.0 Posted: 09 Sep 2021 05:47 AM PDT PUTRAJAYA: Angka penularan COVID-19 di negara ini dilihat sedikit menurun dan nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) turut menunjukkan purata 0.97. |
| Gangguan emosi: Ada petugas kesihatan ambil dadah, pil tidur - MMHA Posted: 09 Sep 2021 04:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Ada petugas kesihatan yang terdesak akibat gangguan emosi disebabkan pandemik COVID-19, mengambil dadah dan pil tidur bagi mengurangkan tekanan. |
| Mungkin kena beri dos penggalak - KJ Posted: 09 Sep 2021 03:52 AM PDT PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melihat kemungkinan untuk memberikan dos penggalak dalam usaha menangani peningkatan mendadak kes di beberapa negeri di negara ini. |
| Fasa endemik bukan mengaku kalah Posted: 09 Sep 2021 05:13 AM PDT PUTRAJAYA: Peralihan ke fasa endemik bukan bermakna negara sudah mengaku kalah dengan wabak COVID-19. |
| Aaron-Wooi Yik di landasan hadapi Piala Sudirman, Thomas/Uber Posted: 09 Sep 2021 05:39 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemenang pingat gangsa acara beregu lelaki Sukan Olimpik 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berada di landasan tepat untuk menghadapi dua kejohanan berpasukan iaitu Piala Sudirman dan Piala Thomas dalam tempoh sebulan ini. |
| BAM pertaruh barisan muda Piala Sudirman, Thomas/Uber Posted: 09 Sep 2021 05:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) percaya akan ada elemen kejutan daripada pemain muda negara apabila mereka beraksi dalam saingan Piala Sudirman dan Piala Thomas/Uber. |
| Pelan komprehensif operasi sekolah akan diumumkan Posted: 09 Sep 2021 05:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengumumkan satu pelan komprehensif mengenai pengoperasian sekolah yang akan di umumkan dalam masa terdekat. |
| Vaksin remaja bawah 17 tahun dibuat serentak pembukaan sekolah Posted: 09 Sep 2021 04:46 AM PDT PUTRAJAYA: Pemberian vaksin kepada remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun akan dilakukan serentak dengan pembukaan sesi persekolahan. |
| Heroin RM34.1 juta disorok bawah seluar jeans dirampas Posted: 09 Sep 2021 05:31 AM PDT BUKIT MERTAJAM: Polis menumpaskan sindiket penyeludupan heroin bernilai RM34.1 juta selepas melancarkan enam serbuan di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perak pada 3 September lalu. |
| Cuti tambahan kepada petugas kesihatan - KJ Posted: 09 Sep 2021 04:16 AM PDT PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan untuk memberi cuti tambahan kepada petugas kesihatan dalam menangani tekanan terhadap mereka ketika membendung wabak COVID-19. |
| KKM perkenal laman sesawang COVIDNOW kongsi data pandemik Posted: 09 Sep 2021 03:29 AM PDT PUTRAJAYA: Orang ramai kini boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi COVID-19 di negara ini dengan melayari laman web baharu diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikenali sebagai COVIDNOW. |
| BAM rancang naikkan gaji pemainnya sekali ganda Posted: 09 Sep 2021 05:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam perancangan untuk memberikan kenaikan gaji sekali ganda kepada pemain yang berada dalam kelompok 10 terbaik dunia. |
| FAM gantung empat pegawai perlawanan Posted: 09 Sep 2021 05:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggantung empat pegawai perlawanan yang mengendalikan perlawanan Liga Perdana antara Kelantan FC dan Negeri Sembilan FC di Stadium Sultan Muhammad IV, pada 27 Ogos lalu. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment