Tuesday, October 12, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Kerajaan disaran lihat semula kadar kenaikan gaji minimum

Posted: 12 Oct 2021 06:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan disarankan melihat semula kadar kenaikan gaji minimum, khususnya untuk graduan, yang disifatkan masih tidak setimpal dengan peningkatan kos sara hidup.

Kehadiran penonton di stadium ikut status Fasa PPN

Posted: 11 Oct 2021 11:25 PM PDT

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan jumlah kehadiran penyokong ke stadium termasuk bagi menyaksikan saingan Piala Malaysia bermula 29 Oktober ini adalah mengikut status negeri yang berada di bawah Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

121 kes pasangan Islam mohon cerai setiap hari

Posted: 11 Oct 2021 10:01 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kira-kira lima permohonan perceraian membabitkan pasangan Islam diterima mahkamah syariah seluruh negara dalam tempoh sejam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

RUU Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020 diluluskan

Posted: 12 Oct 2021 02:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020 diluluskan sebulat suara di Dewan Rakyat hari ini.

'Jangan ada buruk sangka terhadap saya'

Posted: 12 Oct 2021 12:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan beliau tidak pernah melakukan cubaan mengelak cukai walaupun memiliki akaun luar pesisir.

Sembilan kes COVID-19 sepanjang sidang Dewan Rakyat

Posted: 12 Oct 2021 02:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan hanya sembilan kes COVID-19 direkodkan sepanjang Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 berlangsung selama 17 hari berakhir hari ini.

Sabah baru capai 70.3 peratus vaksinasi

Posted: 12 Oct 2021 09:34 AM PDT

KOTA KINABALU: Sabah baru mencapai 70.3 peratus daripada jumlah penduduk dewasa yang lengkap mendapatkan vaksin COVID-19 setakat semalam.

Tambah peruntukan tangani isu kesihatan mental

Posted: 12 Oct 2021 09:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran menambah peruntukan menerusi Bajet 2022 kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menangani masalah isu kesihatan mental.

Iklan daging rusa, jual daging kerbau

Posted: 12 Oct 2021 09:07 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas sejumlah daging sejuk beku disyaki bukan daging rusa seperti dipromosikan secara dalam talian di sebuah premis di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor, 8 Oktober lalu.

Warga emas maut jatuh kondo

Posted: 12 Oct 2021 08:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas ditemui maut di taman permainan di tingkat tujuh sebuah kondominium di Pusat Bandar Puchong, dekat sini, dipercayai terjatuh dari tingkat 12 premis itu, semalam.

'Kaji semula dasar pekerja OKU'

Posted: 12 Oct 2021 08:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang mewujudkan pasukan petugas untuk mengkaji semula dasar satu peratus pekerja orang kurang upaya (OKU) dalam sektor awam, yang hingga kini hanya mencapai 0.4 peratus walaupun sudah lebih tiga dekad diperkenalkan.

Kampung Baru Karak dibangunkan semula

Posted: 12 Oct 2021 07:27 AM PDT

BENTONG: Kerajaan Persekutuan akan membantu membangunkan semula penempatan di Kampung Baru Karak, di sini, yang musnah dalam kebakaran besar pada 1 Oktober lalu.

Pegawai kanan polis didakwa pinjam RM100,000, ugut bunuh

Posted: 12 Oct 2021 01:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat laporan seorang wanita yang mendakwa meminjamkan RM100,000 kepada seorang pegawai kanan polis dikatakan mahu 'membeli' pangkat Superintendan.

Skuad B-22 kebangsaan dikejutkan Negeri Sembilan

Posted: 12 Oct 2021 07:00 AM PDT

PETALING JAYA: Aksi bertenaga dan persembahan memberangsangkan belum memadai buat skuad Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan untuk melakar kemenangan berdepan juara Liga Perdana, Negeri Sembilan FC (NSFC) apabila tunduk 1-2 pada aksi persahabatan, di sini, hari ini.

Jadual Piala Thomas/Uber pada Rabu

Posted: 12 Oct 2021 07:03 AM PDT

AARHUS, Denmark: Berikut jadual perlawanan peringkat kumpulan Piala Thomas dan Uber 2020 yang dijadualkan di Ceres Arena, di sini, pada Rabu (waktu Malaysia):

PKPD di dua lokaliti Pahang berakhir

Posted: 12 Oct 2021 07:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dua lokaliti di Pahang akan ditamatkan esok.

SPRM tahan penolong pegawai agensi perladangan

Posted: 12 Oct 2021 07:07 AM PDT

SHAH ALAM: Seorang penolong pegawai sebuah agensi perladangan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Klang, hari ini, bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah lebih RM15,000.

Premis lerai buangan elektrik didenda RM30,000

Posted: 12 Oct 2021 06:36 AM PDT

BUKIT MERTAJAM: Sebuah premis melerai barang buangan elektrik dan elektronik (e-waste) di Juru, di sini diarah menghentikan operasi dan dikompaun RM30,000, semalam.

Piala Uber: Perlu perbaiki banyak perkara lagi

Posted: 12 Oct 2021 06:36 AM PDT

AARHUS, Denmark: Pasukan Piala Uber Malaysia yang telah mengakhiri kempen tanpa sebarang kemenangan di Arena Ceres di sini, perlu memperbaiki banyak perkara sekiranya berhasrat untuk mencabar pemain terbaik dunia menjelang dua atau tiga tahun lagi.

'Tak boleh terus bergantung kepada pemain JDT'

Posted: 12 Oct 2021 06:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail percaya skuad negara bimbingan Tan Cheng Hoe, tidak boleh sentiasa bergantung kepada khidmat pemain Johor Darul Ta'zim (JDT).

Gempa bumi kuat landa Pulau Crete

Posted: 12 Oct 2021 06:33 AM PDT

ATHENS: Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan Pulau Crete hari ini, menurut Balai Cerap Athens.

15 PATI lemas di pantai Libya - UNHCR

Posted: 12 Oct 2021 06:24 AM PDT

TRIPOLI: Sekurang-kurangnya 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) mati lemas selepas dua bot terbalik di Libya dalam satu lagi tragedi terbaru.

PdP bersemuka teratur, ikut SOP

Posted: 12 Oct 2021 06:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengoperasian sekolah secara bersemuka sehingga kini dilaksanakan dengan baik dan teratur, mengikut garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP).

13 maut bas terjunam ke sungai di China

Posted: 12 Oct 2021 06:16 AM PDT

HEBEI: Sekurang-kurangnya 13 penumpang terbunuh manakala seorang lagi masih hilang selepas bas dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di China.

Pasport Singapura, Jepun paling berkuasa di dunia

Posted: 12 Oct 2021 06:06 AM PDT

LONDON: Singapura dan Jepun mempunyai pasport paling berkuasa di dunia, mengikut maklumat terkini indeks global firma penasihat kewarganegaraan.

COVID-19: 7,276 kes baharu dilaporkan

Posted: 11 Oct 2021 11:17 PM PDT

PUTRAJAYA: Angka harian kes COVID-19 terus berada di bawah 8,000 apabila sebanyak 7,276 jangkitan baharu dilaporkan, hari ini.

Pelonggaran sekatan: Malaysia Airlines tidak depani kekurangan pekerja

Posted: 12 Oct 2021 05:52 AM PDT

PETALING JAYA: Malaysia Airlines Bhd (MAB) mengunjurkan kembali berkembang kukuh dalam perniagaannya dan operasi akan berjalan lancar serta tidak menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja selepas rentas negeri dibenarkan yang berkuat kuasa pada 11 Oktober lepas.

Wartawan sambilan BH meninggal dunia

Posted: 12 Oct 2021 05:38 AM PDT

KOTA BHARU: Wartawan sambilan BH, Che Ramli Ibrahim, meninggal dunia selepas pengsan di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kampung Pulai, Gua Musang, hari ini.

Kisona akui hilang rentak, tekad bangkit

Posted: 12 Oct 2021 05:36 AM PDT

AARHUS, Denmark: Pemain perseorangan wanita negara, S Kisona mengakui pretasinya tidak berada pada tahap terbaik buat masa ini, tetapi berjanji akan bekerja keras untuk kembali mendapatkan rentaknya dalam masa terdekat.

Nurshuhaini, Letshanaa raih pengalaman berharga di Piala Uber

Posted: 12 Oct 2021 05:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dua pemain perseorangan muda negara yang menyertai skuad Piala Uber di Aarhus, Denmark memperoleh pengalaman berguna buat dalam usaha meningkatkan prestasi yang lebih baik pada masa akan datang.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template