BH Online - Terkini |
- Keputusan Liga Perdana Inggeris
- TNB sedia bantu PLUS pulih bekalan elektrik
- Populasi dewasa Sabah lengkap divaksin cecah 65.2 peratus
- Jumlah mangsa banjir di Baling kekal
- Laporta jamin Koeman masih selamat
- Bajet 2022 tumpu sektor teruk terjejas akibat pandemik
- Solskjaer pertahan tindakan rehatkan Ronaldo
- Ibu tidak bernyawa disangka tidur
- 'Cadangan penjualan saham Bumiputera akan diperjelas'
- KPT Prihatin platform bantu pelajar IPT
- Ahmad Jazlan dilantik Pengerusi FELCRA
- Man Utd diikat Everton
- Ramos belum sedia buat kemunculan bersama PSG
- Bot karam, 10 orang dilaporkan hilang
- Lagi empat peratus boleh benarkan rentas negeri - KJ
- Pinda peruntukan undang-undang kritikal dalam MA63
- Gunung berapi di La Palma meletus lebih kuat
- 3 pulau di Melaka akan diwartakan sebagai Taman Negara
- 3 lagi Food Bank KPDNHEP akan dibuka
- Penternak ayam dibantu dapatkan pinjaman
- Dua lokaliti PKPD di Perak, Sabah
- Ibu bapa diminta peka operasi pembukaan sekolah esok
- Pemain Indonesia puji skuad negara
- Sakit perut lepas makan kuih bulan dari Malaysia
- 'Bukan sebab nak kahwin'
- 'Pendedahan untuk pemain baharu, pupuk keserasian'
- Lelaki lemas dihanyutkan arus ketika mandi
- 10,915 kes baharu hari ini
- Bangunan lama separuh kayu punca api cepat marak
- Mukhairi tekad balas kepercayaan Cheng Hoe
| Keputusan Liga Perdana Inggeris Posted: 02 Oct 2021 09:10 AM PDT LONDON: Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris sebentar tadi: |
| TNB sedia bantu PLUS pulih bekalan elektrik Posted: 02 Oct 2021 08:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberikan kerjasama kepada pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bagi membolehkan bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang yang terganggu sejak semalam, kembali pulih. |
| Populasi dewasa Sabah lengkap divaksin cecah 65.2 peratus Posted: 02 Oct 2021 08:50 AM PDT KOTA KINABALU: Penduduk dewasa lengkap vaksin COVID-19 di Sabah meningkat kepada 65.2 peratus semalam, selepas lebih seminggu mencapai sasaran 60 peratus populasi dewasa lengkap vaksin. |
| Jumlah mangsa banjir di Baling kekal Posted: 02 Oct 2021 08:35 AM PDT ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Baling kekal 352 orang setakat jam 8 malam ini. |
| Laporta jamin Koeman masih selamat Posted: 02 Oct 2021 08:34 AM PDT MADRID: Ronald Koeman akan terus kekal sebagai jurulatih Barcelona tanpa mengambil kira keputusan berdepan Atletico Madrid awal pagi esok, kata presiden kelab, Joan Laporta. |
| Bajet 2022 tumpu sektor teruk terjejas akibat pandemik Posted: 02 Oct 2021 08:26 AM PDT BERA: Kerajaan akan menumpukan beberapa sektor yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 termasuk pelancongan, peruncitan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam Bajet 2022. |
| Solskjaer pertahan tindakan rehatkan Ronaldo Posted: 02 Oct 2021 08:03 AM PDT MANCHESTER, United Kingdom: Ole Gunnar Solskjaer berkata dia tidak menyesal merehatkan dahulu Cristiano Ronaldo selepas Manchester United mencicirkan dua mata berharga di Old Trafford ketika Everton mengikat mereka 1-1. |
| Ibu tidak bernyawa disangka tidur Posted: 02 Oct 2021 08:02 AM PDT RENNES: Dua kanak-kanak perempuan berusia lima dan tujuh tahun menghabiskan beberapa hari dalam pangsapuri bersama mayat ibu mereka yang mati mengejut di barat laut Perancis. |
| 'Cadangan penjualan saham Bumiputera akan diperjelas' Posted: 02 Oct 2021 07:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi penjelasan mengenai cadangan penjualan saham atau syarikat Bumiputera yang hanya ditawarkan serta dijual kepada konsortium, syarikat atau individu Bumiputera lain, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed. |
| KPT Prihatin platform bantu pelajar IPT Posted: 02 Oct 2021 03:01 AM PDT BATU PAHAT: Program Walkabout Sentuhan Kasih Mahasiswa @ KPT Prihatin menjadi platform membantu dan mengurangkan beban pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) terutama golongan B40, orang kurang upaya (OKU), masyarakat Orang Asli dan mereka yang ditimpa musibah. |
| Ahmad Jazlan dilantik Pengerusi FELCRA Posted: 02 Oct 2021 07:09 AM PDT KUALA LUMPUR: FELCRA Berhad hari ini mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebagai pengerusi baharunya, berkuat kuasa semalam. |
| Posted: 02 Oct 2021 06:52 AM PDT MANCHESTER, United Kingdom: Manchester United terlepas peluang mara ke kedudukan teratas Liga Perdana dan memerlukan bantuan VAR pada penghujung saingan untuk mengelak satu lagi kekalahan di laman sendiri ketika Everton mengikat mereka 1-1 di Old Trafford sebentar tadi. |
| Ramos belum sedia buat kemunculan bersama PSG Posted: 02 Oct 2021 06:36 AM PDT PARIS: Jurulatih Paris Saint-Germain, Mauricio Pochettino berkata hari ini bahawa tiada tempoh masa ditetapkan buat Sergio Ramos bagi membuat kemunculan di kelab baharunya itu. |
| Bot karam, 10 orang dilaporkan hilang Posted: 02 Oct 2021 06:25 AM PDT KUCHING: Lapan pemancing dan dua kru dilaporkan hilang selepas bot dinaiki dipercayai karam di perairan Pulau Satang di sini, hari ini. |
| Lagi empat peratus boleh benarkan rentas negeri - KJ Posted: 01 Oct 2021 10:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Hanya empat peratus lagi diperlukan bagi menarik semula larangan rentas negeri, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin. |
| Pinda peruntukan undang-undang kritikal dalam MA63 Posted: 02 Oct 2021 06:19 AM PDT KOTA KINABALU: Kerajaan dengan bantuan Pejabat Peguam Negara akan melihat kemungkinan meminda beberapa peruntukan undang-undang yang kritikal dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bagi mengembalikan hak penduduk Sabah dan Sarawak sebagaimana yang dipersetujui ketika pembentukan Malaysia. |
| Gunung berapi di La Palma meletus lebih kuat Posted: 02 Oct 2021 05:59 AM PDT LA PALMA: Beribu penduduk La Palma, Sepanyol terpaksa berkurung dalam rumah masing-masing selepas letusan gunung berapi La Cumbre Vieja bertambah kuat. |
| 3 pulau di Melaka akan diwartakan sebagai Taman Negara Posted: 02 Oct 2021 05:57 AM PDT MELAKA: Pulau Undan, Pulau Dodol dan Pulau Nangka, di sini, akan diwartakan sebagai Taman Laut Negara yang baharu di negara ini. |
| 3 lagi Food Bank KPDNHEP akan dibuka Posted: 02 Oct 2021 05:26 AM PDT GOPENG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama rakan strategik utama Program Food Bank bakal membuka tiga lagi Pusat Pengumpulan dan Pengagihan Food Bank Malaysia (PFBM) bagi meringankan beban golongan B40 di negara ini. |
| Penternak ayam dibantu dapatkan pinjaman Posted: 02 Oct 2021 05:32 AM PDT GOPENG: Kerajaan akan membantu penternak mendapatkan pinjaman bank bagi menyelesaikan isu kenaikan harga ayam. |
| Dua lokaliti PKPD di Perak, Sabah Posted: 02 Oct 2021 05:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kampung Orang Asli Chadak, Tanjung Rambutan, Kinta, Perak dan Kampung Mokodou, Ranau, Sabah selama 14 hari. |
| Ibu bapa diminta peka operasi pembukaan sekolah esok Posted: 02 Oct 2021 05:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Ibu bapa diminta peka dengan maklumat mengenai pembukaan sekolah membabitkan negeri kumpulan A esok kerana ia dibuat secara berperingkat, sekali gus tidak memerlukan semua murid hadir ke sekolah. |
| Pemain Indonesia puji skuad negara Posted: 02 Oct 2021 05:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain beregu wanita Indonesia dan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Greysia Polii memuji persembahan skuad muda Malaysia selepas menyingkirkan pasukan negaranya di peringkat suku akhir Piala Sudirman di Vaanta, Finland, awal pagi tadi. |
| Sakit perut lepas makan kuih bulan dari Malaysia Posted: 02 Oct 2021 05:19 AM PDT SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) sedang menyiasat lima laporan gastroenteritis atau sakit perut membabitkan membabitkan 23 orang yang dilaporkan mengalami gejala itu selepas makan kuih bulan dari Malaysia. |
| Posted: 02 Oct 2021 05:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara popular, Uyaina Arshad, 29, menepis tanggapan mengusahakan gerai makanan bersama kekasihnya, Raja Syahiran, 28, disebabkan perancangan masa depan dan mahu berkahwin. |
| 'Pendedahan untuk pemain baharu, pupuk keserasian' Posted: 02 Oct 2021 05:12 AM PDT SEPANG: Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe berharap dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Jordan minggu depan, mampu kukuhkan persefahaman antara pemain selain jadi medan menilai prestasi beberapa muka baharu yang turut disenaraikan kali ini. |
| Lelaki lemas dihanyutkan arus ketika mandi Posted: 02 Oct 2021 03:24 AM PDT HULU SELANGOR: Kegembiraan tujuh sekawan mandi di Sungai Kedondong, Batang Kali, dekat sini, bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka ditemui lemas, hari ini. |
| Posted: 02 Oct 2021 02:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Jumlah jangkitan baharu COVID-19 menunjukkan penurunan apabila sebanyak 10,915 kes dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi berbanding 11,889 semalam, menjadikan keseluruhan kes berkenaan ialah sebanyak 2,268,499. |
| Bangunan lama separuh kayu punca api cepat marak Posted: 02 Oct 2021 03:46 AM PDT BENTONG: Usia premis yang berusia lebih 40 tahun selain struktur binaan diperbuat menggunakan kombinasi simen dengan papan dan kayu menjadi faktor utama kebakaran merebak dengan cepat dan memusnahkan 51 rumah serta sembilan kedai di Kampung Baru, Karak di sini, malam tadi. |
| Mukhairi tekad balas kepercayaan Cheng Hoe Posted: 02 Oct 2021 04:47 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain muda negara, Mukhairi Ajmal Mahadi tekad untuk membalas kepercayaan dan memikat hati jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe selepas tersenarai buat kali pertama menyertai pasukan senior skuad Harimau Malaya. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment