BH Online - Terkini |
- PM bimbang kerjasama 3 hala dalam AUKUS
- Muka baharu, muda calon BN PRN Melaka
- Zii Jia kena 'smash' di Terbuka Perancis
- Negara peserta konvensyen perlu terima pelarian Rohingya
- ASEAN, EAS perlu hala tuju baharu hadapi pandemik
- Agong, Raja Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Mohd Nor
- Penipuan online catat rugi RM380 juta
- Chong Wei yakin kemampuan Rexy
- Eskayvie lancar Diffenz Junior
- Maloney congak strategi terbaik perangkap Mongolia
- PTTI lancar kempen '2 juta Bangkit Belajar'
- Zarania, Jamal Abdillah jalin kerjasama rakan kongsi
- 'Perbuatan mengintai, menghendap boleh jadi jenayah'
- Hernandez terlepas hukuman penjara
- 50 rakyat Malaysia di Sudan selamat
- PAS mahu bertanding 5 kerusi pada PRN Melaka
- Najib saman Tommy Thomas kali kedua
- Kerajaan kaji semula undang-undang bankrap
- Tugas berat sekat JDT - Kim Swee
- Malaysia ulang komitmen meratifikasi RCEP pada sidang kemuncak ASEAN
- Oddie Agam meninggal dunia
- 'Padah terlepas cakap, pak belang menunggu di tepi jalan'
- 'Kilang fucuk 200 peratus kotor, tidak sepatutnya wujud'
- JHEAINS sahkan tahan anggota Hizbut Tahrir
- 'Rumput panjang 1 mm pun TMJ tahu'
- SPRM sahkan terima laporan Najib terhadap Leissner
- Agenda pendigitalan diberi tumpuan dalam Bajet 2022 - Ismail Sabri
- UMNO bantah projek tambak laut 407 hektar
- 4 polis terbunuh dalam serangan di barat laut Pakistan
- Kes positif COVID-19 seluruh dunia melebihi 244.3 juta
| PM bimbang kerjasama 3 hala dalam AUKUS Posted: 27 Oct 2021 09:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia sekali mengulangi pendiriannya yang bimbang terhadap kerjasama tiga hala antara Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat atau AUKUS pada Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS). |
| Muka baharu, muda calon BN PRN Melaka Posted: 27 Oct 2021 08:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan calon baharu dan muda bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. |
| Zii Jia kena 'smash' di Terbuka Perancis Posted: 27 Oct 2021 08:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menerima tamparan hebat apabila tersingkir di pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka Perancis, hari ini. |
| Negara peserta konvensyen perlu terima pelarian Rohingya Posted: 27 Oct 2021 08:55 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa semua pihak berkongsi tanggungjawab, terutama dalam kalangan negara yang menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 bagi menghormati dan terus komited terhadap obligasi perundangan antarabangsa mereka menerima lebih ramai pelarian Rohingya untuk penempatan atau pemindahan semula. |
| ASEAN, EAS perlu hala tuju baharu hadapi pandemik Posted: 27 Oct 2021 08:45 AM PDT KUALA LUMPUR: ASEAN dan negara peserta Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) seharusnya merangka hala tuju masa depan baharu sebagai persiapan menghadapi pandemik akan datang. |
| Agong, Raja Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Mohd Nor Posted: 27 Oct 2021 07:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga anggota pertama Senoi Praaq, Datuk Mohd Nor Abdullah / Bah Ayob . |
| Penipuan online catat rugi RM380 juta Posted: 27 Oct 2021 07:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Sebanyak 15,935 kes penipuan dalam talian dengan nilai kerugian kira-kira RM380 juta direkodkan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini. |
| Chong Wei yakin kemampuan Rexy Posted: 27 Oct 2021 07:24 AM PDT KOTA KINABALU: Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei yakin kehadiran semula bekas juara dunia dan pemenang pingat emas Olimpik Rexy Mainaky ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mampu membawa badminton negara ke tahap lebih baik. |
| Eskayvie lancar Diffenz Junior Posted: 27 Oct 2021 07:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Syarikat Bumiputera sepenuhnya, Eskayvie Sdn Bhd yang menjadi peneraju dalam penghasilan suplemen kesihatan tempatan mengorak langkah melancarkan produk vitamin terbaharunya, Diffenz Junior di satu majlis yang diadakan di Hotel St Regis, di ibu kota hari ini. |
| Maloney congak strategi terbaik perangkap Mongolia Posted: 27 Oct 2021 07:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad bawah 22 (B-22) tahun negara, Brad Maloney mencongak perancangan terbaik untuk berdepan Mongolia dalam kempen kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Stadium Persekutuan Bolasepak Mongolia (MFF) di Ulaanbaatar, esok. |
| PTTI lancar kempen '2 juta Bangkit Belajar' Posted: 27 Oct 2021 07:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Selepas lima tahun mengukuhkan jenamanya sebagai pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI terus dedikasi meneruskan misinya. |
| Zarania, Jamal Abdillah jalin kerjasama rakan kongsi Posted: 27 Oct 2021 07:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Jenama kosmetik popular, Zarania kini menjalinkan kerjasama sulung dengan menjadikan Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah sebagai rakan kongsi niaga. |
| 'Perbuatan mengintai, menghendap boleh jadi jenayah' Posted: 27 Oct 2021 07:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Perbuatan mengintai dan menghendap boleh diklasifikasikan sebagai perbuatan jenayah apabila memberi kesan kepada privasi seseorang. |
| Hernandez terlepas hukuman penjara Posted: 27 Oct 2021 06:42 AM PDT MADRID: Pertahanan Bayern Munich, Lucas Hernandez tidak akan dipenjara di Sepanyol kerana melanggar perintah sekatan pada 2017 selepas mahkamah di Madrid, hari ini menerima rayuan pemain Perancis itu. |
| 50 rakyat Malaysia di Sudan selamat Posted: 27 Oct 2021 06:39 AM PDT KUALA LUMPUR: Seramai 50 rakyat Malaysia termasuk 25 pelajar berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum, Sudan, dilaporkan selamat susulan penggulingan bekas pemimpin negara itu, Omar al-Bashir dan demonstrasi yang berlarutan. |
| PAS mahu bertanding 5 kerusi pada PRN Melaka Posted: 27 Oct 2021 05:49 AM PDT ALOR SETAR: PAS berharap parti itu diberi peluang bertanding di lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini. |
| Najib saman Tommy Thomas kali kedua Posted: 27 Oct 2021 06:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengemukakan saman terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan penerbit buku My Story: Justice In The Wilderness kerana mendakwa memfitnahnya apabila mengaitkan beliau dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. |
| Kerajaan kaji semula undang-undang bankrap Posted: 27 Oct 2021 05:59 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji semula undang-undang berkaitan kebankrapan supaya tidak menimbulkan satu stigma dan menghalang individu diisytiharkan muflis daripada bekerja serta menjalankan perniagaan bagi melunaskan hutang. |
| Tugas berat sekat JDT - Kim Swee Posted: 27 Oct 2021 05:32 AM PDT KOTA KINABALU: Pengendali baharu Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengakui berdepan tugas berat untuk menyekat Johor Darul Ta'zim (JDT) daripada mengutip mata ketika bertandang ke Stadium Likas pada aksi Piala Malaysia, Jumaat ini. |
| Malaysia ulang komitmen meratifikasi RCEP pada sidang kemuncak ASEAN Posted: 27 Oct 2021 05:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia mengulangi komitmennya untuk meratifikasi Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) menjelang akhir tahun ini iaitu ketika Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39, selain daripada sidang kemuncak berkaitan. |
| Posted: 27 Oct 2021 05:24 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemergian Allahyarham Oddie Agam atau nama sebenar, Imran Madjid ke Rahmatullah, pagi tadi, memberi kesan kepada Datuk Sheila Majid yang mencipta nama di Indonesia menerusi karya komposer tersohor itu. |
| 'Padah terlepas cakap, pak belang menunggu di tepi jalan' Posted: 27 Oct 2021 05:19 AM PDT MERSING: "Tak sangka pula, baru sahaja kami terlepas cakap, tiada ke harimau nak keluar, tak lama kemudian, kami betul-betul terserempak dengan Pak Belang," kata Mohd Shahrum Salleh, 36. |
| 'Kilang fucuk 200 peratus kotor, tidak sepatutnya wujud' Posted: 27 Oct 2021 05:05 AM PDT NIBONG TEBAL: Jijik dan meloyakan apabila tempat memproses fucuk secara tradisional di sebuah kilang dekat Simpang Ampat, di sini berada dalam keadaan terlalu kotor. |
| JHEAINS sahkan tahan anggota Hizbut Tahrir Posted: 27 Oct 2021 05:14 AM PDT SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) mengesahkan membuat penahanan terhadap seorang anggota Hizbut Tahrir Malaysia (HTM), Jamaluddin Maidin Syed, 45, awal pagi tadi. |
| 'Rumput panjang 1 mm pun TMJ tahu' Posted: 27 Oct 2021 04:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah boleh dianggap sebagai 'pakar' dalam aspek padang bola sepak. |
| SPRM sahkan terima laporan Najib terhadap Leissner Posted: 27 Oct 2021 04:28 AM PDT PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini, mengesahkan menerima aduan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak terhadap bekas Pengurus Kanan Goldman Sachs, Tim Leissner berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). |
| Agenda pendigitalan diberi tumpuan dalam Bajet 2022 - Ismail Sabri Posted: 27 Oct 2021 04:47 AM PDT KUALA LUMPUR: Agenda pendigitalan, termasuk pelaksanaan 5G yang akan diterajui Digital Nasional Berhad (DNB) diberi tumpuan dalam Bajet 2022 yang bakal dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, pada persidangan Dewan Rakyat Jumaat ini. |
| UMNO bantah projek tambak laut 407 hektar Posted: 27 Oct 2021 04:49 AM PDT KEPALA BATAS: Satu memorandum bantahan projek tambakan laut dari Bagan Ajam ke Telok Air Tawar seluas 407 hektar dalam daerah Seberang Perai Utara dihantar kepada kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang, hari ini. |
| 4 polis terbunuh dalam serangan di barat laut Pakistan Posted: 27 Oct 2021 04:40 AM PDT ISLAMABAD: Empat anggota polis, termasuk seorang pegawai, terbunuh dalam serangan ke atas kenderaan polis di wilayah Khyber Pakhtunkhwa barat laut Pakistan, kata seorang pegawai hari ini. |
| Kes positif COVID-19 seluruh dunia melebihi 244.3 juta Posted: 27 Oct 2021 04:26 AM PDT WASHINGTON: Jumlah terkumpul kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 244 juta, selepas lebih 500,000 kes baru dikesan dalam tempoh 24 jam lalu. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment