Wednesday, December 8, 2021

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Tiada keperluan sidang khas DUN bahas MA63

Posted: 08 Dec 2021 05:32 PM PST

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah tidak bercadang untuk mengadakan persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membincangkan pendirian negeri itu mengenai tuntutan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Buang rasa malu jalan kaki hantar makanan

Posted: 08 Dec 2021 05:28 PM PST

KUALA LUMPUR: Pendapatan terjejas akibat pandemik COVID-19 membuatkan wanita ini menolak perasaan malu dengan menjadi penghantar makanan sepenuh masa sejak Januari lalu.

Isu projek HSR KL-Johor Bahru tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Posted: 08 Dec 2021 05:05 PM PST

KUALA LUMPUR: Isu mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Johor Bahru dijangka menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

COVID-19 paksa aksi Tottenham-Rennes ditangguh

Posted: 08 Dec 2021 04:50 PM PST

LONDON: Tottenham Hotspur mengumumkan penangguhan aksi Liga Konferens Europa menentang Rennes berikutan penularan teruk COVID-19 di kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, namun keputusan berkenaan dipersoalkan kelab Perancis terbabit.

Ceramah bersemuka di Dalat, hanya lima permohonan diterima

Posted: 08 Dec 2021 04:50 PM PST

MUKAH: Polis Dalat setakat ini menerima lima permohonan permit untuk mengadakan ceramah secara bersemuka yang dibenarkan bagi kawasan capaian internet kurang memuaskan.

FFM31 rahsia Top 5

Posted: 08 Dec 2021 04:30 PM PST

KUALA LUMPUR: Strategi penganjur Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-31 tidak mengumumkan lima calon terbaik bagi setiap kategori dipertandingkan, mencetuskan tanda tanya penggiat seni terutama tenaga kreatif di belakang 55 filem cereka yang mengemukakan pencalonan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), sejak dua tahun lalu.

Juventus ketepi Chelsea ungguli Kumpulan H

Posted: 08 Dec 2021 04:20 PM PST

TURIN, Itali: Juventus melengkapkan saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menerusi kemenangan 1-0 mengatasi Malmo yang membolehkan mereka layak ke kelompok 16 sebagai juara Kumpulan H.

Omicron tingkatkan risiko jangkitan semula - WHO

Posted: 08 Dec 2021 04:15 PM PST

GENEVA: Data awal menunjukkan varian baharu COVID-19, Omicron berkemungkinan lebih mudah menjangkiti semula mereka yang pernah ada virus itu ataupun sudah divaksin, berbanding varian sebelum ini tetapi membawa penyakit lebih ringan.

Lille cipta sejarah mara

Posted: 08 Dec 2021 04:10 PM PST

WOLFSBURG, Jerman: Pemain antarabangsa England Bawah-21, Angel Gomes meledak jaringan sulung dalam Liga Juara-Juara ketika Lille menang 3-1 ke atas Wolfsburg untuk mara ke kelompok 16 terakhir buat kali kedua dalam sejarah kelab.

Polis cari pemandu lawan arus di Jalan Bukit Rotan

Posted: 08 Dec 2021 04:03 PM PST

KUALA SELANGOR: Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta yang memandu melawan arus di Jalan Bukit Rotan, di sini, kelmarin.

Bayern singkir Barcelona dari Liga Juara-Juara

Posted: 08 Dec 2021 04:02 PM PST

MUNICH, Jerman: Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez berazam untuk membawa kembali gergasi Sepanyol itu ke puncak bola sepak Eropah selepas mereka tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara musim ini apabila kalah 3-0 di tangan Bayern Munich.

Senarai pasukan layak 16 terbaik Liga Juara-Juara

Posted: 08 Dec 2021 02:47 PM PST

PARIS: Berikut senarai pasukan yang layak ke peringkat kelompok 16 terbaik Liga Juara-Juara musim 2021-2022 selepas berakhirnya saingan peringkat kumpulan sebentar tadi.

Singapura atasi Filipina, Myanmar jinak Timor Leste

Posted: 08 Dec 2021 03:26 PM PST

KUALA LUMPUR: Juara empat kali, Singapura mendahului carta Kumpulan A saingan Piala AFF 2020 selepas mengalahkan Filipina 2-1 di Stadium Nasional Singapura, malam tadi.

Young Boys ikat pemain muda United

Posted: 08 Dec 2021 03:54 PM PST

MANCHESTER, United Kingdom: Manchester United diikat 1-1 oleh Young Boys dalam saingan Liga Juara-Juara apabila pemangku pengendali pasukan, Ralf Rangnick menggunakan ramai pemain muda.

Zenit kecewakan Chelsea

Posted: 08 Dec 2021 03:53 PM PST

SAINT PETERSBURG, Russia: Thomas Tuchel mengakui Chelsea bergelut mempertahankankan kelebihan dan sekali gus melepaskan peluang menamatkan kedudukan di tangga teratas Kumpulan H aksi Liga Juara-Juara dalam saingan dramatik terikat 3-3 berdepan Zenit Saint Petersburg, di sini, sebentar tadi.

GPS lancar manifesto 34 perkara

Posted: 08 Dec 2021 05:05 AM PST

KUCHING : Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini melancarkan Manifesto GPS sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang menawarkan 34 janji yang komprehensif.

'Kalian persenda OKU, mohon maaf!'

Posted: 08 Dec 2021 08:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Dua pemuda yang merakam perbuatan mereka menggunakan parkir khas bagi golongan orang kurang upaya (OKU) di sebuah pusat beli-belah di sini, diminta membuat permohonan maaf kepada komuniti OKU.

Bapa Shalin meninggal dunia

Posted: 08 Dec 2021 03:14 PM PST

KUALA LUMPUR: Zulkifli Mohd Ali, 71, bapa kepada ratu boling negara Shalin Zulkifli, meninggal dunia dalam tidurnya petang semalam.

'Ali Biju langgar janji'

Posted: 08 Dec 2021 07:15 AM PST

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) kecewa dengan tindakan Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju, yang bertanding sebagai calon Bebas bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian.

'Jangan gadai masa depan'

Posted: 08 Dec 2021 05:40 AM PST

KUCHING: Rakyat Sarawak diingatkan jangan menggadai masa depan dengan memilih parti yang gagal memenuhi kehendak rakyat dan tidak mampu menunaikan janji.

2 sindiket tumpas, dadah RM10.2 juta dirampas

Posted: 08 Dec 2021 02:44 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran serta penyeludupan dadah selepas menahan 13 individu termasuk seorang wanita dan merampas syabu seberat 285.47 kilogram (kg) bernilai RM10.27 juta di sekitar ibu negara, pada 29 dan 30 November lalu.

Keputusan aksi Liga Juara-Juara

Posted: 08 Dec 2021 02:29 PM PST

PARIS: Berikut rangkuman keputusan perlawanan terakhir peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara yang berakhir sebentar tadi.

Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Keluarga Malaysia akan ditubuh di UPSI

Posted: 07 Dec 2021 08:16 PM PST

TANJUNG MALIM: Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Keluarga Malaysia akan ditubuhkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), selari jolokannya sebagai institusi ulung yang membawa perubahan dalam pengembangan pendidikan.

Sabitan Najib kes SRC kekal

Posted: 07 Dec 2021 06:52 PM PST

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Razak, yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik syarikat SRC International Sdn Bhd.

'Beras pulang ke bendang'

Posted: 08 Dec 2021 06:04 AM PST

TUMPAT: Sebuah kereta yang terbabas ke sawah ketika pemandunya cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa, dikesan sarat dengan muatan beras seludup.

Jangan sekali-kali paksa vaksinasi COVID-19 - PBB

Posted: 08 Dec 2021 06:08 AM PST

GENEVA: Negara yang bercadang mewajibkan vaksin dalam usaha menentang COVID-19 mesti memastikan mereka menghormati hak asasi manusia dan tidak boleh melakukannya secara paksaan.

Azzam tuju 'Baby Bambam' buat tunang

Posted: 08 Dec 2021 02:50 AM PST

KUALA LUMPUR: Penyanyi Azzam Sham mendedikasikan single baharu berjudul Baby Bambam buat tunangnya, Sheryl Shazwanie.

Undi protes di DUN Satok?

Posted: 08 Dec 2021 06:59 AM PST

KUCHING: Calon PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, Datuk Dr Nor Irwan Ahmad, berkemungkinan berdepan undi protes pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12, 18 Disember ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template