Monday, October 11, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Belum boleh melancong ke Thailand melalui ICQS Bukit Kayu Hitam

Posted: 11 Oct 2021 09:24 AM PDT

ALOR SETAR: Rakyat Malaysia yang mahu ke Thailand melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam atas urusan tertentu, dibenarkan berbuat demikian kecuali untuk tujuan melancong.

Kerang-kerangan di Sungai Geting dicemari toksin saraf

Posted: 11 Oct 2021 09:08 AM PDT

TUMPAT: Orang ramai dilarang melakukan aktiviti memungut, menjual dan memakan spesies kerang-kerangan di kawasan perairan Sungai Geting, di sini, kerana dicemari toksin saraf (Saxitoxin) daripada alga berbahaya Alexandrium Minutum.

PROFIMA saran ketat SPP, buat ujian air kencing

Posted: 11 Oct 2021 03:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) menggesa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) memperketatkan permohonan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) agar penularan pandemik COVID-19 di lokasi penggambaran dan penyalahgunaan dadah di kalangan pelakon serta kru dapat dibendung.

Pelakon, pengarah, penolong pengarah ditahan positif dadah

Posted: 10 Oct 2021 09:31 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon lelaki berusia 29 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, Perak, semalam.

Pelakon, pengarah filem 'lalok' direman 2 hari

Posted: 11 Oct 2021 12:23 AM PDT

IPOH: Pengarah filem, penolongnya, serta pelakon yang ditahan selepas disyaki terbabit penyalahgunaan dadah di Kuala Kangsar semalam direman dua hari bermula hari ini.

Malaysia bakal meterai MoU bawa pelaburan RM1.22 bilion di Dubai

Posted: 11 Oct 2021 08:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tujuh pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dianggarkan bakal membawa nilai pelaburan keseluruhan AS$295 juta (RM1.22 bilion), akan berlangsung antara Malaysia dengan rakan global pada minggu kedua Ekspo 2020 Dubai, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Ahli Parlimen Bangi positif COVID-19

Posted: 11 Oct 2021 08:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming, disahkan positif COVID-19, hari ini.

Bot karam, 3 ditemui lemas

Posted: 11 Oct 2021 08:24 AM PDT

PONTIAN: Tiga lelaki dipercayai warga asing, ditemui lemas apabila bot dinaiki karam di Pantai Rambah, di sini, petang tadi.

Kenali Mohammad Salman

Posted: 11 Oct 2021 07:22 AM PDT

LONDON: Proses ambil alih kelab Newcastle United oleh pemilik dari Arab Saudi yang sebelum ini tertangguh akhirnya selesai selepas negara Teluk itu menarik semula larangan terhadap saluran penyiaran sukan dari Qatar, beIN Sports.

Super KIP keluar daripada persaraan

Posted: 11 Oct 2021 07:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas pelumba Moto3 negara Khairul Idham Pawi sah keluar daripada persaraannya untuk berlumba pada saingan Kejohanan Superbike Malaysia (MSBK) 2021 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hujung minggu ini.

Erra jawab gosip kahwin 'menteri'

Posted: 11 Oct 2021 01:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Erra Fazira, 47, sekali lagi berdepan gosip panas kononnya mendirikan rumah tangga dengan seorang VVIP berstatus Menteri.

Mesir tahan 3 individu buang vaksin COVID-19

Posted: 11 Oct 2021 07:41 AM PDT

KAHERAH: Pihak berkuasa Mesir menahan tiga individu disyaki membuang ribuan vaksin COVID-19 yang tidak digunakan minggu lalu ke dalam saliran parit air di selatan bandar terbabit.

Kedutaan Malaysia usaha bantu Rozzana di Seoul

Posted: 11 Oct 2021 07:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kedutaan Malaysia di Seoul sedang berusaha menyampaikan bantuan konsular kepada Rozzana Mat Nanyan, 35, yang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Myongji, Korea Selatan, akibat kesukaran bernafas.

6 terbunuh dalam serangan bom kereta di Syria

Posted: 11 Oct 2021 07:16 AM PDT

BEIRUT: Serangan bom kereta di Afrin, bandar di utara Syria hari ini mengorbankan enam orang, termasuk sekurang-kurangnya seorang pejuang pemberontak disokong Turki.

SOP perlu kerap disemak semula di fasa endemik

Posted: 11 Oct 2021 06:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa perlu sentiasa menyemak dan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) selain memantau keadaan semasa dengan penuh teliti kerana fasa endemik tidak bermakna pandemik COVID-19 sudah tidak lagi berbahaya.

Ahmad Zahid adalah 'bos' - Pendakwaan

Posted: 11 Oct 2021 06:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, diberitahu bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah 'bos' yang mempunyai kuasa dan kawalan penuh ke atas aset Yayasan Akalbudi.

'Pertama kali dapat soalan kahwin lain'

Posted: 11 Oct 2021 02:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan beliau individu yang dikatakan bernikah dengan selebriti pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira.

Suntikan vaksin kini tampakkan 'cahaya di hujung terowong'

Posted: 11 Oct 2021 06:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pendirian teguh kerajaan yang hanya membenarkan rentas negeri selepas risiko sektor dinilai dan memastikan seramai mungkin penduduk divaksinasi menunjukkan sikap kebertanggungjawaban yang tinggi demi melindungi rakyat.

'PRN Melaka tidak wajar ditangguhkan'

Posted: 11 Oct 2021 06:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka boleh diadakan pada masa ini, dan risiko lonjakan kes COVID-19 seperti yang berlaku susulan PRN Sabah, tahun lalu, sebenarnya berupaya diatasi.

Kematian COVID-19 tinggi, Russia tetap tolak sekatan baharu

Posted: 11 Oct 2021 06:30 AM PDT

MOSCOW: Kremlin menyifatkan angka kematian di Russia sebagai 'tinggi' dan kadar liputan imunisasi sangat rendah, namun kerajaan menolak langkah sekatan baharu demi melindungi ekonomi.

Piala Thomas: Mampukah Brian 'smash' Zii Jia?

Posted: 11 Oct 2021 06:21 AM PDT

AARHUS, DENMARK: Pemain muda Kanada, Brian Yang tentunya tidak akan memberikan kemenangan mudah kepada pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia pada pertemuan Kumpulan D antara Malaysia dan Kanada yang berlangsung awal pagi Rabu.

Pindaan RUU KWAN diluluskan bagi perolehan vaksin

Posted: 11 Oct 2021 04:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) (Pindaan) 2021 diluluskan sebulat suara di Dewan Rakyat hari ini bagi membolehkan dananya digunakan membiayai perolehan vaksin COVID-19.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia serah watikah pelantikan kepada Sultan Brunei

Posted: 11 Oct 2021 06:07 AM PDT

PUTRAJAYA: Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah, hari ini, menyerahkan watikah pelantikannya kepada Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, dalam satu istiadat rasmi.

4 gabungan mahu tubuh 'PSM baharu'

Posted: 11 Oct 2021 06:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Empat ahli gabungan yang tidak kembali menyertai Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) sedang dalam perancangan menubuhkan satu entiti baharu.

Dua beranak maut, motosikal bertembung kenderaan pacuan empat roda

Posted: 11 Oct 2021 05:55 AM PDT

GUA MUSANG: Dua beranak maut, dua cedera manakala dua lagi terselamat selepas terbabit kemalangan di Kilometer 22, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Gua Sejuk, petang tadi.

PH Melaka fail kes di mahkamah minggu depan

Posted: 11 Oct 2021 05:32 AM PDT

MELAKA: Pakatan Harapan (PH) Melaka akan memfailkan kes di Mahkamah Tinggi, di sini, bagi mencabar keabsahan pembentukan kerajaan sementara berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dera kanak-kanak autisme, pengasuh bakal didakwa

Posted: 11 Oct 2021 05:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang warga Singapura yang ditahan kerana disyaki mendera kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun di sebuah pusat asuhan di Ampang, dijangka didakwa di mahkamah Rabu ini.

Iraq berkas ketua kewangan Daesh dikhendaki AS

Posted: 11 Oct 2021 05:02 AM PDT

BAGHDAD: Iraq sudah menahan ketua kewangan gerakan Daesh, Sami Jasim al-Jaburi, yang menjadi buruan Amerika Syarikat (AS).

Malaysia bentang pendirian tangani perubahan iklim pada sidang dunia

Posted: 11 Oct 2021 04:22 AM PDT

PUTRAJAYA: Malaysia berhasrat mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah kaca (GHG) merentasi ekonomi sebanyak 45 peratus, berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pada 2030.

Benteng Harimau Malaya 'kritikal'

Posted: 11 Oct 2021 04:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Benteng pertahanan boleh dianggap sebagai bahagian 'kritikal' yang perlu diberi perhatian oleh skuad Harimau Malaya menjelang saingan Piala AFF, hujung tahun ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template