BH Online - Terkini |
- Piala Uber: Denmark 'smash' Malaysia
- Harimau Malaya kena 'ratah' lagi
- Yonnyboii pilih gadis Instafamous
- Polis siasat ciapan senarai 41 guru maut akibat vaksin
- Norhizam diminta segera pulangkan kereta rasmi, aset kerajaan - SUK
- Perjalanan rentas Tambak perlu aturan berbeza - MTF
- Bimbang ditahan Hong Kong berhubung hari kebangsaan Taiwan
- 'Saya akan buat apa saja demi negara' - Apandi Ali
- MyTID sasar 60,000 murid sekolah rendah
- Tindakan undang-undang terhadap Dr Yusof
- Kerajaan pertimbang tambah jumlah hakim syarie
- Lelaki ambil pukat dikhuatiri lemas
- De Paula 'glamor' tak kena tempat
- Presiden pertama Iran Abolhassan Banisadr meninggal dunia
- Perdana Menteri prihatin nasib masyarakat terkesan sekitar Bera
- Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak perlu diwujudkan - NGO
- Tiga bersaudara dikebumi satu liang
- Pengetahuan, kemahiran digital tingkat kebolehpasaran belia - Muhyiddin
- Pesakit COVID-19 serius sangat rendah
- Messi undi Neymar, Mbappe
- Kematian Muhammad Adib terbela
- Laman web SIA alami 'masalah teknikal'
- 8,743 kes baharu COVID-19 hari ini
- 'Dedah dapatan siasatan kes Adib demi ketelusan' - CUEPACS
- Kelapa dan berdoa: 2 lelaki Solomon selamat 29 hari di laut
- 2 terbunuh serangan Israel ke atas pangkalan udara Syria
- Bung Kamara lancar parti sendiri esok
- Proses pembayaran Big Tech di Malaysia berkembang 170 peratus ketika pandemik
- Kurang 50 peratus peruntukan pembangunan asas digunakan
- PM ramah mesra di R&R, tarik perhatian netizen
| Piala Uber: Denmark 'smash' Malaysia Posted: 09 Oct 2021 10:14 AM PDT AARHUS (Denmark): Berikut adalah keputusan perlawanan kumpulan D, Kejohanan Badminton Piala Uber berlangsung di Ceres Arena: |
| Harimau Malaya kena 'ratah' lagi Posted: 09 Oct 2021 10:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Seperti dijangka, skuad Harimau Malaya tewas dengan jaringan besar 1-5 di tangan Uzbekistan pada aksi persahabatan di Stadium Antarabangsa Amman, Jordan, sebentar tadi. |
| Yonnyboii pilih gadis Instafamous Posted: 09 Oct 2021 09:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Selepas setahun berkenalan, komposer dan penyanyi, Yonnyboii, 23, bertunang dengan model yang juga Instafamous, Nik Nazira Narriman, 22, di kediaman keluarga gadis itu di Shah Alam, tengah hari semalam. |
| Polis siasat ciapan senarai 41 guru maut akibat vaksin Posted: 09 Oct 2021 07:44 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis menyiasat kenyataan pengguna Twitter dikenali Khalid@Khalids yang dimuat naik semalam, berhubung senarai 41 kematian guru akibat pengambilan vaksin COVID-19. |
| Norhizam diminta segera pulangkan kereta rasmi, aset kerajaan - SUK Posted: 09 Oct 2021 07:23 AM PDT MELAKA: Bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee diminta memulangkan dengan segera kereta rasmi dan aset yang diamanahkan kepadanya sepanjang memegang jawatan itu. |
| Perjalanan rentas Tambak perlu aturan berbeza - MTF Posted: 09 Oct 2021 07:10 AM PDT SINGAPURA: Sebarang perjanjian mengenai perjalanan antara Johor dan Singapura terutama menerusi Tambak, perlu dilihat secara berbeza dengan aturan perjalanan udara kerana ia membabitkan jumlah yang tinggi. |
| Bimbang ditahan Hong Kong berhubung hari kebangsaan Taiwan Posted: 09 Oct 2021 07:00 AM PDT HONG KONG: Lebih dari 50 tahun, Ng Hong-lim mengetuai perayaan di Hong Kong untuk memperingati hari kebangsaan Taiwan, tetapi tahun ini beliau bimbang kemungkinan ditangkap. |
| 'Saya akan buat apa saja demi negara' - Apandi Ali Posted: 09 Oct 2021 03:47 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menyifatkan pelantikannya sebagai pengerusi pasukan petugas khas bagi tujuan semakan semula undang-undang berhubung isu Pulau Batu Puteh, amanah serta tanggungjawab demi rakyat dan negara. |
| MyTID sasar 60,000 murid sekolah rendah Posted: 09 Oct 2021 06:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Program Pembangunan dan Pencarian Bakat (MyTID) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyasarkan penyertaan 60,000 murid sekolah rendah Tahun Satu hingga Enam. |
| Tindakan undang-undang terhadap Dr Yusof Posted: 09 Oct 2021 01:35 AM PDT KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (WARISAN) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob kerana keluar parti. |
| Kerajaan pertimbang tambah jumlah hakim syarie Posted: 09 Oct 2021 03:21 AM PDT KOTA BHARU: Kerajaan akan mempertimbangkan untuk menambah |
| Lelaki ambil pukat dikhuatiri lemas Posted: 09 Oct 2021 06:34 AM PDT TENOM: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai hilang ketika mengambil pukat di Sungai Padas, berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Tomani, di sini, hari ini. |
| De Paula 'glamor' tak kena tempat Posted: 09 Oct 2021 06:24 AM PDT KUALA LUMPUR: Guilherme De Paula boleh dianggap pemain paling 'glamor' dalam skuad kebangsaan ketika ini selepas namanya sentiasa berada di bibir peminat setiap kali dipanggil menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya. |
| Presiden pertama Iran Abolhassan Banisadr meninggal dunia Posted: 09 Oct 2021 06:23 AM PDT TEHRAN: Presiden pertama Iran selepas revolusi Islam 1979, Abolhassan Banisadr, meninggal di hospital Paris hari ini pada usia 88 tahun, selepas beberapa dekad diasingkan di Perancis berikutan pemecatannya oleh Parlimen. |
| Perdana Menteri prihatin nasib masyarakat terkesan sekitar Bera Posted: 09 Oct 2021 02:08 AM PDT BERA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini, menyampaikan bantuan bakul makanan kepada mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan golongan memerlukan terdiri daripada masyarakat India dan Cina dalam daerah Bera. |
| Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak perlu diwujudkan - NGO Posted: 09 Oct 2021 06:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Parlimen perlu meluluskan undang-undang bagi mewujudkan Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak yang bebas dengan dana mencukupi untuk melaksanakan tugas serta peranan suruhanjaya itu bagi memastikan golongan itu mendapat perlindungan sewajarnya. |
| Tiga bersaudara dikebumi satu liang Posted: 09 Oct 2021 04:47 AM PDT KUALA TERENGGANU: Jenazah dua beradik, Nur Amni Insyirah Saiful Tarmizi, 9, dan Muhammad Aryan Faheem Saiful Tarmizi, 7, yang lemas bersama sepupunya, Nurulhasha Humaira, 11, dikebumikan di satu liang lahad, petang ini. |
| Pengetahuan, kemahiran digital tingkat kebolehpasaran belia - Muhyiddin Posted: 09 Oct 2021 05:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Golongan belia dan komuniti di negara ini perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran digital bagi memenuhi permintaan pasaran pekerjaan, sekali gus membantu memantapkan ekonomi. |
| Pesakit COVID-19 serius sangat rendah Posted: 09 Oct 2021 05:48 AM PDT KOTA KINABALU: Jumlah kes COVID-19 kategori tiga, empat dan lima yang rendah di Sabah bukti keberkesanan vaksin. |
| Posted: 09 Oct 2021 05:46 AM PDT PARIS: Lionel Messi mendedahkan bahawa dia akan memilih rakan sepasukan Paris Saint-Germain (PSG), Neymar atau Kylian Mbappe untuk anugerah Ballon d'Or, walaupun dia menjadi pilihan utama untuk memenangi anugerah itu buat kali ketujuh. |
| Kematian Muhammad Adib terbela Posted: 09 Oct 2021 05:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Penubuhan jawatankuasa khas bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya terhadap kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim menunjukkan tanda prihatin kerajaan kepada kebajikan penjawat awam. |
| Laman web SIA alami 'masalah teknikal' Posted: 09 Oct 2021 05:00 AM PDT SINGAPURA: Laman web Singapore Airlines (SIA) tidak dapat diakses sebentar pada petang ini selepas pengumuman bahawa Laluan Perjalanan bagi Orang yang Divaksin (VTL) diperluas ke beberapa negara seperti Amerika Syarikat (AS), Kanada, Sepanyol dan Itali. |
| 8,743 kes baharu COVID-19 hari ini Posted: 09 Oct 2021 12:42 AM PDT KUALA LUMPUR: Kes harian COVID-19 di Malaysia kembali mencatat penurunan apabila merekodkan sejumlah 8,743 jangkitan baharu hari ini. |
| 'Dedah dapatan siasatan kes Adib demi ketelusan' - CUEPACS Posted: 09 Oct 2021 04:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu dapatan daripada siasatan kes kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim oleh jawatankuasa khas, dimaklumkan kepada umum bagi menjamin ketelusan siasatan. |
| Kelapa dan berdoa: 2 lelaki Solomon selamat 29 hari di laut Posted: 09 Oct 2021 03:35 AM PDT KOKOPO, PAPUA NEW GUINEA: Hilang di laut selama 29 hari, dua penduduk Pulau Solomon selamat dengan kelapa, oren dan doa sebelum diselamatkan 400 kilometer di luar pantai Papua New Guinea (PNG). |
| 2 terbunuh serangan Israel ke atas pangkalan udara Syria Posted: 09 Oct 2021 04:17 AM PDT BEIRUT: Satu serangan peluru berpandu Israel di pangkalan udara di Syria membunuh sekurang-kurangnya dua pejuang asing yang bersekutu dengan Damsyik dan mencederakan beberapa anggota perkhidmatan Syria. |
| Bung Kamara lancar parti sendiri esok Posted: 09 Oct 2021 01:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Sebuah parti politik baharu, Parti Kuasa Rakyat, akan dilancar esok dengan matlamat menyertai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). |
| Proses pembayaran Big Tech di Malaysia berkembang 170 peratus ketika pandemik Posted: 09 Oct 2021 04:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Proses pembayaran oleh syarikat teknologi gergasi (Big Tech) di Malaysia meningkat lebih kurang 170 peratus sejak pandemik bermula disebabkan permintaannya yang bersifat sejagat, selain daripada kerumitan dan halangan kepercayaan yang lebih rendah, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus. |
| Kurang 50 peratus peruntukan pembangunan asas digunakan Posted: 09 Oct 2021 03:36 AM PDT KOTA BHARU: Hanya 46.8 peratus daripada peruntukan perbelanjaan pembangunan asas sebanyak RM39.8 bilion, digunakan sehingga 3 Oktober lalu. |
| PM ramah mesra di R&R, tarik perhatian netizen Posted: 09 Oct 2021 04:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Sikap mesra Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat walaupun sibuk dengan tugas mengurus negara menarik perhatian orang ramai. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment