BH Online - Terkini |
- 2,667 belia Sabah hilang kerja tahun ini
- MARA komited lahirkan pakar perakaunan
- Penyandang DUN Asahan meninggal dunia
- Dakwaan peruntukan negeri diberi pada individu ada 'bin' disiasat
- Pencemaran udara di Delhi capai tahap berbahaya
- Cheng Hoe kekalkan De Paula
- Kapten Mohamad Affendi penerima Anugerah Green Endorsement TUDM
- Abang Johari mungkin pindah ke Gedong
- 'Kelewatan naik taraf lima LRA disebabkan pentadbiran lama'
- 'Tak perlu gubal undang-undang baharu tangani isu perkauman'
- MATTA Fair tanda aras pulih industri pelancongan
- 'Terjaga dengar dentuman amat kuat'
- Penyelidik UPM terima geran berprestij kaji penyakit otak
- 'Lihat keputusan PRN Melaka dahulu'
- 95.4 peratus populasi dewasa negara lengkap divaksinasi
- Agong perkenan 3 akta diluluskan pada mesyuarat pertama Parlimen
- Shuib selalu menangis terkenang arwah Siti Sarah
- China sukar, Arab Saudi selesa kelayakan Piala Dunia
- Pelawat ke Beijing dikenakan sekatan ketat baharu
- McDonald's Malaysia sasar 200 cawangan baharu
- Polis lupus air, daun ketum bernilai lebih RM192,000
- Peranan CSO penting dalam tempoh pemulihan pandemik
- Terengganu runding dapat balik RM1.43 bilion
- Proses permohonan rumah PPRT dipelbagai
- Mohamaddin Ketapi kekal ADUN Segama - Speaker DUN Sabah
- Jho Low rujuk Najib sebagai bos - Saksi
- Indeks Daya Huni jadi pengukur berimpak tinggi lokaliti
- KDN timbang tambah skim perumahan polis
- Pembeli rumah PPR Kelebang Kechil tagih janji pemaju
- PERKESO bayar RM4 juta bantu 594 individu hilang kerja
| 2,667 belia Sabah hilang kerja tahun ini Posted: 16 Nov 2021 10:37 PM PST KUALA LUMPUR: Seramai 2,667 orang di Sabah dilaporkan hilang pekerjaan dalam tempoh Januari hingga 5 November lalu. |
| MARA komited lahirkan pakar perakaunan Posted: 16 Nov 2021 10:36 PM PST KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) dan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) bagi melahirkan lebih ramai profesional perakaunan di negara ini. |
| Penyandang DUN Asahan meninggal dunia Posted: 16 Nov 2021 10:32 PM PST MELAKA: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan meninggal dunia tengah hari tadi. |
| Dakwaan peruntukan negeri diberi pada individu ada 'bin' disiasat Posted: 16 Nov 2021 10:31 PM PST KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara akan menyiasat dakwaan peruntukan Kerajaan Melaka hanya diberikan kepada mereka yang mempunyai 'bin' pada nama. |
| Pencemaran udara di Delhi capai tahap berbahaya Posted: 16 Nov 2021 10:29 PM PST NEW DELHI: Delhi menutup sekolah, menggesa orang ramai untuk bekerja dari rumah dan melarang trak tidak penting daripada memasuki ibu kota India, berikutan masalah pencemaran udara yang kini mencapai tahap berbahaya. |
| Posted: 16 Nov 2021 10:25 PM PST KUALA LUMPUR: Sekalipun dikritik hebat oleh penyokong, 'Harimau Import', Guilherme de Paula tetap menjadi sandaran skuad kebangsaan untuk mengharungi saingan Piala AFF Suzuki 2020 di Singapura, bulan depan. |
| Kapten Mohamad Affendi penerima Anugerah Green Endorsement TUDM Posted: 16 Nov 2021 09:14 PM PST BUTTERWORTH: Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang meninggal dunia dalam nahas pesawat Hawk malam tadi adalah penerima Anugerah Green Endorsement TUDM minggu lalu. |
| Abang Johari mungkin pindah ke Gedong Posted: 16 Nov 2021 09:45 PM PST SAMARAHAN: Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Abang Openg membayangkan kemungkinan beliau bertukar kawasan pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak yang akan datang. |
| 'Kelewatan naik taraf lima LRA disebabkan pentadbiran lama' Posted: 16 Nov 2021 10:13 PM PST ALOR SETAR: Pentadbiran lama kerajaan negeri didakwa menjadi punca projek menaik taraf lima loji rawatan air (LRA) mengalami masalah termasuk gagal disiapkan mengikut perancangan. |
| 'Tak perlu gubal undang-undang baharu tangani isu perkauman' Posted: 16 Nov 2021 09:32 PM PST KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk menggubal satu undang-undang baharu seperti Undang-Undang Keharmonian Kaum kerana undang-undang sedia ada sudah memadai dan selari dengan konsep Keluarga Malaysia. |
| MATTA Fair tanda aras pulih industri pelancongan Posted: 16 Nov 2021 09:58 PM PST KUALA LUMPUR: MATTA Fair 2021 yang bakal diadakan pada 20 hingga 21 November ini akan menjadi penanda aras kepada pemulihan pelancongan negara. |
| 'Terjaga dengar dentuman amat kuat' Posted: 16 Nov 2021 09:00 PM PST BUTTERWORTH: "Ketika kejadian saya sedang tidur namun terjaga selepas terkejut terdengar bunyi dentuman yang amat kuat," kata Anita Abdul Talib, 52. |
| Penyelidik UPM terima geran berprestij kaji penyakit otak Posted: 16 Nov 2021 09:46 PM PST KUALA LUMPUR: Seorang penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima dua anugerah antarabangsa berprestij, International Brain Research Organisation (IBRO) Return Home Felllowship 2021 dan International Society for Neurochemistry Return Home Grant Award 2021, baru-baru ini. |
