Thursday, November 25, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Caj 5G DNB lebih murah

Posted: 24 Nov 2021 08:32 PM PST

KUALA LUMPUR: Digital Nasional Berhad (DNB) akan mengenakan caj kurang daripada 20 sen bagi perkhidmatan 5G kepada syarikat telekomunikasi, jauh lebih rendah berbanding perkhidmatan 4G, ketika ini.

Aifa terus cipta kisah dongeng

Posted: 25 Nov 2021 02:04 AM PST

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita negara, Aifa Azman mengakui puas apabila berjaya mara ke separuh akhir Terbuka Malaysia.

Darling Ngasri dapat Pingat Setia Bomba

Posted: 25 Nov 2021 02:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Penerbit dan pelakon, Darling Ngasri, 38, berbesar hati menerima penganugerahan Pingat Setia Bomba sempena Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), semalam.

Kerajaan digesa kembalikan MM2H bawah MOTAC

Posted: 25 Nov 2021 01:52 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa meletakkan semula program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), serta bukan dikelolakan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Al-Hamra sasar jumlah pelajar naik berganda pada 2022

Posted: 25 Nov 2021 01:49 AM PST

KUALA LUMPUR: Sekolah agama antarabangsa terkemuka, Al-Hamra Integrated School (Al-Hamra) menyasarkan jumlah pelajar yang berdaftar dengannya naik berganda pada tahun hadapan.

ISN lancar pusat pemulihan bernilai RM13 juta

Posted: 25 Nov 2021 01:49 AM PST

KUALA LUMPUR: Selepas 10 tahun ditubuhkan, Institut Sukan Negara (ISN) akan terus memainkan peranan penting terhadap pembangunan sukan berprestasi tinggi negara menerusi pelancaran Pusat Pemulihan Prestasi Tinggi Bersepadu.

Untung bersih Maybank susut kepada RM1.68 bilion

Posted: 25 Nov 2021 01:41 AM PST

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) susut kepada RM1.68 bilion pada suku ketiga berakhir 30 September 2021, daripada RM1.95 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu susulan operasi perniagaan yang lemah.

ABPBH 34 rekod 4.4 juta penonton

Posted: 25 Nov 2021 01:34 AM PST

KUALA LUMPUR: Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 yang menerapkan norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) dalam penganjuran era pandemik COVID-19 merekodkan 4.4 juta penonton.

EXCO tempelak pembangkang pada sesi penggulungan

Posted: 25 Nov 2021 01:28 AM PST

JOHOR BAHRU: Sesi penggulungan Belanjawan Johor 2022 yang aman bertukar panas, apabila seorang EXCO kerajaan menempelak pembangkang serta menyifatkan mereka lupa daratan dan hipokrit.

Gardenia naikkan harga roti hingga 45 sen mulai 1 Disember

Posted: 25 Nov 2021 01:27 AM PST

KUALA LUMPUR: Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, pengeluar produk roti Gardenia di Semenanjung Malaysia, mengumumkan kenaikan harga produknya bermula 1 Disember ini.

KPKT lulus 273 PPAM

Posted: 25 Nov 2021 01:24 AM PST

KUALA LUMPUR : Sebanyak 273 Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) diluluskan di seluruh negara setakat, Isnin lalu.

Dyson tamatkan kontrak ATA IMS

Posted: 25 Nov 2021 01:22 AM PST

KUALA LUMPUR: Pembekal perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS), ATA IMS Bhd (ATA) mengesahkan ATA Industrial (M) Sdn Bhd (ATAIM) telah menerima notis penamatan kontrak daripada Dyson Operations Pte Ltd (Dyson Operations) dan Dyson Manufacturing Sdn Bhd (Dyson Manufacturing).

6 maut, puluhan hilang dalam kemalangan lombong arang batu

Posted: 25 Nov 2021 01:15 AM PST

MOSCOW: Sekurang-kurangnya enam orang maut dan puluhan lagi dipercayai hilang dalam kemalangan yang berlaku dalam lombong arang batu Russia di Siberia.

Untung bersih MSM meningkat kepada RM96.86 juta

Posted: 25 Nov 2021 01:14 AM PST

KUALA LUMPUR: MSM Malaysia Holdings Bhd pulih selepas mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM96.86 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2021 daripada kerugian bersih RM71.21 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Lelaki maut dicekik dalam pergaduhan

Posted: 25 Nov 2021 01:04 AM PST

IPOH: Seorang lelaki maut disyaki dicekik dalam kejadian pergaduhan di hadapan sebuah warung pasar pagi di Flat Ashby Road, di sini, pagi tadi.

KDN cadang warga negara jiran dibenar jadi 'jaga'

Posted: 25 Nov 2021 01:01 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) bercadang untuk membenarkan syarikat kawalan keselamatan swasta menggaji tenaga kerja dari Filipina, Indonesia dan Bangladesh sebagai pengawal keselamatan.

Kadar kelahiran China menjunam terendah sejak 1978

Posted: 25 Nov 2021 12:21 AM PST

BEIJING: Kadar kelahiran China menjunam ke paras rekod terendah tahun lalu, sekali gus menekankan krisis demografi di Beijing disebabkan oleh tenaga kerja yang semakin menua, prestasi ekonomi yang hambar dan pertumbuhan penduduk paling lemah dalam masa berpuluh-puluh tahun.

Mahkamah Indonesia arah Jokowi semak Undang-Undang Cipta Kerja

Posted: 25 Nov 2021 12:54 AM PST

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) mesti meminda sebahagian daripada Undang-Undang Cipta Kerja yang diperkenalkannya, yang bertujuan untuk mewujudkan peluang pekerjaan dengan merombak peraturan pelaburan, menurut mahkamah perlembagaan.

RM103.2 bilion wang keluar Malaysia tahun ini hingga September

Posted: 25 Nov 2021 12:47 AM PST

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM103.2 bilion aliran wang keluar Malaysia direkodkan, tahun ini setakat September lalu.

Kadar sewa tinggi, 'pilih bulu' sukarkan peniaga

Posted: 25 Nov 2021 12:45 AM PST

Kuala Lumpur: Kadar sewa tinggi, pematuhan standard tidak masuk akal dan sikap 'pilih bulu' adalah di antara faktor di sebalik kesukaran peniaga Bumiputera untuk bertapak di pusat beli-belah negara ini.

Mekanisme, seliaan jamin keberkesanan kuota Bumiputera

Posted: 25 Nov 2021 12:47 AM PST

Kuala Lumpur: Peruntukan premis perniagaan milik Bumiputera di pusat beli-belah seperti dihasratkan kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perlu dilaksanakan mengikut mekanisme tertentu supaya mampu merapatkan jurang ekonomi dalam kelompok masyarakat.

Mutu pengadilan lemah mampu 'bunuh' kemasyhuran Piala Malaysia

Posted: 25 Nov 2021 12:41 AM PST

KUALA LUMPUR: Mutu pengadilan tidak berkualiti berupaya 'membunuh' kemasyhuran saingan Piala Malaysia yang menyambut ulang tahun ke-100 penganjurannya tahun ini.

JAKIM iktiraf pendakwah Orang Asli

Posted: 25 Nov 2021 12:40 AM PST

PUTRAJAYA: Simposium Pendakwah dan Kepimpinan Orang Asli (PMOA) mengiktiraf pendakwah dan pemimpin Islam dalam kalangan masyarakat Orang Asli yang banyak membantu dalam pelaksanaan usaha dakwah di perkampungan Orang Asli.

Kit ujian kendiri kini RM4.90 seunit

Posted: 24 Nov 2021 10:18 PM PST

KUALA LUMPUR: Kit ujian pantas (RTK) antigen menggunakan sampel air liur kini dijual pada harga lebih rendah, iaitu RM4.90 tanpa menjejaskan aspek kualiti peranti berkenaan.

37,853 kes pasangan Islam bercerai di Johor

Posted: 25 Nov 2021 12:30 AM PST

ISKANDAR PUTERI: Johor merekodkan 37,853 kes perceraian di negeri ini tahun lalu, sekali gus menyumbang 11.5 peratus daripada seluruh kes direkodkan di seluruh negara.

Kerajaan negeri digesa bina, turap jalan guna teknologi CMB

Posted: 24 Nov 2021 11:11 PM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menggesa semua kerajaan negeri supaya membina dan menurap jalan negeri serta desa menggunakan teknologi Bitumen Terubahsuai Getah Bekuan (CMB) dalam usaha membantu kehidupan pekebun kecil.

Program SMART SBB hanya guna tenaga kerja tempatan

Posted: 25 Nov 2021 12:20 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memberi jaminan program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) hanya akan mengguna pakai tenaga kerja tempatan.

TFC buat persiapan masa tambahan, penalti

Posted: 24 Nov 2021 08:50 PM PST

KUALA TERENGGANU: Selain aksi sebenar 90 minit, masa tambahan dan sepakan penalti menjadi fokus barisan kejurulatihan Terengganu FC (TFC) menjelang pertemuan separuh akhir kedua saingan Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Inskandar Puteri, malam esok.

Palestin alu-alukan keputusan Belgium

Posted: 25 Nov 2021 12:13 AM PST

RAMALLAH: Palestin semalam mengalu-alukan keputusan Belgium untuk melabelkan produk penempatan Israel di wilayah negaranya dengan menyifatkan tindakan itu sebagai langkah tepat.

PRN Sarawak: Calon perlu utamakan keselamatan rakyat

Posted: 25 Nov 2021 12:08 AM PST

KUCHING: Semua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak perlu memastikan langkah keselamatan asas dipatuhi bagi mengelak penularan COVID-19 ketika mengadakan lawatan ke kawasan ditandingi.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template