Thursday, October 21, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Sabbaruddin mentor saya - Perdana Menteri

Posted: 21 Oct 2021 08:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan Tan Sri Sabbaruddin Chik sebagai sifu dan mentor politik yang tidak mampu dibalas jasanya.

Tiada kerjasama UMNO - BERSATU

Posted: 21 Oct 2021 08:29 AM PDT

MELAKA: UMNO tidak akan bekerjasama dengan BERSATU dalam mana-mana dalam pilihan raya.

Mangsa langgar lari maut

Posted: 21 Oct 2021 08:18 AM PDT

MIRI: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai dilanggar sebuah kenderaan di Kilometer 76, Jalan Pesisir Pantai Miri-Bintulu hari ini.

Siapa 'Dr Shafawati'?

Posted: 21 Oct 2021 08:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengesahkan mesej yang tular di media sosial mendakwa seorang doktor wanita di Hospital Kuala Lumpur (HKL) meninggal dunia akibat vaksin pada 3 September lalu sebagai berita palsu.

Sejahterakan rakyat luar bandar

Posted: 21 Oct 2021 07:28 AM PDT

KUCHING: Semua agensi Kementerian Pembangunan Luar Bandar perlu segera melaksanakan program, demi kesejahteraan orang ramai.

Kossan raih untung RM528.2 juta

Posted: 21 Oct 2021 07:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Kossan Rubber Industries Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 September 2021 melonjak kepada RM528.2 juta daripada RM348.74 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun kewangan lalu.

24 dihukum mati di Syria kerana mulakan kebakaran hutan

Posted: 21 Oct 2021 07:22 AM PDT

DAMSYIK: Kerajaan Syria menjatuhkan hukuman mati ke atas 24 tertuduh kerana sengaja mencetuskan kebakaran belukar sehingga menyebabkan kematian tahun lalu.

'Wujudkan Majlis Pemulihan Negeri'

Posted: 21 Oct 2021 07:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Setiap negeri dicadangkan mempunyai majlis pemulihan sendiri bagi memastikan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Moscow arah sektor tidak penting ditutup kerana COVID-19

Posted: 21 Oct 2021 07:09 AM PDT

MOSCOW: Russia hari ini mengarahkan penutupan semua perkhidmatan tidak penting di ibu negaranya antara 28 Oktober dan 7 November.

Taliban serang wartawan buat liputan protes wanita

Posted: 21 Oct 2021 06:56 AM PDT

KABUL: Taliban bertindak menyerang beberapa wartawan bagi menghalang mereka membuat liputan tunjuk perasaan hak asasi wanita yang berlangsung di sini hari ini.

GSA lancar program biasiswa antarabangsa atlet bola keranjang

Posted: 21 Oct 2021 06:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Akademi Bola Keranjang GoStrong (GSA) melancarkan program biasiswa antarabangsa untuk atlet bola keranjang di negara ini.

Kerajaan rayu tolak kerakyatan

Posted: 21 Oct 2021 06:44 AM PDT

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan 10 November untuk memutuskan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memberikan kewarganegaraan kepada Wong Kueng Hui, yang dilahirkan 26 tahun lalu di Sabah, berbapakan rakyat Sarawak dan ibu yang tidak pasti kerakyatannya.

SOP kempen dibentang esok

Posted: 21 Oct 2021 04:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membentangkan prosedur operasi standard (SOP) kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kepada Jawatankuasa Pengurusan COVID-19, esok.

Jurulatih Bayern positif COVID-19

Posted: 21 Oct 2021 06:39 AM PDT

BERLIN: Bayern Munich mengesahkan ketua jurulatih kelab itu, Julian Nagelsmann positif COVID-19, walaupun sudah menerima vaksin lengkap - selepas tidak sihat dan terlepas aksi ketika pasukannya meraih kemenangan ke atas Benfica dalam saingan Liga Juara-Juara.

UAE tuan rumah Piala Dunia Kelab

Posted: 21 Oct 2021 06:39 AM PDT

PARIS: Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Kelab pada 2022, kata Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino.

Pusat Kawalan Penyakit Negara di Nilai

Posted: 21 Oct 2021 01:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya menyerahkan lima Surat Setuju Terima Tender (SST) kepada kontraktor berjaya, termasuk bagi projek pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara (NCDC).

Anggota FPDA tingkatkan misi anti-keganasan

Posted: 21 Oct 2021 03:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Peraturan Pertahanan Lima Negara (FPDA) akan terus memenuhi keperluan pertahanan lima negara anggota untuk kekal relevan melalui perancangan antara 2022 hingga 2031.

Azfar tak sangka terpilih perkuat skuad B-22 kebangsaan

Posted: 21 Oct 2021 06:28 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Walaupun kurang seminggu berada dalam kem latihan skuad kebangsaan Bawah 22 Tahun (B-22), tuah nyata milik pemain Terengganu FC II (TFC II), Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar apabila turut 'terbang' ke Mongolia malam tadi.

Sikh Izhan Nazrel ke Sepanyol 10 November ini

Posted: 21 Oct 2021 06:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penjaga gol Selangor FC, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman berpeluang untuk mencipta nama di bumi Eropah apabila dijadual menjalani sesi percubaan bersama kelab La Liga Dua Sepanyol, CF Fuenlabrada pada 10 November ini.

Beraksi di Eropah bukan jaminan buat Luqman

Posted: 21 Oct 2021 06:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin tidak menganggap kelebihan beraksi di Eropah sebagai jaminan untuk dia meraih status penggempur utama skuad bawah 22 (B-22) tahun kebangsaan dalam kempen kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Mongolia.

Shah Firdaus terkandas pusingan pertama di Perancis

Posted: 21 Oct 2021 06:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hasrat menyaksikan pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom melangkah ke final dalam acara keirin pada Kejohanan Basikal Trek Dunia di Perancis hari ini, tidak kesampaian apabila dia terkandas di pusingan pertama.

Penjual daging anjing di Indonesia dipenjara, denda

Posted: 21 Oct 2021 06:13 AM PDT

YOGYAKARTA: Mahkamah di Indonesia menjatuhkan hukuman penjara ke atas seorang penjual daging anjing dalam sebuah kes penting diperjuangkan aktivis hak dan kebajikan haiwan.

Hukuman mati kekal kerana bunuh wanita

Posted: 21 Oct 2021 06:10 AM PDT

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas bekas pembantu pengawal keselamatan, atas tuduhan membunuh seorang wanita yang sedang berpantang, enam tahun lalu.

Makan ramai-ramai cetus kluster di Sabah

Posted: 21 Oct 2021 06:07 AM PDT

KOTA KINABALU: Aktiviti berkumpul dan makan beramai-ramai di rumah mencetuskan kluster baharu berkaitan tempat kerja membabitkan klinik kerajaan hari ini, iaitu Kluster Kampung Bawan.

Janji bantuan hanya jika Taliban hormat hak wanita - PBB

Posted: 21 Oct 2021 05:57 AM PDT

NEW YORK: Masyarakat dunia disaran mensyaratkan Taliban perlu melindungi dan hormati hak wanita jika mahu diiktiraf serta menerima bantuan antarabangsa.

4 lagi perlumbaan Cub Prix Malaysia PETRONAS

Posted: 21 Oct 2021 05:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penganjur Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2021 mengumumkan tarikh membabitkan empat pusingan terakhir musim ini yang dijadual berlangsung pada November dan Disember ini.

Tilawah al-Quran terus disemarakkan

Posted: 21 Oct 2021 05:42 AM PDT

PUTRAJAYA: Majlis Tilawah Al-Quran Johan-Johan Kebangsaan (MTQJK) akan diadakan secara maya selama lima hari bermula esok.

Scha Elinnea jumpa pakar psikiatri setiap minggu

Posted: 21 Oct 2021 05:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengakuan Scha Elinnea yang mendakwa janji temu dengan pakar psikiatri menjadi rutin mingguan seperti diluahkan melalui Instagram (IG) Story, mengejutkan peminat.

'Jangan pandang rendah pasukan lawan'

Posted: 21 Oct 2021 05:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad projek khas lelaki kebangsaan, Wallace Tan mengingatkan pemainnya tidak memandang rendah setiap lawan bakal ditemui dalam saingan peringkat kumpulan pada Piala Dunia Hoki Remaja di India, bulan depan untuk mara ke suku akhir.

Aqua-Flo dapat kontrak pembekalan Air Selangor

Posted: 21 Oct 2021 05:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS), Aqua-Flo Sdn Bhd memperoleh kontrak pembekalan bernilai RM91.6 juta daripada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) untuk membekal, mengangkut dan menghantar bahan kimia air ke lokasi loji rawatan air.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template