BH Online - Terkini |
- 4 saksi bantu siasatan kes bomba lemas
- TMJ pulih jangkitan COVID-19
- Pengarah agensi penguatkuasa didakwa cederakan amah
- Lebih 90 pemberontak Yaman maut
- PM lancar konsep Keluarga Malaysia esok
- 'Harap sesi persekolahan bersemuka dipercepatkan'
- Haaland tersisih beberapa minggu
- Hanya 6,348 penyokong dibenarkan masuk tonton aksi Sabah-JDT
- Tahan seorang, polis jumpa dadah RM1.17 juta di empat lokasi
- Izzuddin-Sze Fei cipta kejutan Terbuka Denmark
- Lelaki belum vaksin cuba rentas negeri dikompaun RM5,000
- Aksi bertemu Negeri Sembilan diberi kemenangan percuma
- Hajat Fadhil mara final di Perancis tak kesampaian
- 'Dia pilih jubah, kopiah tapi tak sempat pakai'
- Mukhairi enggan dabik dada
- Syor jadikan vaksinasi mandatori
- 2 juta tan produk pertanian dieksport ke Singapura
- Beasley akui kecewa prestasi Shah Firdaus
- Cuaca sejuk Mongolia cabaran besar skuad Maloney
- Johor, Terengganu beralih ke Fasa 4
- COVID-19 sudah ragut hampir 5 juta nyawa
- Liverpool uji United minggu ini
- 2 pengadil Malaysia adili Piala Dunia Remaja
- Kebajikan, pendidikan anak Mohd Diya dibantu
- SUKPAR kembali dianjurkan secara maya
- Saham Serba Dinamik digantung
- KKM kesan 3 kluster babit pelajar, kanak-kanak
- Skuad B-22 kebangsaan mampu capai misi di Mongolia
- 'Mesti mereka akan rasa seronok'
- Gagasan Nadi, unit KWSP bangun rumah mampu milik
| 4 saksi bantu siasatan kes bomba lemas Posted: 22 Oct 2021 06:32 AM PDT MELAKA: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka akan memanggil beberapa saksi bagi membantu melengkapkan siasatan kes kematian Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Mohd Diya Che Jusoh. |
| Posted: 22 Oct 2021 08:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan dirinya dijangkiti COVID-19 namun kini sudah pulih. |
| Pengarah agensi penguatkuasa didakwa cederakan amah Posted: 22 Oct 2021 07:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis sedang menjalankan siasatan susulan laporan daripada pembantu rumah Indonesia mendakwa didera majikannya yang juga pengarah agensi penguat kuasa, Isnin lalu. |
| Lebih 90 pemberontak Yaman maut Posted: 22 Oct 2021 07:21 AM PDT RIYADH: Pakatan diterajui Arab Saudi hari ini membunuh sekurang-kurangnya 92 pemberontak Houthi dalam serangan udara, ke atas dua daerah berhampiran bandar strategik Yaman iaitu Marib. |
| PM lancar konsep Keluarga Malaysia esok Posted: 22 Oct 2021 07:11 AM PDT KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan melancarkan konsep 'Keluarga Malaysia' yang dibawa kerajaan di bawah pimpinannya di sini, esok. |
| 'Harap sesi persekolahan bersemuka dipercepatkan' Posted: 22 Oct 2021 02:57 AM PDT KUALA KRAI: Kira-kira 20 pelajar dari Kampung Mambong di sini terpaksa meredah hutan untuk ke puncak bukit berhampiran kampung untuk mendapat liputan internet bagi mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). |
| Haaland tersisih beberapa minggu Posted: 22 Oct 2021 06:55 AM PDT BERLIN: Bintang Borussia Dortmund, Erling Haaland akan diketepikan selama beberapa minggu akibat masalah kecederaan, kata jurulatih, Marco Rose, hari ini. |
| Hanya 6,348 penyokong dibenarkan masuk tonton aksi Sabah-JDT Posted: 22 Oct 2021 06:54 AM PDT KOTA KINABALU: Hanya seramai 6,348 penyokong dibenarkan masuk ke Stadium Likas bagi menyaksikan perlawanan Piala Malaysia antara Sabah FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 29 Oktober ini. |
| Tahan seorang, polis jumpa dadah RM1.17 juta di empat lokasi Posted: 22 Oct 2021 06:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Taktik seorang penganggur menyewa dua unit kediaman untuk dijadikan stor penyimpanan dadah di sebuah residensi mewah dekat Kajang terbongkar selepas lelaki itu ditahan polis, Selasa lalu. |
| Izzuddin-Sze Fei cipta kejutan Terbuka Denmark Posted: 22 Oct 2021 06:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Beregu lelaki muda negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei mencipta kejutan apabila melangkah ke separuh akhir Terbuka Denmark di Odense, hari ini. |
| Lelaki belum vaksin cuba rentas negeri dikompaun RM5,000 Posted: 22 Oct 2021 06:39 AM PDT JEMPOL: Polis mengeluarkan kompaun RM5,000 terhadap seorang lelaki berusia 39 tahun yang belum divaksin kerana merentas ke negeri ini. |
| Aksi bertemu Negeri Sembilan diberi kemenangan percuma Posted: 22 Oct 2021 06:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Semua aksi pasukan Negeri Sembilan FC bermula dengan perlawanan ketiga Kumpulan C saingan Piala Malaysia secara automatik akan diberikan kemenangan percuma 3-0 kepada pasukan lawan. |
| Hajat Fadhil mara final di Perancis tak kesampaian Posted: 22 Oct 2021 06:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara, Muhammad Fadhil Mohd Zonis gagal dalam misi mara ke final acara 1 kilometer (km) ujian masa individu pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Perancis sebentar tadi selepas menamatkan pusingan kelayakan di kedudukan ke-14. |
| 'Dia pilih jubah, kopiah tapi tak sempat pakai' Posted: 22 Oct 2021 05:26 AM PDT SETIU: Keterujaan membeli jubah dan kopiah bersama keluarga untuk persediaan dibawa pulang ke pusat tahfiz menjadi kenangan terakhir seorang remaja sebelum maut dalam nahas jalan raya di sini, petang ini. |
| Posted: 22 Oct 2021 05:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Kapten skuad Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi enggan mendabik dada biarpun memperagakan persembahan terpuji ketika mewakili Harimau Malaya dalam dua aksi persahabatan antarabangsa di Jordan baru-baru ini. |
| Syor jadikan vaksinasi mandatori Posted: 22 Oct 2021 03:30 AM PDT PAGOH: Kerajaan diminta untuk mempertimbangkan supaya menjadikan pengambilan vaksin sebagai mandatori, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin. |
| 2 juta tan produk pertanian dieksport ke Singapura Posted: 22 Oct 2021 05:48 AM PDT JOHOR BAHRU: Hampir 2 juta tan produk pertanian terutama sayuran dan buah dieksport ke Singapura dengan nilai anggaran sebanyak RM3.48 bilion, dalam tempoh Januari hingga semalam. |
| Beasley akui kecewa prestasi Shah Firdaus Posted: 22 Oct 2021 05:42 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad basikal trek negara, John Beasley mengakui kecewa dengan prestasi ditunjukkan Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang terkandas di pusingan pertama acara keirin pada Kejohanan Basikal Trek Dunia 2021 di Roubaix, Perancis, semalam. |
| Cuaca sejuk Mongolia cabaran besar skuad Maloney Posted: 22 Oct 2021 05:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Cuaca sejuk di Mongolia mungkin menjadi cabaran terbesar yang terpaksa diharungi skuad bawah 22 (B-22) tahun kebangsaan dalam kempen kelayakan Piala Asia B-23 2022 yang dijadual bermula 25 Oktober ini. |
| Johor, Terengganu beralih ke Fasa 4 Posted: 22 Oct 2021 05:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Johor dan Terengganu menjadi negeri terbaru beralih ke Fasa 4, Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Isnin ini, |
| COVID-19 sudah ragut hampir 5 juta nyawa Posted: 22 Oct 2021 05:32 AM PDT PARIS: Sejak kemunculannya di China pada Disember 2019, COVID-19 sudah meragut sekurang-kurangnya 4,926,579 nyawa seluruh dunia, berdasarkan data dikumpulkan AFP setakat jam 6 petang tadi. |
| Liverpool uji United minggu ini Posted: 22 Oct 2021 05:29 AM PDT LONDON: Manchester United yang bangkit dalam saingan Eropah berdepan cabaran getir bertemu seteru utama Liverpool dalam pemburuan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu ini. |
| 2 pengadil Malaysia adili Piala Dunia Remaja Posted: 22 Oct 2021 05:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Dua pengadil hoki dari Malaysia, K Ilanggo dan Eric Koh mendapat pengiktirafan daripada Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) apabila dilantik mengadili Piala Dunia Remaja Lelaki 2021di Bhubaneswar, India pada 24 November hingga 5 Disember ini. |
| Kebajikan, pendidikan anak Mohd Diya dibantu Posted: 22 Oct 2021 05:09 AM PDT MELAKA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kebajikan dan pendidikan empat anak anggota bomba, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Mohd Diya Che Jusoh, akan diberi perhatian. |
| SUKPAR kembali dianjurkan secara maya Posted: 22 Oct 2021 05:15 AM PDT PUTRAJAYA: Selepas dihentikan penganjurannya akibat COVID-19 tahun lalu, edisi kedua Sukan Parlimen (SUKPAR) yang kembali diadakan tahun ini mencipta sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya diadakan secara maya. |
| Posted: 22 Oct 2021 05:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd menggantung dagangan sekuriti Serba Dinamik Holdings Bhd, termasuk semua waran berstruktur. |
| KKM kesan 3 kluster babit pelajar, kanak-kanak Posted: 22 Oct 2021 05:04 AM PDT PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan tiga kluster membabitkan institusi pendidikan dan dua daripadanya berpunca daripada kanak-kanak berusia tiga serta empat tahun. |
| Skuad B-22 kebangsaan mampu capai misi di Mongolia Posted: 22 Oct 2021 05:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Skuad bawah 22 (B-22) tahun kebangsaana diyakini boleh menuai hasil positif dalam kempen kelayakan Piala Asia B23 2022 di Mongolia sekiranya dinilai berdasarkan prestasi mereka dalam tiga aksi persahabatan sebelum ini. |
| 'Mesti mereka akan rasa seronok' Posted: 22 Oct 2021 04:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Pengalaman beraksi di tempat sejuk bakal menjadi kelebihan buat penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin untuk cepat menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di Mongolia. |
| Gagasan Nadi, unit KWSP bangun rumah mampu milik Posted: 22 Oct 2021 04:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Gagasan Nadi Cergas Bhd (Gagasan Nadi) bekerjasama dengan unit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membangunkan projek perumahan mampu milik di Petaling, Selangor, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) yang dianggarkan sebanyak RM1 bilion. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment