BH Online - Terkini |
- Wajibkan jemaah umrah jalani kuarantin di pusat kuarantin
- Warga asing maut ditikam, gaduh ketika mabuk
- Serba Dinamik, 3 pegawai syarikat hadapi tuduhan menipu
- Kekang keganasan wanita, kanak-kanak ketika pasca banjir
- SC dakwa Serba Dinamik, pengurusan tertinggi
- Penduduk Hulu Dungun bersiap hadapi gelombang ketiga
- LCK3 satukan hati Shafeek, Zazo
- Bertindak tegas terhadap pemaju abai alam sekitar
- Spritzer lancar peraduan, hadiah utama Proton X70
- PETRONAS tumpu rebut peluang baharu
- BJSS Thunderbolts tempah slot separuh akhir
- Dua pelabur minat bangunkan semula Pekan Wang Kelian
- Penyelia syarikat didakwa memandu dalam mabuk
- Indonesia sasar hasilkan reagen khas kesan Omicron
- Media Prima manfaat pembukaan semula ekonomi
- ADUN Melalap keluar WARISAN
- Israel serang pelabuhan Syria
- Perancis sekat kebebasan golongan tidak divaksin mulai Januari
- Dagangan negara cecah RM2 trilion buat kali pertama
- Ketua, konco 'Adik Mat' maut ditembak polis
- Kakitangan NSTP mangsa banjir terima bantuan
- Bergadai nyawa demi selamatkan mangsa banjir
- Prospek pasaran, ringgit lebih baik tahun depan
- Selangor agih bantuan banjir RM1,000 Rabu ini
- Limpahan air Sungai Semantan tenggelamkan madrasah tahfiz
- ATM buat pembelian kecemasan 55 enjin bot
- 'Majlis kahwin pasangan selebriti terkenal langgar SOP' - Polis
- Polis California keluarkan rakaman remaja maut terkena tembakan
- Lori baharu perkukuh aset pengangkutan FGV
- Warga emas pandu kenderaan sendiri bantu mangsa banjir
| Wajibkan jemaah umrah jalani kuarantin di pusat kuarantin Posted: 27 Dec 2021 09:25 PM PST KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mewajibkan jemaah umrah yang pulang ke tanah air menjalani kuarantin di pusat kuarantin ditetapkan, bukan di kediaman masing-masing. |
| Warga asing maut ditikam, gaduh ketika mabuk Posted: 27 Dec 2021 09:24 PM PST KULAI: Pertengkaran rakan serumah berakhir tragedi apabila seorang lelaki warga Myanmar maut dipercayai ditikam dengan pisau di sebuah asrama pekerja di Taman Scientex, Senai, di sini. |
| Serba Dinamik, 3 pegawai syarikat hadapi tuduhan menipu Posted: 27 Dec 2021 09:19 PM PST KUALA LUMPUR: Syarikat penyedia perkhidmatan kejuruteraan minyak dan gas bersepadu, Serba Dinamik Holdings Berhad bersama pengarah dan dua pegawai kanannya didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dakwaan mengemukakan pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad. |
| Kekang keganasan wanita, kanak-kanak ketika pasca banjir Posted: 27 Dec 2021 09:11 PM PST KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) perlu mengambil langkah tuntas bagi memastikan kes keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak supaya tidak melonjak ketika pasca banjir besar di beberapa negeri. |
| SC dakwa Serba Dinamik, pengurusan tertinggi Posted: 27 Dec 2021 09:04 PM PST KUALA LUMPUR: Serba Dinamik Holdings Bhd dan pengurusan eksekutif tertingginya didakwa oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) kerana mengemukakan kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Bhd. |
| Penduduk Hulu Dungun bersiap hadapi gelombang ketiga Posted: 27 Dec 2021 09:03 PM PST DUNGUN: Biarpun sudah lali berdepan banjir, penduduk Hulu Dungun tetap berwaspada menghadapi gelombang ketiga bah yang dijangka melanda kampung mereka Khamis ini. |
| LCK3 satukan hati Shafeek, Zazo Posted: 27 Dec 2021 09:00 PM PST KUALA LUMPUR: Pengalaman berliku dalam usaha melonjakkan nama akhirnya membuahkan hasil apabila penyanyi Shafeek Ikhwan dan pasangannya, Zaleha Zolkepli atau Zazo dinobatkan sebagai juara program realiti, Lagu Cinta Kita (LCK) musim ketiga menerusi pentas akhir yang disiarkan secara langsung dari Studio 1, Glenmarie, Shah Alam, kelmarin. |
| Bertindak tegas terhadap pemaju abai alam sekitar Posted: 27 Dec 2021 08:51 PM PST KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu tegas dan memantau projek pembinaan bagi mengelakkan kejadian banjir teruk seperti di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, berulang. |
| Spritzer lancar peraduan, hadiah utama Proton X70 Posted: 27 Dec 2021 08:58 PM PST KUALA LUMPUR: Pengeluar air mineral, Spritzer menawarkan sebuah Proton X70 sebagai hadiah utama bagi peraduan minum Spritzer, Menang dan Huat yang bermula 1 Disember lalu sehingga 15 Februari tahun hadapan. |
| PETRONAS tumpu rebut peluang baharu Posted: 27 Dec 2021 08:57 PM PST KUALA LUMPUR: PETRONAS akan terus memberi tumpuan terhadap memaksimumkan nilai dengan memanfaatkan rantaian nilai bersepadu kumpulan bagi merebut peluang baharu dan mengurangkan kesan ketidaktentuan pasaran. |
| BJSS Thunderbolts tempah slot separuh akhir Posted: 27 Dec 2021 08:55 PM PST KUALA LUMPUR: Jurulatih pasukan BJSS Thunderbolts, S Prakash mahu anak buahnya melupakan detik kekecewaan terkandas di suku akhir pada kempen Piala TNB Liga Hoki Remaja Malaysia (TNB MJHL) 2019. |
| Dua pelabur minat bangunkan semula Pekan Wang Kelian Posted: 27 Dec 2021 08:37 PM PST PADANG BESAR: Kerajaan Perlis kini sedang meneliti cadangan daripada dua pelabur yang berhasrat membangunkan semula Pekan Wang Kelian di sini, menjadi pekan 'ala Eropah' seperti dirancangkan sebelum ini. |
| Penyelia syarikat didakwa memandu dalam mabuk Posted: 27 Dec 2021 08:52 PM PST MELAKA: Seorang penyelia syarikat hiasan dalaman dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian pengguna jalan raya yang lain. |
| Indonesia sasar hasilkan reagen khas kesan Omicron Posted: 27 Dec 2021 08:50 PM PST JAKARTA: Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin semalam memaklumkan negara itu menetapkan sasaran bagi menghasilkan reagen khas, S Gene Target Failure (SGTF) untuk mengesan varian Omicron. |
| Media Prima manfaat pembukaan semula ekonomi Posted: 27 Dec 2021 08:47 PM PST KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd dijangka meraih manfaat daripada pembukaan semula ekonomi pada suku pertama 2022, demikian menurut Kenanga Research. |
| Posted: 27 Dec 2021 08:45 PM PST KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Peter Anthony hari ini mengumumkan keluar dari parti itu bagi menubuhkan sebuah parti baharu tempatan. |
| Posted: 27 Dec 2021 07:22 PM PST DAMSYIK: Serangan udara tentera Israel mengenai pelabuhan Latakia di Syria hari ini, kejadian kedua di lokasi sama pada awal bulan ini, menurut media kerajaan Syria. |
| Perancis sekat kebebasan golongan tidak divaksin mulai Januari Posted: 27 Dec 2021 08:32 PM PST PARIS: Tiada sebarang perintah berkurung dikenakan ketika sambutan malam Tahun Baharu, tetapi sekatan akan diperketat terhadap golongan tidak divaksin daripada memasuki tempat awam mulai pertengahan Januari ini. |
| Dagangan negara cecah RM2 trilion buat kali pertama Posted: 27 Dec 2021 08:34 PM PST PUTRAJAYA: Malaysia buat kali pertama mencatatkan jumlah dagangan mencecah RM2 trilion, selepas berkembang 24.6 peratus bagi tempoh Januari hingga November 2021 berbanding tempoh sama tahun lalu. |
| Ketua, konco 'Adik Mat' maut ditembak polis Posted: 27 Dec 2021 07:05 PM PST KOTA BHARU: Dua penjenayah yang mendalangi kegiatan samun bersenjata dan pengedaran dadah, terbunuh susulan kejadian berbalas tembakan dengan polis dalam kebun getah dekat Kampung Batu Papan, Gua Musang, pagi semalam. |
| Kakitangan NSTP mangsa banjir terima bantuan Posted: 27 Dec 2021 08:00 PM PST KUALA LUMPUR: Tujuh kakitangan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) yang terbabit banjir baru-baru ini, menerima pelbagai sumbangan menerusi Bantuan Prihatin Banjir NSTP hari ini. |
| Bergadai nyawa demi selamatkan mangsa banjir Posted: 27 Dec 2021 06:19 PM PST HULU LANGAT: Sekumpulan pendaki sukarelawan perlu meredah kawasan tanah runtuh demi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Orang Asli Genting Peras di sini, yang terputus hubungan akibat kejadian banjir 18 Disember lalu. |
| Prospek pasaran, ringgit lebih baik tahun depan Posted: 27 Dec 2021 08:23 PM PST KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun berlalu, COVID-19 masih berterusan mempengaruhi naratif pelabur, menjejaskan prospek Bursa Malaysia dan juga ringgit. |
| Selangor agih bantuan banjir RM1,000 Rabu ini Posted: 27 Dec 2021 02:39 AM PST SHAH ALAM: Bantuan RM1,000 kepada mangsa banjir di negeri ini menerusi inisiatif Selangor Bangkit akan mula disalurkan seawal Rabu ini. |
| Limpahan air Sungai Semantan tenggelamkan madrasah tahfiz Posted: 27 Dec 2021 04:27 PM PST TEMERLOH: Setiap tahun apabila tiba musim tengkujuh, Madrasah Tarbiah Islamiah (MTI) di kampung Chatin, Mentakab tidak pernah terlepas daripada menerima musibah banjir. |
| ATM buat pembelian kecemasan 55 enjin bot Posted: 27 Dec 2021 07:40 PM PST KUALA LUMPUR: Pembelian kecemasan 55 unit enjin bot jenis Outboard Motors (OBM) atau enjin bot oleh Kementerian Pertahanan akan mengukuhkan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menghadapi kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir dalam masa terdekat. |
| 'Majlis kahwin pasangan selebriti terkenal langgar SOP' - Polis Posted: 27 Dec 2021 06:25 PM PST BENTONG: Majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal di Genting Highlands dekat sini pada 15 Disember lalu, kini disiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4, Pelan Pemulihan Negara (PPN). |
| Polis California keluarkan rakaman remaja maut terkena tembakan Posted: 27 Dec 2021 07:42 PM PST LOS ANGELES: Rakaman kamera badan berkaitan kekecohan insiden tembakan polis yang terkena seorang remaja di sebuah gedung serbaneka di California dikeluarkan, selepas pengkritik mendakwa pihak berkuasa sudah bersedia melepaskan tembakan. |
| Lori baharu perkukuh aset pengangkutan FGV Posted: 27 Dec 2021 07:41 PM PST KUALA LUMPUR: FGV Holdings Berhad (FGV), melalui cabang logistik dan anak syarikatnya, FGV Transport Services Sdn Bhd (FGV Transport) memperoleh 44 lori MAN TGS 6×4 'prime mover' daripada MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia). |
| Warga emas pandu kenderaan sendiri bantu mangsa banjir Posted: 27 Dec 2021 07:39 PM PST KUALA TERENGGANU: Usia tidak menghalang warga emas yang juga datuk dan nenek kepada 16 cucu menyertai Operasi Bantuan Pasca Banjir 2021 Pahang. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment