Saturday, December 4, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Kuala Terengganu daerah terbaru dilanda banjir

Posted: 04 Dec 2021 08:39 AM PST

KUALA TERENGGANU: Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol, di sini, diaktifkan sebagai pusat penempatan sementara (PPS) bagi menempatkan 13 mangsa banjir membabitkan tiga keluarga, petang tadi.

Ismail Sabri ucap takziah pemergian Sabbaruddin Chik

Posted: 04 Dec 2021 07:57 AM PST

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas menteri Kabinet, Tan Sri Sabbaruddin Chik, jam 8 malam tadi.

Tuchel akui Chelsea lakukan banyak "kesilapan individu"

Posted: 04 Dec 2021 07:42 AM PST

LONDON: Thomas Tuchel mengakui Chelsea perlu membayar harga yang mahal kerana terlalu banyak "kesilapan individu" apabila jaringan lewat Arthur Masuaku menghadiahkan kemenangan 3-2 buat West Ham.

Bekas menteri, Setiausaha Agung UMNO meninggal dunia

Posted: 04 Dec 2021 05:10 AM PST

KUALA LUMPUR: Bekas menteri Kabinet, Tan Sri Sabbaruddin Chik meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) malam tadi.

Budak 10 tahun dikhuatiri dibaham buaya

Posted: 04 Dec 2021 07:09 AM PST

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri dibaham buaya ketika sedang mandi bersama beberapa rakannya di Kampung Sinakut, FELDA Sahabat 16, di sini, hari ini.

West Ham kejutkan Chelsea

Posted: 04 Dec 2021 06:51 AM PST

LONDON: Chelsea kalah mengejut 3-2 di tangan West Ham apabila jaringan lewat Arthur Masuaku menyaksikan kejatuhan pendahulu Liga Perdana itu pada babak kedua dalam saingan dramatik dekat London sebentar tadi.

Royston lengkapkan senarai 82 calon GPS

Posted: 04 Dec 2021 06:31 AM PST

KUCHING: Teka teki calon yang bakal membawa cabaran Gabungan Parti Sarawak (GPS) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12) terjawab hari ini, apabila tokoh belia tempatan di Mukah, Royston Valentine, 35, disahkan akan bertanding.

Masjid Mukim Chenulang ditenggelami air setiap musim tengkujuh

Posted: 04 Dec 2021 06:29 AM PST

KUALA KRAI: Kedudukannya yang terletak hanya kira-kira 100 meter (m) dari Sungai Kuala Pertang menyebabkan Masjid Mukim Chenulang, di sini, sering dilanda banjir akibat limpahan air sungai pada setiap musim tengkujuh.

Harga maksimum ayam standard berkuat kuasa Selasa

Posted: 04 Dec 2021 01:20 AM PST

KUALA BERANG: Harga maksimum ayam standard ditetapkan RM9.30 sekilogram bagi jualan runcit dan RM8 sekilogram untuk pemborong di Semenanjung, kecuali Langkawi, berkuat kuasa Selasa depan.

Lebih 1,000 sekolah daif di Sarawak akan dinaik taraf

Posted: 04 Dec 2021 05:37 AM PST

KUCHING: Kerajaan sudah mengenal pasti sebanyak 1,022 sekolah daif di seluruh Sarawak untuk dinaik taraf dan dibaik pulih, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kes baharu COVID-19 catat penurunan

Posted: 04 Dec 2021 12:09 AM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatat penurunan jangkitan baharu COVID-19, iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat jam 12 tengah hari tadi.

PAS hanya bertanding satu kerusi di Sarawak

Posted: 04 Dec 2021 05:24 AM PST

KUCHING: PAS hanya bertanding satu kerusi sahaja pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro dengan mencalonkan seorang usahawan, Mohammad Arifiriazul Paijo.

Ugut bunuh kerana berang ditegur

Posted: 04 Dec 2021 05:22 AM PST

KUALA LUMPUR: Berang kerana ditegur membuang air dan sampah dari tingkat atas unit kediaman sehingga mengenai sebuah restoran di bawahnya, dipercayai menjadi punca seorang lelaki disyaki memarahi serta mengugut untuk membunuh pekerja restoran itu di Taman Cheras, dekat sini, semalam.

Safawi harap kembali dapat sentuhan di Piala AFF

Posted: 04 Dec 2021 05:12 AM PST

KUALA LUMPUR: Pemain sayap skuad kebangsaan, Safawi Rasid berharap pentas Piala Suzuki AFF 2020 akan menjadi medan untuk dia mendapat kembali sentuhan berbisa bersama skuad Harimau Malaya.

PKR terbuka, sedia bincang cadangan tanding solo PRU-15 - Anwar

Posted: 04 Dec 2021 05:06 AM PST

PORT DICKSON: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelaskan parti itu menghormati pandangan dan tafsiran berbeza daripada anggota dan pemimpinnya dalam menentukan kedudukan PKR, sama ada perlu bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pejuang jihad disyaki bunuh 30 orang awam di Mali

Posted: 04 Dec 2021 04:57 AM PST

BAMAKO: Pejuang jihad disyaki membunuh sekurang-kurangnya 30 orang awam dalam serangan ke atas kenderaan penumpang di Mopti ibu kota Mali, kata pegawai tempatan, hari ini.

Impian Zii Jia ke final tidak kesampaian

Posted: 04 Dec 2021 04:54 AM PST

KUALA LUMPUR: Hasrat pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk mara ke final saingan Jelajah Dunia Akhir BWF tidak kesampaian apabila tunduk kepada pemain Thailand, Vitidsarn Kunlavut 18-21, 18-21 dalam aksi separuh akhir di Indonesia, sebentar tadi.

BizFrancais Johor 2021 sasar pembiayaan RM4.23 juta

Posted: 04 Dec 2021 04:44 AM PST

JOHOR BAHRU: Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) menyasarkan potensi pembiayaan sebanyak RM4.23 juta menerusi Program BizFrancais Johor 2021 bagi pembangunan usahawan di negeri Johor.

Tindakan tegas menanti pihak terbabit isu doping

Posted: 04 Dec 2021 04:44 AM PST

KUALA LUMPUR: Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) memberi amaran tindakan tegas bakal diambil terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam isu doping sukan itu yang seolah-olah tiada kesudahan.

Litar antarabangsa Melaka kembali menggegar 2022

Posted: 04 Dec 2021 04:33 AM PST

AYER KEROH: Selepas hampir dua tahun tanpa sebarang aktiviti khususnya perlumbaan, Litar Permotoran Antarabangsa Melaka (MIMC) berhampiran Plaza Tol Keroh, di sini, bakal kembali `menggegar' tidak lama lagi.

Gunung Semeru di Indonesia meletus

Posted: 04 Dec 2021 03:48 AM PST

JAKARTA: Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20 petang (Waktu Indonesia Barat) hari ini.

Lebih banyak kabel dasar laut ke Sarawak - Annuar

Posted: 04 Dec 2021 03:56 AM PST

KUCHING: Kerajaan sedang berbincang bagi membolehkan lebih banyak kabel dasar laut dihubungkan ke Sarawak dalam usaha membangunkan ekonomi digital di negeri itu.

Skuad wanita negara juara skuasy berpasukan Asia

Posted: 04 Dec 2021 03:39 AM PST

KUALA LUMPUR: Pasukan skuasy wanita negara diberi tentangan sengit penyandang gelaran, Hong Kong sebelum muncul juara dalam aksi final Kejohanan Berpasukan Asia di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Daiyan positif COVID-19

Posted: 04 Dec 2021 04:02 AM PST

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha, 28, mengesahkan dirinya positif COVID-19, semalam.

Saingan hoki TNBMJHL 2021 dijangka seimbang

Posted: 04 Dec 2021 04:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Juara berganda Liga Hoki Remaja Kebangsaan TNB (TNBMJHL) 2019, SSTMI Thunderbolts menjangkakan saingan lebih seimbang pada edisi 2021 yang dijadual membuka tirainya di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dari 11 hingga 30 Disember ini.

MMRA rancang perlumbaan ala Endurance 8 Jam Suzuka

Posted: 04 Dec 2021 03:58 AM PST

KUALA LUMPUR: Persatuan Sukan Bermotor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MMRA) mempunyai perancangan untuk menjadikan Kejuaraan Kapcai Endurance seperti Perlumbaan Endurance 8 Jam Suzuka pada satu masa nanti.

China rancang benar pelajar Malaysia kembali sambung pengajian - Saifuddin

Posted: 04 Dec 2021 03:57 AM PST

ZHEJIANG (CHINA): China sedang merancang untuk membenarkan pelajar antarabangsa, termasuk dari Malaysia, kembali ke negara itu bagi menyambung semula pengajian mereka, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Malaysia, China sepakat kerjasama R&D dan pengeluaran vaksin

Posted: 04 Dec 2021 03:42 AM PST

ZHEJIANG (CHINA): Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Peringkat Tinggi (JPT) Malaysia-China mengenai kerjasama pasca era COVID-19 yang berlangsung, di sini, hari ini, menyaksikan kedua-dua pihak sepakat untuk bekerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengeluaran vaksin.

Tidak perlu tutup pintu sempadan, perintah sekatan kawal Omicron

Posted: 04 Dec 2021 12:59 AM PST

KUALA LUMPUR: Tiada keperluan bagi negara menutup pintu sempadan antarabangsa termasuk menguatkuasakan perintah sekatan buat masa ini berikutan sistem kawalan kesihatan awam diyakini boleh mengawal penularan varian baharu, Omicron.

PAS tolak MN jika UMNO enggan terima BERSATU

Posted: 04 Dec 2021 12:57 AM PST

LARUT: PAS menolak Muafakat Nasional (MN) jika UMNO enggan menerima BERSATU dan badan bukan kerajaan (NGO) menyertai gagasan itu.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template