Saturday, December 11, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Anggota tentera, isteri maut kemalangan

Posted: 11 Dec 2021 06:22 AM PST

BAGAN SERAI: Seorang anggota tentera dan isterinya maut, manakala dua anak mereka terselamat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 181 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini, petang tadi.

Eto'o presiden baharu Persekutuan Bolasepak Cameroon

Posted: 11 Dec 2021 07:12 AM PST

YAOUNDE, Cameroon: Bekas pemain Barcelona, Samuel Eto'o terpilih sebagai presiden baharu Persekutuan Bolasepak Cameroon, umum badan induk berkenaan, hari ini.

Verstappen sambar petak pertama GP Abu Dhabi

Posted: 11 Dec 2021 07:11 AM PST

ABU DHABI: Max Verstappen memperoleh kelebihan besar dalam perebutan gelaran juara dunia Formula Satu (F1) musim ini, di Litar Yas Marina, di sini, sebentar tadi.

Jaringan ke-100 Sterling bantu City atasi Wolves

Posted: 11 Dec 2021 06:58 AM PST

MANCHESTER: Jaringan ke-100 buat Raheem Sterling dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) membolehkan Manchester City meraih kemenangan 1-0 ke atas Wolves di laman sendiri, sebentar tadi.

Indonesia mula vaksinasi COVID-19 kanak-kanak 6-11 tahun

Posted: 11 Dec 2021 06:01 AM PST

BOYOLALI: Indonesia sudah bersedia untuk memulakan program inokulasi COVID-19 bagi kanak-kanak berusia 6 hingga 11 tahun mulai 24 Disember ini.

Seorang maut kemalangan di Sungai Siput

Posted: 11 Dec 2021 05:59 AM PST

SUNGAI SIPUT: Seorang maut dan seorang bayi antara empat individu cedera dalam kemalangan di Jalan Ipoh-Kuala Kangsar dekat Taman Makmur, di sini, petang tadi.

Piala Suzuki: Belum rezeki Shahrel ledak gol

Posted: 11 Dec 2021 05:53 AM PST

SINGAPURA: Siapa tidak mahu menjaringkan gol dan mencetak nama selaku penjaring, lebih-lebih lagi apabila menyarung jersi skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

Piala Suzuki: Serangan kilat jadi senjata Vietnam

Posted: 11 Dec 2021 05:52 AM PST

SINGAPURA: Skuad Harimau Malaya harus berhati-hati dan tidak boleh leka terutama menerusi serangan balas pasukan Vietnam apabila kedua-duanya bertemu dalam aksi Kumpulan B Piala Suzuki AFF 2020 di Stadium Bishan, malam esok.

Persenda OKU: Polis ambil keterangan 5 individu

Posted: 11 Dec 2021 05:51 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis sudah mengambil keterangan dua lelaki dan tiga wanita hari ini bagi membantu siasatan kes mempersendakan golongan orang kurang upaya (OKU) serta menyalahgunakan kemudahan golongan itu yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Che Rashid tinggalkan Melaka sertai NSFC

Posted: 11 Dec 2021 05:51 AM PST

MELAKA: Pemain pertahanan Melaka United FC, Che Rashid Che Halim memilih Negeri Sembilan FC (NSFC) sebagai pasukan baharunya bagi meneruskan perjuangan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

KBS beri jaminan persiapan negara tak terjejas

Posted: 11 Dec 2021 05:20 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan persiapan kontinjen negara bagi menghadapi tiga temasya sukan besar tahun depan tidak akan terjejas di sebalik berdepan kekangan peruntukan.

Hormat pendirian GPS tidak sertai BN, kekal sahabat akrab

Posted: 11 Dec 2021 05:17 AM PST

PONTIAN: Barisan Nasional (BN) menghormati pendirian Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk tidak menyertai BN sebagai parti komponen tetapi kekal sebagai 'sahabat yang akrab'.

Status SUKMA 2022 diumum hujung bulan depan

Posted: 11 Dec 2021 05:19 AM PST

PUTRAJAYA: Status penganjuran temasya sukan terbesar negara, Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur dijangka diumumkan Majlis Sukan Negara (MSN) hujung bulan ini.

Persatuan sukan perlu rangka persiapan ikut keadaan semasa

Posted: 11 Dec 2021 05:18 AM PST

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyarankan persatuan sukan kebangsaan untuk merangka persiapan mengikut keadaan semasa.

Piala Suzuki: 3 kekalahan beri pengajaran berguna

Posted: 11 Dec 2021 04:57 AM PST

KUALA LUMPUR: Tiga kekalahan berturut-turut yang dihadiahkan Vietnam sebelum ini jelas memberi pengajaran berguna buat Malaysia dalam usaha merencana 'resepi' lebih berkesan menjelang aksi peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2020 di Stadium Bishan, Singapura, malam esok.

Piala Suzuki: Akhyar tak beraksi jumpa Vietnam

Posted: 11 Dec 2021 04:56 AM PST

KUALA LUMPUR: Juara bertahan, Vietnam mungkin boleh menarik nafas lega selepas penyerang lincah negara, Akhyar Rashid sekali lagi terpaksa diketepikan untuk pertembungan di Stadium Bishan, Singapura, malam esok.

Piala Suzuki: Vietnam tak setuju tindakan Malaysia

Posted: 11 Dec 2021 04:55 AM PST

KUALA LUMPUR: Juara bertahan, Vietnam tampak tidak bersetuju sekiranya Malaysia dibenarkan membawa masuk pemain baharu bagi kempen Piala Suzuki AFF 2020 susulan empat pemain kebangsaan didapati positif COVID-19 sekali gus terpaksa diketepikan.

Polis Singapura, Malaysia lumpuh dua sindiket antarabangsa

Posted: 11 Dec 2021 04:52 AM PST

SINGAPURA: Polis Malaysia dan Singapura melumpuhkan dua sindiket penipuan antarabangsa serta menahan 15 suspek dalam beberapa siri serbuan di Johor, Kuala Lumpur dan republik ini.

Puting beliung di Kentucky ragut lebih 50 nyawa

Posted: 11 Dec 2021 04:37 AM PST

KENTUCKY: Lebih 50 mangsa dilaporkan maut setakat ini selepas puting beliung melanda barat Kentucky di Amerika Syarikat (AS) semalam dan masih berterusan.

Emas bukan jaminan menang di Birmingham

Posted: 11 Dec 2021 04:36 AM PST

KUALA LUMPUR: Walaupun dua atlet angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin menamatkan saingan kelayakan Sukan Komanwel 2022 di kedudukan pertama dalam kategori masing-masing, ia bukan jaminan pingat emas temasya di Birmingham itu akan menjadi milik mereka.

Usaha keras Muhammad Jafri berbaloi

Posted: 11 Dec 2021 04:35 AM PST

KUALA LUMPUR: Tiada istilah putus asa buat penyerang Penang FC (PFC), Muhammad Jafri Firdaus Chew meskipun kehadirannya diragui sebahagian besar peminat selepas bergelut mendapatkan prestasi terbaik pada awal musim.

Konsistensi cabaran besar Aaron-Wooi Yik di Sepanyol

Posted: 11 Dec 2021 04:34 AM PST

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui masalah konsistensi yang menghantui mereka selama ini menjadi halangan utama dalam usaha merangkul gelaran pertama di pentas antarabangsa.

Enam pelajar MRSM digantung sekolah dua minggu

Posted: 10 Dec 2021 09:44 PM PST

PADANG TERAP: Enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang dikenal pasti terbabit dalam kes buli seperti rakaman video tular di media sosial semalam digantung persekolahan serta merta selama dua minggu.

Kes buli: Empat lagi pelajar ditahan

Posted: 11 Dec 2021 03:15 AM PST

IPOH: Empat lagi pelajar ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden buli di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, menjadikan kesemuanya 10 pelajar ditahan setakat ini.

Giliran Muhammad Erry menyinar di Uzbekistan

Posted: 11 Dec 2021 04:08 AM PST

KUALA LUMPUR: Skuad angkat berat kebangsaan terus menyinar apabila giliran Muhammad Erry Hidayat pula merangkul pingat perak, pada Kejohanan Kelayakan Sukan Komanwel 2022 di Tashkent, Uzbekistan, malam tadi.

Atlet muay Thai negara terus cemerlang di Bangkok

Posted: 11 Dec 2021 04:07 AM PST

BANGKOK: Skuad Muay Thai Malaysia terus menampilkan aksi cemerlang apabila meraih dua lagi pingat emas pada Kejohanan Muay Thai Dunia 2021 di sini, hari ini.

298 kes baharu mempunyai varian membimbangkan

Posted: 11 Dec 2021 03:37 AM PST

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesan 298 kes baharu yang mempunyai varian membimbangkan (VOC), pada 19 November lalu.

Dua rakan ditahan bawa senjata ke Pulau Besar

Posted: 11 Dec 2021 03:56 AM PST

MELAKA: Polis menahan dua rakan, termasuk seorang wanita selepas didapati membawa pelbagai jenis senjata antaranya keris ke Pulau Besar di sini.

UMNO mahu Muafakat Nasional diperkukuh di Selangor

Posted: 11 Dec 2021 03:48 AM PST

TANJUNG KARANG: UMNO mahu mengelakkan pertembungan dengan PAS di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Penipuan dalam talian di Melaka libat kerugian RM17.98 juta

Posted: 11 Dec 2021 03:48 AM PST

MELAKA: Indeks jenayah dalam talian di Melaka merekodkan sebanyak 767 kes pada Januari hingga November lalu dengan nilai kerugian kira-kira RM17.98 juta membabitkan pelbagai penipuan seperti pelaburan, pinjaman tidak wujud, Macau Scam, love scam dan belian dalam talian.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template