BH Online - Terkini |
- Sarjan Lee tipu RM108,500
- Mahkamah tolak rayuan kerajaan tangguh perintah isu kerakyatan
- Pergerakan tanah dikesan di susur keluar Bulatan Melawati - MBSA
- SME Corp tawar Pembiayaan Digital PMKS, RM10 juta
- Kutipan sampah meningkat 10 kali ganda selepas banjir
- Kadar inflasi 3.3 peratus pada November
- PROTON tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir
- Banjir lumpur Bentong: Mayat budak tersangkut timbunan kayu hanyut
- TNB peruntuk RM44 juta baik pulih, bantu mangsa banjir
- Peningkatan kes Omicron tekanan kepada hospital
- UMNO Beluran sokong Ismail Sabri kekal Perdana Menteri
- Banjir: 210 lokasi terjejas di enam negeri - NADMA
- Singapura beku jualan tiket VTL ke Malaysia
- Dua termasuk kanak-kanak dikhuatiri lemas
- 2 disiasat seleweng RM48,000 masuk akaun sendiri
- Penduduk resah tebing Sungai Kurau semakin terhakis
- Banjir di Pahang bertambah buruk, jumlah mangsa meningkat
- Apple sedia bantu Malaysia hadapi pasca banjir
- 10 sungai di Pahang terus catat paras air bahaya
- Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Osman Sapian
- Pasukan Polis Marin rampas rokok seludup bernilai RM750,000
- Hasmah mahu terus hidupkan Sarang Art Hub
- Lans koperal cedera dihempap besi khemah sekatan jalan
- Indonesia pertimbang ubah peraturan kuarantin
- Jambatan runtuh akibat hakisan
- Operasi menyelamat mangsa banjir di Selangor lancar - Bomba
- Paras air di Taman Sri Muda semakin surut - NADMA
- Banjir lumpur Bentong: Mayat budak lelaki ditemui
- 100 pejuang ISWAP terbunuh di Nigeria
- Tiada arahan berpindah, penduduk diminta waspada
| Posted: 21 Dec 2021 10:41 PM PST SEREMBAN: Seorang pesara kerugian lebih RM100,000 apabila diperdayakan sindiket macau scam yang mendakwa wang dalam akaun miliknya adalah wang haram dan tidak berdaftar. |
| Mahkamah tolak rayuan kerajaan tangguh perintah isu kerakyatan Posted: 21 Dec 2021 10:40 PM PST PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, menolak permohonan kerajaan untuk menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi berhubung isu kerakyatan anak dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing. |
| Pergerakan tanah dikesan di susur keluar Bulatan Melawati - MBSA Posted: 21 Dec 2021 10:35 PM PST SHAH ALAM: Pengguna jalan raya yang melalui Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 15 menuruni Bulatan Melawati keluar ke Lebuhraya Persekutuan arah Klang, di sini, diminta untuk berhati-hati serta memperlahankan kenderaan masing-masing. |
| SME Corp tawar Pembiayaan Digital PMKS, RM10 juta Posted: 21 Dec 2021 10:31 PM PST KUALA LUMPUR: SME Corporation Malaysia (SME Corp) memperkenalkan program pembiayaan baharu dikenali Pembiayaan Digital PMKS dengan dana permulaan RM10 juta, sejajar dengan tema Pameran Tahunan PMKS (SMIDEX 2021) iaitu 'Bangkit Kembali'. |
| Kutipan sampah meningkat 10 kali ganda selepas banjir Posted: 21 Dec 2021 10:22 PM PST Dengkil: Kutipan sampah di daerah ini dan Salak menunjukkan peningkatan 10 kali ganda berikutan kejadian banjir yang melanda di kawasan itu. |
| Kadar inflasi 3.3 peratus pada November Posted: 21 Dec 2021 10:21 PM PST PUTRAJAYA: Peningkatan kadar inflasi tidak dapat dielakkan dan selari dengan kenaikan harga bahan api dan makanan global, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). |
| PROTON tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir Posted: 21 Dec 2021 10:06 PM PST KUALA LUMPUR: PROTON akan membantu semua pemilik model keluarannya yang mengalami kerosakan akibat banjir baru-baru ini dengan menawarkan diskaun 20 peratus bagi alat ganti tertentu serta diskaun 20 peratus untuk caj buruh kepada pelanggan yang membuat laporan polis berhubung insiden itu. |
| Banjir lumpur Bentong: Mayat budak tersangkut timbunan kayu hanyut Posted: 21 Dec 2021 10:01 PM PST BENTONG: Mayat kanak-kanak lelaki dipercayai salah seorang mangsa dihanyutkan kepala air dalam kejadian banjir lumpur di Bobby Eco Farm di sini Sabtu lalu yang berjaya dijumpai pagi tadi, ditemui tersangkut dalam timbunan kayu hanyut, kira-kira 800 meter dari lokasi kejadian. |
| TNB peruntuk RM44 juta baik pulih, bantu mangsa banjir Posted: 21 Dec 2021 09:53 PM PST KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyediakan peruntukan kecemasan berjumlah RM44 juta untuk membaik pulih dan membantu mangsa banjir dari segi keperluan asas dan penyaluran bekalan elektrik menggunakan set janakuasa bergerak. |
| Peningkatan kes Omicron tekanan kepada hospital Posted: 21 Dec 2021 09:53 PM PST LONDON: Pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Anthony Fauci memberi amaran mengenai 'tekanan' sistem hospital semakin bertambah susulan penularan varian Omicron di AS dan seluruh dunia, lapor Xinhua. |
| UMNO Beluran sokong Ismail Sabri kekal Perdana Menteri Posted: 21 Dec 2021 09:34 PM PST Oleh Hazsyah Abdul Rahman |
| Banjir: 210 lokasi terjejas di enam negeri - NADMA Posted: 21 Dec 2021 09:40 PM PST KUALA LUMPUR: Sebanyak 210 lokasi di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan, Pahang dan Kedah masih terjejas akibat banjir setakat jam 10 pagi tadi. |
| Singapura beku jualan tiket VTL ke Malaysia Posted: 21 Dec 2021 09:42 PM PST KUALA LUMPUR: Singapura mengambil langkah baharu dengan membekukan penjualan tiket penerbangan dan bas Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) ke Malaysia mulai hari ini sehingga 20 Januari 2022. |
| Dua termasuk kanak-kanak dikhuatiri lemas Posted: 21 Dec 2021 09:17 PM PST KUANTAN: Dua lelaki termasuk seorang kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus ketika meredah air di kawasan padang bola berhampiran Bangunan UMNO di Mentakab, Temerloh dekat sini, semalam. |
| 2 disiasat seleweng RM48,000 masuk akaun sendiri Posted: 21 Dec 2021 09:40 PM PST bhnews@bh.com.my |
| Penduduk resah tebing Sungai Kurau semakin terhakis Posted: 21 Dec 2021 09:35 PM PST GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Perak dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera bagi menangani masalah hakisan di Sungai Kurau, di Kuala Kurau, daerah Kerian di sini. |
| Banjir di Pahang bertambah buruk, jumlah mangsa meningkat Posted: 21 Dec 2021 08:28 PM PST JERANTUT: Meskipun cuaca baik dua hari berturut-turut, jumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat, mencecah 42,529 penduduk setakat jam 8 pagi ini yang dipindahkan ke 281 pusat pemindahan sementara (PPS) di semua daerah, kecuali Rompin dan Cameron Highlands. |
| Apple sedia bantu Malaysia hadapi pasca banjir Posted: 21 Dec 2021 09:07 PM PST KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook menyatakan hasrat menghulurkan bantuan kepada Malaysia dan Filipina yang terjejas akibat bencana alam yang berlaku ketika ini. |
| 10 sungai di Pahang terus catat paras air bahaya Posted: 21 Dec 2021 09:11 PM PST KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 sungai utama di Pahang khususnya di daerah Kuantan, Maran, Bera dan Temerloh masih merekodkan paras air bahaya setakat jam 12 tengah hari tadi. |
| Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Osman Sapian Posted: 21 Dec 2021 09:03 PM PST KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian yang meninggal dunia semalam. |
| Pasukan Polis Marin rampas rokok seludup bernilai RM750,000 Posted: 21 Dec 2021 09:07 PM PST bhnews@bh.com.my |
| Hasmah mahu terus hidupkan Sarang Art Hub Posted: 21 Dec 2021 09:00 PM PST TANJUNG MALIM: Pemergian sutradara tersohor, Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenar, Mohamad Mohamad Khalid pada usia 58 tahun, Oktober lalu, meninggalkan kesan mendalam terhadap pengikut karya seninya. |
| Lans koperal cedera dihempap besi khemah sekatan jalan Posted: 21 Dec 2021 08:56 PM PST KOTA TINGGI: Seorang anggota polis mengalami kecederaan selepas khemah sekatan jalan raya dilanggar sebuah bas ekspress di Kilometer 52.0 Jalan Johor Bahru-Mersing di sini, malam tadi. |
| Indonesia pertimbang ubah peraturan kuarantin Posted: 21 Dec 2021 08:56 PM PST JAKARTA: Indonesia sedang menilai langkah keselamatan sedia ada untuk melindungi rakyatnya daripada COVID-19 dan varian Omicron selepas kes pertama varian baharu itu dikesan, minggu lalu. |
| Jambatan runtuh akibat hakisan Posted: 21 Dec 2021 08:42 PM PST bhnews@bh.com.my |
| Operasi menyelamat mangsa banjir di Selangor lancar - Bomba Posted: 21 Dec 2021 08:42 PM PST SHAH ALAM: Operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa banjir di Selangor berjalan lancar walaupun hujan pada awal pagi tadi. |
| Paras air di Taman Sri Muda semakin surut - NADMA Posted: 21 Dec 2021 08:51 PM PST SHAH ALAM: Proses mengepam air keluar dari kawasan banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini, berjalan lancar walaupun hujan lebat melanda sekitar Shah Alam awal pagi tadi. |
| Banjir lumpur Bentong: Mayat budak lelaki ditemui Posted: 21 Dec 2021 08:42 PM PST BENTONG: Mayat seorang kanak-kanak lelaki ditemui pada jam 10.30 pagi tadi, manakala seorang lagi masih hilang, lapor BERNAMA memetik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). |
| 100 pejuang ISWAP terbunuh di Nigeria Posted: 21 Dec 2021 08:45 PM PST KANO, NIGERIA: Lebih 100 pejuang kumpulan Negara Islam Wilayah Afrika Barat (ISWAP), terbunuh termasuk beberapa komander kanan mereka dalam serangan udara dilancarkan tentera, minggu lalu. |
| Tiada arahan berpindah, penduduk diminta waspada Posted: 21 Dec 2021 08:44 PM PST KUALA LUMPUR : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor belum mengeluarkan sebarang arahan berpindah setakat tengahari ini, khususnya kepada penduduk di kawasan berisiko banjir susulan laporan mengenai kenaikan paras air di Sungai Klang pagi tadi. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment