Sunday, December 19, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Kelantan sumbang RM100,000 kepada Selangor, Pahang

Posted: 19 Dec 2021 10:28 PM PST

KOTA BHARU: Kerajaan negeri ini menyalurkan sumbangan RM100,000 masing-masing kepada Selangor dan Pahang menerusi sumbangan Tabung Serambi Mekah.

Banjir: Mayat 3 lelaki ditemui di Taman Sri Muda

Posted: 19 Dec 2021 09:19 PM PST

SHAH ALAM: Tiga mayat lelaki ditemui lemas di kawasan Taman Sri Muda di sini, awal pagi tadi menjadikan keseluruhan lima kematian akibat banjir di Selangor dilaporkan setakat ini.

'Tiba masa kami balas jasa mereka yang membantu dulu'

Posted: 19 Dec 2021 10:16 PM PST

SUNGAI PETANI: Terkesan dengan kejadian banjir yang berlaku di sekitar Lembah Klang, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di sini, mengambil langkah menggerakkan 50 sukarelawan bagi membantu mangsa banjir.

Banjir: 'Syukur Memey dan Ciciy selamat'

Posted: 19 Dec 2021 10:14 PM PST

DENGKIL: Resah memikirkan dua kucing peliharaan terperangkap dalam rumah akibat banjir, seorang pemuda tidak dapat melelapkan mata semalaman kerana memikirkan keselamatan kucing kesayangannya itu.

USIM bantu kakitangan, pelajar terjejas banjir

Posted: 19 Dec 2021 10:11 PM PST

NILAI: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana Banjir hari ini bagi menggerakkan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas di Selangor, terutama penuntut dan kakitangannya.

Sindiket jual bayi tumpas

Posted: 19 Dec 2021 10:02 PM PST

MELAKA: Kegiatan sindiket pemerdagangan bayi dikenali Geng Nana yang dipercayai aktif menjual bayi di Instagram sejak Mac tahun lalu, tumpas selepas dicekup polis.

Hospital Medan ATM Hospital Sultanah Aminah ditutup

Posted: 19 Dec 2021 10:07 PM PST

JOHOR BAHRU: Selepas enam bulan beroperasi, Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, ditutup Khamis lalu berikutan kes COVID-19 di negeri ini mula menunjukkan penurunan.

'Kami akan cuba bantu kome..'

Posted: 19 Dec 2021 09:32 PM PST

IPOH: Prihatin terhadap mangsa banjir di Lembah Klang, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang persendirian di Perak menghantar bot bagi membantu mereka yang terkandas dalam bencana itu.

Arab Saudi harap Indonesia hantar pekerja secepat mungkin

Posted: 19 Dec 2021 10:03 PM PST

JAKARTA: Arab Saudi menjadi negara terbaru menyertai Malaysia yang mengemukakan permohonan kepada kerajaan Indonesia untuk membekalkan tenaga pekerja secepat mungkin.

Banjir: Perlu cepat bertindak elak kesan ekonomi

Posted: 19 Dec 2021 09:57 PM PST

KUALA LUMPUR: Bencana banjir terburuk yang melanda Lembah Klang, jika berlarutan, akan menjejaskan pemulihan ekonomi negara kerana Kuala Lumpur dan Selangor adalah antara penyumbang terbesar kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Kayuh kayak bantu mangsa banjir

Posted: 19 Dec 2021 09:38 PM PST

DENGKIL: Hobi memancing seorang sukarelawan dimanfaatkan ketika kawasan kediamannya terjejas banjir apabila dia tidak teragak-agak membantu membawa keluar mangsa bencana yang terperangkap menggunakan kayak walaupun dirinya sendiri berdepan musibah kediaman ditenggelami air.

Bekalan air LRA Semenyih 2 pulih sepenuhnya malam ini

Posted: 19 Dec 2021 09:48 PM PST

KUALA LUMPUR: Air dari Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih 2 dibekalkan semula kepada pengguna di kawasan terjejas secara berperingkat dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 10 malam ini.

Tangguh pindaan Akta 342 bukan sebab KKM tidak bersedia

Posted: 19 Dec 2021 08:56 PM PST

KUALA LUMPUR: Penangguhan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 bukan bermakna Kementerian Kesihatan (KKM) tidak bersedia.

OIC wujud dana amanah bantu rakyat Afghanistan

Posted: 19 Dec 2021 09:45 PM PST

ISLAMABAD: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) semalam bersetuju menubuhkan dana amanah kemanusiaan dan program keselamatan makanan bagi membantu rakyat Afghanistan.

Kes COVID-19 dijangka meningkat angkara banjir

Posted: 19 Dec 2021 08:19 PM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan peningkatan kes COVID-19 berikutan bencana banjir, selepas saringan di pusat pemindahan sementara (PPS) merekodkan 181 kes positif.

Pasukan Khas Negeri Sembilan digerakkan, selamatkan mangsa runtuhan

Posted: 19 Dec 2021 09:38 PM PST

JELEBU: Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan mengerakkan Pasukan Khas Negeri Sembilan (STORM) bagi menyelamat dua mangsa di daerah Hulu Langat, Selangor.

Azman Mokhtar Pengerusi baharu Tabung Haji

Posted: 19 Dec 2021 09:36 PM PST

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) melantik Tan Sri Azman Mokhtar sebagai Pengerusinya yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Banjir: Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia mohon campur tangan kerajaan

Posted: 19 Dec 2021 09:31 PM PST

KUALA LUMPUR: Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) mengakui banyak kilang terjejas dan terkesan akibat kejadian banjir, terutama sekitar Shah Alam dan Klang menyebabkan anggaran kerugian mencecah jutaan ringgit.

Yantzen bermalam di bumbung rumah

Posted: 19 Dec 2021 08:01 PM PST

KUALA LUMPUR: Penyanyi rock yang popular dengan lagu Insan, Yantzen, pasrah apabila hampir semua harta benda musnah apabila rumah di Hulu Langat, dinaiki air hingga paras bumbung, kelmarin.

EU rancang guna vaksin Novavax

Posted: 19 Dec 2021 09:31 PM PST

THE HAGUE: Agensi Perubatan Eropah (EMA) akan membuat keputusan hari ini berhubung kelulusan penggunaan suntikan vaksin COVID-19 keluaran Novavax.

PETRONAS sumbang RM25 juta misi bantuan banjir

Posted: 19 Dec 2021 09:30 PM PST

KUALA LUMPUR: PETRONAS akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM25 juta untuk memberi bantuan kepada mangsa bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di negara ini.

HDC tingkat usaha pembangunan ekosistem halal negara

Posted: 19 Dec 2021 09:28 PM PST

Petaling Jaya: Jelajah Halal Malaysia (JHM) 2021 Sabah, akan mengukuhkan peranan Halal Development Corporation (HDC) sebagai agensi penyelaras pusat serta pemudahcara dalam pembangunan ekosistem halal negara.

Waspada tanah runtuh di Genting Peras

Posted: 19 Dec 2021 08:24 PM PST

Jelebu: Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Genting Peras-Kuala Klawang, pagi tadi sehingga menyebabkan laluan kedua-dua arah terhalang.

Air naik paras pinggang, Ezad risau koleksi gitar, barangan arwah ayah

Posted: 19 Dec 2021 08:48 PM PST

KUALA LUMPUR: Penyanyi Ezad Lazim risau memikirkan koleksi gitar dan barangan peribadi peninggalan arwah bapa tersimpan dalam bilik bawah kediamannya di Kota Warisan, Sepang, yang ditenggelami air paras pinggang, dalam banjir, kelmarin.

116 pegawai, aggota polis terbabit pelbagai salah laku

Posted: 19 Dec 2021 09:05 PM PST

KOTA BHARU: Seramai 116 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan terbabit dalam pelbagai kes salah laku dan masalah disiplin sejak Januari hingga Disember tahun ini.

'Guna TikTok kutip derma'

Posted: 19 Dec 2021 09:00 PM PST

KUALA LUMPUR: Simpati dengan nasib rakyat ditimpa bencana banjir, dua organisasi mewakili pekerja seni iaitu Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) mengambil inisiatif menjejaki ahli mangsa bah untuk dihulur bantuan segera.

Ajal dua beradik

Posted: 19 Dec 2021 08:53 PM PST

PORT DICKSON: Mayat dua beradik warga Myanmar yang dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai Telok Kemang, di sini, Sabtu lalu ditemui pagi tadi.

Jualan pelabur asing berterusan minggu keempat

Posted: 19 Dec 2021 09:01 PM PST

KUALA LUMPUR: Pelabur asing terus kekal sebagai penjual bersih ekuiti tempatan untuk minggu keempat berturut-turut walaupun pada kadar yang lebih perlahan minggu lalu.

Tragedi banjir

Posted: 19 Dec 2021 08:48 PM PST

Korban banjir kedua Pahang

Posted: 19 Dec 2021 08:50 PM PST

KUANTAN: Lelaki yang dilaporkan hilang selepas meredah banjir di Kampung Cempaka, di sini, semalam, menjadi korban kedua banjir di Pahang selepas mayatnya ditemui jam 7.15 pagi tadi.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template