Thursday, October 7, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


PKR bertegas tolak PRN Melaka

Posted: 07 Oct 2021 09:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertegas dengan keputusan untuk tidak mempersetujui Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Adly sahkan PH Melaka hantar warkah kepada Agong

Posted: 07 Oct 2021 08:35 AM PDT

MELAKA: Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan telah menghantar warkah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur petang tadi.

MotoGP dunia umum kalendar perlumbaan 2022

Posted: 07 Oct 2021 08:29 AM PDT

PARIS: Kejuaraan MotoGP Dunia mengumumkan kalendar bagi musim depan yang bakal membabitkan 21 perlumbaan termasuk buat pertama kalinya di Litar KymiRing, Finland dan Mandalika, Indonesia.

Malaysia mampu cipta kejutan di Piala Thomas

Posted: 07 Oct 2021 08:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketika tiada sebarang harapan tinggi diletakkan ke atas skuad muda negara untuk menjulang trofi Piala Thomas tahun ini, namun pandangan berbeza disuarakan legenda badminton tanah air, Datuk Rashid Sidek.

Trend turun naik kes dijangka berterusan

Posted: 07 Oct 2021 08:16 AM PDT

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menjangkakan trend jumlah kes harian COVID-19 di Sabah akan mengalami peningkatan dan penurunan secara tidak menentu.

Teknik siasatan SPRM perlu dikemaskini

Posted: 07 Oct 2021 08:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengemaskini teknik-teknik terbaru dalam penyiasatan dalam usaha memerangi rasuah melalui penguatkuasaan.

Kemalangan depan IJN bukan langgar lari

Posted: 07 Oct 2021 07:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Siasatan polis mendapati kemalangan membabitkan sebuah motosikal di hadapan Institut Jantung Negara (IJN) di sini, pada Isnin lalu bukanlah kemalangan langgar lari seperti yang ditularkan di media sosial.

Enam rumah terbakar di Kemaman

Posted: 07 Oct 2021 07:41 AM PDT

CHUKAI: Enam unit rumah teres di Kampung Gong Limau, di sini musnah dalam kebakaran petang tadi.

Facebook, YouTube kurangkan sekatan ucapan benci

Posted: 07 Oct 2021 07:33 AM PDT

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) melaporkan sekatan terhadap perkongsian ucapan kebencian di pentas Facebook dan YouTube berkurangan tahun ini berbanding tahun lalu.

Hampir 10,000 jangkitan COVID-19 hari ini

Posted: 07 Oct 2021 12:20 AM PDT

PUTRAJAYA: Sejumlah 9,890 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes individu yang dijangkiti virus COVID-19 di negara ini sudah mencecah 2,313,727 kes.

Rosmah dakwa Rizal berkomplot dengan AGC

Posted: 07 Oct 2021 06:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor mendakwa pihak pendakwaan dalam perbicaraan rasuah beliau bagi projek solar berkomplot dengan bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor untuk membabitkannya, meskipun mengaku tidak mempunyai masalah dengan mana-mana pegawai dari Jabatan Peguam Negara (AGC).

Kastam Hong Kong lakukan rampasan bernilai RM290 juta

Posted: 07 Oct 2021 07:23 AM PDT

HONG KONG: Kastam Hong Kong banteras penyeludupan sirip ikan yu, sarang burung walet, produk elektronik dan barangan mewah terbesar dalam sejarah.

PKPD dua lokaliti di Sabah, Pahang tamat esok

Posted: 07 Oct 2021 07:16 AM PDT

PUTRAJAYA: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti di Sabah dan Pahang diisytiharkan tamat esok.

Persatuan polis sokong penubuhan IPCC

Posted: 07 Oct 2021 07:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Pegawai Kanan Polis (PPKP) dan Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD), hari ini menyatakan sokongan terhadap penubuhan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC).

Shafaz Trading sasar raih jualan hingga RM7 juta tahun ini

Posted: 28 Sep 2021 08:45 PM PDT

KUALA LUMPUR: Shafaz Trading Sdn Bhd, pengeluar produk makanan tambahan tablet berperisa coklat, Excel Pro menyasar meraih jualan RM7 juta.

Nestle cuba hasilkan telur, udang berasaskan sayuran

Posted: 07 Oct 2021 06:39 AM PDT

ZURICH: Nestle akan menawarkan makanan alternatif berasaskan sayuran bagi menggantikan telur dan udang bagi merebut pasaran golongan 'vegan' atau mereka yang tidak makan daging.

Malaysia Airlines sedia khidmat pelanggan automatik

Posted: 07 Oct 2021 06:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd bekerjasama dengan 15below, penyedia komunikasi penumpang automatik terkemuka dalam industri pelancongan untuk menawarkan platform perkhidmatan pelanggan yang dipertingkatkan sebagai sebahagian daripada perjalanan transformasi digital syarikat penerbangan nasional itu.

Bank Islam ambil alih status penyenaraian BIMB esok

Posted: 07 Oct 2021 06:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: BIMB Holdings Bhd akan dinyahsenarai daripada Pasaran Utama Bursa Securities dan Bank Islam akan mengambil alih status penyenaraian BIMB berkuat kuasa dari 9 pagi pada Jumaat.

MOTAC sedia terima pelancong antarabangsa

Posted: 07 Oct 2021 06:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang membuat persediaan menerima semula ketibaan pelancong luar termasuk dari Asia Barat dalam suasana persekitaran selamat daripada COVID-19.

Sultan Johor murka bot dikemudi secara berbahaya

Posted: 07 Oct 2021 06:07 AM PDT

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar murka dengan kejadian pengemudi bot yang membawa bot secara berbahaya di bawah pengaruh dadah di Mersing, pagi semalam.

Jerman bawa pulang 8 wanita, 23 kanak-kanak dikaitkan dengan Daesh

Posted: 07 Oct 2021 06:02 AM PDT

BERLIN: Jerman membawa pulang lapan wanita yang menyertai kumpulan pengganas Daesh dan 23 kanak-kanak dari utara Syria dalam pemindahan terbesar sejak 2019.

8 ahli gabungan kembali ke pangkuan PSM

Posted: 07 Oct 2021 05:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lapan daripada 11 ahli gabungan yang keluar sebelum ini sudah kembali ke pangkuan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) secara bersyarat.

Hukuman mati pembantu kedai bunuh tunang kekal

Posted: 07 Oct 2021 05:08 AM PDT

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas seorang bekas pembantu kedai tayar kerana membunuh bekas tunangnya yang akan berkahwin dengan lelaki lain.

UNSC perlu adil dalam isu global - Erdogan

Posted: 07 Oct 2021 05:52 AM PDT

ISTANBUL: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, menegaskan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) perlu mengambil kira prinsip keadilan ketika membuat sebarang keputusan.

11 pemain wanita kebangsaan masuk U

Posted: 07 Oct 2021 04:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebelas pemain skuad bola sepak wanita kebangsaan yang baru pulang dari saingan kelayakan Piala Asia Wanita 2022 di Palestin kini mengorak langkah ke menara gading selepas menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Aidil tak rela Lang Merah tersingkir awal

Posted: 07 Oct 2021 05:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA), Aidil Sharin Sahak tidak rela melihat pasukannya tersingkir awal dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

Wallace dihantui kebimbangan

Posted: 07 Oct 2021 05:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kebimbangan mula menghantui ketua jurulatih skuad projek khas lelaki kebangsaan, Wallace Tan selepas beberapa pemainnya mengalami kecederaan sebaik tamat aksi ketiga Siri Jelajah United Kingdom, awal pagi tadi.

Teliti supaya tak membazir beli Molnupiravir

Posted: 07 Oct 2021 05:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pakar perubatan berpandangan perolehan sebanyak 150,000 pakej rawatan lengkap (patient courses) ubat antiviral Molnupiravir dengan Merck Sharp & Dohme bagi merawat pesakit COVID-19 perlu diteliti dengan lebih lanjut khususnya berkaitan risiko terhadap kesihatan rakyat Malaysia.

'Beri peluang, jangan cepat hukum'

Posted: 07 Oct 2021 05:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Posisi tengah skuad Harimau Malaya perlu diperbaiki sebaik mungkin menjelang aksi persahabatan berdepan pasukan ranking ke-84 dunia, Uzbekistan di Stadium Antarabangsa Amman, Jordan, Sabtu ini.

Malaysia negara terawal dapat ubat rawat COVID-19

Posted: 07 Oct 2021 05:29 AM PDT

PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan menandatangani surat akujanji (Letter of Undertaking) bagi pembelian ubat antiviral Molnupiravir dengan syarikat farmaseutikal Merck Sharp & Dohme meletakkan Malaysia sebagai antara negara terawal yang bakal menerima ubat untuk merawat COVID-19.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template