| 'Lihat keputusan PRN Melaka dahulu' Posted: 16 Nov 2021 09:44 PM PST KUALA LUMPUR: Kerjasama untuk membentuk kerajaan negeri campuran di Melaka jika tiada parti meraih majoriti hanya akan difikirkan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) selesai. |
| 95.4 peratus populasi dewasa negara lengkap divaksinasi Posted: 16 Nov 2021 04:54 PM PST KUALA LUMPUR: Seramai 22,332,571 individu atau 95.4 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi. |
| Agong perkenan 3 akta diluluskan pada mesyuarat pertama Parlimen Posted: 16 Nov 2021 08:39 PM PST KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudah memperkenankan tiga akta yang diluluskan pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 lalu. |
| Shuib selalu menangis terkenang arwah Siti Sarah Posted: 16 Nov 2021 09:00 PM PST PUCHONG: Genap 100 pemergian arwah isteri, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, pelawak Shuib Sepahtu masih sukar meneruskan kehidupan tanpa mengenangkan insan kesayangannya itu. |
| China sukar, Arab Saudi selesa kelayakan Piala Dunia Posted: 16 Nov 2021 07:25 PM PST SHARJAH, Emiriah Arab Bersatu: China berdepan laluan sukar untuk mara ke Piala Dunia di Qatar tahun depan meskipun meraih keputusan 1-1 dengan Australia pada aksi kelayakan temasya berkenaan di sini. |
| Pelawat ke Beijing dikenakan sekatan ketat baharu Posted: 16 Nov 2021 09:24 PM PST BEIJING: Sekatan ketat yang baharu bagi membendung penularan COVID-19, dikenakan terhadap pelawat ke Beijing, berkuat kuasa hari ini. |
| McDonald's Malaysia sasar 200 cawangan baharu Posted: 16 Nov 2021 09:21 PM PST PUTRAJAYA: McDonald's Malaysia merancang untuk membuka 200 cawangan baharu di seluruh negara dalam tempoh lima tahun akan datang bagi memenuhi permintaan pelanggan terhadap makanan dan minuman yang ditawarkannya. |
| Polis lupus air, daun ketum bernilai lebih RM192,000 Posted: 16 Nov 2021 07:59 PM PST PADANG TERAP: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah melupuskan lebih 16 tan daun ketum dan 2,973.66 liter air ketum yang dirampas sejak 2014 sehingga tahun lalu. |
| Peranan CSO penting dalam tempoh pemulihan pandemik Posted: 16 Nov 2021 09:17 PM PST KUALA LUMPUR: Kerajaan menganggap Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) memainkan peranan penting dalam tempoh-tempoh pemulihan COVID-19, terutama menerusi pelaksanaan langkah-langkah Bajet 2022 bagi memperkasa masyarakat terbabit. |
| Terengganu runding dapat balik RM1.43 bilion Posted: 16 Nov 2021 08:16 PM PST KUALA TERENGGANU: Kerajaan Persekutuan masih berhutang dengan Terengganu sebanyak RM1.43 bilion bagi pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2). |
| Proses permohonan rumah PPRT dipelbagai Posted: 16 Nov 2021 09:01 PM PST KUALA LUMPUR: Proses permohonan rumah menerusi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sudah ditambah baik dengan salurannya dipelbagaikan, selain e-Kasih. |
| Mohamaddin Ketapi kekal ADUN Segama - Speaker DUN Sabah Posted: 16 Nov 2021 08:57 PM PST KOTA KINABALU: Kedudukan Datuk Mohamaddin Ketapi sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama adalah kekal, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M Yahya. |
| Jho Low rujuk Najib sebagai bos - Saksi Posted: 16 Nov 2021 08:47 PM PST KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low mempunyai hubungan baik dengan Datuk Seri Najib Razak dan merujuk bekas perdana menteri itu sebagai 'bos' atau 'PM' menerusi percakapan serta cadangannya dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), |
| Indeks Daya Huni jadi pengukur berimpak tinggi lokaliti Posted: 16 Nov 2021 07:08 PM PST PUTRAJAYA: Indeks Daya Huni Malaysia yang dilancarkan hari ini bakal menjadi pengukuran berimpak tinggi kepada semua lokaliti khususnya kepada pihak berkuasa tempatan (PBT). |
| KDN timbang tambah skim perumahan polis Posted: 16 Nov 2021 08:28 PM PST KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menimbang untuk menambah skim perumahan anggota polis dalam memastikan kebajikan anggota pasukan keselamatan terjamin. |
| Pembeli rumah PPR Kelebang Kechil tagih janji pemaju Posted: 16 Nov 2021 08:25 PM PST MELAKA: Kira-kira 200 pemohon Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kelebang Kechil, di sini, tidak mampu menahan kecewa apabila kediaman yang dibeli sejak lima tahun lalu masih belum menunjukkan tanda akan siap. |
| PERKESO bayar RM4 juta bantu 594 individu hilang kerja Posted: 16 Nov 2021 07:40 PM PST KOTA BHARU: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Kelantan sudah membayar faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) berjumlah RM4 juta kepada 594 pekerja termasuk yang kehilangan pekerjaan ketika pandemik COVID-19 bagi tempoh Januari hingga September lalu. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment