BH Online - Terkini |
- PKR tambah satu lagi calon, jumlah kini 28
- Polis kesan peserta konvoi bantah kenaikan harga barang
- Jumlah OKU berdaftar dengan JKM masih rendah
- Senarai calon GPS bagi PRN Sarawak
- 'Buat huru hara hanya kerana tiada lesen'
- Peluang Zii Jia ke final Jelajah Dunia terbuka luas
- 8 sampel kontak rapat Omicron negatif
- Dasar 1 peratus pekerja OKU jadi KPI semua kementerian
- Pendaftaran pengundi 18 tahun berkuat kuasa 15 Disember
- Jepun henti penerbangan masuk berikutan Omicron
- KKM kesan 25 kes positif di Parlimen
- RM25 juta pelaksanaan Transformasi Pasar Malam
- Belum ada laporan kematian akibat varian Omicron - WHO
- Tetak empat sekeluarga, dua beranak diburu
- Ekonomi digital Malaysia meningkat 23 peratus kepada AS$190 bilion
- Individu dakwa adik dibuli di kem tentera belum tampil - Hishammuddin
- Besut daerah terbaharu dilanda bah
- Kanak-kanak dijangkiti COVID-19 Omicron meningkat di Afrika Selatan
- AXA perkenal perlindungan pandemik percutian luar negara
- Rangnick fokus perkukuh benteng longlai United
- Lee Tuck berdebar tunggu proses naturalisasi
- RM48.52 juta bantu penjaja, peniaga kecil
- Pemain muda Harimau Malaya galas misi di Singapura
- Bonnie gembira pertahan emas Powerlifting Para Dunia
- Penerbangan Miri ke Lawas, Limbang ditambah
- 'Terima kasih, Kedah tetap di hati saya'
- FAM tak halang kelab naturalisasikan pemain
- Pengendali gimnasium diminta guna saluran betul
- Hujan lebat di Pantai Timur dijangka berterusan
- 10 pasukan sertai Purple League Pro-Am 2021
| PKR tambah satu lagi calon, jumlah kini 28 Posted: 03 Dec 2021 08:14 AM PST KUCHING: PKR menambah seorang lagi calon yang akan mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak menjadikan jumlah calonnya kini 28. |
| Polis kesan peserta konvoi bantah kenaikan harga barang Posted: 03 Dec 2021 08:07 AM PST KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung konvoi oleh lima kenderaan yang dikesan melekatkan kertas turunkan harga barang sambil mengelilingi daerah Dang Wangi, hari ini. |
| Jumlah OKU berdaftar dengan JKM masih rendah Posted: 03 Dec 2021 07:58 AM PST KUALA LUMPUR: Jumlah orang kelainan upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih rendah, iaitu 587,608 daripada anggaran 4.8 juta populasi orang kelainan upaya (OKU) di negara ini. |
| Senarai calon GPS bagi PRN Sarawak Posted: 03 Dec 2021 07:46 AM PST KUCHING: Berikut ialah senarai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 seperti yang diumumkan hari ini: |
| 'Buat huru hara hanya kerana tiada lesen' Posted: 03 Dec 2021 07:29 AM PST KUALA LUMPUR: Seorang remaja berusia 15 tahun sanggup membahayakan diri dan tiga rakannya selepas melarikan diri dengan memandu sebuah kereta dari Bukit Antarabangsa, di sini, ke Wangsa Maju, selepas dikejar polis. |
| Peluang Zii Jia ke final Jelajah Dunia terbuka luas Posted: 03 Dec 2021 07:32 AM PST KUALA LUMPUR: Pintu kini terbuka luas buat pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk melangkah ke final Jelajah Dunia Akhir BWF di Bali, Indonesia selepas diundi bertemu Kunlavut Vitidsarn dari Thailand dalam aksi separuh akhir, pada Sabtu. |
| 8 sampel kontak rapat Omicron negatif Posted: 03 Dec 2021 07:12 AM PST PUTRAJAYA: Semua lapan sampel termasuk kontak rapat bagi kes pertama varian membimbangkan (VOC) Omicron di negara ini dilaporkan negatif COVID-19. |
| Dasar 1 peratus pekerja OKU jadi KPI semua kementerian Posted: 03 Dec 2021 06:37 AM PST KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan dasar satu peratus pekerja orang kurang upaya (OKU) dalam sektor awam akan dijadikan penunjuk prestasi utama (KPI) bagi semua kementerian. |
| Pendaftaran pengundi 18 tahun berkuat kuasa 15 Disember Posted: 01 Dec 2021 04:54 AM PST KUALA LUMPUR: Pendaftaran secara automatik pemilih berusia 18 tahun ke atas sudah diwartakan dan berkuat kuasa 15 Disember ini. |
| Jepun henti penerbangan masuk berikutan Omicron Posted: 01 Dec 2021 12:59 AM PST TOKYO: Jepun meminta syarikat penerbangan untuk menghentikan sebarang tempahan penerbangan masuk susulan kebimbangan varian Omicron. |
| KKM kesan 25 kes positif di Parlimen Posted: 30 Nov 2021 04:30 AM PST PUTRAJAYA: Sebanyak 25 kes positif COVID-19 yang dikesan melalui saringan berkala pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-14 semalam, berkemungkinan besar adalah varian delta. |
| RM25 juta pelaksanaan Transformasi Pasar Malam Posted: 03 Dec 2021 01:54 AM PST PUTRAJAYA: Kerajaan memperuntukkan RM25 juta bagi pelaksanaan Transformasi Pasar Malam secara berperingkat di 50 tapak pasar malam utama di seluruh negara, mulai tahun depan. |
| Belum ada laporan kematian akibat varian Omicron - WHO Posted: 03 Dec 2021 06:26 AM PST GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan pihaknya setakat ini tidak menerima laporan mengenai kes kematian berkaitan varian COVID-19 baharu, Omicron. |
| Tetak empat sekeluarga, dua beranak diburu Posted: 03 Dec 2021 06:22 AM PST BELURAN: Polis memburu dua beranak yang dipercayai terbabit dalam kejadian menetak empat sekeluarga di sebuah ladang di Kampung Cahaya Baru, dekat sini. |
| Ekonomi digital Malaysia meningkat 23 peratus kepada AS$190 bilion Posted: 03 Dec 2021 06:19 AM PST KUALA LUMPUR: Pertumbuhan ekonomi digital Malaysia semakin meraih momentum dengan pendapatan e-dagang meningkat kepada AS$190 bilion, peningkatan 23 peratus bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu. |
| Individu dakwa adik dibuli di kem tentera belum tampil - Hishammuddin Posted: 03 Dec 2021 03:19 AM PST KUALA LUMPUR: Individu yang mendakwa adiknya dibuli di kem tentera, masih belum tampil setakat semalam, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. |
| Besut daerah terbaharu dilanda bah Posted: 03 Dec 2021 05:23 AM PST KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu semakin buruk dengan Besut menjadi daerah ketiga terjejas sehingga jam 8 malam ini. |
| Kanak-kanak dijangkiti COVID-19 Omicron meningkat di Afrika Selatan Posted: 03 Dec 2021 06:11 AM PST JOHANNESBURG: Ramai kanak-kanak kecil di Afrika Selatan dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti COVID-19 varian Omicron. |
| AXA perkenal perlindungan pandemik percutian luar negara Posted: 03 Dec 2021 06:06 AM PST KUALA LUMPUR: AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) memperkenalkan SmartTraveller Enhanced, insurans perjalanan pertama dalam pasaran Malaysia yang menyediakan perlindungan untuk penyakit berkaitan pandemik hingga RM350,000. |
| Rangnick fokus perkukuh benteng longlai United Posted: 03 Dec 2021 05:44 AM PST MANCHESTER: Ralf Rangnick menegaskan dia mahu menjadikan Manchester United lebih seimbang dengan memperkukuhkan benteng pertahanan yang longlai. |
| Lee Tuck berdebar tunggu proses naturalisasi Posted: 03 Dec 2021 05:43 AM PST KUALA TERENGGANU: Bekas pemain tengah Terengganu FC (TFC), Lee Tuck mengakui dia kini menanti penuh debar proses naturalisasinya bersama Sri Pahang FC pada tahun depan dalam usaha untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya. |
| RM48.52 juta bantu penjaja, peniaga kecil Posted: 03 Dec 2021 01:37 AM PST PUTRAJAYA: Kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM48.52 juta bagi pelaksanaan Program Pembiayaan Mikro untuk Penjaja dan Peniaga Kecil bagi menambah baik dan membangunkan semula perniagaan golongan berkenaan. |
| Pemain muda Harimau Malaya galas misi di Singapura Posted: 03 Dec 2021 05:20 AM PST SEPANG: Pemain muda negara dijangka memainkan peranan penting dalam menggalas misi skuad Harimau Malaya di pentas Piala AFF Suzuki 2020 yang akan membuka tirainya di Singapura bermula esok. |
| Bonnie gembira pertahan emas Powerlifting Para Dunia Posted: 03 Dec 2021 05:19 AM PST KUALA LUMPUR: Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin mengakui prestasinya tidak sehebat sebelum Paralimpik Tokyo 2020 biarpun berjaya memenangi pingat emas dalam kategori 72 kilogram (kg) pada Kejuaraan Powerlifting Para Dunia 2021 di Tbilisi, Georgia, lewat malam tadi. |
| Penerbangan Miri ke Lawas, Limbang ditambah Posted: 03 Dec 2021 05:00 AM PST MIRI: Kekerapan penerbangan dari Miri ke Lawas dan Limbang akan ditambah berikutan rungutan pengguna yang menghadapi kesukaran mendapatkan tiket laluan udara ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 ini. |
| 'Terima kasih, Kedah tetap di hati saya' Posted: 03 Dec 2021 04:56 AM PST ALOR SETAR: Baddrol Bakhtiar berkata masanya sudah tiba bagi memberi ruang kepada barisan pemain muda mengisi tempat dan menyambung legasinya bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) selepas ini. |
| FAM tak halang kelab naturalisasikan pemain Posted: 03 Dec 2021 04:58 AM PST PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan menghalang mana-mana kelab Liga Malaysia (Liga M) yang mahu menaturalisasikan pemain masing-masing. |
| Pengendali gimnasium diminta guna saluran betul Posted: 03 Dec 2021 04:57 AM PST KUALA LUMPUR: Sekumpulan pemilik gimnasium yang melakukan protes di Menara KBS, Putrajaya baru-baru ini, dinasihatkan supaya menggunakan saluran yang betul untuk menyatakan kehendak mereka. |
| Hujan lebat di Pantai Timur dijangka berterusan Posted: 02 Dec 2021 04:51 PM PST KUALA LUMPUR: Hujan lebat yang kini melanda melanda beberapa kawasan di negeri Pantai Timur dijangka berlarutan hari ini dan keadaan itu dijangka semakin buruk. |
| 10 pasukan sertai Purple League Pro-Am 2021 Posted: 03 Dec 2021 04:57 AM PST KUALA LUMPUR: Malaysia Purple League (MPL) mengesahkan sepuluh pasukan bakal berentap pada kejohanan badminton Purple League Pro-Am 2021 (PLPA) yang akan berlangsung di Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya pada 21 hingga 26 Disember ini. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment