Thursday, December 30, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Ombak besar, pengunjung dinasihat tidak hampiri pantai

Posted: 30 Dec 2021 07:45 PM PST

MERSING: Orang ramai yang mengunjungi pesisiran pantai di daerah ini terutama Pantai Air Papan dinasihatkan tidak menghampiri kawasan pantai berikutan ombak besar.

2 mohon kes didengar Mahkamah Tinggi

Posted: 30 Dec 2021 11:11 PM PST

KUALA LUMPUR: Dua daripada lima defendan dalam kes saman RM2.5 juta oleh penyanyi Siti Nordiana Alias atau Nana, mengemukakan permohonan supaya perbicaraan kes yang sedang didengar di Mahkamah Sesyen di sini, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

UUM bantu biayai kos rawatan Nur Nabilah

Posted: 30 Dec 2021 11:06 PM PST

ALOR SETAR: Universiti Utara Malaysia (UUM) memberi jaminan akan membantu membiayai kos rawatan pelajar, Nur Nabilah Mohd Azahar, 25, yang terbabit kemalangan air ketika menjalani latihan industri di Dive Division Curacao, Caribbean, Selasa lalu.

Tiada kes penyakit bawaan air, COVID-19 di PPS Terengganu

Posted: 30 Dec 2021 11:05 PM PST

KUALA TERENGGANU: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengesahkan tiada kes penyakit bawaan air dan mangsa banjir positif COVID-19, dilaporkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.

RCEP mula berkuat kuasa esok

Posted: 30 Dec 2021 11:05 PM PST

KUALA LUMPUR: Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) akan berkuat kuasa esok, sekali gus menjadi pakatan perdagangan serantau terbesar di dunia selepas Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Masak bahan mentah kenduri tak jadi untuk mangsa banjir

Posted: 30 Dec 2021 11:00 PM PST

KUALA LUMPUR: Enggan membazir bahan mentah yang dibeli bagi majlis perkahwinan pelanggan yang sepatutnya berlangsung Sabtu lalu, pelakon Fazreen Rafi membuat keputusan memasak secara sukarela untuk diagihkan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru, Klang.

Dua beranak maut nahas di DUKE

Posted: 30 Dec 2021 10:48 PM PST

KUALA LUMPUR: Dua beranak maut selepas motosikal yang mereka naiki terbabit kemalangan dengan dua kenderaan lain di Kilometer (KM) 2.5 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) arah ke pusat bandar, hari ini.

Hujan lebat di Johor, Pahang sehingga esok

Posted: 30 Dec 2021 10:49 PM PST

KUALA LUMPUR: Amaran hujan berterusan pada tahap buruk dijangka berlaku di Johor dan Pahang sehingga esok.

TNB, UTHM jalin kerjasama projek solar

Posted: 30 Dec 2021 10:54 PM PST

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerusi anak syarikat milik penuhnya, GSPARX Sdn Bhd (GSPARX) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menjalin kerjasama pintar melalui pemasangan solar bumbung.

Malaysia kutuk serangan ke atas Jazan, Arab Saudi

Posted: 30 Dec 2021 10:50 PM PST

PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan oleh pemberontak Houthi ke atas Jazan, Arab Saudi pada 24 Disember yang mengakibatkan kematian dan kecederaan, serta kemusnahan harta benda.

PH tuntut penjelasan banjir di sidang khas

Posted: 30 Dec 2021 10:32 PM PST

KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi penjelasan penuh dalam sidang khas Parlimen khusus berhubung banjir besar yang berlaku baru-baru ini.

Kematian COVID-19 di Eropah Timur melebihi 1 juta

Posted: 30 Dec 2021 10:38 PM PST

MOSCOW: Kematian akibat COVID-19 di Eropah Timur mencecah 1 juta semalam berikutan penularan varian Omicron di wilayah itu.

Pengguna KLK, LPT 1 dinasihat rancang perjalanan

Posted: 30 Dec 2021 10:38 PM PST

KUANTAN: Pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) dinasihatkan merancang perjalanan berikutan hujan lebat dijangka melanda Pantai Timur minggu ini.

Suami isteri dukung 4 anak termasuk bayi redah banjir

Posted: 30 Dec 2021 10:38 PM PST

JELI: Sepasang suami isteri bersama empat anak terpaksa meredah banjir cecah paras hampir dua meter untuk menyelamatkan diri berikutan kediaman mereka di Kampung Sungai Satan, di sini, dinaiki air, semalam.

Petugas kesihatan perlu ambil berat sesama sendiri

Posted: 30 Dec 2021 10:29 PM PST

KUALA LUMPUR: Petugas kesihatan diingatkan supaya saling mengambil berat dan menjaga sesama sendiri, seperti mereka menjaga pesakit dalam menghadapi minggu mencabar akan datang.

Mangsa banjir Terengganu meningkat

Posted: 30 Dec 2021 10:27 PM PST

DUNGUN: Kemaman menjadi daerah baharu dilanda banjir apabila satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka tengah hari tadi.

Buruh cabul budak dipenjara 6 tahun, sebat

Posted: 30 Dec 2021 08:26 PM PST

IPOH: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini selepas mengaku bersalah atas dakwaan mencabul kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang mempunyai talian persaudaraan dengannya, Sabtu lalu.

I-Bhd lantik dua pengarah baharu

Posted: 30 Dec 2021 10:17 PM PST

KUALA LUMPUR: I-Bhd melantik Ricky Lim Boon Soon sebagai Pengarah Eksekutif dan Datuk Eu Hong Chew pula sebagai Pengarah Bukan Eksekutif baharu kumpulan.

Polis pantau lokasi tumpuan sambutan tahun baharu

Posted: 30 Dec 2021 10:17 PM PST

bhnews@bh.com.my

Kerajaan perlu terus kekalkan usaha pemulihan ekonomi

Posted: 30 Dec 2021 10:15 PM PST

KUALA LUMPUR: Ketika rakyat Malaysia bakal meraikan Tahun Baharu esok, kerajaan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mengekalkan momentum dalam usaha mencergaskan semula ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Simmtech labur RM508 juta di Pulau Pinang

Posted: 30 Dec 2021 10:10 PM PST

KUALA LUMPUR: Firma Korea Selatan, Simmtech melalui anak syarikatnya Sustio Sdn Bhd melabur RM508 juta untuk membina kilang berskala besar pertama di Asia Tenggara di Taman Perindustrian Batu Kawan, Pulau Pinang.

Tebus Baucar Perlindungan Tenang RM75 mulai esok

Posted: 30 Dec 2021 10:06 PM PST

KUALA LUMPUR: Penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kategori isi rumah, bujang dan warga emas yang layak akan menikmati Baucar Perlindungan Tenang (PTV) bernilai RM75 mulai esok.

Kos pengeluaran barang terus meningkat

Posted: 30 Dec 2021 10:09 PM PST

KUALA LUMPUR: Kos pengeluaran barang akan terus meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang, demikian menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd.

Anggota tentera laut didakwa lakukan amang seksual, rogol remaja

Posted: 30 Dec 2021 10:05 PM PST

IPOH: Seorang anggota tentera laut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan dan merogolnya pada 17 Disember lalu.

Pak Wan catat rekod kayuh basikal sejauh 2,317 km

Posted: 30 Dec 2021 09:58 PM PST

KOTA BHARU: Penunggang basikal warga emas, Wan Hashim Wan Mahmood, 75, menamatkan kayuhan solo sejauh 2,317 kilometer (km) dalam tempoh sebulan semalam, sekali gus berjaya mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Mangsa banjir di KL, Selangor dikecualikan bil air Januari

Posted: 30 Dec 2021 09:50 PM PST

KUALA LUMPUR: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan memberikan pengecualian bayaran bil air bagi Januari depan kepada pengguna akaun Domestik (Kod Tarif 10) di Selangor dan Kuala Lumpur yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini.

Polis tingkatkan rondaan di ambang 2022

Posted: 30 Dec 2021 09:52 PM PST

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan rondaan menjelang tahun baharu 2022 bagi memastikan orang ramai tidak berkumpul dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Lebih 4,000 anggota polis siap siaga hadapi banjir di Johor

Posted: 30 Dec 2021 09:39 PM PST

JOHOR BAHRU: Sejumlah 4,309 pegawai dan anggota polis Johor berada dalam mod siap siaga bagi menghadapi kemungkinan banjir di negeri itu, kata Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Penduduk 5 kampung di Kuala Krai terputus hubungan

Posted: 30 Dec 2021 09:26 PM PST

KUALA KRAI: Lebih 1,000 penduduk di lima kampung, di sini, terputus hubungan selepas jambatan Kampung Belanga ditenggelami limpahan air Sungai Pahi sejak kelmarin susulan hujan lebat.

Biden, Putin saling berbalas amaran berhubung isu Ukraine

Posted: 30 Dec 2021 09:31 PM PST

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, memberi amaran kepada rakan sejawat dari Russia, Vladimir Putin, mengenai tindak balas keras jika berlaku sebarang pencerobohan ke atas Ukraine.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template