Monday, November 15, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


KKM sedia berdepan lonjakan kes COVID-19

Posted: 15 Nov 2021 07:56 PM PST

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) terus membuat persiapan dalam menghadapi peningkatan mendadak kes COVID-19 termasuk menjalankan simulasi untuk berdepan kemungkinan berkenaan.

Korea Selatan di tangga ke-18 indeks integriti pertahanan

Posted: 15 Nov 2021 07:53 PM PST

SEOUL: Korea Selatan menduduki tangga ke-18 daripada 85 negara dalam senarai indeks integriti sektor pertahanan untuk 2020, lapor Agensi Berita Yonhap yang memetik Transparency International Korea, hari ini.

Kepimpinan FAM bertemu Perdana Menteri

Posted: 15 Nov 2021 07:34 PM PST

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkongsi mengenai usaha mereka menstabilkan semula industri bola sepak negara yang masih terkesan dengan impak COVID-19 kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kunjungan hormat di Bangunan Parlimen, semalam.

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2020 akan dipinda

Posted: 15 Nov 2021 07:46 PM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) bagi memperbaiki kelemahan akta berkenaan supaya benar-benar memberi perlindungan kepada pemberi maklumat.

Hab rawatan Hepatitis C tahun depan

Posted: 15 Nov 2021 07:21 PM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi hab rawatan Hepatitis C yang menawarkan gabungan dua ubat berkesan pada harga lebih berpatutan, tahun depan.

Bank Negara serbu 22 premis i-Serve Online Mall, sita RM118 juta

Posted: 15 Nov 2021 07:31 PM PST

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu 22 premis milik i-Serve Online Mall Sdn Bhd dan syarikat sekutunya di sekitar ibu kota dan Selangor, kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan.

PRN Melaka: Pengundian secara berfasa di kem tentera, elak kesesakan

Posted: 15 Nov 2021 06:22 PM PST

MELAKA: Proses pengundian di tujuh pusat mengundi awal bagi 10,191 anggota tentera dan pasangan dijalankan secara berfasa bagi mengelak kesesakan, di samping memastikan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi.

ADUN dibenarkan berbaju batik

Posted: 15 Nov 2021 07:33 PM PST

KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dibenarkan berbaju batik lengan panjang sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Khamis ini.

Potong gaji punca rakyat Malaysia tukar kerja

Posted: 15 Nov 2021 06:02 PM PST

KUALA LUMPUR: Kira-kira 61 peratus pekerja di negara ini merancang menukar pekerjaan dalam tempoh 12 bulan akan datang, dengan gangguan kewangan yang disebabkan oleh COVID-19 sukar ditangani oleh ramai pekerja adalah antara sebab mereka mahu berbuat demikian.

Subsidi, insentif bersasar tangani kenaikan harga baju, racun

Posted: 15 Nov 2021 07:30 PM PST

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Bersama Berkenaan Isu Kenaikan Harga Baja dan Racun Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah memberi beberapa cadangan kepada Kabinet mengenai isu kenaikan harga secara mendadak.

'Kawalan, pengiring polis untuk Najib, kekal hingga proses rayuan muktamad' - Acyrl

Posted: 15 Nov 2021 06:34 PM PST

KUALA LUMPUR: Penggunaan khidmat pengiring keselamatan dan trafik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan dikekalkan sehingga proses rayuan dimuktamadkan oleh mahkamah.

Pengarah teknikal baharu FAM diketahui Januari

Posted: 15 Nov 2021 04:09 PM PST

PETALING JAYA: Individu yang akan mengisi kekosongan jawatan pengarah teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang ditinggalkan Datuk Ong Kim Swee dijangka diketahui pada awal Januari ini.

Pengecualian sewa: Kerajaan Terengganu tanggung kos RM6.46j

Posted: 15 Nov 2021 07:26 PM PST

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri menanggung kos kira-kira RM6.46 juta susulan pengecualian bayaran sewa premis milik kerajaan negeri akibat penularan COVID-19.

53 kematian akibat COVID-19 semalam

Posted: 15 Nov 2021 06:48 PM PST

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 53 lagi kematian akibat jangkitan COVID-19, setakat tengah malam tadi.

Undi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka

Posted: 15 Nov 2021 05:41 PM PST

Biden, Jinping tekankan komunikasi lebih baik, elak konflik

Posted: 15 Nov 2021 07:07 PM PST

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, dan rakan sejawat di China, Xi Jinping, memulakan sidang kemuncak maya, semalam, dengan menekankan perlunya komunikasi yang lebih baik antara dua kuasa besar itu serta mengelakkan konflik.

