Tuesday, November 30, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Tak boleh sesuka hati bawa masuk pekerja asing - Saravanan

Posted: 30 Nov 2021 04:09 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan mengambil jalan mudah dengan membenarkan lebih ramai pekerja asing masuk bekerja di negara ini bagi menampung keperluan dan permintaan di sektor mendesak khususnya industri, pembuatan dan perladangan.

7.59 peratus anggota PDRM terima dos penggalak COVID-19

Posted: 30 Nov 2021 04:04 AM PST

GEORGETOWN: Seramai 8,733 anggota polis di seluruh negara atau 7.59 peratus sudah menerima suntikan dos penggalak COVID-19, manakala baki 106,352 anggota atau 92.41 peratus lagi sedang menunggu giliran mendapatkan suntikan ketiga itu.

'The Golden Boy' tekad tumbangkan Komsan

Posted: 30 Nov 2021 03:46 AM PST

KUALA LUMPUR: Petinju profesional negara, Adli Hafidz Mohd Pauzi akan membuat perhitungan dengan Komsan Polsan dari Thailand bagi perebutan gelaran Kejuaraan UBO Dunia yang dijadual berlangsung 29 Januari depan.

Untung bersih Ranhill susut kepada RM17.9 juta

Posted: 30 Nov 2021 03:50 AM PST

KUALA LUMPUR: Pendapatan Ranhill Utilities Bhd (Ranhill) susut sedikit pada suku ketiga meraih pendapatan berakhir 30 September 2021 kepada RM380.6 juta berbanding RM385.5 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lalu.

Ramssol buka hab pejabat baharu canggih di Cyberjaya

Posted: 30 Nov 2021 03:46 AM PST

KUALA LUMPUR: Ramssol Group Bhd (Ramssol), peneraju penyelesaian Pengurusan Modal Insan (HCM) merancang membuka hab pejabat baharu menjelang suku kedua tahun depan, yang dilengkapi sepenuhnya teknologi canggih untuk menawarkan pelanggan perkhidmatan lebih baik selain memenuhi keperluan pengembangannya.

Salahuddin kemuka usul bahas isu kenaikan harga bahan makanan

Posted: 30 Nov 2021 03:43 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang hari ini mengemukakan usul kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun untuk membahaskan isu kenaikan harga bahan makanan yang banyak disuarakan pelbagai pihak ketika ini.

Sinovac tumpu tangani varian Omicron - Pharmaniaga

Posted: 30 Nov 2021 03:42 AM PST

KUALA LUMPUR: Pharmaniaga Bhd telah memberi jaminan bahawa Sinovac Biotech Ltd memantau dengan teliti kemajuan kajian klinikal berkaitan dengan varian baharu COVID-19, Omicron.

4,879 kes COVID-19 dilapor hari ini

Posted: 29 Nov 2021 11:20 PM PST

PUTRAJAYA: Kes baharu penularan COVID-19 di negara ini meningkat sedikit berbanding semalam, namun masih berada di paras bawah 5,000 dengan 4,879 kes dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi.

Ringgit kembali meningkat berbanding dolar AS

Posted: 30 Nov 2021 03:29 AM PST

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Selasa, pulih kembali selepas mencatatkan kerugian sepanjang 10 hari urus niaga berturut-turut, dirangsang oleh permintaan diperbaharui dengan pelabur begitu yakin terhadap tinjauan pemulihan ekonomi global.

Omicron hadir di Belanda seminggu lebih awal

Posted: 30 Nov 2021 03:18 AM PST

THE HAGUE: Pihak berkuasa kesihatan Belanda hari ini berkata, varian COVID-19 baharu hadir di Belanda seminggu lebih awal daripada yang dipercayai sebelum ini dan pemeriksaan sedang dijalankan untuk melihat sejauh mana ia telah merebak.

CIMB Group catat untung bersih RM3.84 bilion

Posted: 30 Nov 2021 03:27 AM PST

KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Bhd (CIMB Group) terus mencatatkan prestasi yang baik dengan untung bersih teras meningkat 291.8 peratus kepada RM3.84 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2021 (9M21).

TNB jual keseluruhan kepentingan TNB Power Daharki

Posted: 30 Nov 2021 03:24 AM PST

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjual 100 peratus pegangan dalam anak syarikat milik penuhnya, TNB Power Daharki Ltd (TPD) kepada AsiaPak Investments Ltd (AsiaPak) untuk mempercepat pertumbuhan tenaga boleh baharu di pasaran tumpuan, dengan pertimbangan AS$54.5 juta (kira-kira RM228.4 juta).

Bank Rakyat lancar platform perbankan maya 'Brick'

Posted: 30 Nov 2021 03:18 AM PST

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat melancarkan platform perbankan maya, 'Brick' atau 'Bank Rakyat Quick' sebagai saluran alternatif kepada pelanggan untuk mengakses produk perbankan runcitnya.

Cucu P Ramlee bebas tuduhan edar ganja

Posted: 30 Nov 2021 03:17 AM PST

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini membebaskan tiga lelaki termasuk seorang cucu kepada seniman legenda Allahyarham Tan Sri P Ramlee, daripada pertuduhan mengedar lebih empat kilogram (kg) dadah jenis ganja.

Agro Tradzt mampu kurangkan peranan orang tengah

Posted: 30 Nov 2021 12:58 AM PST

SERDANG: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yakin platform e-dagang Agroproduk Bersepadu, Agro Tradzt mampu menurunkan harga produk agromakanan, sekali gus menstabilkan pasaran tempatan. 

Fasa peralihan ke endemik ditangguh seketika

Posted: 30 Nov 2021 02:02 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk memperhalusi semula langkah bagi mengumumkan fasa 'Peralihan ke Endemik' sehingga mendapat maklumat lanjut berhubung varian baharu COVID-19, Omicron.

Ekspresi bebas Yung Raja

Posted: 30 Nov 2021 03:03 AM PST

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap kelahiran Singapura, Yung Raja muncul dengan Extended Play (EP) pertama berjudul Mike selepas menduduki carta Spotify Viral 50 Singapura dan Malaysia menerusi single Spice Boy dalam tempoh masa sehari dilancarkan pada Julai lalu.

Calon SPM maut nahas

Posted: 30 Nov 2021 02:57 AM PST

SERI MENANTI: Seorang pelajar yang sedang menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 24, Jalan Kampung Gedang, Terachi dekat sini, tengah hari tadi.

MEDAC tidak ambil tindakan usahawan gagal lunas pinjaman

Posted: 30 Nov 2021 02:56 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) tidak akan mengambil tindakan undang-undang ke atas usahawan yang gagal membayar pinjaman kepada agensi di bawah kementerian itu, buat masa ini.

'793 permohonan layak terima Geran Padanan Digitalisasi PKS'

Posted: 30 Nov 2021 02:53 AM PST

SHAH ALAM: Kerajaan negeri menerima 1,372 permohonan Geran Padanan Digitalisasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Selangor setakat 30 Oktober lalu yang dikhususkan bagi membantu usahawan PKS mendigitalisasikan perniagaan mereka.

Vaksin sedia ada mungkin tidak berkesan melawan Omicron - Moderna

Posted: 30 Nov 2021 02:49 AM PST

HONG KONG: Vaksin COVID-19 sedia ada mungkin tidak dapat melawan varian baharu Omicron dan suntikan baharu mengambil masa berbulan-bulan untuk dibangunkan, kata Ketua Pengeluar Vaksin Amerika Syarikat (AS), Moderna kepada Financial Times.

4 sekolah ditutup di Batu Pahat dibuka mulai esok

Posted: 30 Nov 2021 02:46 AM PST

ULU TIRAM: Empat sekolah di Batu Pahat yang ditutup selepas merekodkan kes positif COVID-19 dalam kalangan pelajar akan mula dibuka secara berperingkat mulai esok.

Penyokong JDT, KL mula banjiri Stadium Nasional

Posted: 30 Nov 2021 02:23 AM PST

KUALA LUMPUR: Ribuan penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kuala Lumpur City (KL City) sudah mula membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia, malam ini.

Sarawak rancang tubuh syarikat penerbangan kecil

Posted: 30 Nov 2021 02:39 AM PST

BETONG: Sarawak merancang menubuhkan sebuah syarikat penerbangan kecil yang disasar bagi membantu usaha menjana ekonomi negeri melalui eksport hasil pertanian, selain memenuhi permintaan perjalanan individu dan pelancongan.

FGV raih untung besar RM1.02 bilion

Posted: 30 Nov 2021 02:36 AM PST

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd (FGV) mencatat lonjakan ketara dalam keuntungan sebelum cukai (PBT) kepada RM1.02 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2021, berbanding hanya RM27 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit

Posted: 30 Nov 2021 02:33 AM PST

KUALA LUMPUR: Dagangan di Bursa Malaysia melantun kembali untuk ditutup tinggi petang ini, didorong oleh kegiatan pembelian saham berharga rendah dalam kalangan kaunter wajaran tinggi terpilih terutamanya kaunter telekomunikasi, minyak dan gas serta perladangan, kata seorang penganalisis.

Pfizer mula bangunkan vaksin khusus Omicron

Posted: 30 Nov 2021 02:31 AM PST

WASHINGTON: Pfizer mula mengusahakan versi vaksin COVID-19 yang khusus menyasarkan varian Omicron sekiranya vaksin semasa tidak berkesan terhadap varian terbaharu itu.

'Jangan jejas usaha kurangkan gas rumah hijau'

Posted: 30 Nov 2021 02:30 AM PST

BANGI: Usaha Malaysia mengurangkan pelepasan gas rumah hijau untuk mencapai keneutralan karbon tidak boleh dibiarkan terjejas walaupun proses menangani krisis COVID-19 menjadi keutamaan pada masa ini.

Lelaki 69 selamat selepas 22 jam hanyut di laut

Posted: 30 Nov 2021 02:17 AM PST

TOKYO: Seorang lelaki berusia 69 tahun diselamatkan di laut bergelora di Jepun selepas menghabiskan 22 jam hanyut di perairan terbuka, dengan seorang pegawai menyifatkan kelangsungan hidupnya sebagai 'keajaiban'.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template