Monday, October 18, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Sultan Selangor seru kembalikan penghayatan kehidupan Rasulullah

Posted: 18 Oct 2021 09:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru umat Islam agar menyegarkan kembali penghayatan terhadap sejarah perjalanan hidup Rasulullah SAW.

Masjid sebagai pemangkin ummah sejahtera - Tuanku Muhriz

Posted: 18 Oct 2021 09:28 AM PDT

SEREMBAN: Pemegang amanah yang menguruskan masjid dan surau di negeri ini wajib memahami falsafah kewujudan serta fungsi utama rumah ibadah itu sebagai institusi menyatupadukan ummah.

`Saya serah nasib kepada PH dalam PRN' - Idris Haron

Posted: 18 Oct 2021 08:58 AM PDT

AYER KEROH: Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, menyerahkan `nasib dan nyawa politiknya' kepada Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), 20 November ini.

Polis siasat video tular kereta berhenti mengejut

Posted: 18 Oct 2021 08:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis menyiasat tindakan pemandu kereta berhenti secara mengejut sehingga menyebabkan ia dirempuh sebuah lagi kereta dari belakang.

Perak tamatkan kontrak empat pemain import

Posted: 18 Oct 2021 08:40 AM PDT

IPOH: Perak FC menamatkan kontrak empat pemain import, termasuk tiga pemain yang sempat beraksi untuk kelab itu hanya selama empat bulan.

Gangguan bekalan air di 156 kawasan susulan paip pecah

Posted: 18 Oct 2021 08:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebanyak 145 kawasan di Sepang dan 11 lagi di Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden paip pecah di Simpang 3 LBJ, Jalan B48, Kampung Chinchang, Salak Tinggi, Sepang.

Keputusan kembalikan jawatan PTD didakwa perlekeh kerajaan, kekal

Posted: 18 Oct 2021 08:06 AM PDT

PUTRAJAYA: Seorang pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) yang dipecat selepas didakwa membuat kenyataan memperlekeh kerajaan dalam hantaran di laman Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, empat tahun lalu, kembali mengisi jawatannya sebelum ini.

BN bincang calon PRN Melaka esok

Posted: 18 Oct 2021 07:59 AM PDT

MASJID TANAH: Perbincangan awal mengenai calon Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-15 akan diadakan, esok.

Dapatkan vaksin sebelum orang tersayang jadi mangsa - MMA

Posted: 18 Oct 2021 07:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menasihati golongan antivaksin supaya mendapatkan vaksin sebelum mereka atau orang tersayang menjadi mangsa COVID-19 seterusnya.

McGregor buat hal lagi

Posted: 18 Oct 2021 07:42 AM PDT

LONDON: Conor McGregor didakwa menumbuk deejay terkenal Itali di bahagian muka sehingga mencederakan bibir dan hidungnya di hadapan isteri deejay itu.

Konsep penyatuan dibawa Rasulullah SAW ajar manusia bermuafakat

Posted: 18 Oct 2021 07:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Konsep penyatuan yang dibawa Rasulullah SAW, mengajar setiap manusia untuk bermuafakat tanpa mengira latar belakang.

Pembahagian kerusi PAS Melaka diketahui seminggu lagi

Posted: 18 Oct 2021 07:31 AM PDT

MELAKA: Pembahagian kerusi membabitkan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dijangka diketahui selewat-lewatnya seminggu lagi selepas perbincangan di antara parti itu dengan UMNO dan BERSATU.

Valneva berjaya hasilkan vaksin COVID-19

Posted: 18 Oct 2021 07:36 AM PDT

PARIS: Makmal bioteknologi Perancis-Austria, Valneva mengumumkan hasil positif ujian klinikal vaksin COVID-19, sebulan selepas kerajaan United Kingdom (UK) membatalkan perjanjian mendapat bekalan dari dengan syarikat itu.

BAM kecewa pemain sandaran gagal sumbang mata

Posted: 18 Oct 2021 07:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Skuad Piala Thomas negara menepati sasaran ke suku akhir, tetapi ia bukan sesuatu yang menggembirakan buat Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Mohamad.

China nafi uji peluru berpandu hipersonik

Posted: 18 Oct 2021 07:23 AM PDT

BEIJING: China hari ini menafikan laporan mengenai pelancaran peluru berpandu hipersonik, sebaliknya mengatakan mereka menguji kapal angkasa untuk memperoleh teknologi boleh diperbaharui.

SOP am, garis panduan fasa endemik bakal diumumkan

Posted: 18 Oct 2021 02:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan membentangkan perincian prosedur operasi standard (SOP) bagi menggantikan 181 SOP yang diguna pakai sebelum ini, serta garis panduan untuk fasa endemik kepada Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19, dalam masa terdekat.

Pelalian polio di Afghanistan kembali

Posted: 18 Oct 2021 07:11 AM PDT

KABUL: Afghanistan bakal memulakan pelalian polio pertama mereka di seluruh negara pada bulan hadapan, bagi melindungi jutaan kanak-kanak yang tidak divaksin, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hari ini.

Pub di pusat beli-belah musnah terbakar

Posted: 18 Oct 2021 07:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebuah pub di pusat beli-belah di Jalan Gading, Bukit Bintang, di sini, musnah dalam kebakaran hari ini.

Sultan Nazrin berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Perak

Posted: 18 Oct 2021 07:10 AM PDT

IPOH: Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Perak di Masjid Sultan Azlan Shah, di sini, hari ini.

Padah 'cium' but lawan

Posted: 18 Oct 2021 07:00 AM PDT

LONDON: Selepas kemenangan 1-0 West Ham ke atas Everton semalam, Tomas Soucek berkongsi keadaan terkininya bagi melegakan penyokong selepas mukanya terkena but pemain lawan, Salomon Rondon.

Colin Powell meninggal dunia kerana COVID-19

Posted: 18 Oct 2021 06:01 AM PDT

WASHINGTON: Colin Powell, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat kulit hitam pertama Amerika Syarikat (AS), yang terbabit secara aktif dalam perang di Iraq pada 2003, meninggal dunia kerana COVID-19.

Polis tiada maklumat Sajat di Australia

Posted: 18 Oct 2021 06:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis tidak ada maklumat berhubung dakwaan usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat, yang ditahan pihak berkuasa Thailand sebelum ini kini berada di Australia.

Latihan formasi penerbangan rendah di Lembah Klang

Posted: 18 Oct 2021 06:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi tuan rumah acara Sambutan 50 Tahun Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) dan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan FPDA Ke-11, yang akan diadakan di ibu negara, Khamis ini.

Pegawai kerajaan boleh diarah ketua jabatan ambil vaksin

Posted: 18 Oct 2021 06:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pegawai kerajaan boleh diarahkan ketua jabatan untuk mendapatkan dos imunisasi COVID-19 lengkap dengan cara mengemukakan sijil vaksinasi pada atau selepas 1 November ini.

Peserta Malaysia kongsi RM21.7 juta

Posted: 18 Oct 2021 06:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bermain permainan elektronik memang menguntungkan apabila seorang 'gamer' Malaysia muncul jutawan selepas merangkul naib juara pada kejohanan e-sukan berprestij di Romania.

Myanmar bebas lebih 5,000 penunjuk perasaan

Posted: 18 Oct 2021 04:06 AM PDT

YANGON: Myanmar akan membebaskan lebih 5,000 rakyatnya yang dipenjarakan kerana menyertai tunjuk perasaan antirampasan kuasa, Februari lalu, kata ketua tentera junta, Min Aung Hlaing hari ini.

Ulama, umara jangan pejam mata terhadap rasuah - Sultan Nazrin

Posted: 18 Oct 2021 06:01 AM PDT

PUTRAJAYA: Ulama dan umara tidak boleh memejamkan mata, memekakkan telinga dan membisu terhadap perbuatan rasuah, titah Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Terkejut temukan mayat anak di tingkat dua hotel

Posted: 18 Oct 2021 05:44 AM PDT

GEORGETOWN: "Kami baru selesai mandi di kolam renang di tingkat bawah hotel dan bersiap hendak naik ke bilik tetapi tiba-tiba anak saya meluru masuk ke dalam lif.

SPR nafi syarat vaksinasi lengkap bagi pemilih PRN Melaka

Posted: 18 Oct 2021 05:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan vaksinasi lengkap sebagai syarat untuk pemilih mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti dilaporkan beberapa agensi media hari ini.

Sajat sahkan sudah berada di Australia

Posted: 18 Oct 2021 05:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat, mengesahkan dirinya kini sudah berada di Australia.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template