BH Online - Terkini |
- 3,900 kes COVID-19 hari ini
- 13 peratus remaja, wanita B40 di ibu kota tidak mampu beli tuala wanita
- KBS setuju tangguh pelaksanaan had umur belia
- Pejalan kaki maut dirempuh MPV
- Lulus pinda Perlembagaan Persekutuan MA63 bukti semangat kesatuan - PM
- CRM tawar penurunan harga projek ETS Gemas-JB 22 peratus
- Panik anak diculik 6 jam
- 5G: DNB tak sama dengan 1MDB
- Teliti semula cadangan pinda RUU Akta 342
- Briged Tengah PGA rekod 176 serbuan, rampasan bernilai RM97.5 juta
- 'Semua negara perlu bersedia hadapi pandemik baharu'
- 47 maahad tahfiz di Kuala Selangor tiada kelulusan MPKS
- 28 sudah dikompaun kerana langgar harga kawalan Keluarga Malaysia
- Malaysia tidak iktiraf mata wang kripto - MOF
- Prebet Sapu ambil risiko
- MAFI keluarkan 166,799 surat kebenaran rentas negeri PKP
- Rela hidu bau busuk, demi gambar selfie yang menarik
- TERKINI: 21 PATI selamat, 10 mati, 29 mangsa bot karam masih hilang
- 10 lemas, 46 masih hilang selepas bot seludup PATI karam
- PERKESO gantung bayaran tuntutan PSU 8,133 majikan
- Tekanan emosi penyebab sakit belakang
- 88,000 warga Hong Kong memohon visa penempatan semula British
- Kanak-kanak berusia 6 tahun tanam sayur
- 11 pesakit jantung jalani pembedahan percuma di CVSKL
- Anak mati jatuh kondominium, ibu hadapi tuduhan cuai
- 'Serangan militan Sulu terhadap Sabah hanya dakwaan palsu'
- Sri Pahang dapat tajaan RM1.13 juta
- Rakyat lebih penting berbanding keluarga saya - Abang Johari
- Pemenang bidaan harta Sajat hanya pembantu peribadi usahawan bergelar Datuk Seri
- Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
| Posted: 14 Dec 2021 09:50 PM PST PUTRAJAYA: Kes harian COVID-19 kembali di bawah paras 4,000 dengan 3,900 kes dilaporkan setakat jam 12 tengah hari ini. |
| 13 peratus remaja, wanita B40 di ibu kota tidak mampu beli tuala wanita Posted: 14 Dec 2021 09:46 PM PST KUALA LUMPUR: Kajian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkaitan kemiskinan haid membabitkan remaja perempuan dan wanita daripada kumpulan B40 sekitar ibu negara, mendapati 13.1 peratus daripada golongan itu tidak mampu membeli tuala wanita berikutan harga yang mahal. |
| KBS setuju tangguh pelaksanaan had umur belia Posted: 14 Dec 2021 04:20 PM PST PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersetuju menangguhkan pewartaan dan penguatkuasaan had umur belia yang dijadualkan akan dilaksanakan pada 1 Januari ini, pada satu tarikh lain. |
| Pejalan kaki maut dirempuh MPV Posted: 14 Dec 2021 09:38 PM PST MELAKA: Seorang pejalan kaki maut selepas dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian di tapak pasar malam Kampung Lapan di sini, malam tadi. |
| Lulus pinda Perlembagaan Persekutuan MA63 bukti semangat kesatuan - PM Posted: 14 Dec 2021 09:37 PM PST KUALA LUMPUR: Kelulusan dengan majoriti lebih dua pertiga Rang Undang-Undang (RUU) meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Dewan Rakyat semalam, bukti semangat kesatuan dalam perbezaan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. |
| CRM tawar penurunan harga projek ETS Gemas-JB 22 peratus Posted: 14 Dec 2021 09:34 PM PST KUALA LUMPUR: Kerajaan melantik syarikat CRRC Rolling Stock (Malaysia) Sdn Bhd (CRM) bagi perolehan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) satu set enam gerabak yang baharu selepas syarikat itu menawarkan penurunan harga sebanyak 22 peratus. |
| Posted: 14 Dec 2021 09:37 PM PST ISKANDAR PUTERI: Sepasang suami isteri trauma selepas anak sulung mereka yang berusia 7 tahun hilang dipercayai diculik di hadapan kediaman mereka di Taman Teratai, di sini, petang semalam. |
| Posted: 14 Dec 2021 09:20 PM PST KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan memberi jaminan proses pemberian kontrak pelaksanaan 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB) berbeza berbanding dengan proses yang dilaksanakan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB). |
| Teliti semula cadangan pinda RUU Akta 342 Posted: 14 Dec 2021 09:26 PM PST KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mahu cadangan terhadap pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) diteliti semula. |
| Briged Tengah PGA rekod 176 serbuan, rampasan bernilai RM97.5 juta Posted: 14 Dec 2021 08:34 PM PST KUALA LUMPUR: Sindiket penyeludupan kini dikesan sentiasa mengubah taktik dan modus operandi kegiatan mereka dalam usaha mengaburi pihak berkuasa. |
| 'Semua negara perlu bersedia hadapi pandemik baharu' Posted: 14 Dec 2021 09:06 PM PST PUTRAJAYA: Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju semua negara perlu lebih bersedia dalam menghadapi pandemik baharu pada masa depan termasuk membabitkan penghasilan vaksin melawan wabak. |
| 47 maahad tahfiz di Kuala Selangor tiada kelulusan MPKS Posted: 14 Dec 2021 08:55 PM PST KUALA SELANGOR: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mendapati 47 maahad tahfiz persendirian di daerah ini tidak mempunyai kelulusan pelan pemajuan daripada pihaknya. |
| 28 sudah dikompaun kerana langgar harga kawalan Keluarga Malaysia Posted: 14 Dec 2021 09:03 PM PST KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan 28 kompaun berjumlah RM7,900 terhadap peniaga yang melanggar peraturan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang dikuatkuasakan di seluruh negara, sejak 7 Disember lalu. |
| Malaysia tidak iktiraf mata wang kripto - MOF Posted: 14 Dec 2021 07:21 PM PST KUALA LUMPUR: Malaysia tidak mengiktiraf penggunaan mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum sebagai mata wang yang sah diperlakukan untuk digunakan dalam urus niaga harian. |
| Posted: 14 Dec 2021 09:00 PM PST KUALA LUMPUR: Dua tahun diperam akibat kekangan bajet disusuli impak pandemik COVID-19, filem berbajet rendah, Prebet Sapu yang bakal mewakili Malaysia pada Anugerah Akademi Ke-94 di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat (AS) tahun depan, menemui penonton di pawagam, mulai esok. |
| MAFI keluarkan 166,799 surat kebenaran rentas negeri PKP Posted: 14 Dec 2021 08:57 PM PST KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengeluarkan 166,769 surat kebenaran merentas daerah dan negeri kepada pengusaha pertanian sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelak pembaziran hasil pertanian. |
| Rela hidu bau busuk, demi gambar selfie yang menarik Posted: 14 Dec 2021 08:16 PM PST SUNGAI PETANI: Bau busuk nyata tidak menghalang orang ramai daripada untuk mengabadikan foto dengan pemandangan indah 'lautan' kiambang yang memenuhi loji kumbahan Jalan Bakar Sampah dekat Paya Nahu, di sini. |
| TERKINI: 21 PATI selamat, 10 mati, 29 mangsa bot karam masih hilang Posted: 14 Dec 2021 08:24 PM PST KOTA TINGGI: Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesahkan 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) selamat, manakala 10 ditemui mati, sementara 29 masih hilang dalam kejadian bot pancung terbalik di perairan Tanjung Balau, di sini, awal pagi tadi. |
| 10 lemas, 46 masih hilang selepas bot seludup PATI karam Posted: 14 Dec 2021 06:43 PM PST KOTA TINGGI: Sekurang-kurangnya 10 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) lemas, manakala 46 lagi masih hilang selepas bot pancung yang menyeludup mereka terbalik dan karam di perairan Tanjung Balau di sini, awal pagi tadi. |
| PERKESO gantung bayaran tuntutan PSU 8,133 majikan Posted: 14 Dec 2021 08:28 PM PST KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menggantung pembayaran tuntutan faedah program subsidi upah (PSU) kepada 8,133 majikan yang didapati melanggar terma dan syarat iaitu menghentikan pekerja selepas menerima bantuan itu. |
| Tekanan emosi penyebab sakit belakang Posted: 14 Dec 2021 08:06 PM PST KAJIAN menunjukkan 50 hingga 80 peratus ibu mengandung mengalami masalah sakit pinggang ketika hamil. |
| 88,000 warga Hong Kong memohon visa penempatan semula British Posted: 14 Dec 2021 08:15 PM PST HONG KONG: Hampir 90,000 warga Hong Kong memohon penempatan semula di Britain di bawah skim visa baharu yang menawarkan laluan mendapatkan kewarganegaraan negara itu. |
| Kanak-kanak berusia 6 tahun tanam sayur Posted: 14 Dec 2021 05:26 PM PST SLIM RIVER: Minat menanam sayur dilakukan kanak-kanak, Muhammad Afiq Aryan Rosman, 6, agak jarang dipraktikkan golongan seusianya dalam usaha meringankan beban perbelanjaan keluarga. |
| 11 pesakit jantung jalani pembedahan percuma di CVSKL Posted: 14 Dec 2021 05:41 PM PST KOS rawatan penyakit jantung memang tinggi tetapi sedaya upaya diusahakan untuk melihat insan tersayang menjalani kehidupan lebih sihat. |
| Anak mati jatuh kondominium, ibu hadapi tuduhan cuai Posted: 14 Dec 2021 07:41 PM PST SELAYANG: Ibu kandung budak lelaki berusia lima tahun yang maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Batu Caves pada 17 November lalu, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan mengabaikan mangsa. |
| 'Serangan militan Sulu terhadap Sabah hanya dakwaan palsu' Posted: 14 Dec 2021 08:05 PM PST IPOH: Dakwaan kononnya militan Sulu mahu melakukan serangan ke atas Sabah hanya manipulasi yang dilakukan pihak tertentu untuk mencetuskan kebimbangan orang ramai khasnya penduduk Sabah. |
| Sri Pahang dapat tajaan RM1.13 juta Posted: 14 Dec 2021 08:00 PM PST KUANTAN: Sri Pahang FC (SPFC) menerima tajaan RM1.13 juta daripada syarikat Hakka Clo Plt selama dua musim bagi mengharungi saingan Liga Super musim 2022/2023. |
| Rakyat lebih penting berbanding keluarga saya - Abang Johari Posted: 14 Dec 2021 05:47 AM PST SRI AMAN: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg mengakui seorang calon parti lawan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga adalah anak saudaranya namun itu tidak bermakna beliau memberikan sokongan. |
| Pemenang bidaan harta Sajat hanya pembantu peribadi usahawan bergelar Datuk Seri Posted: 14 Dec 2021 06:56 PM PST KUALA LUMPUR: Pemenang yang menghilangkan diri selepas memenangi bidaan harta mudah alih usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat, disahkan sebagai pembantu peribadi seorang lagi usahawan kosmetik bergelar Datuk Seri. |
| Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini Posted: 14 Dec 2021 07:08 PM PST KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, didorong oleh kegiatan memburu saham berharga rendah selepas pasaran menyaksikan jualan besar-besaran semalam, sekali gus mengetepikan prestasi lemah semalaman yang dicatatkan di Wall Street. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment