Friday, October 29, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Bajet 2022: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM2,000

Posted: 29 Oct 2021 01:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menerusi Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Piala Malaysia: Melaka mara ke suku akhir

Posted: 29 Oct 2021 09:00 AM PDT

MELAKA: Melaka United (MU) sah mara ke suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Kelantan United 2-1 pada aksi kumpulan C di Stadium Hang Jebat Paya Rumput malam tadi.

Kelantan tempah laluan sukar

Posted: 29 Oct 2021 08:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kelantan FC menempah laluan sukar untuk melepasi peringkat kumpulan saingan Piala Malaysia selepas tewas 1-3 di tangan PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

MOTAC bincang laluan pelancongan vaksinasi dengan Singapura

Posted: 27 Oct 2021 09:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nancy Shukri akan berbincang dengan wakil kerajaan Singapura esok, mengenai laluan pelancongan vaksinasi antara kedua-dua negara.

188,000 bakal terima manfaat subsidi beli CRS

Posted: 29 Oct 2021 05:52 AM PDT

PUTRAJAYA: Peruntukan RM30 juta yang bakal memanfaatkan 188,000 penerima dalam kalangan B40 sebagai subsidi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS), mencerminkan keprihatinan Kerajaan terhadap keselamatan jalan raya kepada kanak-kanak.

Dana tingkat perkhidmatan keselamatan

Posted: 29 Oct 2021 08:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanfaatkan agihan menerusi Bajet 2022 kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Bantuan pulih usahawan kecil

Posted: 29 Oct 2021 08:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyifatkan Bajet 2022 akan membantu memulihkan usahawan bangkit semula, sekaligus memperkasa ekonomi negara.

Keluarga Malaysia beri idea Bajet 2022

Posted: 29 Oct 2021 07:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan penghargaan kepada seluruh Keluarga Malaysia yang disifatkan dekat di hati beliau, atas segala lontaran idea dan pandangan dalam menyempurnakan Bajet 2022 ini.

Dana besar bangunkan ekosistem pendidikan

Posted: 29 Oct 2021 07:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Peruntukan lebih besar untuk pendidikan dalam Bajet 2022 membuktikan kerajaan prihatin membina ekosistem pendidikan yang kondusif.

Dua gol awal JDT hampakan Sabah

Posted: 29 Oct 2021 07:28 AM PDT

KOTA KINABALU: Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menghampakan hasrat Sabah FC untuk mencipta kemenangan pertama di laman sendiri dalam aksi Piala Malaysia 2021 apabila tewas 2 -0 di Stadium Likas, sebentar tadi.

COVID-19 bertambah buruk di Eropah minggu ini

Posted: 29 Oct 2021 07:18 AM PDT

PARIS: COVID-19 terus meningkat di Eropah minggu ini, khususnya di timur benua itu tetapi mencatat penurunan di beberapa wilayah lain di dunia.

15 warga emas Singapura maut akibat COVID-19

Posted: 29 Oct 2021 07:03 AM PDT

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) semalam memaklumkan 15 individu berusia antara 62 hingga 98 tahun maut akibat komplikasi berkaitan COVID-19.

Bajet 2022 turut bela nasib mahasiswa - MPPK

Posted: 29 Oct 2021 06:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) menyifatkan Bajet 2022 menggambarkan komitmen kerajaan memastikan nasib mahasiswa kekal terbela dalam era pasca pandemik COVID-19.

KPDNHEP laksana Program Tindakan Sara Hidup tahun depan

Posted: 29 Oct 2021 05:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menjayakan Program Tindakan Sara Hidup dengan kerjasama bersama kementerian dan agensi lain, bermula tahun depan.

Rangsang ekonomi menerusi projek berimpak tinggi - Fadillah

Posted: 29 Oct 2021 06:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan usaha merangsang pemulihan ekonomi dilakukan menerusi projek pembangunan infrastruktur negara berimpak tinggi bernilai RM3.5 bilion.

Bajet 2022 guna dana RM332.1 bilion

Posted: 29 Oct 2021 06:23 AM PDT

Momentum pemulihan dijangka berterusan pada tahun depan sejajar dengan kemajuan program vaksinasi yang lancar dan disokong oleh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Cabaran gelombang ketiga COVID-19

Posted: 29 Oct 2021 06:14 AM PDT

Gelombang ketiga penularan COVID-19 memberi cabaran besar kepada kemampuan fiskal kerajaan, terutama dalam mengimbangi impak kepada generasi masa depan.

RM10.53 bilion banyak projek luar bandar boleh dilaksana - Mahdzir

Posted: 29 Oct 2021 06:12 AM PDT

PUTRAJAYA: Peruntukan RM10.53 billion kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dalam Bajet 2022, membolehkan lebih banyak projek pembangunan dapat dilaksanakan di kawasan luar bandar.

Prospek ekonomi lebih baik tingkat pendapatan kerajaan

Posted: 29 Oct 2021 06:07 AM PDT

Pendapatan Kerajaan Persekutuan diunjur meningkat 5.9 peratus kepada RM234 bilion selaras dengan prospek ekonomi lebih baik, dengan hasil cukai kekal sebagai penyumbang utama yang merangkumi 73.2 peratus daripada hasil keseluruhan dan dijangka meningkat kepada RM171.4 bilion.

Bajet beri tumpuan pemulihan ekonomi, bina daya tahan

Posted: 29 Oct 2021 05:57 AM PDT

Bajet 2022 memberi tumpuan dalam memacu pemulihan ekonomi, membina semula daya ketahanan negara dan memangkin pembaharuan merentasi sektor awam dan swasta.

Hutang terkumpul 1MDB RM32 bilion setakat akhir Jun 2021

Posted: 29 Oct 2021 05:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mempunyai hutang terkumpul berjumlah RM32 bilion setakat akhir Jun 2021, demikian menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2022 yang dikeluarkan hari ini.

Bajet 2022 mampu kembangkan industri sukan

Posted: 29 Oct 2021 05:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyambut baik pembentangan Bajet 2022 yang turut prihatin dalam memperkasakan sukan para menjelang Sukan Paralimpik Paris 2024.

Ronaldo sasar Piala Dunia 2026

Posted: 29 Oct 2021 05:54 AM PDT

MANCHESTER: Cristiano Ronaldo mahu melakar sejarah dengan menjadi pemain pertama tampil dalam enam edisi Piala Dunia.

RM33 bilion untuk KDN, Kementerian Pertahanan

Posted: 29 Oct 2021 02:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM16 bilion kepada Kementerian Pertahanan dan RM17 bilion kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk Bajet 2022.

RM530b ringan beban rakyat

Posted: 29 Oct 2021 05:49 AM PDT

Kerajaan menyediakan pelbagai bantuan sejak penularan pandemik COVID-19 bermula Mac 2020 bagi meringankan beban rakyat dan membantu perniagaan melalui lapan pakej rangsangan dan bantuan ekonomi berjumlah RM530 bilion.

Bajet 2022 : CENDANA hargai keprihatinan kerajaan

Posted: 29 Oct 2021 05:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Peruntukan untuk industri kreatif dan budaya dalam Bajet 2022 membuktikan artis, artisan dan pekerja tadbir kekal menjadi salah satu faktor utama Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pembantu Suu Kyi dipenjara 20 tahun

Posted: 29 Oct 2021 05:47 AM PDT

YANGON: Junta Myanmar hari ini menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas pembantu rapat pemimpin sivil yang digulingkan Aung San Suu Kyi, atas tuduhan pengkhianatan, kata peguamnya, Myint Thwin.

Peruntukan terbesar untuk KPM manfaatkan sekolah

Posted: 29 Oct 2021 05:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) komited memastikan setiap sen diperuntukkan dalam Bajet 2022 akan memanfaatkan semua institusi pendidikan dan warganya.

Peluang pekerjaan, kadar gaji lebih baik

Posted: 29 Oct 2021 05:39 AM PDT

Aktiviti ekonomi dijangka kembali normal kepada tahap prapandemik tahun depan dengan lebih banyak peluang pekerjaan dan prospek upah yang lebih baik.

Peruntukan RM16 bilion demi kepentingan sektor pertahanan

Posted: 29 Oct 2021 05:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Peruntukan RM16 bilion akan dimanfaatkan sepenuhnya demi kepentingan sektor pertahanan negara dan memenuhi aspirasi #KeluargaMalaysia terutama bagi anggota, veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan warga awam Kementerian Pertahanan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template