Saturday, November 13, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Jerebu: India tutup sekolah

Posted: 13 Nov 2021 03:28 PM PST

NEW DELHI: Pihak berkuasa menutup operasi sekolah selama seminggu, dan mempertimbang untuk melaksanakan perintah berkurung, susulan pencemaran jerebu teruk.

Perancis, Belgium ke Piala Dunia 2022

Posted: 13 Nov 2021 03:27 PM PST

PARIS: Juara bertahan, Perancis layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar selepas membelasah Kazakhstan 8-0 awal pagi tadi dibantu empat gol Kylian Mbappe manakala Belgium juga mengesahkan tiket mereka.

Serangan udara bunuh pejuang Huthi

Posted: 13 Nov 2021 03:12 PM PST

RIYADH: Gabungan tentera pimpinan Arab Saudi yang menyokong kerajaan di Yaman mendakwa seramai 186 pemberontah Houthi terbunuh, dalam serangan udara di wilayah Marib dan Al-Bayda.

Keputusan Kelayakan Piala Dunia zon Afrika

Posted: 13 Nov 2021 03:08 PM PST

JOHANNESBURG: Berikut keputusan Kelayakan Piala Dunia zon Afrika sebentar tadi:

Keputusan kelayakan Piala Dunia 2022 zon Eropah

Posted: 13 Nov 2021 02:46 PM PST

PARIS: Berikut keputusan kelayakan Piala Dunia 2022 zon Eropah sebentar tadi:

Fattah Amin rampas semula trofi

Posted: 13 Nov 2021 06:52 AM PST

KUALA LUMPUR: Fattah Amin merampas semula trofi Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.

Pakar undang-undang, forensik sertai jawatankuasa khas siasat kematian Adib

Posted: 12 Nov 2021 07:45 PM PST

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa khas bagi menyiasat kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dianggotai sepuluh individu merangkumi menteri, pakar perundangan, perubatan dan panel siasatan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kak Chah imbau kenangan bersama BH

Posted: 13 Nov 2021 08:06 AM PST

KUALA LUMPUR: Penulis lirik tersohor, Datuk Habsah Hassan terharu dan bersyukur dengan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat yang diterima pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.

Detik gemilang Kak Chah

Posted: 13 Nov 2021 06:24 AM PST

KUALA LUMPUR: Portfolio cemerlang dalam dunia penulisan melayakkan Datuk Habsah Hassan diangkat sebagai penerima trofi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini, malam tadi.

Artis bergaya, patuh SOP

Posted: 13 Nov 2021 05:24 AM PST

KUALA LUMPUR: Acara karpet merah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 tetap berlangsung dengan suasana harmoni dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat seperti disarankan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Dolla tepati ramalan

Posted: 13 Nov 2021 05:24 AM PST

KUALA LUMPUR: Empat gadis sensasi yang menggelarkan diri mereka, Dolla menepati ramalan meraih trofi Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini, malam tadi.

Aqil menang trofi YouTuber Popular

Posted: 13 Nov 2021 05:31 AM PST

KUALA LUMPUR: Trofi kategori YouTuber Popular yang kali pertama diperkenalkan pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 milik Aqil Zulkiflee.

Paduan vokal lima penyanyi buka tirai ABPBH 34

Posted: 13 Nov 2021 05:37 AM PST

KUALA LUMPUR: Tirai persembahan Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 dibuka dengan persembahan memukau Stacy, Khai Bahar, Vanessa Reynauld, Kmy Kmo dan Nicole Lai menerusi dua lagu medley, Mulanya Di Sini dan Negaraku.

DJ Lin terus unggul

Posted: 13 Nov 2021 05:49 AM PST

KUALA LUMPUR: Terkenal dengan slot Suria Cinta sejak 2006, penyampai radio Suria FM, DJ Lin atau nama sebenar, Roslinda Abdul Majid mempertahankan trofi Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 buat tahun ketiga berturut-turut.

Kolaborasi Nafas Cinta Khai, Aina menjadi

Posted: 13 Nov 2021 06:09 AM PST

KUALA LUMPUR: Tuah terus menyebelahi Khai Bahar apabila satu lagi projek kerjasama dengan penyanyi lain diiktiraf peminat apabila trofi kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 menjadi pemilik anak jati Perlis itu.

Peminat pilih Ejen Ali

Posted: 13 Nov 2021 06:39 AM PST

KUALA LUMPUR: Ejen Ali diumumkan pemenang kategori Watak Animasi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 yang diperkenalkan buat kali pertama.

Nana FC terus cemerlang

Posted: 13 Nov 2021 06:26 AM PST

KUALA LUMPUR: Kelab peminat penyanyi Siti Nordiana iaitu Siti Nordiana FC meneruskan penguasaan mereka dalam kategori Anugerah FANtastik Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 apabila berjaya mempertahankan kemenangan itu.

Haqiem pertahan trofi Penyanyi Lelaki Popular

Posted: 13 Nov 2021 07:09 AM PST

KUALA LUMPUR: Penyanyi Haqiem Rusli mempertahankan trofi Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.

Ramlah imbas nostalgia

Posted: 13 Nov 2021 06:55 AM PST

KUALA LUMPUR: Persembahan penyanyi, Ramlah Ram berjaya mengembalikan nostalgia dengan menyampaikan lagu malar segarnya.

Siti Nordiana rampas semula trofi penyanyi

Posted: 13 Nov 2021 07:08 AM PST

KUALA LUMPUR: Siti Nordiana membuat kejutan apabila merampas semula trofi kategori Penyanyi Wanita Popular Xiaomi, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 daripada Wany Hasrita.

Kamal, Uqasha pertahan trofi

Posted: 13 Nov 2021 07:12 AM PST

KUALA LUMPUR: Pasangan Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengulangi kejayaan tahun lalu apabila menggondol trofi kategori online, Gandingan Serasi Drama Popular bagi drama Perempuan Tanpa Dosa.

PU Riz, Wanna pilihan peminat

Posted: 13 Nov 2021 07:13 AM PST

KUALA LUMPUR: Kali pertama digandingkan dalam filem bercorak drama Islamik, Ada Apa Dengan Dosa, PU Riz dan Wanna Ali membolot trofi kategori online, Gandingan Serasi Filem Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.

Siti Saleha menang lagi

Posted: 13 Nov 2021 07:24 AM PST

KUALA LUMPUR: Watak Mia Adriana sekali lagi membawa tuah kepada aktres, Siti Saleha apabila menggenggam trofi Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.

Ben Amir pertahan trofi

Posted: 13 Nov 2021 07:26 AM PST

KUALA LUMPUR: Aktor Ben Amir sekali lagi menggenggam trofi Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.

Haqiem nikah minggu depan

Posted: 13 Nov 2021 07:42 AM PST

KUALA LUMPUR: Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, Haqiem Rusli membuat kejutan dengan mengumumkan tarikh mendirikan rumah tangga ketika berucap selepas kemenangannya menerusi kategori berkenaan.

Mak Leha 'power'

Posted: 13 Nov 2021 05:29 AM PST

KUALA LUMPUR: Watak Mak Leha iaitu ibu mentua jahat dibawa bintang 'senior', Liza Abdullah dalam drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 2 membawa tuah apabila meraih trofi kategori Watak Antagonis Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.

Penyanyi tiga generasi penutup pentas ABPBH 34

Posted: 13 Nov 2021 08:25 AM PST

KUALA LUMPUR: Tiga generasi penyanyi tanah air, Datuk Zainal Abidin, Hazama dan Haqiem Rusli melabuhkan tirai persembahan Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 dengan lagu Satu.

Asif buat kejutan terbesar

Posted: 13 Nov 2021 06:07 AM PST

KUALA LUMPUR: Remaja berusia 19 tahun, Asif Suhaimi mencipta kejutan menewaskan calon 'senior' apabila diumumkan pemenang kategori Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.

Janna Nick dijulang Bintang Paling Popular

Posted: 13 Nov 2021 07:43 AM PST

KUALA LUMPUR: Dengan 86,374,777 undi, trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, milik artis serba boleh, Janna Nick.

Asif kelu diumum pemenang Artis Komedi Popular

Posted: 13 Nov 2021 07:39 AM PST

KUALA LUMPUR: Gelagat spontan pemenang Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, Asif Suhaimi ketika menerima trofi yang diumumkan Zara Zya mencuit hati ramai.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template