Thursday, November 25, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Yonnyboii, Nik Nazira selamat bernikah

Posted: 25 Nov 2021 04:02 PM PST

KUALA LUMPUR: Lebih sebulan bertunang, komposer dan penyanyi, Yonnyboii, 23, mengumumkan sudah bernikah dengan model dan 'Instafamous', Nik Nazira Narriman, 22.

Keputusan Liga Konferens Eropah

Posted: 25 Nov 2021 03:50 PM PST

PARIS: Berikut keputusan Liga Konferens Eropah:

UK larang kemasukan dari 6 negara Afrika

Posted: 25 Nov 2021 03:14 PM PST

LONDON: Britain semalam mengesahkan melarang kemasukan dari enam negara selatan Afrika selepas Afrika Selatan mengesan varian baharu COVID-19 dengan bilangan mutasi yang tinggi.

Keputusan Liga Europa

Posted: 25 Nov 2021 03:36 PM PST

PARIS: Berikut keputusan Liga Europa:

Mohammadin sah sertai BERSATU

Posted: 25 Nov 2021 08:45 AM PST

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lahad Datu Datuk Mohammadin Ketapi yang sebelum ini keluar Parti Warisan Sabah (WARISAN) sah menyertai BERSATU.

RM200 juta atasi kenaikan harga bahan makanan

Posted: 25 Nov 2021 06:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bersetuju menyediakan dana sebanyak RM200 juta sebagai pinjaman dalam sektor agro makanan bagi mengatasi masalah kenaikan harga bahan makanan ketika ini.

RUU Tanah Kampung Baru lindung pemilik

Posted: 25 Nov 2021 08:15 AM PST

KUALA LUMPUR: Draf Rang Undang-Undang (RUU) Tanah Kampung Baru yang dijangka dibentang di Parlimen awal tahun depan diharap memberi jaminan perlindungan seumur hidup kepada pemilik tanah Kampung Baru.

KPDNHEP lapor polis isu persenda rakyat

Posted: 25 Nov 2021 07:54 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini membuat laporan polis susulan isu kenyataan serta gambar tular mempersenda kesusahan rakyat semalam.

EXCO baharu Melaka angkat sumpah esok

Posted: 25 Nov 2021 07:32 AM PST

AYER KEROH: Istiadat Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia bagi Ahli EXCO negeri akan diadakan petang esok.

Saman Synergy, FELDA diputuskan melalui bicara penuh

Posted: 25 Nov 2021 03:51 AM PST

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam mengarahkan saman pemula difailkan syarikat pemaju Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) dan Synergy Promenade KLVC Sdn Bhd (SPKLVC) terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) diputuskan melalui bicara penuh.

Hanya rakam keterangan, bukan tindakan

Posted: 25 Nov 2021 05:47 AM PST

MARAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mohd Azis Jamman disiasat berhubung ucapannya ketika persidangan Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Skuad bola sepak wanita UiTM sasar juara

Posted: 25 Nov 2021 06:40 AM PST

SHAH ALAM: Pasukan bola sepak wanita Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyasarkan gelaran juara untuk penampilan sulung mereka di Liga Super Wanita 2021 yang dijadualkan bermula hujung bulan ini.

FIB jumpa Sarawak United esok

Posted: 25 Nov 2021 06:29 AM PST

KUALA LUMPUR: Unit Pelesenan Kelab Liga Bolasepak Malaysia (MFL) First Instance Body (FIB) akan mengadakan pertemuan dengan pengurusan Sarawak United, esok berhubung status lesen kelab itu untuk bersaing di Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Ladang Lestari 2523 tingkat pendapatan peneroka

Posted: 25 Nov 2021 06:01 AM PST

MUAR: FELDA melancarkan inisiatif Ladang Lestari 2523 bagi objektif dapat meningkatkan pendapatan peneroka sebanyak kira-kira RM5,000 sebulan pada 2023.

Tokoh kewangan Islam dilantik penaung KDA FC

Posted: 25 Nov 2021 06:00 AM PST

ALOR SETAR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) melantik tokoh kewangan Islam, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar sebagai penaung pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC.

TNB catat untung bersih RM1.003 bilion pada suku ketiga

Posted: 25 Nov 2021 02:43 AM PST

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) merekodkan untung bersih RM1.003 bilion pada suku ketiga berakhir 30 September 2021, menyusut sedikit daripada RM1.009 bilion pada suku sama tahun lalu.

'Harga sayur tidak naik 200 peratus seperti didakwa'

Posted: 25 Nov 2021 04:01 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan tiada kenaikan harga sayur hingga 200 peratus sebagaimana dakwaan yang tular baru-baru ini.

MFL, TFC kena kompaun RM10,000

Posted: 25 Nov 2021 02:43 AM PST

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Terengganu FC (TFC) dikompaun RM10,000 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia, Isnin lalu.

Jari kaki warga Indonesia hancur

Posted: 25 Nov 2021 03:05 AM PST

JASIN: Seorang pekerja ternakan ikan terpaksa menahan kesakitan kira-kira satu jam selepas jari kaki kanannya tersepit dalam mesin pengisar, dalam kejadian di kolam ternakan ikan dekat Kampung Kemengkang, di sini, petang tadi.

Belgium ujian sebenar skuad negara

Posted: 25 Nov 2021 05:15 AM PST

KUALA LUMPUR: Skuad hoki remaja negara diingatkan agar tidak terus dibuai mimpi indah susulan kemenangan 2-1 ke atas Chile dalam aksi pertama Piala Dunia Remaja di Bhubaneswar, India semalam.

PH Sarawak bertanding guna logo masing-masing

Posted: 25 Nov 2021 03:33 AM PST

KUCHING: Setiap parti komponen Pakatan Harapan (PH) Sarawak akan menggunakan logo masing-masing di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Ekoran campur tangan politik, hakim Lubnan letak jawatan

Posted: 25 Nov 2021 04:57 AM PST

BEIRUT: Tiga hakim Lubnan meletak jawatan berikutan campur tangan oleh ahli politik dalam hal ehwal badan kehakiman, termasuk dalam satu siasatan terhadap kejadian letupan pada tahun lalu, dakwa seorang sumber badan kehakiman hari ini.

PDRM serah kepada SIAP siasat isu 'kartel'

Posted: 25 Nov 2021 04:49 AM PST

KUALA LUMPUR: Beberapa individu sudah dipanggil untuk dirakam keterangan berhubung siasatan isu gerakan 'kartel' dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti didedahkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sebelum ini.

Final Piala Malaysia: Penyokong tidak dibenar makan, minum

Posted: 25 Nov 2021 04:41 AM PST

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan permohonan untuk kebenaran makan dan minum di stadium serta tambahan kapasiti penonton bagi aksi final Piala Malaysia 2021 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini ditolak oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Putin pecat ketua perkhidmatan penjara

Posted: 25 Nov 2021 04:36 AM PST

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin hari ini memecat ketua perkhidmatan penjara negara itu selepas bocor beberapa video penyeksaan yang mengerikan dan rogol dalam fasiliti itu.

Malaysia seru negara maju bantu jaya program hijau

Posted: 25 Nov 2021 04:25 AM PST

KUALA LUMPUR : Malaysia berharap negara maju akan terus menyokong dan menyediakan bantuan teknikal serta pemindahan teknologi kepada negara membangun dalam program hijau dan mampan.

Nur Izzuddin-Sze Fei singkirkan juara Olimpik

Posted: 25 Nov 2021 04:06 AM PST

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei mencipta sensasi apabila menumbangkan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan untuk mara ke suku akhir Terbuka Indonesia di Bali, sebentar tadi.

Pusat bayar RM80 juta elaun JKKK Wilayah Sarawak - Mahdzir

Posted: 25 Nov 2021 04:10 AM PST

PUTRAJAYA: Kerajaan meluluskan peruntukan lebih RM80 juta setahun bagi pembayaran elaun ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Wilayah Sarawak.

SOP PRN Sarawak dimuktamadkan 30 November

Posted: 25 Nov 2021 04:03 AM PST

SEREMBAN: Prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 akan dimuktamadkan pada 30 November ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template