BH Online - Terkini |
- Labuan IBFC majikan kolar putih terbesar
- Jangan 'cacatkan' pindaan akta - Khairy
- Dominic jawab kritikan letak tangan di belakang
- 'Kering air mata tangisi perpisahan' - Shakilla
- MOF, DNB digesa perjelas isu monopoli 5G
- Digitalisasi bantu Irene Aquarium jana lebih pendapatan
- Vaksin Sinovac tidak beri perlindungan lawan Omicron
- Bendung jenayah, pasaran gelap lonjak ekonomi Sarawak
- 6 individu didakwa culik, kurung dan pukul pasangan suami isteri
- Mercedes-Benz jangka prestasi lebih baik tahun hadapan
- Satu daripada lima rakyat Malaysia hidup dengan pradiabetes
- Tiga individu minat beli muntah paus
- Indonesia naikkan cukai rokok
- Gaji Guan Eng RM44,375 sebulan jadi Ketua Menteri - Saksi
- Maklumat risikan dedah 175,000 askar Russia bersiap serang Ukraine
- Barang peribadi PATI mangsa bot karam bertaburan di pantai Tanjung Balau
- Kaligrafi Arab dimasukkan dalam senarai warisan UNESCO
- Reman pegawai SPRM terbabit kes rompakan, disambung
- Bantuan Khas Sarawakku Sayang bantu rakyat terkesan COVID-19
- 'Guna warna biru BN hanya kebetulan'
- Simpan SSPN tawar pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000
- Bina Puri, Sabah Electricity meterai perjanjian tenaga
- 1.3 juta peluang pekerjaan disediakan tahun lalu
- Maybank Kim Eng kini dikenali Maybank Investment Banking
- Kombinasi S.A.L.A sandaran terbaik robek gawang Garuda
- Geng Dubuk lakukan 20 kes samun, ragut tumpas
- Pengeluaran getah asli susut 5.9 peratus dalam 10 bulan
| Labuan IBFC majikan kolar putih terbesar Posted: 15 Dec 2021 01:20 AM PST KUALA LUMPUR: Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) terus berkembang maju dengan ia disertai ribuan syarikat aktif dan ratusan institusi kewangan sejak penubuhannya 25 tahun lalu. |
| Jangan 'cacatkan' pindaan akta - Khairy Posted: 14 Dec 2021 11:19 PM PST SRI AMAN: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta semua ahli Parlimen terutama pembangkang supaya tidak 'mencacatkan' pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). |
| Dominic jawab kritikan letak tangan di belakang Posted: 15 Dec 2021 01:14 AM PST KUALA LUMPUR: Pertahanan tengah negara, Dominic Tan menegaskan dia tidak perlu membuktikan apa-apa kerana keutamaan ketika ini adalah bermain demi negara. |
| 'Kering air mata tangisi perpisahan' - Shakilla Posted: 15 Dec 2021 12:55 AM PST KUALA LUMPUR: Terlalu peribadi mendedahkan punca perpisahan, pelakon Shakilla Khoriri, 32, akur jodohnya dengan pengacara dan penyampai radio Suria FM, Fizi Ali, 32, berakhir dengan perpisahan. |
| MOF, DNB digesa perjelas isu monopoli 5G Posted: 15 Dec 2021 01:03 AM PST KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) dan Digital Nasional Berhad (DNB) digesa tampil memberi penjelasan terperinci kepada Kabinet dan rakyat berhubung pelbagai persoalan dan isu berbangkit berkenaan pelaksanaan teknologi 5G. |
| Digitalisasi bantu Irene Aquarium jana lebih pendapatan Posted: 15 Dec 2021 01:02 AM PST IRENE Aquarium adalah perniagaan kedai haiwan peliharaan yang diasaskan lebih 20 tahun lalu. |
| Vaksin Sinovac tidak beri perlindungan lawan Omicron Posted: 15 Dec 2021 12:55 AM PST HONG KONG: Vaksin dihasilkan Sinovac Biotech Ltd, yang juga antara paling banyak digunakan di dunia, tidak menghasilkan antibodi mencukupi untuk meneutralkan varian COVID-19 Omicron. |
| Bendung jenayah, pasaran gelap lonjak ekonomi Sarawak Posted: 15 Dec 2021 12:54 AM PST KUALA LUMPUR: Komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sarawak untuk mengekalkan kadar rendah jenayah boleh disokong menerusi lebih banyak inisiatif untuk menangani jenaya ekonomi seperti rokok seludup bagi mencapai pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran yang lebih lagi, kata bekas Ketua Polis Negeri Sarawak, Datuk Dr Yusoff Nook, dalam satu kenyataan hari ini. |
| 6 individu didakwa culik, kurung dan pukul pasangan suami isteri Posted: 15 Dec 2021 12:53 AM PST MELAKA: Enam individu termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini, kerana menculik, mengurung dan memukul sepasang suami isteri pada 8 Disember lalu. |
| Mercedes-Benz jangka prestasi lebih baik tahun hadapan Posted: 15 Dec 2021 12:51 AM PST KUALA LUMPUR: Mercedes-Benz Malaysia (MBM) optimis, 2022 akan menjadi tahun yang akan mengembalikan sinar kepada industri automotif khususnya jenama premium dari Jerman di pasaran domestik. |
| Satu daripada lima rakyat Malaysia hidup dengan pradiabetes Posted: 14 Dec 2021 11:40 PM PST PEMANTAUAN awal dan peka mengenai paras gula dalam darah amat perlu bagi mencegah serta mengehadkan komplikasi diabetes. |
| Tiga individu minat beli muntah paus Posted: 15 Dec 2021 12:37 AM PST CHUKAI: Tiga individu berminat untuk membeli muntah ikan paus yang ditemui Aida Zurina Long. |
| Posted: 15 Dec 2021 12:38 AM PST JAKARTA: Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati, mengumumkan kenaikan kadar cukai rokok sebanyak 12 peratus berkuat kuasa 1 Januari 2022, lapor laman berita Kompas semalam. |
| Gaji Guan Eng RM44,375 sebulan jadi Ketua Menteri - Saksi Posted: 15 Dec 2021 12:23 AM PST KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, diberitahu Lim Guan Eng menerima gaji dan elaun berjumlah RM44,375 sebulan ketika memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dari Mac 2008 hingga Mei 2018. |
| Maklumat risikan dedah 175,000 askar Russia bersiap serang Ukraine Posted: 15 Dec 2021 12:30 AM PST WASHINGTON: Minggu kedua Disember menjadi detik paling getir buat Ukraine selepas Russia dilihat semakin ghairah mempersiapkan pasukan tenteranya bagi menyerang negara itu. |
| Barang peribadi PATI mangsa bot karam bertaburan di pantai Tanjung Balau Posted: 14 Dec 2021 11:24 PM PST KOTA TINGGI: Pelbagai barangan peribadi dipercayai milik mangsa bot pancung yang karam ketika menyeludup 60 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia ke negara ini, bertaburan di tepi pantai perairan Tanjung Balau di sini. |
| Kaligrafi Arab dimasukkan dalam senarai warisan UNESCO Posted: 14 Dec 2021 04:49 PM PST DUBAI: Kaligrafi Arab diisytiharkan sebagai Warisan Budaya Turun Temurun oleh Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). |
| Reman pegawai SPRM terbabit kes rompakan, disambung Posted: 15 Dec 2021 12:10 AM PST KUALA LUMPUR: Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan polis selepas disyaki terbabit kes rompakan berkumpulan pada Jumaat lalu, disambung reman selama lima hari sehingga Isnin ini. |
| Bantuan Khas Sarawakku Sayang bantu rakyat terkesan COVID-19 Posted: 15 Dec 2021 12:06 AM PST LEBIH RM5.6 bilion dibelanjakan Kerajaan Sarawak bagi melaksanakan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) untuk membantu rakyat yang terkesan akibat COVID-19. |
| 'Guna warna biru BN hanya kebetulan' Posted: 15 Dec 2021 12:01 AM PST KUCHING: Calon Bebas yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut, Khairul Ahmat, menjelaskan penggunaan warna biru Barisan Nasional (BN) sebagai tema kempennya sebagai satu kebetulan. |
| Simpan SSPN tawar pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 Posted: 15 Dec 2021 12:01 AM PST MASA depan anak menjadi keutamaan setiap ibu bapa. |
| Bina Puri, Sabah Electricity meterai perjanjian tenaga Posted: 15 Dec 2021 12:01 AM PST KUALA LUMPUR: Bina Puri Holdings Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, BP Energy Sdn Bhd (BP Energy) telah memeterai Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk memulakan projek tenaga pertamanya di Malaysia. |
| 1.3 juta peluang pekerjaan disediakan tahun lalu Posted: 14 Dec 2021 11:55 PM PST KERAJAAN Sarawak menyediakan 1.3 juta peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang, tahun lalu dalam usaha merapatkan jurang pendapatan antara penduduk bandar dan luar bandar di negeri itu. |
| Maybank Kim Eng kini dikenali Maybank Investment Banking Posted: 14 Dec 2021 11:54 PM PST KUALA LUMPUR: Kumpulan Maybank Kim Eng merancang menyelaraskan nama jenama dan entitinya kepada Maybank sebagai jenama induk, menggugurkan Kim Eng daripada nama dan logo, dan kini dikenali sebagai Maybank Investment Banking Group (Maybank IBG). |
| Kombinasi S.A.L.A sandaran terbaik robek gawang Garuda Posted: 14 Dec 2021 11:53 PM PST KUALA LUMPUR: Magis empat pemain generasi baharu skuad kebangsaan - Muhammad Safawi Rasid (S), Muhammad Akhyar Abdul Rashid (A), Luqman Hakim Shamsudin (L) dan Arif Aiman Mohd Hanapi (A) ditagih pada aksi hidup mati menentang Indonesia, Ahad ini. |
| Geng Dubuk lakukan 20 kes samun, ragut tumpas Posted: 14 Dec 2021 11:41 PM PST KLANG: Sekumpulan empat penjenayah yang biasanya menyamun dan meragut mangsa bergerak secara sendirian terutama wanita ditahan polis pada 9 Disember lalu. |
| Pengeluaran getah asli susut 5.9 peratus dalam 10 bulan Posted: 14 Dec 2021 11:41 PM PST KUALA LUMPUR: Prestasi pertumbuhan pengeluaran getah asli Malaysia mencatatkan penurunan 5.9 peratus tahun ke tahun kepada 397,486 tan dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini daripada 422,324 tan tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM). |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment