Thursday, January 13, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Eksport koko dijangka cecah RM14 bilion tahun ini

Posted: 13 Jan 2022 11:14 PM PST

PUTRAJAYA: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menyasarkan eksport komoditi koko pada 2022 meningkat kepada RM14 bilion daripada RM7 bilion yang direkodkan tahun lepas, dipacu oleh potensi pasaran yang besar untuk komoditi itu di peringkat antarabangsa.

Polis siasat himpunan berkaitan Azam Baki

Posted: 13 Jan 2022 11:14 PM PST

KUALA LUMPUR: Polis menyiasat poster tular di media sosial mendakwa akan diadakan perhimpunan mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditangkap dan SPRM dirombak di ibu negara, pada Sabtu depan.

Harga rumah di kawasan banjir turun

Posted: 13 Jan 2022 11:07 PM PST

KUALA LUMPUR: Harga dan nilai harga di kawasan yang dilanda banjir dijangka turun susulan permintaan yang lebih rendah, namun kesan negatif itu adalah bersifat sementara, kata penganalisis.

Banjir: Tiada kesan ketara sektor ladang

Posted: 13 Jan 2022 11:05 PM PST

KUALA LUMPUR: Bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini dijangka tidak memberi impak ketara kepada sektor perladangan negara, demikian menurut firma penyelidik.

Harga emas dijangka meningkat tahun ini

Posted: 13 Jan 2022 11:03 PM PST

KUALA LUMPUR: Emas pukal berpotensi melepasi paras AS$1,900 (RM7,963.13) seauns atau RM280.89 segram tahun ini disokong permintaan kukuh aset emas oleh bank pusat di seluruh dunia.

RM4 juta bantuan untuk mangsa banjir

Posted: 13 Jan 2022 11:00 PM PST

BATU PAHAT: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui agensinya, universiti awam, politeknik dan kolej komuniti sudah menyalurkan bantuan bernilai RM4 juta kepada mangsa banjir sejak pertengahan Disember tahun lalu.

UMW catat jualan 32,229 kenderaan pada Disember

Posted: 13 Jan 2022 10:50 PM PST

KUALA LUMPUR: Kumpulan UMW Holdings Bhd mengakhiri 2021 dengan merekodkan prestasi jualan automotif yang menggalakkan sebanyak 32,229 unit pada Disember 2021.

Sukar dapat telur ayam di Johor

Posted: 13 Jan 2022 10:49 PM PST

JOHOR BAHRU: Pengguna di bandar raya ini mengeluh kerana sukar mendapatkan telur ayam berikutan bekalannya didakwa berkurangan sejak minggu lalu.

Azam perlu cuti

Posted: 13 Jan 2022 08:27 PM PST

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) menasihatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, bercuti ketika kes beliau disiasat pihak berkuasa.

Faizal tunai impian solat, baca talkin arwah bapa

Posted: 13 Jan 2022 11:00 PM PST

KUALA LUMPUR: Penghijrahan dan perubahan hidup yang membawa mesej positif kepada masyarakat menjadi topik paling hangat dan meraih tontonan tertinggi menerusi kapsul hiburan BHTV, Apa Kes? sepanjang 2021.

Kerajaan tangguh isytihar fasa endemik - Hishammuddin

Posted: 13 Jan 2022 10:52 PM PST

TAWAU : Kerajaan memutuskan menangguh sementara langkah mengisytiharkan fasa 'Peralihan ke Endemik' berikutan peningkatan penularan kes varian Omicron COVID-19 di negara ini.

Pengawal keselamatan dipenjara 5 tahun, denda langgar anak tiri

Posted: 13 Jan 2022 10:53 PM PST

MELAKA: Seorang pengawal keselamatan dipenjara lima tahun dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, di sini, hari ini kerana melanggar anak tirinya

Amaran hujan lebat di Sarawak hingga esok

Posted: 13 Jan 2022 10:50 PM PST

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) ramal hujan berterusan tahap waspada di kebanyakan kawasan di Sarawak yang berkuat kuasa sehingga esok.

Naik taraf guru Tabika ke peringkat ijazah

Posted: 13 Jan 2022 10:41 PM PST

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk menaik taraf kelayakan pendidikan guru Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) ke peringkat ijazah.

Rumah mampu milik Kwasa Damansara, RM250,000 seunit

Posted: 13 Jan 2022 10:40 PM PST

KUALA LUMPUR: Gagasan Nadi Cergas Bhd (Gagasan Nadi Cergas) melalui anak syarikatnya, Nadi Emery Sdn Bhd (NESB) menandatangani dua perjanjian hak pembangunan (DRA) dengan Kwasa Development (13) Sdn Bhd (KD13) bagi pembinaan rumah mampu milik di Lembah Klang.

Malaysia Digital percepat pemulihan negara - Annuar Musa

Posted: 13 Jan 2022 10:42 PM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) berserta Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang juga agensi peneraju ekonomi digital negara, telah melancarkan Minggu Ekonomi Digital Malaysia pada acara Ekspo 2020 Dubai.

Gelagat pengantin 'unboxing' isteri umpama 'jual bini' - Mufti Perlis

Posted: 13 Jan 2022 10:40 PM PST

KANGAR: Trend unboxing yang kini menjadi ikutan pengantin baharu di negara ini, membabitkan perbuatan suami membantu isteri membuka tudung sambil dirakam untuk dimuat naik ke dalam media sosial, dilihat seperti 'menjual bini'.

Britain syaki ejen China campur tangan politik di Parlimen

Posted: 13 Jan 2022 10:40 PM PST

LONDON: Agensi perisikan Britain dilaporkan memberi amaran kepada wakil rakyat negara ini berhubung seorang wanita disyaki ejen China yang didakwa campur tangan dalam aktiviti politik di Parlimen.

Mohd Khairuddin digugurkan

Posted: 13 Jan 2022 10:39 PM PST

MARANG: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS, selepas kira-kira dua bulan dilantik memegang jawatan itu.

Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh Jambatan Pulau Pinang

Posted: 13 Jan 2022 08:14 PM PST

GEORGETOWN: Seorang lelaki dikhuatiri lemas, selepas dipercayai terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 3.4 dari arah Perai, malam tadi.

Kesalahan seksual kanak-kanak naik mendadak

Posted: 13 Jan 2022 10:32 PM PST

KUALA LUMPUR: Kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak menunjukkan peningkatan mendadak, iaitu hampir 42 peratus di antara tahun 2020 dan 2021.

Doktor ditahan semula selepas pembeli tidak terima sijil vaksin

Posted: 13 Jan 2022 08:38 PM PST

MARANG: Tidak sampai 24 jam dibebaskan dengan jaminan polis, seorang doktor swasta yang disyaki terbabit dalam kegiatan penjualan sijil vaksinasi COVID-19 palsu, sekali lagi ditahan.

Pemilik kenderaan perdagangan abai kesalahan teknikal

Posted: 13 Jan 2022 09:02 PM PST

SEREMBAN: Kebanyakan pemilik kenderaan perdagangan tidak mengambil berat mengenai kesalahan teknikal yang nampak remeh, namun boleh mengundang maut kepada pengguna jalan raya lain.

Bas elektrik akan dimulakan di bandar besar

Posted: 13 Jan 2022 09:40 PM PST

PUCHONG: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penggunaan bas elektrik penuh akan dimulakan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan bandar besar sebelum diperluaskan ke seluruh negara sebagai menyokong usaha kerajaan bagi negara mencapai status neutral karbon seawal 2050.

KDN rancang beli aset baru hadapi bencana banjir

Posted: 13 Jan 2022 09:57 PM PST

SEGAMAT: Kementerian Dalam Negeri (KDN) merancang untuk membeli aset baharu seperti helikopter dan bot bagi menghadapi kemungkinan banjir pada masa akan datang.

Program pemutihan kenderaan pelancong mulai esok

Posted: 13 Jan 2022 09:24 PM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan melaksanakan program pemutihan lesen kenderaan pelancongan, mulai esok hingga 28 Februari ini.

Shoraka, Yayasan Hijrah Selangor meterai kerjasama

Posted: 13 Jan 2022 09:46 PM PST

KUALA LUMPUR - Shoraka Digital Ventures (SDV) melalui salah sebuah syarikat start-up fintech miliknya, Shoraka Global Resources Sdn Bhd (SGR), telah menandatangani kerjasama strategik dengan Yayasan Hijrah Selangor untuk beralih kepada kemudahan penawaran kewangan patuh Syariah.

Tunjuk perasaan di Sudan catat kematian pertama pasukan keselamatan

Posted: 13 Jan 2022 09:40 PM PST

KHARTOUM: Seorang pegawai polis Sudan maut, semalam, disyaki akibat ditikam oleh penunjuk perasaan yang membantah rampasan kuasa oleh tentera, menurut pihak berkuasa.

Sekurang-kurang 5 maut nahas kereta api di Bengal Barat

Posted: 13 Jan 2022 09:02 PM PST

NEW DELHI: Sekurang-kurang lima maut dan puluhan lagi mangsa cedera dalam nahas kereta api di Bengal Barat, India, semalam.

Prof Adeeba tersenarai dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2022

Posted: 13 Jan 2022 09:01 PM PST

KUALA LUMPUR: Bekas Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya yang juga pakar penyakit berjangkit, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman, mengharumkan nama Malaysia menerusi pengiktirafan yang baru diterimanya apabila disenaraikan dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2022.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template