Friday, January 14, 2022

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


2 tekong, 18 PATI warga Myanmar ditahan

Posted: 14 Jan 2022 07:17 PM PST

PASIR MAS: Dua tekong dan 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditahan Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) ketika cuba menyusup masuk ke negara ini secara haram di hadapan Sekolah Menengah Ugama (SMU) Arab Islamiah Pasir Mas, di sini, malam tadi.

Projek seni komuniti akan dilancarkan esok

Posted: 14 Jan 2022 08:50 PM PST

KOTA KINABALU: Wonders of Wilderness (WOW 1.0) bakal menjadi projek seni komuniti dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D) digital terbesar pertama di negara ini yang dilaksanakan pelukis tempatan dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI).

Pelajar Jepun cedera ditikam ketika sedang duduki peperiksaan

Posted: 14 Jan 2022 08:38 PM PST

TOKYO: Beberapa pelajar sekolah menengah yang sedang menduduki peperiksaan kelayakan ke universiti di sini cedera hari ini, dalam serangan menggunakan pisau oleh rakan sekolah mereka.

Hari pertama PPV Integrasi berjalan lancar

Posted: 14 Jan 2022 08:36 PM PST

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan mewujudkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi bagi mendapatkan dos penggalak COVID-19 inisiatif yang baik dalam usaha meningkatkan kadar penerima pelalian.

Brazil mula vaksinasi kanak-kanak kecil

Posted: 14 Jan 2022 06:54 PM PST

SAO PAULO: Brazil mula memberi vaksin kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun untuk COVID-19 semalam, selepas langkah itu diluluskan, walaupun ada bantahan daripada Presiden Jair Bolsonaro.

PM Britain batal pelan B sekatan COVID-19

Posted: 14 Jan 2022 08:28 PM PST

LONDON: Perdana Menteri, Boris Johnson bersedia untuk menarik balik sekatan COVID-19 pelan B di England, selepas saintis kerajaan memberi amaran mengenai pembatalan peraturan itu lebih awal.

Djokovic kembali ditahan, Australia batal visa

Posted: 14 Jan 2022 05:27 PM PST

MELBOURNE: Novak Djokovic sekali lagi ditahan di Australia hari ini selepas pihak berkuasa menarik kembali visa miliknya buat kali kedua dan mengisytiharkan bintang tenis tidak divaksin itu adalah ancaman kepada umum.

Barangan terbuang sumber rezeki ibu tunggal

Posted: 14 Jan 2022 08:27 PM PST

KOTA BHARU: Seorang ibu tunggal cekal mengutip barangan terbuang yang boleh dikitar semula untuk membesarkan enam anak sejak lebih 10 tahun lalu, hingga seorang daripadanya sedang melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli.

DAP minta Terence Naidu kemuka laporan bertulis

Posted: 14 Jan 2022 07:24 PM PST

IPOH: DAP Perak meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu memberi laporan bertulis berhubung penahanannya dalam serbuan polis di sebuah restoran di Perai, Pulau Pinang, Khamis lalu.

Daniel Iskandar akan dibantu - Latiff

Posted: 14 Jan 2022 08:07 PM PST

KUALA LUMPUR: Daniel Iskandar, 19, remaja yang dimandikan seperti 'jenazah' akibat cuba mencuri tabung masjid akan dibantu selepas dia selesai menjalani hukuman yang sudah ditetapkan.

PTPTN, Yayasan KRU bekerjasama bantu belia B40

Posted: 14 Jan 2022 08:02 PM PST

PUTRAJAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjalinkan kerjasama dengan Yayasan KRU bagi menyediakan latihan 'Social E-Commerce' serta memperkasakan ilmu keusahawanan digital untuk golongan belia dari keluarga B40.

Sungai tercemar jejas hidupan

Posted: 14 Jan 2022 07:58 PM PST

CHUKAI: Penduduk dan nelayan di kampung Pengkalan Ranggon, Kerteh meminta pihak berkuasa menyelesaikan isu pencemaran sungai yang berlaku sejak sekian lama.

Dennis Buschening sah sertai KDA FC

Posted: 14 Jan 2022 07:56 PM PST

ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengukuhkan barisan serangannya apabila mengikat pemain import kuota Asean, Dennis Buschening bagi saingan Liga M dan Piala AFC musim ini.

Mampukah Chelsea sekat penguasaan City?

Posted: 14 Jan 2022 07:40 PM PST

Disebalik peningkatan ancaman COVID-19 di Britain, penyandang juara, Manchester City bagaikan tiada masalah untuk terus mengekalkan penguasaan di persada Liga Perdana Inggeris (EPL) yang kini memasuki minggu ke-22.

Bantuan tambahan persekolahan pastikan pelajar terbela

Posted: 14 Jan 2022 07:41 PM PST

KUALA LUMPUR: Tambahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) daripada RM100 kepada RM150 bagi pelajar berkelayakan, memastikan kebajikan lebih 3 juta pelajar dalam kalangan isi rumah berpendapatan kurang RM3,000, terus terbela dan terjaga.

Polis siasat pengurus

Posted: 14 Jan 2022 07:29 PM PST

PORT DICKSON: Polis menyiasat seorang pengurus syarikat pembinaan kerana membuat laporan palsu kehilangan wang, sedangkan itu habis ketika berjudi.

IDW lancar aplikasi hiasan dalaman

Posted: 14 Jan 2022 07:38 PM PST

KUALA LUMPUR: Selepas 15 tahun menempa nama dalam industri reka bentuk dalaman, IDW Design & Build Sdn Bhd (IDW) melangkah ke hadapan dengan memiliki aplikasi sendiri di telefon pintar.

Permohonan pengambilan pekerja asing dibuka mulai akhir Januari

Posted: 14 Jan 2022 07:35 PM PST

KUALA LUMPUR: Permohonan pengambilan pekerja asing bagi sektor dibenarkan akan dibuka secara berperingkat mulai akhir bulan ini, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

Aiman tekad buru lebih banyak podium

Posted: 14 Jan 2022 07:16 PM PST

KUALA TERENGGANU: Pelumba sensasi Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff meletakkan impian tinggi untuk melakar kejayaan lebih baik bersama skuad itu musim ini.

YouTuber hidap penyakit 'Benjamin Button', meninggal dunia

Posted: 14 Jan 2022 06:28 PM PST

WASHINGTON: Bintang YouTube remaja popular Amerika Syarikat (AS) yang menderita 'penyakit Benjamin Button' atau sindrom penuaan yang terlalu cepat disahkan meninggal dunia, Rabu lalu.

Uji peluru berpandu ketika ketegangan dengan AS memuncak

Posted: 14 Jan 2022 04:18 PM PST

SEOUL: Korea Utara menguji peluru berpandu yang dibawa melalui kereta api semalam dalam ujian senjata kali ketiganya sepanjang bulan ini.

Liverpool mahu kembali cari rentak kemenangan

Posted: 14 Jan 2022 07:04 PM PST

LONDON: Liverpool berharap akan kembali ke landasan kemenangan dan terus memberi tekanan terhadap pasukan teratas Liga Perdana esok.

Russia rancang pelan mewajarkan pencerobohan Ukraine - AS

Posted: 14 Jan 2022 06:02 PM PST

KIEV: Amerika Syarikat (AS) semalam menuduh Russia menghantar individu terlatih dalam bahan letupan bagi tujuan sabotaj sebagai alasan untuk menyerang Ukraine.

Pendekatan menyeluruh bendung Omicron

Posted: 14 Jan 2022 07:00 PM PST

Amaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai varian Omicron berisiko 'sangat tinggi' di seluruh dunia dan lebih berbahaya kepada mereka belum disuntik vaksin, menuntut semua negara meningkatkan pengawasan penularannya, sekali gus mempercepatkan program vaksinasi.

Anzalna berhijab demi projek kerja?

Posted: 14 Jan 2022 07:00 PM PST

KUALA LUMPUR: Enggan mempedulikan persepsi orang luar terhadap keputusannya berhijab, pelakon jelita, Anzalna Nasir, menjelaskan niat berhijrah sebab mahu memperbaiki diri dan menjadi muslimah lebih baik.

Gubal dasar pastikan pekerja sektor tidak formal dilindungi

Posted: 14 Jan 2022 07:00 PM PST

Sektor tidak formal biasanya memberi sumbangan penting terhadap pertumbuhan ekonomi untuk negara kurang maju. Malaysia sebagai negara sedang membangun juga tidak terkecuali kerana sedikit sebanyak bergantung kepada sektor tidak formal.

12 kematian COVID-19 dilaporkan semalam

Posted: 14 Jan 2022 06:24 PM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 12 kes kematian akibat COVID-19 sehingga tengah malam tadi dengan dua daripadanya membabitkan kematian di luar kemudahan kesihatan (BID).

Lelaki jatuh ketika berkayak ditemui lemas

Posted: 14 Jan 2022 05:57 PM PST

GEORGETOWN: Lelaki yang dilaporkan terjatuh ketika bermain kayak, di sini, semalam ditemui lemas di 3.0 batu nautika berhampiran Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Mendepani cabaran komunikasi digital

Posted: 14 Jan 2022 06:30 PM PST

Pada zaman digital ini, hampir seluruh kehidupan manusia adalah berkait dengan perhubungan melalui jaringan internet yang menjadikannya berkembang sangat pesat.

Sabah mahu tarik semula kedatangan pelancong China

Posted: 14 Jan 2022 06:07 PM PST

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah berharap pelancong China kembali menjadikan negeri ini sebagai destinasi percutian utama mereka apabila pintu sempadan negara dibuka kepada pelawat antarabangsa.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template