Saturday, December 18, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


PDRM kerah aset, 23,000 pegawai, anggota bantu mangsa banjir

Posted: 18 Dec 2021 08:23 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam keadaan sedia untuk menggerakkan 23,090 pegawai dan anggotanya di seluruh negara dalam membantu menangani bencana banjir.

20 laluan ditutup sementara berikutan banjir kilat

Posted: 18 Dec 2021 08:12 AM PST

SHAH ALAM: Polis menutup 20 laluan yang dinaiki air susulan banjir kilat yang melanda beberapa daerah di Selangor, sejak malam tadi.

TV3 henti siaran langsung Anugerah Drama Sangat (ADS) 2021

Posted: 18 Dec 2021 08:14 AM PST

KUALA LUMPUR: Malam kemuncak Anugerah Drama Sangat (ADS) 2021 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini, malam tadi, terpaksa ditangguhkan berikutan bencana banjir.

Abang Johari angkat sumpah Ketua Menteri Sarawak

Posted: 18 Dec 2021 08:01 AM PST

KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak, selepas gabungan empat parti itu memenangi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12).

Keputusan kerusi DUN Mulu ditangguh

Posted: 18 Dec 2021 07:51 AM PST

KUCHING: Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N78 Mulu terpaksa ditangguhkan atas faktor keselamatan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pemandu treler tular di Seremban, ditahan di Sungai Buloh

Posted: 18 Dec 2021 07:39 AM PST

SEREMBAN: Pemandu treler yang memandu dalam keadaan bahaya dengan menghimpit sebuah kereta di Kilometer (KM) 264, berhampiran Plaza Tol Seremban, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di sini, turut terbabit dengan satu kemalangan maut di Sungai Buloh, awal pagi tadi.

Paras air 14 sungai di Selangor pada tahap bahaya

Posted: 18 Dec 2021 07:02 AM PST

KUALA LUMPUR: Paras air di 14 sungai di Selangor, telah mencatatkan rekod melebihi tahap bahaya berdasarkan rekod Jabatan Pengairan dan Saliran, Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Ariff Bahran sudah berkahwin

Posted: 18 Dec 2021 07:22 AM PST

KUALA LUMPUR: Dilihat mengucup dahi seorang wanita di pentas Anugerah Drama Sangat 2021 yang disiarkan secara langsung TV3, malam tadi, penyanyi Ariff Bahran mengesahkan wanita terbabit adalah isterinya.

Pengundian Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12

Posted: 17 Dec 2021 07:22 PM PST

Persepsi PEKIDA sebagai kongsi gelap Melayu perlu dihakis - PM

Posted: 18 Dec 2021 06:40 AM PST

KUALA LUMPUR: Persepsi negatif masyarakat yang menganggap Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) sebagai sebuah 'kongsi gelap Melayu' perlu dihakis dengan penganjuran lebih banyak aktiviti kemasyarakatan.

3 lelaki ditahan, 3 lagi diburu kes bunuh

Posted: 18 Dec 2021 06:39 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki dan memburu tiga lagi bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki berpunca daripada perselisihan faham di Taman Balakong Jaya, Kajang, pada 4 November lalu.

Kemenangan GPS kemenangan rakyat - Abang Jo

Posted: 18 Dec 2021 06:15 AM PST

KUCHING: Tan Sri Abang Johari Abang Openg menyifatkan kemenangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) sebagai kemenangan seluruh rakyat negeri ini.

Angin kencang, ombak besar di perairan Kelantan

Posted: 18 Dec 2021 06:36 AM PST

PASIR PUTEH: Nelayan pesisir pantai diminta berwaspada ketika turun ke laut berikutan ramalan angin kencang yang boleh mencecah 60 kilometer sejam pada masa ini.

PKR, AMANAH kalah semua kerusi

Posted: 18 Dec 2021 06:27 AM PST

KUCHING: Calon PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) kalah di semua kerusi yang ditandinginya dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRU-12).

Kemenangan dua pertiga isyarat rakyat iktiraf GPS

Posted: 18 Dec 2021 06:21 AM PST

KUCHING: Kemenangan lebih dua pertiga Gabungan Parti Sarawak (GPS) disifatkan sebagai isyarat rakyat mengiktiraf parti tempatan yang terbukti mempunyai rekod cemerlang mentadbir Sarawak.

3 terbunuh selepas kren tumbang di Turin, Itali

Posted: 18 Dec 2021 06:08 AM PST

ROM: Tiga pekerja terbunuh selepas kren yang mereka dinaiki tumbang ke atas jalan dan mencederakan orang yang lalu lalang di Turin hari ini, lapor media Itali.

Jelebu pula dilanda banjir, 25 dipindahkan

Posted: 18 Dec 2021 06:08 AM PST

JELEBU: Jelebu menjadi daerah terbaharu di negeri ini dilanda banjir apabila seramai 25 orang mangsa dari Kampung Juntai dipindahkan ke balai raya kampung berkenaan pada jam 8.10 malam tadi.

GPS bentuk kerajaan negeri

Posted: 18 Dec 2021 03:52 AM PST

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri baharu selepas menang 42 daripada 82 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12).

Hujan cecah 380mm, air laut pasang punca banjir di Selangor

Posted: 18 Dec 2021 06:07 AM PST

SHAH ALAM: Hujan luar biasa sejak pagi semalam dan berterusan sehingga kini, ditambah dengan kejadian air pasang menyebabkan beberapa kawasan di Selangor dilanda banjir.

GPS peroleh majoriti mudah bentuk kerajaan negeri

Posted: 18 Dec 2021 05:09 AM PST

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya memperoleh majoriti mudah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bagi membentuk kerajaan negeri.

PM arah kementerian, agensi keselamatan bantu mangsa banjir

Posted: 18 Dec 2021 06:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan semua kementerian berkaitan menggerakkan semua aset di kawasan terjejas banjir bagi memastikan rakyat diselamatkan serta ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) secepat mungkin.

Rumah Kak Eton dinaiki air

Posted: 18 Dec 2021 04:51 AM PST

KUALA LUMPUR: "Alhamdulillah, walaupun kawasan rumah dinaiki air paras lutut, saya dan keluarga angkat selamat."

Chieng Jen akui kekalahan DAP

Posted: 18 Dec 2021 05:41 AM PST

KUCHING: Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menerima kekalahan parti itu yang hanya menang dua kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

12 terbunuh dalam letupan gas di Pakistan

Posted: 18 Dec 2021 05:41 AM PST

KARACHI: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam letupan gas di bandar pelabuhan Karachi, Pakistan hari ini, kata polis.

8 negeri terbabit banjir

Posted: 18 Dec 2021 05:39 AM PST

KUALA LUMPUR: Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi laman sesawang e-Bencana Alam JKR melaporkan sebanyak lapan negeri terbabit banjir.

9 laluan di Shah Alam ditutup

Posted: 18 Dec 2021 05:34 AM PST

SHAH ALAM: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam melaporkan sembilan laluan jalan raya di bawah pentadbirannya ditutup akibat banjir ekoran hujan lebat sejak dua hari lalu.

UMNO pertahan kerusi Parlimen Hulu Terengganu

Posted: 17 Dec 2021 11:45 PM PST

KUALA BERANG: UMNO Bahagian Hulu Terengganu memutuskan akan mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Terengganu itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

DAP menang dua DUN setakat ini

Posted: 18 Dec 2021 05:30 AM PST

KUCHING: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 menyaksikan DAP memenangi dua daripada 26 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandingi parti itu setakat ini.

Wanita Palestin tikam lelaki Israel di Tebing Barat

Posted: 18 Dec 2021 05:27 AM PST

BAITULMAQDIS: Seorang wanita Palestin menikam seorang penduduk Israel berhampiran tapak suci yang dipertikaikan di Hebron, selatan Tebing Barat yang diduduki, hari ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template