Sunday, November 21, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Piramid makanan untuk pesakit Long COVID

Posted: 21 Nov 2021 08:00 PM PST

TUBUH pesakit yang mengalami komplikasi jangka panjang disebabkan COVID-19 atau dikenali sebagai Long COVID, berada dalam keadaan hiperkatabolik, iaitu memerlukan nutrisi lebih tinggi berbanding ketika sihat.

Sistem e-PG diperluas ke sembilan negeri

Posted: 21 Nov 2021 08:00 PM PST

KUALA LUMPUR: Sistem Pengakuan Salah Kes Saman Trafik Secara Dalam Talian (Sistem e-PG) yang dilancarkan secara rintis di Mahkamah Majistret di empat negeri pada April lalu akan diperluaskan secara menyeluruh ke mahkamah di negeri lain.

Perkelahan berakhir tragedi

Posted: 21 Nov 2021 07:57 PM PST

KUDAT: Perkelahan keluarga di Pantai Kampung Bangau di sini, berakhir tragedi apabila seorang kanak-kanak lemas ketika mandi manda di situ, semalam.

Kursus praperkahwinan online untuk OKU

Posted: 21 Nov 2021 07:54 PM PST

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempertimbang kelas dalam talian kursus praperkahwinan Islam, bagi memenuhi keperluan orang kurang upaya (OKU).

10 syarikat seleweng dana MITRA akan dituduh - SPRM

Posted: 21 Nov 2021 07:53 PM PST

KUALA LUMPUR: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai kes penyelewengan dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) membabitkan 10 syarikat, hampir siap.

Kerajaan digesa kembalikan wang pencarum KWSP B40, M40

Posted: 21 Nov 2021 07:52 PM PST

KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) menggesa kerajaan memulangkan wang dikeluarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)B40 dan M40 melalui i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra demi perlindungan ahli selepas persaraan.

Keganasan tercetus dalam protes anti-COVID-19

Posted: 21 Nov 2021 07:47 PM PST

BRUSSELS: Keganasan tercetus dalam protes terhadap langkah anti-COVID-19 membabitkan hampir 35,000 orang di Brussels, semalam.

Pembukaan semula sekolah legakan ibu bapa, pelajar

Posted: 21 Nov 2021 07:44 PM PST

KUALA LUMPUR: Pembukaan semula sesi persekolahan secara bersemuka di empat negeri mengikut ketetapan pengoperasian Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula hari ini, memberi kelegaan kepada ibu bapa.

Bekas wadar penjara didakwa menyamar anggota polis

Posted: 21 Nov 2021 07:16 PM PST

IPOH: Seorang bekas wadar penjara didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan menyamar anggota polis ketika berada dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Khamis lalu.

Pitam punca pemandu kereta rempuh kedai perabot

Posted: 21 Nov 2021 07:36 PM PST

KUALA LUMPUR: Kejadian kereta terbabas dan merempuh kedai perabot di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Kampung Pasir, Ampang dekat sini, semalam yang mengakibatkan seorang pekerja maut bukan berpunca daripada pemandu mabuk.

4 maut, 4 cedera dalam insiden tembakan di Pakistan

Posted: 21 Nov 2021 07:27 PM PST

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya empat maut dan empat lagi cedera apabila lelaki bersenjata tidak dikenali menembak peluru ke arah sebuah kenderaan di daerah Mastung di wilayah Balochistan barat daya Pakistan semalam, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan.

Sulaiman mula tugas sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13

Posted: 21 Nov 2021 05:58 PM PST

MELAKA: Datuk Seri Sulaiman Md Ali memulakan tugas rasmi sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 dengan memasuki pejabatnya di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, pagi ini.

Dana RM200 juta atasi kesan air pasang besar

Posted: 21 Nov 2021 07:12 PM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM200 juta bagi menangani kesan fenomena air pasang besar.

Benfica ujian sebenar kebangkitan Barca

Posted: 21 Nov 2021 07:24 PM PST

BARCELONA: Misi menyelamat Xavi Hernandez akan berdepan ujian besar pertama awal pagi Rabu ini apabila Barcelona berdepan Benfica dalam pertembungan boleh menentukan pasukan mana dalam Kumpulan E layak ke kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Kepemimpinan berkualiti resipi kejayaan organisasi

Posted: 21 Nov 2021 07:01 PM PST

Kita sering mendengar perebutan kuasa untuk menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi, namun siapakah pemimpin itu sebenarnya dan bagaimanakah pemimpin yang menjadi dambaan sesebuah organisasi?