Seorang lagi pemain Liverpool cedera

Posted: 15 Nov 2021 07:11 PM PST

LONDON: Liverpool sekali lagi berdepan masalah kecederaan menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Sabtu ini berdepan Arsenal, apabila Andy Robertson dikeluarkan ketika Scotland menang 2-0 mengatasi Denmark.

MKN keluarkan SOP kempen, bukan SPR

Posted: 15 Nov 2021 12:40 AM PST

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak terbabit dalam merangka prosedur operasi standard (SOP) berkaitan keselamatan manusia, sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Poster tular Sultan Johor ulas PRN Melaka palsu

Posted: 14 Nov 2021 11:33 PM PST

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah bahawa baginda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, seperti yang ditularkan, baru-baru ini.

Janggal parti politik kerajaan merungut mengenai SOP kempen

Posted: 15 Nov 2021 01:47 AM PST

KUALA LUMPUR : Pemimpin politik termasuk daripada parti kerajaan sepatutnya tidak merungut dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sehingga meminta ia dilonggarkan kerana perbuatan sedemikian memberikan isyarat yang salah kepada masyarakat.

'Terlalu awal perinci kerusi boleh menang'

Posted: 15 Nov 2021 06:25 AM PST

MERLIMAU: Perikatan Nasional (PN) belum dapat mengenal pasti jumlah kerusi berpotensi dimenangi walaupun selepas seminggu tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berlangsung sejak 8 November lalu.

Norazlanshah Hazali berkempen bersama Bonita

Posted: 15 Nov 2021 06:35 AM PST

JASIN: Calon Bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tampil dengan cara tersendiri, bersiar-siar menunggang kuda sambil berkempen di sekitar Kampung Paya Tanjung untuk memperkenalkan diri kepada pengundi.

Sulaiman calon tunggal Ketua Menteri, bukan sementara

Posted: 15 Nov 2021 04:31 PM PST

MELAKA: Tiada istilah calon Ketua Menteri Melaka sementara bagi Barisan Nasional (BN) dan pemilihan Datuk Seri Sulaiman Md Ali untuk menerajui kerajaan negeri, jika gabungan itu menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah bersandarkan mandat rakyat.

Undi awal di Melaka dikawal SOP ketat

Posted: 15 Nov 2021 04:51 PM PST

AYER KEROH: Proses mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka mula dibuka tepat jam 8 pagi tadi bagi membolehkan 739 anggota polis dan pasangan menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

PRN Melaka: 11 peratus keluar undi awal setakat 9 pagi

Posted: 15 Nov 2021 06:08 PM PST

MELAKA: Sejumlah 11 peratus petugas barisan hadapan terdiri daripada polis dan tentera yang mengundi awal hari ini, sudah keluar menjalankan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, setakat ini.

Pengundi Melaka perlu bijak nilai kempen melalui platform digital

Posted: 15 Nov 2021 07:00 PM PST

Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semakin hangat apabila 112 calon dan jentera sibuk berkempen siang malam memancing undi dengan tempoh berbaki empat hari sebelum hari pengundian.

Tiga lelaki ditahan sebelum sempat jual ketum

Posted: 15 Nov 2021 07:05 PM PST

JEMPOL: Cubaan tiga lelaki mengedar 680 kilogram ketum di sekitar daerah ini, gagal apabila ditahan polis polis dalam dua serbuan berasingan malam tadi.

England ke Piala Dunia dengan berpesta gol

Posted: 15 Nov 2021 03:24 PM PST

SERRAVALLE, San Marino: Gareth Southgate berkata mentaliti England menjadi kunci mereka layak ke Piala Dunia dengan rekod tersendiri apabila Harry Kane meledak empat gol ketika membelasah San Marino 10-0.

Keputusan kelayakan Piala Dunia Zon Eropah

Posted: 15 Nov 2021 02:28 PM PST

PARIS: Berikut rangkuman keputusan perlawanan kelayakan Piala Dunia bagi Zon Eropah membabitkan tiga kumpulan yang berakhir sebentar tadi.

Malaysia siap sedia terima pelancong antarabangsa

Posted: 15 Nov 2021 07:00 PM PST

Sektor pelancongan negara menampakkan jalan pemulihan apabila kerajaan membenarkan perjalanan rentas negeri pada 11 Oktober lalu.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template