Tuesday, October 26, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Daging rampasan RM2.33 juta diberi kepada zoo, penjara

Posted: 26 Oct 2021 01:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebanyak 146 tan produk daging sejuk beku dengan nilai rampasan RM2.33 juta disumbangkan kepada agensi serta jabatan berkaitan setakat bulan ini.

China kenakan perintah berkurung terhadap 4 juta penduduk

Posted: 26 Oct 2021 02:14 AM PDT

BEIJING: China melaksanakan perintah berkurung di sebuah bandar yang memiliki empat juta penduduk hari ini, dalam usaha menghentikan lonjakan kes COVID-19.

Kanak-kanak perempuan dijual untuk dikahwinkan akibat kebuluran

Posted: 26 Oct 2021 02:24 AM PDT

QALA-I-NAW: Fahima sudah menangis berulang kali sejak suaminya menjual dua anak perempuannya untuk dikahwinkan, sebagai usaha menyelamatkan diri daripada kemarau yang melanda barat Afghanistan.

Mengapa bukan PM, Hishammuddin umum larangan perhimpunan

Posted: 26 Oct 2021 07:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Veteran UMNO mendakwa Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mempunyai niat tidak baik terhadap parti itu selepas mengumumkan perhimpunan ramai bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak dibenarkan berkuat kuasa semalam sehingga 27 November ini.

Nor Azman dakwa pemimpin BN, PN tak pedulikannya

Posted: 26 Oct 2021 12:04 AM PDT

MELAKA: Pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) Melaka didakwa tidak prihatin terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan yang menghadapi masalah amat serius ketika menghidap COVID-19, September lalu.

Hasrat bercuti ke Janda Baik bertukar tragedi

Posted: 26 Oct 2021 05:20 AM PDT

PUTRAJAYA: Keterujaan sebuah keluarga untuk bercuti di Janda Baik hujung minggu ini bertukar menjadi kisah menyayat hati selepas anak perempuan kedua berusia 11 tahun maut terjatuh dari tingkat tujuh pangsapuri di sini, semalam.

Warga emas maut akibat tembakan

Posted: 26 Oct 2021 08:12 AM PDT

KUANTAN: Seorang peneroka Felda maut ditemui dengan kesan tembakan di dada dan tapak tangan kanan di Felda Bukit Sagu 4, di sini hari ini.

KKM masih teliti vaksin kanak-kanak bawah 12 tahun

Posted: 25 Oct 2021 08:26 PM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia setakat ini masih belum menerima data yang diperlukan daripada syarikat pengeluar vaksin COVID-19 bagi meneliti kesesuaian untuk pemberian vaksin itu kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

PRN Melaka: Halangan agak ketat

Posted: 25 Oct 2021 08:20 PM PDT

KLANG: Pakatan Harapan (PH) Selangor tertanya-tanya bagaimana kempen di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dapat dilaksanakan dengan penguatkuasaan larangan berhimpun atau majlis sosial dikenakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bermula semalam hingga 27 November ini.

Azeez bercakap Tamil dengan gajah, Rayer diarah keluar dewan

Posted: 26 Oct 2021 03:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer diarahkan keluar Dewan Rakyat selepas beliau ingkar arahan untuk tidak mengganggu sesi perbahasan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim.

COVID-19: 5,726 jangkitan baharu hari ini

Posted: 26 Oct 2021 03:17 AM PDT

PUTRAJAYA: Sebanyak 5,726 kes jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus itu meningkat kepada 2,442,224 sejak wabak dikesan Januari tahun lalu.

Hati 'Kak Limah' remuk, tersentak

Posted: 26 Oct 2021 12:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mana mungkin, pelakon berpengalaman, Delimawati Ismail, 63, melupakan jasa insan bernama Mamat Khalid yang mewujudkan watak hantu ikonik dan eksklusif, Kak Limah yang dilakonkannya.

Malaysia terus pejuang kesaksamaan akses vaksin

Posted: 26 Oct 2021 09:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia terus memperjuangkan akses vaksin yang adil, mampu milik dan saksama, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

'Bukti keberkesanan Ivermectin amat terhad'

Posted: 26 Oct 2021 01:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hasil kajian ujian Keberkesanan Rawatan Ivermectin ke atas Pesakit COVID-19 Berisiko Tinggi (Kajian I-TECH) dijangka dibentangkan kepada pihak berkepentingan Kementerian Kesihatan (KKM) akhir bulan ini.

Sasar suntik 1.5 juta dos sehari elak tarikh luput vaksin

Posted: 26 Oct 2021 04:44 AM PDT

MANILA: Filipina merancang melonjakkan kadar pemberian vaksin COVID-19 kepada 1.5 juta dos sehari, bagi mengelak kemungkinan pembaziran vaksin itu mencecah sekitar 40 juta dos.

China mula suntik vaksin COVID-19 kanak-kanak tiga tahun

Posted: 26 Oct 2021 01:10 AM PDT

BEIJING: China memulakan pemberian vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak seawal usia tiga tahun, ketika negara itu bergelut dengan lonjakan semula kes varian Delta dan penularan virus yang semakin kerap.

'Saya bukan boneka DAP'

Posted: 26 Oct 2021 01:33 AM PDT

MELAKA: Pengerusi Pakatan (PH) Melaka, Adly Zahari menafikan menjadi boneka DAP sepanjang mengetuai pentadbiran kerajaan negeri selama 22 bulan sebelum tumbang pada Mac 2020.

Wanita BN minta 'lebihkan' calon wanita

Posted: 26 Oct 2021 02:38 AM PDT

AYER KEROH: Wanita Barisan Nasional (BN) berharap lebih ramai wanita diketengahkan sebagai calon mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan.

PRN Melaka permulaan pertempuran PRU-15

Posted: 26 Oct 2021 05:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah permulaan sebelum ke medan pertempuran paling utama iaitu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perbincangan PAS-BERSATU sudah sempurna

Posted: 26 Oct 2021 07:12 AM PDT

MELAKA: Perbincangan pembahagian kerusi antara PAS dengan BERSATU dalam Perikatan Nasional (PN) sudah sempurna tetapi terpaksa menunggu keputusan muktamad Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, lusa.

PN pertimbang calon muda di Melaka

Posted: 26 Oct 2021 08:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan parti itu akan menampilkan orang muda sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pertimbang insentif kepada pasaran hartanah sedia ada

Posted: 25 Oct 2021 09:50 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta memberi insentif kepada pembeli hartanah kediaman sedia ada atau sekunder dalam Bajet 2022 seperti mana diberikan kepada pasaran hartanah kediaman utama atau baharu dalam usaha untuk membantu merangsang pasaran berkenaan.

PAS dukung konsep Keluarga Malaysia

Posted: 26 Oct 2021 01:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, memaklumkan parti itu menerima konsep Keluarga Malaysia yang dipimpin oleh Islam bagi menjamin kestabilan negara.

10 kompaun ingkar SOP sehari di KL

Posted: 26 Oct 2021 04:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis mengeluarkan purata kira-kira 10 kompaun kepada orang awam didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) di ibu negara setiap hari.

Alumni UKM bantu ahli terkesan COVID-19

Posted: 26 Oct 2021 08:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pusat Perhubungan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melancarkan program Ziarah Alumni bagi membantu alumni yang terkesan dengan penularan pandemik COVID-19.

Hubungan AS-ASEAN penting

Posted: 26 Oct 2021 08:38 AM PDT

SINGAPURA: Hubungan Amerika Syarikat (AS) dan ASEAN amat penting untuk masa depan satu bilion populasi, kata Presiden Joe Biden sambil menyatakan komitmen AS sebanyak AS$100 juta untuk inisiatif meningkatkan kerjasama dengan 10 negara anggota blok Asia Tenggara itu.

Sektor pelancongan akan dibantu

Posted: 26 Oct 2021 08:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Pemulihan Negara (MPN) akan membincangkan impak dihadapi sektor pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19, minggu depan.

Pertandingan menulis esei peranan ekonomi biru pasca pandemik

Posted: 26 Oct 2021 08:07 AM PDT

BANGI: Pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan prauniversiti seluruh negara dipelawa menyertai pertandingan menulis esei berkisar peranan ekonomi biru dalam membangunkan perniagaan mampan pasca pandemik COVID-19.

ASEAN, China perlu tingkat kerjasama kesihatan umum, farmaseutikal

Posted: 26 Oct 2021 07:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa ASEAN dan China meningkatkan kerjasama dalam bidang kesihatan umum dan farmaseutikal menerusi perkongsian teknologi, pengetahuan dan hak intelek bagi menyokong pengeluaran vaksin serantau.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template