Praktik TRIIS bendung penularan pandemik pasca PRN Melaka

Posted: 21 Nov 2021 07:01 PM PST

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berakhir kelmarin selepas melalui 12 hari tempoh kempen seperti ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bermula tarikh penamaan calon pada 8 November lalu.

Ogy realisasi impian arwah bapa

Posted: 21 Nov 2021 07:00 PM PST

KUALA LUMPUR: Bintang jolokan Primadona Melayu, Fauziah Ahmad Daud, 59, mendedahkan, bapanya yang juga seniman Allahyarham Datuk Ahmad Daud antara insan yang menentang pembabitannya dalam dunia persada seni.

Saringan Maqasid teras pelaburan PNB

Posted: 21 Nov 2021 06:42 PM PST

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) melaksanakan proses Saringan Maqasid bagi memastikan pelaburannya sentiasa mematuhi keperluan syariah.

Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh Jambatan Kedua Pulau Pinang

Posted: 21 Nov 2021 06:55 PM PST

BAYAN LEPAS: Seorang lelaki dikhuatiri lemas dipercayai terjatuh dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) di Kilometer 8.5 arah Batu Kawan menghala ke Batu Maung, di sini, hari ini.

'Beberapa kematian' selepas kenderaan rempuh perarakan Krismas

Posted: 21 Nov 2021 06:44 PM PST

WASHINGTON: Sebuah kenderaan merempuh perarakan Krismas di negeri Wisconsin Amerika Syarikat (AS) menyebabkan 'beberapa kematian'," kata polis semalam.

Guru berbusana Melayu sambut murid

Posted: 21 Nov 2021 06:38 PM PST

MANJUNG: Guru Sekolah Kebangsana Beruas membuat kejutan kepada murid-murid pada hari pertama pembukaan sekolah hari ini dengan memakai pakaian tradisional Melayu, hiasan bunga manggar dan paluan kompang menyambut kehadiran anak didik.

Terengganu guna stesen hidrologi pantau banjir

Posted: 21 Nov 2021 06:38 PM PST

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri akan menggunakan stesen hidrologi bagi membuat pengesanan awal banjir di negeri ini.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Posted: 21 Nov 2021 06:33 PM PST

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Isnin dengan dolar AS terus mengukuh di tengah-tengah kebimbangan mengenai inflasi berserta harga minyak yang rendah, kata seorang peniaga.

'Waspada virus COVID-19 ikut pulang ke rumah'

Posted: 21 Nov 2021 06:31 PM PST

KUALA LUMPUR: Kadar kemasukan ke hospital akibat COVID-19 di negara ini, didapati meningkat dengan kebanyakan kes membabitkan warga emas dan mereka yang mempunyai komorbid.

Pemain perlu bertanggungjawab Solskjaer dipecat

Posted: 21 Nov 2021 06:30 PM PST

LONDON: Pemegang rekod jaringan Manchester United, Wayne Rooney berkata pemain kelab itu perlu bertanggungjawab terhadap pemecatan pengurus, Ole Gunnar Solskjaer.

'Melepak' di 15 kolam air panas

Posted: 21 Nov 2021 06:30 PM PST

SEJAK kebelakangan ini dapat disaksikan kemeriahan sektor pelancongan kembali hidup selepas kerajaan membuka semula sekatan untuk merentas negeri.

Bursa Malaysia dibuka rendah

Posted: 21 Nov 2021 06:29 PM PST

KUALA LUMPUR: Dagangan di Bursa Malaysia dibuka rendah pagi Isnin dengan indek utama menyusut 0.15 peratus, diheret turun oleh kaunter wajaran tinggi terpilih.

3 lelaki maut dua kereta terbabit nahas di lebuh raya

Posted: 21 Nov 2021 06:03 PM PST

SEREMBAN: Tiga lelaki maut dalam nahas membabitkan dua kereta di Kilometer (KM) 268 Lebuhraya Utara- Selatan arah utara, berhampiran susur keluar Plaza Tol Ainsdale, dekat sini, awal pagi tadi.

Mesir guna bantuan tentera Perancis 'bunuh orang awam'

Posted: 21 Nov 2021 06:16 PM PST

PARIS: Mesir disyaki menggunakan perisik tentera Perancis dalam usaha menyasarkan untuk 'membunuh orang awam' yang disyaki melakukan penyeludupan.

Inter benam Napoli

Posted: 21 Nov 2021 06:05 PM PST

MILAN: Inter Milan mengukuhkan cengkaman bagi mempertahankan gelaran Serie A apabila menang 3-2 mengatasi Napoli yang membawa mereka empat mata di belakang pendahulu liga.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template