BH Online - Terkini |
- Bank sedia bantu peminjam terjejas banjir - Tengku Zafrul
- Ee Yi-Yew Sin tekad tebus kecewa tahun depan
- Perbelanjaan kelab Liga M dijangka turun musim depan
- 'Segera bawa keluar mangsa banjir terkandas'
- Maybank tawar bantuan pelanggan, PKS terjejas banjir
- TNB tutup sementara 333 pencawang untuk keselamatan
- Plaza Tol Shah Alam masih ditutup
- Pelancong terkandas di Taman Negara dibawa keluar
- Giliran Kedah pula sambar pemain TFC
- Melaka United umum skuad hujung tahun ini
- Tengkorak manusia ditemui di tepi jalan
- Sambutan hari peladang ditangguhkan
- Banjir: Khairulazhan, Syahmi hanya mampu berdoa dari jauh
- GPS menang kerusi DUN Mulu
- Hanya 3,108 kes COVID-19 hari ini
- Risiko dijangkiti Omicron 5 kali lebih tinggi berbanding Delta
- Piala Suzuki: Thailand jadi pilihan utama juara
- Naik bumbung pun tak selamat
- 6 mangsa banjir di Kelantan positif COVID-19
- Sungai Bidor melimpah, 26 dipindahkan
- Kawalan ketat di sempadan kesan Long Tiger
- Lebih 30,000 mangsa banjir
- 'Saya reda kehilangan isteri, anak-anak' - Abd Razak
- Paip pecah akibatkan tanah runtuh
- 'Cuti kecemasan untuk kakitangan awam, swasta mangsa banjir'
- Rumah Ebby Yus dihanyutkan air
- Atlet Tawau cemerlang olahraga tertutup kebangsaan
- Lebih 14,000 mangsa banjir di Pahang
- Azroy Hakeem juara Cub Prix Malaysia
- Taufan Rai di Filipina ragut hampir 100 nyawa
| Bank sedia bantu peminjam terjejas banjir - Tengku Zafrul Posted: 19 Dec 2021 03:53 AM PST KUALA LUMPUR: Sektor perbankan bersedia menawarkan program bantuan pembayaran kepada peminjam yang terkesan akibat banjir, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. |
| Ee Yi-Yew Sin tekad tebus kecewa tahun depan Posted: 19 Dec 2021 03:45 AM PST KUALA LUMPUR: Impian beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin untuk merangkul gelaran dunia masih belum terpadam biarpun terkandas di separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia 2021 di Huelva, Sepanyol. |
| Perbelanjaan kelab Liga M dijangka turun musim depan Posted: 19 Dec 2021 03:50 AM PST KUALA LUMPUR: Perbelanjaan pasukan Liga Malaysia (Liga M) untuk menghadapi saingan musim depan dijangka menurun antara 20 hingga 30 peratus. |
| 'Segera bawa keluar mangsa banjir terkandas' Posted: 19 Dec 2021 03:50 AM PST DENGKIL: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menitahkan |
| Maybank tawar bantuan pelanggan, PKS terjejas banjir Posted: 19 Dec 2021 03:47 AM PST KUALA LUMPUR: Maybank menawarkan Bantuan Sokongan Banjir kepada individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta pelanggan bukan runcit lain yang terjejas akibat banjir. |
| TNB tutup sementara 333 pencawang untuk keselamatan Posted: 19 Dec 2021 03:41 AM PST KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup sementara 333 pencawang elektrik atas faktor keselamatan di Pahang, Kelantan, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan berikutan banjir melanda negeri terbabit sejak semalam. |
| Plaza Tol Shah Alam masih ditutup Posted: 19 Dec 2021 03:32 AM PST KUALA LUMPUR: Plaza Tol dan Persimpangan Bertingkat Shah Alam masih ditutup berikutan kejadian banjir kilat yang berlaku semalam. |
| Pelancong terkandas di Taman Negara dibawa keluar Posted: 19 Dec 2021 03:10 AM PST JERANTUT: Seramai 158 pelancong tempatan yang terkandas di Taman Negara, Kuala Tahan dekat sini dibawa keluar kerana peningkatan paras air di Hulu Tembeling. |
| Giliran Kedah pula sambar pemain TFC Posted: 19 Dec 2021 03:06 AM PST KUALA TERENGGANU: Tonggak tengah kelahiran Ivory Coast, Dechi Marcel mengakui sukar menolak tawaran Kedah Darul Aman FC (KDA FC) selepas pengurusan kelab itu menyatakan minat mendalam untuk mendapatkan khidmatnya musim depan. |
| Melaka United umum skuad hujung tahun ini Posted: 19 Dec 2021 03:06 AM PST MELAKA: Barisan pemain dan kejurulatihan Melaka United FC (MUFC) yang bakal menunjangi pasukan berkenaan pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan, akan diumumkan sebelum penghujung tahun ini. |
| Tengkorak manusia ditemui di tepi jalan Posted: 19 Dec 2021 03:00 AM PST PENDANG: Tengkorak dipercayai milik manusia ditemui orang awam di tepi jalan Simpang Tiga, Pasar Tani di sini, hari ini. |
| Sambutan hari peladang ditangguhkan Posted: 19 Dec 2021 02:58 AM PST KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2021 yang bakal berlangsung secara hibrid di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) selama tiga hari bermula 21 Disember ini, ditangguhkan. |
| Banjir: Khairulazhan, Syahmi hanya mampu berdoa dari jauh Posted: 19 Dec 2021 02:57 AM PST KUALA LUMPUR: Dua pemain skuad Harimau Malaya, Khairulazhan Khalid dan Syahmi Safari yang sedang menggalas tugas negara saingan Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura hanya mampu berdoa dari jauh buat keluarga mereka yang ketika ini dilanda bencana banjir. |
| Posted: 18 Dec 2021 08:23 PM PST KUCHING: Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N78 Mulu yang tertangguh malam tadi, menyaksikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya mengekalkan kerusi berkenaan. |
| Hanya 3,108 kes COVID-19 hari ini Posted: 19 Dec 2021 12:26 AM PST PUTRAJAYA: Kes penularan COVID-19 di negara ini kembali di bawah 4,000 iaitu 3,108 kes setakat jam 12 tengah hari ini, berbanding 4,083 kes semalam. |
| Risiko dijangkiti Omicron 5 kali lebih tinggi berbanding Delta Posted: 19 Dec 2021 02:52 AM PST LONDON: Risiko dijangkiti COVID-19 varian Omicron adalah lima kali lebih lebih tinggi berbanding Delta dan tiada bukti kesannya kurang teruk. |
| Piala Suzuki: Thailand jadi pilihan utama juara Posted: 19 Dec 2021 02:50 AM PST KUALA LUMPUR: Prestasi cemerlang yang dipamerkan Thailand sepanjang saingan peringkat kumpulan meletakkan mereka selaku pilihan utama untuk muncul juara Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura. |
| Posted: 19 Dec 2021 02:32 AM PST KUANTAN: Berada di bumbung disangka sudah cukup tinggi. Ternyata tetap tidak selamat buat dua beranak yang terperangkap banjir di Kampung Batu Sawar, Bukit Kuin, di sini. |
| 6 mangsa banjir di Kelantan positif COVID-19 Posted: 19 Dec 2021 02:07 AM PST KOTA BHARU: Seramai enam mangsa banjir yang dikesan dijangkiti COVID-19 dan dipindahkan ke Hospital Gua Musang sehingga semalam. |
| Sungai Bidor melimpah, 26 dipindahkan Posted: 18 Dec 2021 10:15 PM PST TELUK INTAN: Limpahan air Sungai Bidor akibat hujan berterusan sejak semalam menyebabkan dua kawasan di Changkat Jong di sini, ditenggelami air, hari ini. |
| Kawalan ketat di sempadan kesan Long Tiger Posted: 19 Dec 2021 12:13 AM PST JELI: Pemeriksaan polis di sempadan Kelantan-Thailand diperketatkan dalam usaha mengekang seorang lelaki dikenali sebagai 'Long Tiger' yang melarikan diri ketika di mahkamah baru-baru ini lolos ke negara jiran. |
| Posted: 19 Dec 2021 02:39 AM PST PUTRAJAYA: Jumlah mangsa banjir di lapan negeri di Semenanjung meningkat dari 27,214 individu ke 30,930 mangsa, setakat jam 6 petang tadi. |
| 'Saya reda kehilangan isteri, anak-anak' - Abd Razak Posted: 19 Dec 2021 02:25 AM PST SHAH ALAM: "Walaupun perit untuk menerima kenyataan ini, saya reda dengan ujian Allah dan berdoa agar roh isteri serta anak-anak ditempatkan dalam kalangan orang beriman". |
| Paip pecah akibatkan tanah runtuh Posted: 19 Dec 2021 02:13 AM PST KUALA LUMPUR: Satu kejadian tanah runtuh dikesan berlaku berhampiran Pangsapuri Teratai di Bandar Baru Selayang, dekat Gombak, malam tadi. |
| 'Cuti kecemasan untuk kakitangan awam, swasta mangsa banjir' Posted: 18 Dec 2021 11:08 PM PST KLANG: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan cuti kecemasan kepada semua kakitangan awam yang terkesan akibat bencana banjir. |
| Rumah Ebby Yus dihanyutkan air Posted: 19 Dec 2021 01:59 AM PST KUALA LUMPUR: Mahligai impian dibina pelawak, Ebby Yus hasil titik peluh lebih tiga dekad mengabdikan diri dalam dunia seni, musnah sekelip mata apabila dihanyutkan air deras dalam bencana banjir di Kuala Langat, Selangor, semalam. |
| Atlet Tawau cemerlang olahraga tertutup kebangsaan Posted: 19 Dec 2021 02:05 AM PST KUALA LUMPUR: Atlet lompat tinggi Sabah, Mohamad Eizlan Dahalan puas apabila dapat memperbaharui rekod peribadi terbaiknya ketika mengungguli saingan pada Kejohanan Olahraga Tertutup Kebangsaan di Stadium Mini MSN Bukit Jalil, di sini, hari ini. |
| Lebih 14,000 mangsa banjir di Pahang Posted: 19 Dec 2021 02:01 AM PST KUANTAN: Seramai 14,143 mangsa banjir ditempatkan di 186 pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang setakat jam 4.30 petang, hari ini. |
| Azroy Hakeem juara Cub Prix Malaysia Posted: 19 Dec 2021 01:56 AM PST KUALA LUMPUR: Selepas mengharungi pelbagai cabaran dalam saingan Pusingan 10 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS, pelumba Honda Yuzy Idemitsu Team, Azroy Hakeem Anuar akhirnya dinobatkan sebagai juara keseluruhan kelas CP150, hari ini. |
| Taufan Rai di Filipina ragut hampir 100 nyawa Posted: 18 Dec 2021 06:43 PM PST MANILA: Sekurang-kurangnya 99 mangsa dilaporkan terbunuh dalam Taufan Rai iaitu yang terburuk pernah melanda Filipina sepanjang tahun ini, manakala 300,000 lagi terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment