BH Online - Terkini |
- Zizi 'jejak bapa' selepas 33 tahun terpisah
- Kampung Baru Karak terbakar
- UMNO tanding semula semua kerusi Parlimen
- Skuad Jang kutip mata penuh di Kelantan
- 2.4 juta rakyat Kenya berisiko kebuluran menjelang November
- Mangsa banjir di Baling meningkat
- Shahrul Nizam tak hadir, Sharul Nazeem digugur
- Sabah terpaksa lupakan khidmat Saddil
- 25 pesawat China lintasi ADIZ Taiwan
- Piala Dunia dwitahunan beri impak besar
- Bung Moktar, Lee Chong Wei antara penerima darjah kebesaran Sabah
- Akid catat masa terpantas Cub Prix Malaysia di Terengganu
- Penantian penyokong pasukan Liga M berbaloi
- Pembunuh bersiri Perancis ditemui mati selepas 35 tahun
- Fayadh isi tempat Akhyar
- Suruhanjaya Sekuriti denda bekas akauntan Asia Media
- SPRM buka 687 kertas siasatan Januari - Ogos
- 'Wanita uzur terbaring, berkurung dengan mayat suami yang berulat'
- Penjawat awam tidak boleh pertikai arahan
- Hospital terbakar di Romania, 9 maut
- 7 maut akibat tanah runtuh di Indonesia
- Hentikan kemelut politik, tumpu kebajikan rakyat
- PKPD Kampung Sungai Padi disambung
- Bapa Sherie Merlis meninggal dunia
- Sasar 190,000 usahawan carum PERKESO
- Rusuhan: Polis tahan 20 individu
- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
- Bursa Malaysia ditutup rendah
- Kereta langgar jentolak
- Saranan Ronaldo kepada Solskjaer
| Zizi 'jejak bapa' selepas 33 tahun terpisah Posted: 01 Oct 2021 12:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Bukan sahaja bertemu jodoh dalam sekelip mata, malah perkahwinan pasangan selebriti, Zizi Kirana, 36, dan suami, Yusuf Bahrin, 29, mempunyai banyak kenangan manis yang terselindung. |
| Posted: 01 Oct 2021 08:51 AM PDT KARAK: Beberapa rumah kedai di Kampung Baru Karak terbakar kira-kira 10.30 malam ini. |
| UMNO tanding semula semua kerusi Parlimen Posted: 01 Oct 2021 07:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata, UMNO akan mempertahan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu pada pilihan raya umum lalu. |
| Skuad Jang kutip mata penuh di Kelantan Posted: 01 Oct 2021 08:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Juara Liga Perdana, Negeri Sembilan FC (NSFC) meraih tiga mata pertama selepas menewaskan Kelantan United, 1-0 pada aksi Kumpulan C saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bahru, sebentar tadi. |
| 2.4 juta rakyat Kenya berisiko kebuluran menjelang November Posted: 01 Oct 2021 07:29 AM PDT NAIROBI: Program Makanan Sedunia (WFP) hari ini memberi amaran 2.4 juta penduduk Kenya berisiko kelaparan menjelang November depan. |
| Mangsa banjir di Baling meningkat Posted: 01 Oct 2021 07:27 AM PDT ALOR SETAR: Mangsa banjir di Baling bertambah apabila 27 mangsa dari enam keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Banggol Derom, hari ini. |
| Shahrul Nizam tak hadir, Sharul Nazeem digugur Posted: 01 Oct 2021 07:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain Terengganu FC (TFC), Shahrul Nizam Ros Hasni tidak hadir untuk melaporkan diri bersama skuad kebangsaan, hari ini. |
| Sabah terpaksa lupakan khidmat Saddil Posted: 01 Oct 2021 07:04 AM PDT KOTA KINABALU: Sabah FC terpaksa melupakan khidmat pemain import dari Indonesia, Saddil Ramdani dalam saingan Piala Malaysia musim ini selepas beliau mengalami kecederaan pangkal paha yang serius. |
| 25 pesawat China lintasi ADIZ Taiwan Posted: 01 Oct 2021 06:56 AM PDT TAIPEI: Taiwan mendakwa 25 pesawat tentera China melintasi zon pertahanannya hari ini iaitu hari sama Beijing menandakan penubuhan republik itu dan juga pencerobohan terbesar sejak beberapa bulan lalu. |
| Piala Dunia dwitahunan beri impak besar Posted: 01 Oct 2021 06:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bercadang mengadakan Piala Dunia lelaki dan wanita secara dwitahunan berbanding empat tahun sekali sebagai antara usaha badan induk dunia itu mentransformasikan masa depan bola sepak menerusi perencanaan jadual pertandingan bersifat global. |
| Bung Moktar, Lee Chong Wei antara penerima darjah kebesaran Sabah Posted: 01 Oct 2021 06:40 AM PDT KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin antara individu yang mendahului senarai 1,299 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri Sabah sempena sambutan Hari Jadi Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin yang Ke-68, esok. |
| Akid catat masa terpantas Cub Prix Malaysia di Terengganu Posted: 01 Oct 2021 06:39 AM PDT KUALA LUMPUR: Walaupun terbabit dengan kemalangan, pelumba ONEXOX TKKR Racing Team, Mohd Akid Aziz masih mampu mencatat masa terpantas pada sesi ujian kelayakan kelas CP150 bagi Pusingan 5 dan 6 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Litar Permotoran Terengganu, hari ini. |
| Penantian penyokong pasukan Liga M berbaloi Posted: 01 Oct 2021 06:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan membenarkan penyokong untuk kembali ke stadium seperti 'pucuk dicita ulam mendatang' sekali gus menyaksikan pasukan Liga Malaysia (Liga M) akan bersiap untuk menyambut kehadiran 'pemain ke-12' dalam tempoh rehat selama sebulan ini. |
| Pembunuh bersiri Perancis ditemui mati selepas 35 tahun Posted: 01 Oct 2021 06:18 AM PDT PARIS: Seorang pembunuh bersiri disyaki terbabit dalam beberapa kes lama yang gagal diselesaikan di Perancis ditemui maut selepas 35 tahun melarikan diri. |
| Posted: 01 Oct 2021 06:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain muda Kedah Darul Aman FC (KDA), Mohammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin akan menggantikan tempat Akhyar Rashid bagi kem latihan pusat skuad kebangsaan yang bermula, hari ini. |
| Suruhanjaya Sekuriti denda bekas akauntan Asia Media Posted: 01 Oct 2021 06:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenakan denda terhadap bekas akauntan Asia Media Group Berhad (Asia Media), Ong Kar Kian (Ken Ong) 40, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, atas kesalahan mengemuka kenyataan palsu berkenaan jumlah hasil pendapatan syarikat itu bernilai RM11,127,000 kepada Bursa Malaysia, iaitu satu kesalahan mengikut seksyen 369 (b)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. |
| SPRM buka 687 kertas siasatan Januari - Ogos Posted: 01 Oct 2021 06:10 AM PDT PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka 687 kertas siasatan dalam tempoh antara Januari dan Ogos lalu, yang terdiri daripada 149 membabitkan kategori kes 'berprofil tinggi, berkepentingan awam, serta sensitif ' dan 538 dalam kategori biasa. |
| 'Wanita uzur terbaring, berkurung dengan mayat suami yang berulat' Posted: 01 Oct 2021 06:07 AM PDT SUNGAI PETANI: Keuzuran seorang wanita warga emas membuatkan dia mampu terbaring sambil menghidu bau mayat suaminya yang mulai membusuk dan berulat, selepas meninggal dunia dalam bilik air kediaman mereka di Taman Ria di sini. |
| Penjawat awam tidak boleh pertikai arahan Posted: 01 Oct 2021 06:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketetapan mewajibkan semua penjawat awam Persekutuan mengambil vaksin COVID-19 tidak boleh dipertikai kerana majikan berkuasa penuh. |
| Hospital terbakar di Romania, 9 maut Posted: 01 Oct 2021 05:57 AM PDT BUCHAREST: Sembilan pesakit COVID-19 maut selepas sebuah hospital di Romania terbakar hari ini, kata perkhidmatan penyelamat. |
| 7 maut akibat tanah runtuh di Indonesia Posted: 01 Oct 2021 05:49 AM PDT PADANG: Sekurang-kurangnya tujuh mangsa maut dalam tanah runtuh akibat ribut di pulau Sumatera, Indonesia, ketika amaran hujan berterusan dikeluarkan pihak berkuasa. |
| Hentikan kemelut politik, tumpu kebajikan rakyat Posted: 01 Oct 2021 05:31 AM PDT MELAKA: Pengerusi Perikatan Nasional Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohidee tetap dengan pendirian menyokong kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). |
| PKPD Kampung Sungai Padi disambung Posted: 01 Oct 2021 05:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Kampung Sungai Padi, Mukim Telang, Lipis, Pahang yang sepatutnya tamat esok, dilanjutkan 14 hari lagi berakhir 16 Oktober. |
| Bapa Sherie Merlis meninggal dunia Posted: 01 Oct 2021 05:24 AM PDT KUALA LUMPUR: Bapa pelakon, Sherie Merlis iaitu Wan Zainal Abidin Wan Kassim menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung pada jam 9.30 pagi tadi. |
| Sasar 190,000 usahawan carum PERKESO Posted: 01 Oct 2021 05:13 AM PDT TANJONG KARANG: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menyasarkan lebih 190,000 usahawan di bawah seliaannya, untuk mencarum dan mendaftar dalam skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam masa terdekat. |
| Rusuhan: Polis tahan 20 individu Posted: 01 Oct 2021 05:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis menahan 20 individu termasuk enam wanita semalam dan kelmarin, berhubung rusuhan di depan tokong di Bandar Salak Selatan, Jalan Sungai Besi, di sini, Selasa lalu. |
| Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS Posted: 01 Oct 2021 05:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong sentimen semakin baik terhadap mata wang tempatan itu, kata peniaga. |
| Posted: 01 Oct 2021 05:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti jualan yang berterusan di kaunter penjagaan kesihatan dan telekomunikasi serta media dalam persekitaran sentimen yang lemah di pasaran serantau, kata peniaga. |
| Posted: 01 Oct 2021 05:01 AM PDT KLANG: Seorang remaja maut selepas kenderaan dinaiki bertembung dengan sebuah jentolak di Jalan Telok Gong, berhampiran Masjid Jamek, di sini tengah hari tadi. |
| Saranan Ronaldo kepada Solskjaer Posted: 01 Oct 2021 04:59 AM PDT MANCHESTER: Cristiano Ronaldo memaklumkan kepada Ole Gunnar Solskjaer bahawa Manchester United perlu menggerakkan bola dengan lebih pantas jika mahu memanfaatkan kemampuan serangannya. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment